Dan sesungguhnya Allah mengangkatmu sebagai khalifah di dunia.
Kemudian Dia melihat, bagaimana kamu beramal.
Sesungguhnya ketika dunia dibentangkan dan disediakan kepada Bani Israil, mereka lalai dalam perhiasan, wanita, wangi-wangian dan pakaian.

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu!
Anak adam berkata, "Hartaku, hartaku!"
Padahal kamu tidak memiliki dari hartamu
Kecuali apa yang telah kamu makan; lalu sirna,
Atau apa yang kamu pakai; lalu lapuk,
Atau apa yang kamu sedekahkan; lalu kekal?
Sesungguhnya dunia adalah rumah bagi orang yang tidak punya rumah
Dan harta, bagi yang tidak punya harta
Untuk dunia; orang yang tidak punya akal mengumpulkan
Kerana dunia; orang yang tidak berilmu bermusuhan
Kerana dunia; orang yang tidak punya kefahaman berdengki
Dan untuknya (dunia); orang yang tidak punya keyakinan berusaha..
CREDITS TO: LEOKID(ILUVISLAM)
No comments:
Post a Comment