Saturday, November 21, 2009

Seulam Pahala Berulamkan Dosa



MAD'U & DUAT

Mungkin dalam kesibukan kita menyajikan bahan dakwah kepada mad'u(orang yang kita nak dakwah) kita di alam siber ini. Jangan kita lupa bahawa para duat(pendakwah) juga akan diuji oleh Allah swt. dalam pelbagai dimensi. Samada dari ujian dalaman mahupun luaran. Dalaman melibatkan persoalan sejauhmana rasa berTUHAN kita wujudkan dalam diri.

Dakwah di dunia tanpa batasan. Tapi kadang-kadang ada yang tersesat didunia siber yang penuh dengan lumpur dosa. Akhirnya perjuangan terhijab daripada nusrah/pertolongan Allah swt. Bak kata pepatah yang didukung tercicir dan yang dicari tak dapat. Ini bukan sahaja tidak dapat bahkan dapat kemurkaan Allah swt. Bagaimanakah mungkin pertolongan Allah boleh turun jika keadaan ini berlaku?

Ketika orang tiada pantau kita dalam melayari internet. Semuanya boleh berlaku. Pengaruh syaitan dan nafsu jangan dipandang remeh oleh para pendakwah siber sekalian. Kerana suntikan syaitan dan desakan nafsu mampu mengegarkan iman walau setinggi gunung. Bukti telah banyak Allah tunjukkan kepada kita.

Mungkin disebabkan kita merasakan terlalu banyak menasihati orang menyebabkan kita sudah memandang ringan dosa kita sendiri. Dosa-dosa kecil kita anggap kecil. Boleh sahaja dihapuskan dengan amal kubra yang kita buat. Tapi kita lupa adakah kita yakin amalan kita itu sudah diterima atau tidak oleh Allah swt. Semuanya masih belum pasti.


CCTV AKHIRAT


Tapi kita alpa, lupa, ego dan sombong dengan pengaruh syaitan. Merasakan kita sudah berjaya mengatasi pengaruh syaitan dan nafsu. Sedangkan orang mukmin itu mesti merasakan rasa berdosa sepanjang masa dan takut akan masa hadapan yang belum pasti. Tiada siapa dapat berikan jaminan. Kerana Rasulullah saw telah lama pergi meninggalkan kita.


Akhirnya, sebagai para duat siber sekalian. Ingatlah dan awasi diri bahawa cctv akhirat telah diwujudkan sejak kita baligh lagi. Tak perlu kawalan manusia dan software kalau kita betul-betul menghayati cctv akhirat.

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah,pertolongan dan lindungi kepada kita daripada fitnah ini kerana tiada jaminan untuk kita melainkan kita sendiri yang berusaha mewujudkan perasaan muraqobah(Allah sentiasa observe kita) dalam diri. Takutlah kamu wahai manusia akan slide show akhirat yang akan menayangkan segala tingkah laku mu samada buruk atau baik.

Sanggupkah muka mu itu menanggung malu yang teramat sangat nanti. Renungkanlah…

p/s: buat para dai'e siber..


Read more...

Kisah Ustaz Dan Wanita

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.




Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.

Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."

Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.

"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.

Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.

Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.

"Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)

Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :

هSesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )


Perempuan Lebih Sukar?

Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :

"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.

"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.

"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.

Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.

"Benar, InshaAllah.." Kata saya.

Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut

إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)

Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"

Imam An-Nawawi pula berkata :-

الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة

Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"

Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)

Hukum Asal & Fitrah

Hasilnya, yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; Malah ini kerana menurut hukum Islam yang asal, kerja mencari nafqah adalah merupakan tanggungjawab utama kaum lelaki. Bertepatan dengan tugasan asalnya itu, secara umumnya kaum lelaki diberikan lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)

"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.

Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan amat sukar untuk dielakkan. Namun, pandangan bebas saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.

Adakah kita sedar bahawa punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini kemungkinan berpunca dari rumahnya?.

Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbadning kanak-kanak wanita.

Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, jika tidak, ia berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya. Nauzubillah.

Kerana itu, rumah dan pendidik di rumah terbaik adalah seorang ibu. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan si anak lelaki. Iaitu samada ia mampu menggunakan tenaga fitrahnya yang gagah untuk mentadbir dunia dengan adil dan baik atau sebaliknya. Jika tidak, akan berterusanlah kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.

Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih sayang ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan pshcologi itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang hampas dan sisa buat anak-anaknya.

Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangka panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?

"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menapoous pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"

"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.

Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )

Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki.

Akibatnya berbondong wanita bekerja, kemudiannya apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.

Wanita dan Wangian

Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.

" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.

Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.

Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?

"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.

Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, tika itu...janganlah ia marahkan si lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.


Nabi SAW pernah bersabda :

ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها

Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)

Akhir kata ; Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..



Read more...

Pesanan Akhwat..

Kami ini senang jika diperhatikan, apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa, ikhwah yang mempunyai karisma, atau ikhwah yang alim, atau ikhwah yang bersifat "cool" apatah lagi mempunyai sifat penyayang, walhal kami belum mampu berhijab secara baik. Oleh itu, tundukkanlah pandangan kalian dengan makna yang sebenar-benarnya, dan janganlah kalian ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya.

Kami juga senang mendengar kalian berbicara dengan dan tentang kami, rasa di hati tidak dapat diperkatakan lagi, kami terasa seakan dihargai , namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita, oleh itu, cukuplah bicara kalian jika kalian mulai memberi pujian kepada kami meskipun itu hanya sebuah pujian kecil.

Kami juga sukar menahan bayangan-bayangan hati akan kalian para ikhwah, ketika kami merasa para kalian dapat menjadi tempat untuk mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayang-bayang kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami mencurahkan isi hati kami kepada kalian.

Kami juga inginnya terus dekat dengan kalian para ikhwah, tapi maaf..bukan kerana apa-apa tapi lebih kerana perhatian yang kalian berikan kepada kami, meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini, terkadang kami pun terlepas kata dan laku, malah menjadikan kami dan kalian semakin tak mengenal batas, kerana itu pertama nasihatilah kami akan azab Allah dan setelahnya jangan pernah memberi dan membalas bentuk perhatian kami.

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [Surah al-Israa ayat 32]

Katakanlah pada orang-orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ........ [Surah An-Nur ayat 30-31]

Janganlah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Kerana yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah dosa
[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim).

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang beriman, hendaklah mereka mengutamakan rasa malu (salah satu akhlak yang mulia) dan iman merupakan dua hal yang tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain, maka apabila salah satunya diangkat (hilang) maka hilanglah yang lain.
(Hadis riwayat Al Hakim dan At Thabrani)

Sesungguhnya kepala(seorang lelaki) yang ditusuk dengan besi itu jauh lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)

Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua-dua mata zinanya melihat, kedua-dua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.
(Hadis riwayat Bukhari).

Ikhwah dan akhawat yg disayangi,hidup adalah rangkaian pilihan demi pilihan, hanya orang-orang yang berusaha memelihara hubungan dengan Allah dan mencari ilmu sahaja yang akan memilih kebenaran. Kerana rezeki, maut, dan jodoh setiap manusia telah Allah tetapkan, maka yang perlu kita lakukan adalah bagaimana untuk selalu memperbaiki usaha kita dalam menerima ketiga-tiga perkara itu. Banyak perkara yang kita pandang baik, namun tidak dalam pandangan Allah. Bersabarlah atas takdir Allah, kerana sesungguhnya buah kesabaran itu sangat manis dan sangat lazat.

p/s: dr seorang saudara kita..

Read more...

Catur Putih Kehilangan Permaisuri

"Mengapakah kita lemah dan sering kalah apabila berhadapan dengan Israel sedangkan negara umat Islam banyak,lebih daripada 40 buah negara? Umat Islam tidak akan lemah dan kalah berhadapan dengan Israel jika negara ummat Islam hanya satu”.

(Syeikh Yusuf Al-Qardhawi)

Jika dilihat situasi dunia hari ini seolah-olah satu permainan catur. Catur putih hitam yang digambarkan antara Islam dan Yahudi menanti penentuan checkmate, dalam erti kata lain, kemenangan merebut matlamat yang hampir serupa, tetapi originality yang berbeza. Jika benar Islam dan Yahudi seolah-olah dalam permainan catur, maka kita diambang kebuntuan antara kalah menang. Sekarang, ‘Raja’ dalam bahaya. Bahaya akan begitu diamnya askar-askar putih. Bahaya kebuntuan strategi. Malah, yang paling teruk, buah catur terpenting itu sudah tiada. Buah catur yang menjadi pusat mampu mengawal keseluruhan permainan catur, itulah ‘Permaisuri’ yang dinamakan Palestin!

Berkata Salahuddin, “Barangsiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia”

Siapakah yang menguasai permainan catur itu sekarang?



APAKAH ERTI KEHILANGAN PERMAISURI DALAM CATUR?

Andaian awal seorang pemain catur biasa menganggap hilangnya permaisuri pihak lawan adalah detik kekalahan. Walhal, di mata seorang masterchess, terkorbannya permaisuri adalah satu taktik yang memberi satu amaran. Hilangnya permaisuri belum bermaksud CHECKMATE, tetapi bererti WASPADA! Andai fitnah 11 September 2001 World Trade Centre itu adalah fitnah yang dilontarkan kepada Islam hingga kononnya menuduh keganasan ajaran Islam, sebaliknya isu ini menjadi titik tolak pengislaman beribu-ribu orang kristian Amerika setelah mengenali Islam. Sebenarnya Allah menegur kita agar lakukan sesuatu! Berperang? Bersedekah? Boikot? Itu sahaja?

ORIGINAL VS CIPLAK

Jika ‘Islam’ itu diibaratkan sebuah syarikat yang sangat terkemuka, menghasilkan produk-produk yang berkualiti hingga ke serata dunia, maka dalam dunia hari kini, syarikat itu dalam dilema dan di ambang kejatuhan. Syarikat itu bukan jatuh kerana kualiti produknya, tetapi kalah kerana tidak berkembang dan statik. Dalam sebuah buku tulisan John C. Maxwell, 17 Indisputable Law of Teamwork, dalam bab The Law of Scoreboard, John ada menceritakan sebuah syarikat yang pernah mendapat tempat dan sangat popular di Amerika satu ketika dahulu. Oleh sebab syarikat ini mendapat keuntungan besar setiap hari, syarikat ini tidak mengembangkan perniagaan mereka kononnya keuntungan mereka adalah satu kepastian yang berkekalan. Namun, sangkaan mereka silap sama sekali! Ketika syarikat itu terus berjalan, satu syarikat lain yang memperniagakan produk sama turut berkembang. Akhirnya syarikat tadi jatuh merudum sehingga lingkup muflis. Malah, orang ramai yang menyokong syarikat itu turut sedih kerana syarikat tersebut banyak kaitan sejarahnya dengan ekonomi penduduknya.

Begitulah hakikatnya dalam dunia Islam hari ini. Umat Islam yang ada hari ini kekurangan orang yang dinamik. Bukankah lebih baik kalau kita membuka pascamodenisme Islam dengan teknologi canggih, ekonomi gigantik, ilmu pengetahuan tinggi yang beridentiti Islam? Adakah ini salah di sisi Islam? Jika diteliti sejarah Rasulullah, zaman itu orang arab menganggap pertukangan besi adalah satu pekerjaan yang hina. Tetapi ketika berkembangnya Islam, Rasulullah sendiri menggalakkan pertukangan besi. Jika pertukangan besi yang hina itu digalakkan, ertinya Rasulullah sendiri nampak signifikannya ketika orang lain tidak nampak, iaitu variasi dalam memperkembangkan Islam – KREATIF!

“..Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya”

(Surah Al-Hadid : 25)

Begitulah juga bagaimana Muhammad Al-Fatih berjaya menawan kota Constantinople dengan subjugasi menggunakan menggunakan meriam, ketika pihak musuh tidak mempunyai kemahiran teknologi. Berubahlah para ibu bapa sekalian, anak-anak anda hari ini tidak boleh lemah. Panggilan fardu kifayah menggesa komuniti kita meramaikan pakar komputer, jurutera aeronautik, arkitek, sains aktuari dan saintis-saintis akhirnya berkhidmat di bawah nama Islam.

Ingatlah firman Allah;

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah..”

(Surah An-Nisa’ : 9)

Anak-anak hari ini tak boleh dibiarkan bersosial melampau-lampau, sibuk-leka dengan Raja Lawak, berfoya-foya dan statik. Anak-anak sepatutnya digaris pandu ke arah kekuatan Islam, kekukuhan mentaliti dan fikrah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Inilah masanya untuk membuktikan ke’original’an kita.

Mukmin yang ORIGINAL adalah mukmin yang kuat.

Mukmin yang ORIGINAL adalah mukmin yang tahu tanggungjawab terhadap saudara-saudaranya.

Mukmin yang ORIGINAL adalah mukmin yang mencintai saudaranya seperti dirinya sendiri!

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a khadam Rasulullah s.a.w dari Nabi s.a.w, sabdanya : "Tidak sempurna iman seorang dari kamu hingga mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya sendiri"

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Strategi bermain catur secara ORIGINAL adalah syarat mengalahkan strategi CIPLAK!

SERANG BALAS CHECKMATE

Ketika berlakunya krisis kejatuhan nilai hartanah (krisis subprima) di Amerika, firma perbankan di seluruh dunia menghadapi kerugian yang mencecah berbillion-billion ringgit kerana pelaburan ini. Ketika ini, firma perbankan Islam yang bertaraf global tidak terkesan sedikit pun kerugian rentetan daripada taufan ekonomi yang melanda dunia, malah ketika itu mereka ghairah melancarkan produk kewangan Islam. Bon Islam yang dilaksanakan berbeza dengan bon konvensional kerana sistem muamalat Islam bebas dari segala pelaburan risiko yang meragukan. Malah bon Islam lebih efektif dan original! Sebab itu sebenarnya Islam hari ini berpotensi untuk mendahului ekonomi Yahudi. Bagi saya, idea boikot itu bukanlah idea yang lapuk, malah terbukti kesannya hari ini pasaran ekonomi ‘729’ jatuh merudum seperti mana berlaku pada pasaran-pasaran produk Belanda ketika berlaku penghinaan terhadap Rasulullah sebelum ini.

Sekiranya ekonomi Yahudi jatuh, adakah umat Islam membiarkan keadaan itu hanya dengan laungan ‘padan muka’ atau memulakan revolusi ekonomi baru menyaingi Mc Donald, 20th Century Fox, Disney, dll? Sebab itulah, erti hidup bukan hanya pada MEMBERI, tetapi juga MEMBUKTI! Jika kita hanya sibuk memberi, orang sana sibuk menerima, maka sifirnya kita tidak perlu bergerak menuju anjakan paradigma.



ADAKAH CATUR ‘ASKAR’ BOLEH GANTIKAN ‘PERMAISURI’?

Itulah satu halnya yang perlu kita prihatin sekarang. Lihatlah sahaja agenda dunia politik kita di sini. Jika kita ingin tegakkan Islam melalui wasilah politik sahaja bagi saya tidak cukup. Saya tak rela mempunyai Malaysia Islamik andai PAS mengambil alih. Apa ertinya kalau sebuah negara Islam tetapi rakyatnya tidak solat, tidak menunaikan zakat, rasuah dsb? Ramai yang bising kalau soal kita menggunakan wasilah memperkasa masyarakat dahulu, ia mengambil masa yang lama dan tak relevan. Jika janji Allah atas kemenangan Islam, kenapa nak pandai-pandai kita memberikan inferens, sedangkan masa itu adalah RAHSIA ALLAH? Lihatlah sendiri, pengislaman Michael Jackson sendiri adalah di bawah pengetahuan kita bahawa masa masalah umat pula orang yang tak disangka-sangka memeluk Islam! Soal yang saya ingin utarakan di sini adalah, kita dan Palestin adalah satu masyarakat. Masyarakat yang digantung nama dengan masyarakat Islam. Tiada masyarakat Palestin-masyarakat Malaysia.

“Orang-orang yang berima adalah sama darah-darah mereka dan mereka adalah tangan kepada orang lain. Orang-orang bawahan pun tetap berusaha demi keamanan mereka”

(Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasai, dan Abu Daud)

Adakah sebab kita Palestin jadi seperti hari ini? Solat itu tiang agama, jika kita tak solat, semua tahu bahawa kita sebenarnya meruntuhkan agama kita sendiri. Begitu juga zakat, Allah banyak kali sebut aqimussolah wa ‘atuz zakah, adakah kita sempurnakan erti mendalam‘hablu minallah wa hablu minannas?’ Adakah solat itu tertegak dalam masa yang sama zakat itu disempurnakan?

Kita pasti dapatkan kembali ‘Permaisuri’ yang hilang itu jika semua sampai pada tahap kefahaman yang jitu. Kita akan dapat kembali Palestin yang dirobek itu seperti mana Salahuddin Al-Ayubi merampas kembali jika kita berpegang pada Quran dan Sunah. Kita juga akan berjaya mendapat cita-cita kita jika kita ‘mempunyai pemimpin yang arif, tentera yang aktif dan masyarakat yang baik’ seperti mana Sultan Muhammad Al-Fatih implementasikan sabda Rasulullah. Ubahlah diri KITA

“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”

(Surah Ar-Ra’du : 11)

Saya menasihati diri sebelum orang lain.
Read more...

Ubahlah..

Ketika bebas di alam remaja,
impianku tidak mengenal batasan - aku ingin MENGUBAH DUNIA

Bila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang, kusedari.. rupanya dunia tidak akan berubah. Lalu aku bataskan jangkauan. Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA. Namun ini juga tidak kesampaian..

Di usia senja, pilihan terakhirku ialah untuk MENGUBAH KELUARGA dan mereka yang terdekat. Malangnya.. mereka juga tidak mampu ku ubah. Kini, di pembaringan menanti maut, baru ku sedari.. (mungkin buat pertama kali)

Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah DIRI SENDIRI - dengan menunjukkan teladan yang baik, pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA. Lantas.. dengan sokongan dan dorongan semangat mereka, pasti aku mampu MENGUBAH NEGARA..

Dan siapa tahu.. Mungkin juga aku mampu MENGUBAH DUNIA

Read more...

Motivasi Coklat..nyum2

Nur Izzah, seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana silih-bergantinya masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap “HORROR WEIIII…”, katanya. Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di mata dunia, bernama Chef Jay.

Di dalam dapur yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk ‘Stainless Steel’ yang berisi air paip dan memanaskannya di atas dapur gas yang kuat apinya. Nur Izzah kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merah, telur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama Galaxy (serius memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.

Nur Izzah menarik muka masam, tidak merasakan ayahnya, Chef Jay memahami masalahnya. Selepas beberapa ketika, Chef Jay mengangkat lobak merah dan telur ayam kampung ke dalam dua mangkuk dan menuangkan coklat panas ke dalam gelas. Dialog antara ayah dan anaknya pun bermula…

Chef Jay: Apa yang Izzy (nama manja) nampak?

Nur Izzah: Lobak merah, telur ayam kampung dan coklat panas…

Chef Jay: O.K… Cuba Izzy rasa lobak merah, kupas telur ayam kampung dan hirup sedikit air coklat panas tu…Lepas tu.. beritahu ayah apa yang Izzy rasa.

Nur Izzah: Hmmm… lobak merah tu lembut dan senang dikunyah, telur ayam kampung tu sebelum masak dalamnya cair(mentah) tapi bila dah rebus jadi keras dan yang paling sedap air coklat panas tu yang begitu enak ketika panas. Tapikan... kenapa ayah buat macam ni???

Chef Jay: Sesungguhnya, dengan memasak pun boleh menyelesaikan masalah Izzy tu. Ketiga-tiga bahan tu memberikan tindakbalas yang berlainan terhadap air panas yang menggelegak. Lobak merah yang pada mulanya keras menjadi lembut bila direbus. Telur ayam kampung pada mulanya isi dalamnya cair, tetapi menjadi keras apabila direbus. Coklat panas itu pula tidak enak dimakan begitu sahaja, tetapi enak diminum panas-panas apabila dibancuh dengan air panas.

Nur Izzah: Jadi apa kaitannya dengan masalah Izzy ni… Izzy tak faham.

Chef Jay: Air yang panas menggelegak itu umpama semula masalah Izzy dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah Izzy nak jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut (lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah). Jangan jadi seperti telur ayam kampung isi dalamya cair ( umpama hati yang lembut dan boleh di bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu) walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti Coklat panas itu, menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak. Begitulah Izzy yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak menghadapi masa hadapan…

Nur Izzah menitiskan air mata terharu mendengar nasihat ayahnya itu… Seakan-akan muncul semangat baru di dalam diri Nur Izzah untuk terus mara ke hadapan.

Sahabat-sahabatku sekalian… Ujian adalah Tarbiyyah daripada Allah s.w.t. Berilah pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar masalah mereka. Moga-moga kita dirahmati Allah s.w.t. Amin…


Read more...

Sunday, November 15, 2009

Sahabat


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

http://www.showandtellmusic.com/upload/listen.jpg


Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat.

Read more...

Kita Sangat Kejam

Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam.

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,

“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Perempuan itu adalah Lebanon.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat.

Tahniah kepada Umat Islam.

Sama-samalah kita muhasabah diri...sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita...renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan...Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri...

Read more...

Surat Cinta

Assalamualaikum w.b.t..semoga anda semua sihat di samping keluarga tercinta..alhamdulillah, kesyukuran berpanjangan dipanjatkan utk Pemilik segala isi langit dan bumi.."ya Allah, Tuhan sekalian alam..hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.."

sahabat-sahabat yg dikasihi..
Ape kate kali ni kite bincang2 sikit fasal surat cinte??huhu..mcm jiwang jer entry kali ni..hehehe..neway, xpe, yg penting bahagia..eh, ape ek perasaan anda apabila menerima surat cinta dr org yg teristimewa??(email,sms pun surat kan; surat elektronik)

"uih, best siot!!"
"bahagia duh hati aku.."
"mesti la masyuk giler!!"
"bukan senang oo nak dapat..hidup aku makin ceria!!hehe.."

huhuhu..mungkin itu diantara jawapan2 yg mungkin kite akan dengar apabila soalan di atas diajukan kepada sesiapa yg pernah menerima atau mengalaminya..

agaknya, dimana anda menyimpan surat cinta itu??

"wah, aku simpan dalam fail khas..siap hias2 dgn bunge lagi.."
"aku simpan dalam laci stadi aku..nak tiupkan semangat time stadi!!"
"aku simpan je dalam inbox email aku..xkan nye aku delete.."

huh..jawapannya pasti special..maklumlah, org special yg kasi..

"weih, kalau aku bace kan, surely hati aku tersentuh..uh, unexplainable...hanye org yg pernah mengalaminya boleh explain..serious doh!!"

huhu..kalau ikutkan pengalaman sendiri pun, hati ini mudah tersentuh apabila mmbaca surat cinta manusia..kadangkala ia menghayalkan dan kadangkala ia mmberikan semangat..tetapi, apa yg pasti, perasaan itu bukannya lahir dari mata hati tetapi ia lahir dari mata NAFSU!! nauzubillahiminzalik!! cukuplah kesilapan lalu..

ok, soalan seterusnya..kerap tak anda membaca surat cinta yg anda terima itu??

"kerap dong!!"
"kalau teringat akan dia, pasti suratnya aku baca.."

wah wah wah..bukan main lagi..hehehe..

baik...sahabat-sahabat yg disayangi...

jika anda memiliki sebuah kereta bmw, siapakah yg paling menyayangi atau menyintai kereta itu??ayah anda?ibu anda?adik anda?atau diri anda sendiri selaku pemiliknya?ermmm..rasenye org yg normal pasti akan mengatakan bahawa si pemilik-lah yg paling mencintai sesuatu yg dimilikinya...jadi, siapakah yg paling mencintai anda selaku seorang manusia di atas muka bumi?? pastilah pemilik manusia iaitu Allah s.w.t...kan?? adakah anda sedar bahawa Allah s.w.t. menurunkan Al-Quran utk manusia sebagai surat cintaNya kepada kita??

yg mana satu lebih agung,lebih hebat??surat cinta dr cewek,pacar,awek,balak atau surat cinta dr Maha Agung?????

sahabat-sahabatku...sayangnya Allah kepada kite selaku hambaNye..Allah berikan kita surat cintaNye sebagai petunjuk..sumber kebahagiaan..panduan..ke arah kejayaan dunia dan akhirat..ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yg tak terhingga hebatnya, yg tak terbayang di mate dan kepale...namun, selama ini, kebanyakan drpd kita lebih mengutamakan surat cinta dr manusia dan sering mengabaikan surat cinta dr Allah..benar kan??

seringkali kita merasa berat hati utk manatapnya..inikan pula mmbaca dan menghayatinya..lihat di rumah2 kita, banyak Al-Quran yg berhabuk, terbiar kerana sudah lama tidak disentuh..mungkin ada yg mengatakan bahawa terlalu banyak Al-Quran di rumah, tetapi mengapa anda tidak mmbersihkannya drpd habuk??mengapa???bukankah ia boleh di wakafkan kpd org2 miskin atau masjid2??

sahabatku,
sudah berapa lama kita mengabaikan surat cinta Allah?? sudah berapa lama kita tidak mmbacanya dgn sepenuh hati??bayangkan, jika nyawa kita ditarik ketika selama ini kita mengabaikan surat cinta Allah dan mengutamakan surat cinta manusia, ketika kita lebih suka mmbaca komik,majalah hiburan berbanding surat cinta Allah??Apa salah Allah kepadamu??Allah menurunkan Al-Quran supaya kamu hidup bahagia tetapi mengapa kamu mengabaikannya??

jika anda mengatakan bahawa jiwa anda tersentuh apabila mmbaca surat cinta dari org tersayang, sudah berapa lama jiwa anda tidak bergetar tatkala mendengar nama Allah dan ayat-ayatNya???sudah berapa lama???Allahuakbar!!!lemahnya iman kita..

"sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal."
~surah al-Anfal,2~

sahabat-sahabatku semua..
marilah kita bersama2 meminta ampun drpd Allah kerana kita sering mengabaikan surat cintaNya..kerana kita kerapkali lalai.."ya Allah, ampunilah dosa2 kami..kerana kami lebih mengutamakan surat cinta manusia daripada surat cintaMu..ya Allah, ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami..berikanlah cahayaMu..terangilah jiwa kami dgn nur-Mu..begitu byk jalan ke arah syurgaMu yang Kamu tuliskan di dalam surat cintaMu tetapi kami sering melupainya dan menganggapnya tidak penting bagi kehidupan kami..ya Fattah, bukakanlah mata hati kami!!ya Tuhan yg Maha Pengampun, ampunilah dosa2 kami..!!"

sahabatku,
marilah kita bersama2 mmperbaiki diri..dari semasa ke semasa..sedikit demi sedikit..jgn biarkan kesalahan lalu diulangi oleh generasi kite akan datang.."ke arah melahirkan generasi Al-Quran yg mencintai dan dicintai Allah",amin...Allahua'lam..moga Allah sentiasa mmberkati kita semua..

~bangunkan potensi spiritual anda!~
Read more...

KISAH CINTA SEORANG SAHABAT..

Pengalaman seorang sahabat..

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa

dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh
apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada
saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya
khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya
sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan
disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk
dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping
hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh
mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting
wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk
itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa
syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian
tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali
wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah
belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan
saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita
kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki
berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk
memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk
mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah
perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa
mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia
amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun
dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman
dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya
amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara
ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia
sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan
maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali
dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-
panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa
punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,
itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan
orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata
walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang
perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua
itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu
siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya
bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping
saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan
respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih
dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang
boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok
semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah
lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan
rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak
pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan
menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan
lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah
yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-
mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan
kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,
ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi
akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu
perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya
sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan
saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat
saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing
right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is
permitted. But I know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official between them.
So, may I know what kind of relationship you are having now and I
want to hear it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you
can never build it on what Allah has stated as wrong and proven
false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't even have anything to
defend it as blessed if the first step you make is by stepping into
what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah
doesn't help you so, and you must know in every family that stands
until their dying day, they have Allah on their side.
You can't
expect Him to help you if you did the wrong step from the very
beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu
kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang
dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.
Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali
selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya
pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama
dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu
untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan
saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah
tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan
itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti
mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta
maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan
saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada
jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan
yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan
hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap
kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh
perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami
muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala
kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali
cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah
yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah
sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu
melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah
berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup
saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri
telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana
mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir
dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan
umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati
saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia
sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita
tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara
lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s
dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.

Read more...

Monday, November 9, 2009

Kisah seorang ustaz dengan anak muridnya

"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT"

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat kepada saya.

Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.

Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :


وكان الإنسان أكثر شيئ جدلا

Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )

Cubaan Saya Menjawab

b

"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.

"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.

"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.

"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan...mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.

"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"

"mestilah ustaz.." balasnya.

"anta minat durian tak?" saya bertanya.

"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?"

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.

Itulah Jawapan

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT...

"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.

Begini..

Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.

Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu.

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً

Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"


Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?

Sedikit Bentuk Azab Allah di atas dunia

Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.

Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, prototol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.

Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.

Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.

Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.

Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.

Inikah kita?

Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.


Read more...

TOP-UP

Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..

Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.

Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita..

Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata “Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidak tidur malam..Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang mengangkat senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu,inikan pula hendak pergi berperang.

Mari kita sama-sama muhasabah diri kita..

Suka untuk saya bercerita kisah seorang sahabat Nabi bernama Amir bin Said.Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab.Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa,Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Amir bin Said,tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau.Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”.Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin.Ketika menjadi gabenor di Kufah,pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.

Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ; pertama(1),Said bin Umar tidak keluar dua kali dalam masa sebulan.Kedua(2),beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan ketiga(3),beliau tidak keluar pada waktu malam.Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang.Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba.Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.

Itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu,bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri.Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai.Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna” .

Berkata ulama’,terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati :

1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan
3.Bangun malam dengan beribadat
4.Bermunajat pada waktu sahur
5.Berdamping dengan orang Soleh
6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat
7.Uzlah daripada orang jahil
8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil)
9.Makan benda yang halal

Konklusinya,marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa kita lakukan.Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama ‘top-up’ yang akan mengisi ‘kredit’ untuk kita pada hari perhitungan nanti,insyaALLAH..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal” (Al-Anfal,2)

Rujukan : Terjemahan al-Quran,Kitab Fathul Mubin Bi Syarhi Arbai’in,Kitab Al- Jawahir Al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah.
Read more...