Asrar cinta mengisahkan tentang seorang anak adam yang meletakkan islam sebagai keutamaan dalam setiap apa jua yang dilakukan . Namun keimanannya tergugat dengan kehadiran seorang hawa dalam hidupnya . Tidak mahu terus hanyut dengan mainan cinta , dia sekadar mampu berdoa agar dipertemukan jodoh dengan gadis tersebut . Namun , sudah ditakdirkan gadis itu bukan miliknya . Kekecewaan menguatkan imannya . Dia tabah dan redha di atas segala takdir yang ditentukan ke atasnya . Asrar di sebalik segalanya terhijab . Gadis itu juga telah ditakdirkan untuknya . Apa yang berlaku ? Apakah takdir sedang menguji imannya sekali lagi?