Assalamu'alaikum..pekaba antum sume? Ana ada satu cerita nak dikongsikan bersama . Ada seorang pemuda yang telah lama menganut agama islam tetapi tidak pernah mengamalkan ajaran islam itu sendiri. Hidupnya berlandaskan hawa nafsu. Arak,wanita..menjadi sebahagian dari hidupnya. Pada suatu hari,datanglah seorang lelaki tua kepada pemuda itu.
Lelaki tua: Assalamu'alaikum..
Pemuda: Hmm..nak apa??
Lelaki tua: Apa khabar, nak?
Pemuda: Sibukla kau orang tua! pergi!!!
Lelaki tua: Anakku,tidakkah kamu tau apa yang kamu lakukan selama ini berdosa besar?
Pemuda: Suka hati akulah!!! ini hidup aku!!! Kubur masing2..so,jangan nak menyibuk!!!
Lelaki tua: Tidakkah kau takut dengan azab dari tuhan??
Pemuda: Tuhan?? siapa tuhan?? Aku tidak percaya pada tuhan??
Lelaki tua: Mengapa?? Bukankah kau seorang islam??
Pemuda: Ah,persetankan!!! Bagaimana aku boleh percaya pada sesuatu yang tidak dapat aku
lihat??
Tiba-tiba,lelaki tua itu menampar wajah pemuda yang sombong itu.
Pemuda: Hei,orang tua! Berani-berani kamu menampar aku?!
Lelaki tua: Itulah jawapan untuk soalan yang kamu tanyakan tadi.
Pemuda: Maksudmu?? (kehairanan)
Lelaki tua: Adakah kamu merasa sakit kerana ditampar?
Pemuda: Ya.
Lelaki tua: Adakah kamu dapat melihat sakit itu??
Pemuda: Tentulah tidak.
Lelaki tua: Itulah dia konsep percaya dan beriman kepada tuhan iaitu ALLAH. Kita memang
tidak dapat melihat ALLAH tetapi kita sentiasa dapat merasa kehadirannya dan
dapat melihat bukti kewujudannya iaitu dunia ini sendiri.
Pemuda: (terdiam) Baiklah,bagaimana pula dengan syaitan? Syaitan itu diperbuat daripada api
di akhirat kelak dia akan dicampak ke dalam api neraka. Mengapa pula begitu
sedangkan dia daripada api,pasti dia tidak akn merasa apa-apa kesakitan.
Tiba-tiba,lelaki tua itu menampar pemuda itu buat kali kedua.
Pemuda: Hoi,orang tua!!! Ini kali kedua kau menamparku. Adakah ini juga jawapan pada
soalanku??
Lelaki tua: Ya. Aku telah menampar pipimu bukan?
Pemuda: Ya.
Lelaki tua: Ia berasal dari apa?
Pemuda: Kulit.
Lelaki tua: Aku telah menampar pipimu dengan tanganku bukan?
Pemuda: Ya.
Lelaki tua: Dan ia dari apa?
Pemuda: Sudah tentulah kulit.
Lelaki tua: Itulah jawapannya. Walaupun syaitan itu berasal daripada api tetapi dia juga akan
tetap merasakan kesakitan yang dasyat apabila diseksa didalam api neraka kerana
ALLAH telah menetapkannya.
Lelaki tua itu terus pergi meninggalkan pemuda itu yang masih terpinga-pinga sambil menggosok-gosok pipinya yang mula kemerah-merahan. Hihi..
Read more...
Monday, September 28, 2009
Wednesday, September 16, 2009
Salam Aidilfitri
Assalamua'laikum..
Sedar x sedar dah hmpir sebulan kite berpuasa . Tak lama lagi,kita akan meninggalkan bulan yg penuh barakah ini . So,macam mana puasa antum semua?? Tinggal lagi beberapa hari je lagi,bulan syawal akn mula mendatangi kita . Bulan yg sentiasa ditunggu2 . Ketupat,rendang,lemang..adooyai! Hihi..tapi ingat,jangan melampau . Di kesempatan ini,saya nak mohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa kat post2 yg saya hantar 2 . 0-0 ye?? Almaklumlaa..tak lama lagi nak cuti,nak balik kampung..kat kampung kan xleh on9,jadinya skrg saya nak ucapkan SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN!!!
Read more...
Sedar x sedar dah hmpir sebulan kite berpuasa . Tak lama lagi,kita akan meninggalkan bulan yg penuh barakah ini . So,macam mana puasa antum semua?? Tinggal lagi beberapa hari je lagi,bulan syawal akn mula mendatangi kita . Bulan yg sentiasa ditunggu2 . Ketupat,rendang,lemang..adooyai! Hihi..tapi ingat,jangan melampau . Di kesempatan ini,saya nak mohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa kat post2 yg saya hantar 2 . 0-0 ye?? Almaklumlaa..tak lama lagi nak cuti,nak balik kampung..kat kampung kan xleh on9,jadinya skrg saya nak ucapkan SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR & BATIN!!!
Read more...
Labels:
Diari Hidupku,
Muhasabah Diri
Sunday, September 13, 2009
Hubungan Lailatul Qadar dgn Nuzul al-quran
Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
(al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Mencari Malam Al-Qadar
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.
Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.
Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Read more...
Labels:
Muhasabah Diri
Subscribe to:
Posts (Atom)