
Nak kata tak pandai memandu, mustahil. Kalau tak pandai memandu pasti takkan dapat lesen. Nampaknya, selepas ini ujian memandu perlu diperhebatkan lagi.
Peraturan jalan raya pun dah ada. Adakah ianya terlalu sukar untuk dipatuhi? Nak balik beraya kat rumah ke nak balik beraya dalam kubur. Haish..
Kalau kemalangan itu sendirian, tak mengapalah. Sendiri yang cari nahas, sendiri tanggunglah. Ini tidak, bila kemalangan turut melibatkan nyawa insan lain yang tidak berdosa. Dan menyebabkan ada anak yang kehilangan ibu bapa. Ada ibu bapa kehilangan anak. Ada suami kehilangan isteri. Tidakkah keadaan ini menzalimi mereka??
Seandainya kita telah melakukan segala persiapan untuk memastikan perjalanan kita selamat, Alhamdulillah. Tetapi, kalau tidak bagaimana?? Salah siapa??
Kezaliman adalah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Kezaliman ada dua martabat, yaitu menzalimi diri sendiri, dan menzalimi orang lain. Menzalimi diri sendiri ada dua bentuk yaitu syirik, dan perbuatan dosa atau maksiat. Menzalimi orang lain adalah menyia-siakan atau tidak menunaikan hak orang lain yang wajib ditunaikan.
أَنَّ اللَّه تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا
“Sungguh, Allah telah berfirman, ‘Wahai hamba-Ku, sungguh aku telah mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan menjadikannya terlarang di antara kalian, maka janganlah saling menzalimi!’ “ (Hr. Muslim)Renung-renungkanlah..
p/s: malam ni balik ke Terengganu. Mohon doa sahabat-sahabat agar perjalanan kami selamat.
Salam `alaik..
ReplyDeletesemoga ukhti selamat pergi dan balik semula...
doakan ana juga...ya ??