Read more...
Monday, December 30, 2013
Aku ingin seperti Saidatina Khadijah
Read more...
Sunday, March 17, 2013
MENJADI SOLEHAH
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.
Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.
Read more...
Tuesday, February 26, 2013
Muslimah tapi terdedah
Hebat~
Tapi, bagi saya..semakin moden dan berteknologi sesuatu zaman itu, maka semakin besar dan semakin hebatlah cabaran serta fitnah yang perlu saya hadapi. Betul, tak?
Dan pastinya tidak ketinggalan, kemajuan dan kemodenan dalam berpakaian. Perkembangan fesyen pada masa kini begitu pantas sekali. Setiap hari, ada sahaja fesyen terbaru yang akan dipertonjolkan. Dan pastinya yang paling menarik perhatian saya adalah perkembangan fesyen Muslimah.
Saya bukanlah seorang gadis yang menentang kemajuan berfesyen. Tidak sama sekali. Selagi mana fesyen itu menepati apa yang diajarkan dalam Islam, maka silakan. Tetapi, fesyen muslimah pada masa kini bagi saya bukan sahaja tidak menepat ajaran Islam bahkan pada pendapat saya seolah-olah menghina dan menyindir ajaran berfesyen dalam Islam! Kenapa saya kata begitu??
Baik~
Tetapi..bagaimana pula dengan fesyen muslimah yang sering dipertontonkan di kaca tv? Syarat 1 iaitu menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan, lulus! Tetapi..syarat lain?? Fesyen Muslimah yang sering saya lihat di kaca tv adalah terlalu menarik perhatian, terlalu ketat dan jarang!
Wahai gadis-gadis Muslimah..jangan menghina dan menyindir Islam dengan berpakaian atas nama Islam tetapi diadun-adun sesuka hatimu dengan alasan mengikut peredaran zaman, kononya Islam itu sesuai untuk semua zaman. Memang betul Islam sesuai dengan semua zaman tetapi ianya bukan bererti kita boleh mengubah-ubah apa yang Islam ajarkan pada kita agar sesuai dengan kehendak semasa. Sebaliknya, kitalah yang perlu menyesuaikan diri kita dengan ajaran Islam. Jangan jadikan alasan untuk tidak mahu kelihatan kolot, lantas kita sarungkan pakaian yang entah apa-apa ke tubuh badan kita.
Saya bukanlah ingin melarang sahabat-sahabat untuk berfesyen tetapi sekadar mengingatkan agar kita semua tidak berlebih-lebihan dalam berfesyen dan kita perlulah mengikhlaskan niat bahawa kita menutup aurat adalah kerana ALLAH dan bukan kerana ingin mengikut trend semasa.
Read more...
Saturday, January 19, 2013
Sehari di Konvensyen Fiqh Wanita & Islam
Pada sebelah petang pula diteruskan dengan Pembentangan 2: Rumahtangga & Kerjaya, Celik Mata dan Hati, oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad dan seterusnya Sidang Panel 2: Wanita Jangan Teraniaya oleh Dr. Haji Mohd Naim Hj. Mokhtar dan Dr. Sofiah Samsudin.
Dalam pembentangan tersebut, menyentuh tentang bagaimana kedudukan wanita pada zaman Jahiliyyah. Wanita pada zaman Jahiliyyah dilayan dengan begitu buruk sekali seolah-olah wanita itu tiada nilai seorang manusia. Orang-orang pada zaman Jahiliyyah berasa malu apabila isteri mereka melahirkan anak perempuan dan sebahagian daripada mereka tergamak menanam bayi perempuan tersebut dalam keadaan masih hidup. Zalim sekali cara mereka memperlakukan wanita. Tidakkah mereka sedar bahawa mereka itu lahir dari rahim seorang wanita juga??
Tetapi, wanita bagaimana yang dikatakan wanita solehah pendamai dunia?? Di zaman serba moden ini, masih adakah lagi wanita solehah yang mampu menjadi pendamai seisi dunia?? Jika di zaman dahulu, dikatakan zaman Jahiliyyah kerana pada masa itu manusia berada di dalam keadaan tidak tahu. Tetapi, bagaimana pula dengan zaman Jahiliyyah Moden kini?? Adakah manusia masih tidak tahu??
Di zaman Jahiliyyah Moden ini, wanita diperalat sebagai pelaris barang dagangan. Jika kita lihat di media massa kini seperti televisyen, majoriti model yang digunakan untuk melariskan produk-produk seperti produk kecantikan, kesihatan dan sebagainya adalah wanita. Wanita-wanita ini tidak dipaksa bahkan mereka sendiri yang rela menggunakan aset diri mereka sebagai pelaris. Justeru, salah siaoakah masalah ini berlaku?? Wanita zaman moden ini bukan sahaja bangga menjadi pelaris bahkan mereka bangga menunjukkan aurat mereka kepada orang lain seperti di FB, TWITTER dan lain-lain laman sosial. Gambar-gambar dengan gaya yang menggoda dan menarik perhatian diupload dengan tujuan untuk ditatap oleh orang lain dan menerima pujian dari mereka khususnya kamu lelaki. Mereka menjadi hamba kecantikan luaran dan fesyen yang entah apa-apa. Hmm..bangga sangatlah tu~
- Solehah diri
- Solehah pada suami
- Solehah pada anak-anak
- Solehah pada kejiranan
- Solehah pada kerjaya
- Solehah pada masyarakat
Read more...
Thursday, December 6, 2012
Hawa Convention
Read more...
Friday, October 19, 2012
Keinginan Terbesar Seorang Wanita
Read more...
Thursday, October 27, 2011
Wanita dan Rama-rama
Bismillahirrahmanirrahim

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.
Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]
Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
p/s: saya nak kahwin~hihi
Read more...
Thursday, April 21, 2011
Wanita dan Legging

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Dr Yusof Al-Qaradawi dalam Al-Halal Wal Haram Fil Islam
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.
Jelas?? Bukan setakat legging je yang tak boleh bahkan segala macam pakaian yang ketat dan menampakkan bentuk tubuh. Kalau pakai kat rumah depan suami tak apalah, dapat pahala.Huhu..tak tahu dah nak cakap apa pasal legging ni. Bukan mereka tak tahu benda tu berdosa, saja gedik..
p/s: suruh PM haramkan kegging dan pakaian ketat kat Malaysia
Read more...
Tuesday, March 8, 2011
Happy International Women's Day

Happy International Women's Day!!!
Read more...
Saturday, October 23, 2010
Festival Fesyen Islamik..kononnyalah~
Sekarang masyarakat sedang heboh, kecoh, hangat, dan semangat tentang isu sebuah festival fesyen iaitu Busana Muslim Antarabangsa yang dikatakan islamik yang telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kenapa orang kecoh tentang festival tu?? Modelnya cantik sangat ke? Pakaiannya hebat sangat ke? Atau fesyennya terlampau menarik??
Wow! Memang menarik macam dalam lagu Da Bomb! 'Cantik menarik tertarik kau memang Da bomb!' ( Eh, Si Pengemis Iman tau lagu ni?? haha)
Tetapi persoalannya di sini, di mana islamiknya pada pakaian-pakaian ini? Mengapa festival fesyen ini dinamakan Busana Muslim Antarabangsa?? Saya rasa, saya masih belum buta untuk menilai bahawa pakaian-pakaian ini sama sekali tidak mempunyai ciri-ciri seorang muslimah. Dan saya rasa, sahabat-sahabat juga mampu menilainya dengan baik, bukan??
Sensitiviti islam saya tercabar! Kerana itu saya menulis artikel ini. Bagaimana dengan anda? Adakah anda merasa tercabar? Jika ya..apa tindakan anda? Saya hanya mampu menulis sebuah artikel dengan harapan ramai pembaca yang akan turut bangkit menegakkan kebenaran dan mungkin anda mampu melakukan yang lebih hebat daripada saya.
Setelah saya 'terpesona' sampai terbeliak biji mata melihat gambar-gambar model fesyen 'islamik' ini, saya berfikir..apa sebenarnya yang cuba disampaikan melalui festival ini? Bolehkah jika saya katakan bahawa mereka yang terlibat dengan festival ini termasuklah pereka feyen, penganjur, penonton dan penaungnya sedang kembali ke zaman jahiliyah..boleh saya katakan begitu?? Kenapa saya katakan sedemikian? Ya..zaman sebelum kedatangan Islam, manusia berpakaian mendedahkan aurat dan setelah Islam datang maka pakaian manusia menjadi lebih sempurna dengan menutup bahagian-bahagian tertentu. Tetapi, apa yang saya lihat model-model ini berpakaian yang hampir telanjang! Memang menyerupai zaman jahiliyah atau lebih tepat lagi dikatakan bodoh kerana maksud jahiliyah itu sendiri adalah jahil dan bodoh. Bukankah kita sedang berada dalam arus modenisasi sekarang ini? Secara logiknya, semakin kita moden semakin sempurna cara kita berpakaian yakni MENUTUP AURAT!
Sangat kasar ya bahasa yang saya gunakan..harap maaf jika ada yang terasa di hati.
Dan sensitiviti saya lebih tercabar melihat gambar di bawah ini!!!

Astaghfirullahal'azim..
Nama kekasih ALLAH yang sangat mulia dipermain-mainkan dan yang menonton, menyokong serta mengkagumi semua ini adalah orang islam!!!
What the..??!!!^&(#)#_^&^%$##@(tak mencarut ye..taip je)
Apa sebenarnya fenomena yang sedang melanda umat islam masa kini? Dulu bertudung dengan bonggol unta di kepala dan sekarang campak terus tudung dalam tong sampah! Apa ni?? Tidak takutkah anda dengan azab ALLAH?? Saya takut..saya takut saya akan dihukum kerana hanya mampu melihat tanpa mampu mencegah. Saya takut kerana saya berada dalam kalangan masyarakat ini tanpa apa-apa tindakan untuk membawa mereka ke arah kebenaran. Anda??
Dari Abi Sa’id al-Khudri radiyallahu ‘anh katanya : Aku dengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda : Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran,maka hendakla ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa,maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman(Riwayat Muslim)
Eh..eh..siapa tu?? Huhu..macam ku kenal tapi di mana ya??link berkaitan:
-http://photogallery.indiatimes.com/fashion/foreign-shows/islamic-fashion-festival/Islamic-Fashion-Festival/photo/6286686/Islamic-Fashion-Festival.jpg
-http://storage.canoe.ca/v1/dynamic_resize/?src=http://www.torontosun.com/life/fashion/2010/08/09/1islamicfashionfest7.jpg&size=640x480&quality=90
-http://www.vancouversun.com/3378196.bin?size=620x400
-http://www.dailytimes.com.pk/default.asp?page=2010\08\11\story_11-8-2010_pg9_3
p/s:bukan isu festival ini yang ingin saya bincangkan tetapi isu peranan kita sebagai umat islam.
Read more...
Sunday, October 3, 2010
Seindah Mawar Berduri

Harummu menarik si lebah terbang mendekati
Lenggokmu menggoda si kumbang datang menghampiri
Warnamu memikat si rerama menari
Tetapi, duri berbisamu setia di sisi melindungi
Bukan sembarangan lebah yang berjaya mendekati
Bukan mudah si kumbang mahu mendekati
Perlu cukup mantap utuk terbang di sisi
Mawar berduri..
Harummu kerana tinggi ilmu agamamu
Pesonamu kerana luhur peribadi akhlakmu
Anggunmu kerana perhiasan indah malumu
Durimu yang tajam itu..
Tajam kerana teguh dirimu menjaga maruah
Tajam kerana manis bicara bermadah
Tajam kerana damai nyaman pada wajah
Tajam kerana keras iman di asah
Mawar berduri..
Cantik dilihat dan dipandang
Indahnya mampu membunuh sang lebah andai salah aturannya
Pesonanya mampu menjatuhkan sang kumbang tidak terbang semula
Cintanya mampu melemahkan sang rerama tidak berdaya
Tetapi bagi mawar berduri
Kasihnya hanya untuk Illahi
Cintanya hanya untuk dia yang mencintaiNYA
Durinya mampu menjadi penguat sayap bagi perjuangan sang kekasih yang teguh jiwanya berpasak atas nama ALLAH
Mawar berduri..
Awaslah dengan racun-racun yang bisa melenturkan durimu
Awaslah dengan bisikan-bisikan mesra tentang kecantikanmu
Awaslah dengan pujuk rayu yang akan menjatuhkan kelopakmu
Jangan biarkan tangan-tangan yang tidak berhak memetikmu
Jangan biarkan kelopakmu gugur di tangan manusia durjana
Jangan biarkan madumu dihisap mereka yang hina
Jadilah mawar berduri yang tajam
Yang hanya sekadar mampu dipandang
SEINDAH MAWAR BERDURI
Read more...
Saturday, September 4, 2010
Wanita Solehah Lebih Baik dari Bidadari
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).
Madah buat wanita…
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri.
Seindah hiasa di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu…
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah…
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu…
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin…
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah…
Memujuk rayu…
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah…
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain…
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam…
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek…
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai
Wahai wanita..
jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita…
jangan dibanggakan dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita…
jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insane yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah…
jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada…
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama
Salam perjuangan untuk sahabatku…
“Wanita hiasan dunia… Seindah hiasan adalah wanita solehah”
Read more...

























