Tuesday, September 29, 2009

Muslimah Sejati..

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".


"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)

P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

Read more...

Monday, September 28, 2009

Penampar!!!

Assalamu'alaikum..pekaba antum sume? Ana ada satu cerita nak dikongsikan bersama . Ada seorang pemuda yang telah lama menganut agama islam tetapi tidak pernah mengamalkan ajaran islam itu sendiri. Hidupnya berlandaskan hawa nafsu. Arak,wanita..menjadi sebahagian dari hidupnya. Pada suatu hari,datanglah seorang lelaki tua kepada pemuda itu.

Lelaki tua: Assalamu'alaikum..
Pemuda: Hmm..nak apa??
Lelaki tua: Apa khabar, nak?
Pemuda: Sibukla kau orang tua! pergi!!!

Lelaki tua: Anakku,tidakkah kamu tau apa yang kamu lakukan selama ini berdosa besar?
Pemuda: Suka hati akulah!!! ini hidup aku!!! Kubur masing2..so,jangan nak menyibuk!!!
Lelaki tua: Tidakkah kau takut dengan azab dari tuhan??
Pemuda: Tuhan?? siapa tuhan?? Aku tidak percaya pada tuhan??
Lelaki tua: Mengapa?? Bukankah kau seorang islam??
Pemuda: Ah,persetankan!!! Bagaimana aku boleh percaya pada sesuatu yang tidak dapat aku
lihat??
Tiba-tiba,lelaki tua itu menampar wajah pemuda yang sombong itu.
Pemuda: Hei,orang tua! Berani-berani kamu menampar aku?!
Lelaki tua: Itulah jawapan untuk soalan yang kamu tanyakan tadi.
Pemuda: Maksudmu?? (kehairanan)
Lelaki tua: Adakah kamu merasa sakit kerana ditampar?
Pemuda: Ya.
Lelaki tua: Adakah kamu dapat melihat sakit itu??
Pemuda: Tentulah tidak.
Lelaki tua: Itulah dia konsep percaya dan beriman kepada tuhan iaitu ALLAH. Kita memang
tidak dapat melihat ALLAH tetapi kita sentiasa dapat merasa kehadirannya dan
dapat melihat bukti kewujudannya iaitu dunia ini sendiri.
Pemuda: (terdiam) Baiklah,bagaimana pula dengan syaitan? Syaitan itu diperbuat daripada api
di akhirat kelak dia akan dicampak ke dalam api neraka. Mengapa pula begitu
sedangkan dia daripada api,pasti dia tidak akn merasa apa-apa kesakitan.
Tiba-tiba,lelaki tua itu menampar pemuda itu buat kali kedua.
Pemuda: Hoi,orang tua!!! Ini kali kedua kau menamparku. Adakah ini juga jawapan pada
soalanku??
Lelaki tua: Ya. Aku telah menampar pipimu bukan?
Pemuda: Ya.
Lelaki tua: Ia berasal dari apa?
Pemuda: Kulit.
Lelaki tua: Aku telah menampar pipimu dengan tanganku bukan?
Pemuda: Ya.
Lelaki tua: Dan ia dari apa?
Pemuda: Sudah tentulah kulit.
Lelaki tua: Itulah jawapannya. Walaupun syaitan itu berasal daripada api tetapi dia juga akan
tetap merasakan kesakitan yang dasyat apabila diseksa didalam api neraka kerana
ALLAH telah menetapkannya.
Lelaki tua itu terus pergi meninggalkan pemuda itu yang masih terpinga-pinga sambil menggosok-gosok pipinya yang mula kemerah-merahan. Hihi..

Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

Assalamua'laikum..
Sedar x sedar dah hmpir sebulan kite berpuasa . Tak lama lagi,kita akan meninggalkan bulan yg penuh barakah ini . So,macam mana puasa antum semua?? Tinggal lagi beberapa hari je lagi,bulan syawal akn mula mendatangi kita . Bulan yg sentiasa ditunggu2 . Ketupat,rendang,lemang..adooyai! Hihi..tapi ingat,jangan melampau . Di kesempatan ini,saya nak mohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa kat post2 yg saya hantar 2 . 0-0 ye?? Almaklumlaa..tak lama lagi nak cuti,nak balik kampung..kat kampung kan xleh on9,jadinya skrg saya nak ucapkan SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN!!!

Read more...

Sunday, September 13, 2009

Hubungan Lailatul Qadar dgn Nuzul al-quran

Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Mencari Malam Al-Qadar
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.
Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.
Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Read more...

Saturday, September 5, 2009

Sebab Rasulullah membela WANITA..

Sebab NABI Salallahualaihiwasalam Membela Wanita
Disiarkan pada Ahad, 30 Ogos 2009 @ 23:14:13 oleh Hanan
Tazkirah As-Salammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh wa Maghfiratuh...

Antara perjuangan besar Nabi Muhammad Salallahualaihiwasalam
Ialah membela wanita dan mengangkat darjatnya.

Ini berlaku lama sebelum dunia Barat dikejutkan oleh gerakan hak asasi wanita.

“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita yang soleh.”
(Riwayat Muslim)

Hadiths ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi
kedudukan wanita dalam kehidupan sejagat.

Malah, antara surah yang didahulukan dalam urutan Al Quran ialah mengenai wanita (An-Nisa).

Al Quran menggambarkan wanita dalam tiga fenomena:
- Wanita sebagai fitnah dan musuh andainya mereka tidak dididik dah diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
- Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
- Wanita anugerah ILLAH yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam dihiasi juga oleh kisah wanita terbilang.

Sehubungan itu, Rasulullah Salallahualaihiwasalam bersabda:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita:
Asiah binti Muzahim (isteri Firaun), Maryam binti Imran (ibunda Isa),
Khadijah binti Khuailid (isteri Rasulullah)
dan Fatimah binti Muhammad (puteri kesayangan Rasulullah)”.
(Riwayat Bukhari)

Asiah merupakan symbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanan kepada ALLAH, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya,
Firaun (raja Mesir), yang tidak beriman kepada ALLAH.

Maryam, ibu Nabi Isa Alaihisalam, pula lambang wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada ALLAH serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada ALLAH.

Khadijah pula pancaran isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan harta, rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah Salallahualaihiwasalam.

Akhirnya, puteri Baginda, Fatimah, adalah sinaran wanita soleh; anak yang soleh dan setia kepada ayahnya, isteri yang taat kepada suaminya dan ibu pengasih lagi bijaksana.

Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah menegaskan peri perlu:
- Dihentikan pembunuhan bayi atau kanak-kanak perempuan yang merupakan amalan kaum Quraisy yang percaya wanita pembawa s***;
- Memberikan layanan setimpal dari segi pendidikan dan kemajuan kepada anak lelaki dan perempuan;
- Menetapkan pembelaan lelaki ke atas wanita;
- Membolehkan wanita berbaiah (memberikan ikrar setia) sebagai warga Negara;
- Membolehkan wanita terlibat dalam peperangan, urusan rawatan atau hospital sehinggalah pentadbiran; dan
- Menganjurkan setiap Muslim yang akan melangkah ke alam perkahwinan supaya berhati-hati memilih calon isteri dengan mengutamakan isteri soleh.

“Janganlah kamu nikahi wanita cantik, kelak kecantikannya itu akan membinasakanmu; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.
Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama itu adalah lebih baik bagimu.”
(Riwayat Abdullah Ibn Humaid)

Antara lain, konsep isteri soleh terpapar dalam maksud firman NYA:
“… perempuan soleh mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan ALLAH.” (An-Nisa’:34)

Malah, pesan Baginda:
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana sahaja pintu syurga menurut kehendaknya.”
(Riwayat Imam Ahmad)

Baginda berpesan lagi:
“Seseorang isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha kepada kematiannya, nescaya isterinya akan masuk syurga.”
(Riwayat Al Hakim dan Tirmidzi)

Isteri soleh adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anak-anaknya dan juga pendingin hati ibubapa.

Ia juga merupakan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibubapa nya telah lama meninggal dunia.

Ibu adalah guru pertama anaknya.

Antara doa yang paling mustajab ialah doa seorang ibu yang soleh.

ALLAHualam.
Wassalam.


Read more...

Friday, September 4, 2009


Assalamualaikum..

Antum sume penah bercinta??

Bohongla kalu kate xpenah..bile sbut pasal CINTA , rmai yg mtafsirkn pasal couple,pkwe mkwe..

Jgn smpitkn fkiran..Cinta bkn cume ytk couple2 je..tp ada mcm2 jnis CINTA..


Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).


Sabda Nabi: Orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).


Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,

(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan

(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.


Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.


Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:


1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.


2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.


Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.


3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.


4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.


5. Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).


6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)


7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba.


Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).


8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)


Mana 1 cinta pilihan antum??

Read more...

POCO-POCO..

PETIKAN DARI EMEL YANG DITERIMA...MENGUCAP PANJANG SELEPAS MEMBACA....YA ALLAH MOHON DI AMPUNKAN DOSA UMAT MU INI...
Ntah betul ke tidak wallahualam. ...

Dipanjangkan. .....

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini. Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."
Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini. WALLAHUALAM

Read more...