Friday, July 2, 2010

Insan Bernama Kekasih

Sambungan post bertajuk ' Sutera Kasih'

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Apakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan
Santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan
Hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkan ada peluang untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku memendam rasa

PadaMu oh tuhan..
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta
Kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni
Bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau ku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan Bernama Kekasih

****************************************

Mujahid memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas perkhabaran yang baru diterimanya. Sungguh dia tidak menyangka. Sungguh dia tidak menduga bahawa Asiyah juga turut menyimpan perasaan padanya. Dia benar-benar bersyukur atas kurniaanNYA. Perasaannya berbunga namun segera dikawal dengan istighfar. Dia tahu, perasaan seperti ini akan membawa akibat yang buruk seandainya terlalu dilayan. Dia tidak mahu terjebak dalam kancah percintaan sebelum tiba waktunya. Dia teringat kembali perbualannya dengan sahabatnya, Saifullah.

" Akhi, ada seorang muslimah yang menyimpan perasaan terhadapmu. Bukan sekadar perasaan yang biasa bahkan dia ingin menjadi suri hidupmu. Dia baru sahaja dikhitbah, tetapi dia menolak keranamu. Dan dia khuatir kalau masih ada yang mahu mengkhitbah, dia khuatir tidak mampu lagi menolak tanpa alasan yang kukuh. Justeru dia ingin tahu seandainya dirimu sudah mempunyai calon zaujah. Jika belum, dia berhasrat untuk menunggumu"

" Saifullah, adakah muslimah itu Asiyah??"

Saifullah tersenyum. Hasratnya tidak ingin mengkhabarkan identiti si muslimah tetapi Mujahid lebih pintar meneka.

" Sejujurnya, ana sendiri baru sahaja bercadang untuk mencari seorang perantara bagi mengkhabarkan hasrat ana pada Asiyah. Tak sangka, dia lebih pantas rupa-rupanya. Khabarkan padanya, ana ingin menjadi yang halal untuknya. Tetapi nabi berpesan untuk meninggalkan yang haram dan beroleh yang halal. Mintalah dia untuk bersabar kerana ini bukan hanya untuk dunia tetapi untuk akhirat juga. Ana sedang berusaha ke arah itu"

Nyanyian nasyid 'Insan Bernama Kekasih' itu dirasakan benar-benar tepat dengan situasinya. Dia akan cuba untuk menjaga hubungan ini sebaiknya. Dia tidak mahu bercinta sebelum waktunya. Dia hanya akan bercinta selepas akad. Itu janjinya.

****************************************

" Asiyah, jom kita tunggu bas kat sana. Aku tak laratla nak jalan sampai bustop"

Asiyah dan Mardiyah berjalan menuju ke sebuah pondok. Mereka baru sahaja selesai menghadiri kuliah. Deruman motosikal pelajar yang juga sekuliah dengan mereka membingitkan telinga. Masing-masing ingin segera pulang ke rumah.

" Haish, awatla si Mujahid tu berjalan tunduk sangat tu? Dah macam nak tercium dada je aku tengok"

Asiyah memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Mardiyah. Kelihatan Mujahid sedang berjalan dengan kepalanya ditundukkan. Terlalu tunduk. Asiyah tersenyum lalu segera dialihkan pandangannya. Enggan memandang lebih lama khuatir tidak mampu mengawal perasaannya.

" Assalamu'alaikum"

Asiyah dan Mardiyah menoleh ke arah suara yang memberi salam.

" Wa'alaikumussalam"

Serentak mereka berdua menjawab. Saifullah sedang tersenyum memandang mereka.

" Ada sesuatu yang ana perlu bincangkan dengan ukhti Asiyah"

" Silalah. Mardiyah seorang sahabat"

Asiyah memberi keizinan sambil memandang Mardiyah mengisyaratkan dia juga berhak untuk mendengar dan tidak perlu pergi dari situ.

Saifullah menyampaikan segala pesanan Mujahid kepada Asiyah. Dilihatnya gadis itu seakan terkedu. Diam seribu bahasa. Bahkan sewaktu dia meminta diri untuk pergi, Asiyah masih lagi bungkam di tempatnya. Dia yakin Asiyah gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Asiyah masih tidak berganjak dari tempatnya. Dia seakan-akan tidak percaya dengan perkhabaran yang dibawa oleh Saifullah. Dia beristighfar menenangkan hatinya yang sedang berkocak. Keringat membasahi wajahnya. Dia masih belum mampu bertenang. Tetapi, bukankah ini yang dia harap-harapkan?? Namun, dia khuatir. Dia hanya manusia biasa yang punya nafsu. Dia khuatir tidak mampu mengawal nafsunya. Dia khuatir tidak mampu mengawal perasaannya.

" Asiyah, jom. Bas dah sampai"

Mardiyah menarik tangan Asiyah. Sejuk dan sedikit menggeletar. Mardiyah tersenyum. Dia tahu, Asiyah terkejut. Dalam hati, dia berdoa agar jodoh sahabatnya itu dipercepatkan kerana dia tahu bukan mudah untuk mengawal perasaan. Dia yakin sahabatnya tidak akan terjebak dengan zina lain tetapi dia khuatir sahabatnya akan bermain dengan zina hati.

'ALLAH~ Lindungi sahabatku'

******************************************

Hari-hari seterusnya dilewati seperti biasa. Jika sebelum ini Asiyah sering terserempak dengan Mujahid, kini wajah itu seakan-akan hilang dari matanya sejak Saifullah membawa perkhabaran tersebut padanya. Dia bersyukur. Dia sendiri berdoa agar dia tidak perlu melihat wajah itu lagi. Bukan kerana benci tetapi dia ingin menjaga hatinya dan juga hati Mujahid. Dia tidak mahu berzina dengan hatinya. Mungkin Mujahid juga sepertinya. Sengaja menghilang dan tidak menampakkan dirinya pada Asiyah.

Pernah juga kelibat Mujahid singgah di matanya tetapi segera dia menghindari. Malu. Dia teringat gelagat Mujahid yang terlalu tunduk sewaktu berjalan dihadapannya. Dia ketawa kecil. Pasti pemuda itu sedang malu dan menyangka dia sudah mengetahui perihal perasaannya.

Dia benar-benar ingin menjaga perhubungan tersebut. Dia tidak berhubung dengan Mujahid. Bahkan kalau boleh, dia ingin pergi dari hidup pemuda itu buat sementara waktu. Dia tidak ingin menjadi sebab kepada goyahnya iman dan kepimpinan mujahid islam itu. Kadangkala- dia berasa menyesal atas keterlanjuran mereka. Keterlanjuran meluahkan perasaan. Walaupun niatnya baik, dia kadangkala tewas jga dengan perasaannya. Sering sahaja dia teringat pada Mujahid. Kadangkala dia menangis sendiri atas kelemahan hatinya itu. Namun, segalanya sudah ditakdirkan. Kini dia hanya mampu berusaha agar fitrah selama ini tidak akan menjadi fitnah.

bersambung..ngee~ tengah tak ada idea>_<

Read more...

Saturday, June 19, 2010

Sutera Kasih

Sambungan dari post bertajuk 'Permata Yang Dicari'

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan padaMU ada kedamaian
DiribaanMU kebahagaiaan
Tiada lagi rasa kesangsian dihati
CintaMU cinta tulus suci murni
KasihMU nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada Yang Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan dihadapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

********************
Lirik lagu 'Sutera Kasih' itu dihayati sepenuh jiwa. Bukan suara penyanyi yang lunak yang dinikmati tetapi bait-bait lagu tersebut yang seakan mengundang tenang dihati yang sedang gundah dilanda resah.

Titis air mata yang mengalir menandakan betapa hatinya sarat dengan penderitaan yang tidak mampu diungkapkan. Demi seorang sahabat yang dicintai, dia rela mengorbankan perasaannya sendiri. Biarpun derita, dia pasrah. Dia yakin pada takdir yang ditentukan. Dia rela demi untuk kebahagiaan sahabatnya. Dia yakin kasih ALLAH lebih bernilai berbanding kasih insan yang tidak kekal selamanya.

Saifullah bangkit dari perbaringannya. Hari ini dia pulang ke rumah atas permintaan ibunya. Katanya ada perkara yang sangat mustahak yang perlu dibincangkan segera. Dia juga tidak tahu apakah perkara mustahak tersebut.

Tuala kuning dicapai lalu kakinya pantas melangkah ke kamar mandi.

********************
" Along, mak ada benda sikit nak bincang dengan kau ni. Sebab mak suruh kau balik''

Saifullah mengangkat wajahnya dari muka surat khabar yang sedang ditatapnya. Dia memandang lembut wajah ibunya. Ayah sedang duduk tenang disebelah ibunya. Dia menutup surat khabar yang sedang dibaca lalu bangun dan melangkah ke arah mereka. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa berhadapan dengan kedua orang tuanya itu.

" Apa benda yang mak nak bincang dengan Angah tu?? Sampai tak sempat tunggu Angah balik minggu depan"

Saifullah tersengih mengingatkan suara ibunya semalam di dalam telefon yang begitu bersungguh menyuruhnya pulang ke rumah.

Rasidah memandang suaminya yang masih tenang disebelahnya. Lidahnya seakan kelu. Tiada kata yang bisa diungkapkan untuk melahirkan hasrat dihati.

" Kami nak nikahkan kamu"

Seakan halilintar kata-kata yang keluar dari mulut bapanya itu. Ringkas dan padat. Tidak perlu bunga-bunga kiasan. Saifullah menelan air liur yang seakan tersekat di kerongkong. Matanya memandang tepat kedua orang tuanya.

" Nikah? Dengan siapa??"

" Dengan perempuanlah, takkan nak nikahkan kamu dengan lelaki kot"

Saifullah tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut bapanya itu. Wajahnya serius tidak berkocak walaupun bibir menuturkan kata-kata lucu. Debaran di dada kian surut namun masih belum padam.

" Mak dengan ayah dah ada calon ke untuk Angah?"

" Pasal tu, kamu tak payah risau. Mak dengan ayah dah uruskan. Sekarang ni, kami cuma perlukan persetujuan kamu je"

Saifullah diam.

" Kenapa tiba-tiba??"

Pertanyaan anak sulung mereka itu tidak dijawab dengan segera. Rosidah dan Jamal diam dan saling memandang. Tiada kata-kata yang terluah. Rosidah bangun dari duduknya lalu duduk disebelah Saifullah. Tangan anaknya diambil lalu dipegang erat.

" Mak dengan ayah ni dah tua. Dah tak lama hidup kat dunia ni. Sebelum mak mati, mak nak tengok anak mak ni nikah. Ayah kamu tu, dulu kepingin sangat nak tengok Along kamu nikah tapi tak ada rezeki nak buat macam mana. Along kamu pergi dulu sebelum kami. Perempuan yang mak dengan ayah nak jodohkan dengan kamu ni pun sebenarnya nak dijodohkan dengan Along kamulah dulu tu. Budaknya baik, solehah, hormat orang tua. Mak dah lama kenal keluarga dia. Keluarga baik-baik. Sebab tu mak nak jodohkan kamu dengan anak diorang"

Panjang lebar kata-kata yang keluar dari bibir ibunya. Hatinya berbolak-balik. Tiba-tiba dia teringatkan Asiyah. Gadis yang sangat dicintainya itu.

'Mungkin ini hikmahnya yang ALLAH tentukan untuk aku. Mungkin inilah pengganti Asiyah. Mungkin ini jodohku'

" Mak, ayah..bagi Angah masa. Angah nak solat istikharah dulu. InsyaALLAH..sebelum Angah balik hostel, Angah akan bagi jawapan"

Rosidah dan Jamal tersenyum. Terselit sejuta harapan agar Saifullah akan memberi kata persetujuan.

*********************
' YA ALLAH..andai dia adalah jodohku, aku terima. Berikanlah aku petunjukMU. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui apa yang berada di dalam hatiku. Andai ini hikmahnya, aku redha. KAU ikhlaskanlah hatiku. Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala ketentuanMU'

Dan malam itu, Saifullah tidur dengan tenang ditemani mimpi kehadiran seorang gadis berpurdah yang menghulurkan tangan padanya.

********************
" Mak, ayah..Angah tak nak tengok siapa bakal isteri Angah tu. Jadi, mak dengan ayah uruskanlah semuanya. Angah nak akad nikah je,hihi"

Rosidah dan Jamal tersenyum mendengar celoteh Saifullah. Pagi itu, Saifullah memberi khabar yang mereka harap-harapkan. Tidak sia-sia doa mereka sepanjang malam. Namun, apabila mereka mahu menunjukkan gambar bakal isterinya, dia enggan melihat. Dia bertegas untuk melihat bakal isterinya itu hanya pada malam pengantin. Alasannya untuk menjaga hati. Dan mereka akur.

Saifullah mengemaskan baki-baki barang yang perlu dibawa ke hostel . Hatinya berbunga riang. Dia juga tidak tahu mengapa. Tetapi, kehadiran wanita berpurdah di dalam mimpinya itu membuatnya tekad untuk menerima permintaan kedua orang tuanya. Walau pun hatinya belum dapat melupakan Asiyah, namun dia yakin dia akan melupakannya juga setelah menikah nanti.

" Mak, ayah..Angah pergi dulu ye..."


bersambung..lagi^_^

Read more...

Thursday, June 17, 2010

Nukilan untukmu..PALESTIN


Aku nukilkan sajak ini khusus untukmu anak-anak Palestin..



Di saat aku melihat anak-anak kecil sedang riang berkejaran
Bermain bersama teman-teman
Hatiku merintih
Mengingatkan anak-anak Palestin
Yang turut berlari berkejaran
Kerana dikejar dan diancam Zionis yang kejam
Bermain bersama batu-batu
Yang dilempar kepada musuh-musuh ALLAH itu
Tanpa ada sedikit pun rasa gerun dan takut
Andai mereka ditembak atau dibedil
Diseksa dan dibunuh
Tanpa ada sedikit pun rasa kasih dan belas



Aku melihat anak-anak kecil disini
Berjalan berpimpinan tangan bersama ibu bapa
Tetapi..anak-anak kecil di Palestin
Berjuang untuk hidup bersama keluarga
Tangan mereka berpimpinan dengan bendera Palestin
Bahkan ada yang berpimpinan dengan senapang
Hidup mereka sentiasa berlegar dalam sebuah ruang
Yang penuh dengan darah, kekejaman dan kesedihan
Pengorbanan, ketakutan dan jeritan






Aku melihat anak-anak kecil di sini
Tertawa mendengar muzik dan lagu
Lagu-lagu riang sesuai dengan seorang yang bergelar anak kecil
Namun di Palestin
Irama dan lagu mereka bukanlah muzik yang riang bahagia
Tetapi muzik yang lahir
Dari teriakan dan tangisan mereka yang kehilangan keluarga
Muzik dari senjata-senjata Zionis yang menggila
Muzik yang datang dari ketawa Zionis yang seronok membunuh dan menyeksa
Serta muzik jeritan mereka yang inginkan Palestin bebas dan merdeka

Aku melihat anak-anak kecil di sini menangis
Menangis dan merajuk kerana tidak mendapat permainan yang diminta
Tetapi di Palestin
Anak-anak kecil menangis kerana kehilangan ibu bapa
Mereka menangis melihat si bapa ditembak di hadapan mata
Mereka menangis melihat si ibu diperkosa tanpa rela
Mereka menangis melihat abang dan kakak yang diseksa dan menderita
Mereka menangis kerana takut dengan kekejaman dan kezaliman Zionis



Wahai anak-anak yang suci tanpa dosa
Apabila ibumu melahirkanmu
Terselit harapan dihatinya agar kau menjadi insan yang berjaya
Doktor, peguam, akauntan, pegawai dan sebagainya
Tetapi..kau mensiakan harapan ibu dan bapamu
Bila kau dewasa
Kau menjadi remaja yang rosak akhlaknya
Menjadi remaja yang hanya hidup untuk keseronokan
Anak-anak Palestin tidak dilahirkan
Untuk menjadi seperti kamu semua
Mereka dilahirkan untuk menjadi pejuang ALLAH
Mereka dilahirkan untuk menjadi para mujahid dan mujahidah
Mereka dilahirkan untuk mempertaruhkan nyawa mereka
Demi Palestin tercinta


Di negara ini
Yang aman damai tanpa peperangan
Manusia berperang demi kuasa dan harta
Manusia berperang sesama mereka kerana tamak dan haloba
Di Palestin
Mereka berperang demi maruah sebuah negara
Demi mendapatkan kemeredekaan yang sehingga kini belum menjadi milik mereka




Di sini
Ibu bapa menangis kerana kehilangan si anak
Si anak mati dan pergi selamanya
Mati kerana merempit
Mati kerana menagih dadah
Mati kerana HIV dan AIDS
Di Palestin
Si ibu dan bapa menangis
Kerana si anak mati berjuang
Mati kerana mempertahankan negara
Mereka menangis dalam gembira
Kerana si anak akan ke syurga

YA ALLAH..
Aku memohon dengan sepenuh hatiku kepadaMU
Tiada apa yang dapat aku lakukan
Melainkan kiriman sebuah doa untuk mereka
Bantulah hambaMU YA ALLAH
Kirimkan tenteraMU untuk membantu rakyat Palestin
Bantulah mereka sebagaimana KAU menghantar burung Ababil untuk melindungi baitullah
Kirimkanlah ketabahan dan kesabaran pada hati-hati mereka
Kirimkanlah kekuatan pada fizikal mereka
KAU musnahkanlah Zionis terlaknat itu YA ALLAH
Selamatkanlah mereka dari kekejaman Zionis yang rakus itu
Jadikanlah air mata mereka sebagai peluru yang membunuh Zionis
Jadikanlah derita dan kecewa mereka sebagai penyebab musnahnya Zionis
Selamatkanlah Palestin..
Damai dan amanlah Palestin..
Sabarlah saudara-saudaraku..
PALESTIN..






Read more...