Saturday, April 10, 2010

Kelebihan Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluarmasuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya b ahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kita b "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang mem \bacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sem bahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa mem b aca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bbin ' Amr r. a... , Rasullullah s.. a. w. b ersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

credits to: mufakkirin
Read more...

Tolong beritahu dia..



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya…

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakana pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakana pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia…

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia…

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa yang memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya…

Simpanlah pesananku ini sehingga Engkau bertemu dirinya suatu hari nanti…
Read more...

Surat layang dari ALLAH

Surat layang dari Allah S.W.T……..

Saat kau bangun pagi hari,,AKU memandangmu
Dan berharap engkau akan berbicara kepadaKU,
Walaupun hanya sepatah kata meminta
pendapatKU atau bersyukur kepadaKU atas
sesuatu hal yang indah yang terjadidalam hidupmu
hari ini atau kelmarin…
Tapi AKU melihat engkau begitu sibuk
Mempersiapkan diri untuk pergi bekerja…
AKU kembali menanti saat kau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk
berhenti dan menyapaKU ,,tetapi engkau terlalu
sibuk……..

Di satu tempat engkau duduk di sebuah kerusi
selama lima belas minit tanpa melakukan apa pun.
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu,
AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU,,tetapi
engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman
untuk mendengarkan khabar terbaru..

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari..
Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau
terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu padaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
Sekeliling,mungkin engkau berasa malu untuk
berbicara kepadaKU,itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu…

engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut
sebelum menyantap rezqi yang AKU berikan,tetapi
engkau tidak melakukannya…masih ada waktu
yang tersisa dan AKU berharap engakau akan
berbicara kepadaKU,meskipun saat engkau
pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak
hal yang harus engkau kerjakan…

setelah tugasmu selesai,engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
di depannya,tanpa memikirkan apa pun dan hanya
menikmati acara yang ditampilkan..,
kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau
menonton TV dan menikmati makananmu tetapi…
kembali engkau tidak berbicara kepadaKU…,

Saat tidur,KU fikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada
keluargamu,kau melompat ke tempat tidur dan
tertidur tanpa sepatah pun namaKU kau sebut…,

engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir
untukmu..,,,
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau
sedari,,,,,
AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain,,,,
AKU sangat menyayangimu,,setiap hari AKU
menantikan sepatah kata,doa,fikiran atau
syukur dari hatimu…..
Keesokan harinya….engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa
hari ini kau akan memberiKU sedikit waktu untuk
menyapaKU …..tapi yang KU tunggu…tak
kunjung tiba…tak juga kau menyapaKU…

SUBUH…ZOHOR…ASAR…MAGHRIB…ISYA’ dan
SUBUH kembali,,kau masih mengacuhkan AKU…tak ada
sepatah kata,,tak ada seucap doa,,,dan tak ada rasa..,,
tak ada harapan dan tak ada keinginan untuk
bersujud kepadaKU…

Apa salahKU padamu…..wahai HAMBAKU???
Rezqi yang AKU limpahkan,,kesihatan yang AKU berikan,,
Harta yang AKU relakan,,,makanan yang AKU
hidangkan,,anak-anak yang AKU rahmatkan,,,apakah
hal itu tidak membuatmu ingat KEPADAKU….!!!!!!!

Percayalah AKU sentiasa mengasihimu,,dan AKU
Tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU,,
Memohon perlindunganKU,,.,,,,,
bersujud menghadapKU…….


≈ yang selalu menyertaimu setiap saat ≈

Note: adakah kita memiliki cukup masa untuk
mengirimkan surat ini kepada orang2 yang kita
sayang?? Untuk mengingatkan mereka bahawa segala
apapun yang kita terima hingga saat ini,,
datangnya dari ALLAH semata…..

Read more...