Thursday, July 30, 2009

Pengalaman baru diTMS

Assalamua'laikum...
Haa..ni nak sambung cerita pasal sispa .
Hari jumaat,sabtu dan ahad lepas..kami semua ahli-ahli sispa menjalani orientasi di Taman Malaysia Seremban . Seramai lebih kurang 75 pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki menyertainya. Kami semua adlah batch keempat bagi SISPA . Macam-macam aktiviti ada dijalankan selama 3 hari untuk memperkenalkan apa itu Sispa kepada kami .

Kami bertolak menaiki bas pada jam 4 petang dan tiba di TMS pada jam 5.30 petang . Sebaik sahaja sampai ,kami semua dibahagikan kepada 5 kumpulan . Ingatkan kami akn tidur di dalam khemah,rupa-rupanya tidur dalam chalet . Tapi chalet tu kosong . Ada lantai je . Kih2..
LDK pertama kami adalah mencipta logo kumpulan . Kumpulan kami dinamakan CHARLIE . Agak kebaratan tapi itu yang telah ditetapkan . Trademark kami.."WE WANT TO BE THE BEST!!!" Ada lagunya yang kami reka tapi tak dapatlah nak nyanyi kat sini . Lepas tu ada sesi ceramah bersama pengasas SISPA USIM . Gayanya macam pak ustaz tapi rupa-rupanya dah berpangkat mejar . Ceramah yang diberikan berkisar tentang iman . Iman manusia boleh bertambah dan berkurang . Dan bila seseorang itu mula bergelar pelajar,akan ada cabaran baru yang bakal menguji imannya . Apa?? Teka laa..lepas sesi ceramah ada sesi pelantikan ahli jawatankuasa sispa 2009 . Selesai pelantikan,kami pun masuk tidur . Untuk hari yang pertama kami belum didedahkan dengan aktiviti sebenar sispa .

Hari kedua..jam 4 pagi,tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi siren . Masing-masing bangun dari tidur tapi kami diberitahu perlu berkumpul jam 5.30 pagi . Dalam keadaan terpinga-pinga tu,tiba-tiba ada suara lelaki mengarahkan kami supaya segera keluar . Sangkaan kami ia cuma gurauan jadi kami tetap berada di dalam chalet . Tapi bila kami terdengar suara kakak fasi memberi arahan keluar,barulah kami tahu itu adalah ujian pertama kami sebagai ahli sispa . SENTIASA SIAP SEDIA . Kumpulan kami paling lewat pada pagi itu . Selepas itu kami berjalan kaki untuk solat subuh di masjid negeri dan malakukan aktiviti senaman di taman berhampiran masjid negeri . Seterusnya bermulalah cabaran sebenar kami . Aktiviti sebenar mula dijalankan . Dalam kumpulan kami diminta pergi ke setiap checkpoint . Dan di setiap checkpoint ada cabarannya . Checkpoint pertama kami melaui sebuah jambatan yang digoyangkan dengan kuat oleh para fasi . Sabar je laa..kalau jatuh,confirm basah . Checkpoint kedua lebih hebat . Tak ingat apa namanya tapi seutas tali panjang diikat merentasi sebatang sungai dan kami diminta menyeberang . Memang dasyat tapi seronok . Saya cuba berjaya sampai di pertengahan jalan saja dan lepas tu.pluuppp..hihi,jatuh . Habis basah semuanya tapi itulah pengalaman baru bagi saya. Rasa tak puas hati sebab tak berjaya sampai ke seberang . Ada seorang pelajar hampir lemas,mujur fasi bertindak pantas menyelamatkan dia . Seterusnya ada cabaran melalui titian gantung,jaring labah-labah,ulat bulu dan macam-macam lagi . Semuanya bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal kami . Sesi seterusnya,pada waktu malam..selepas solat isyak dan mendengar tazkirah,kami diminta bersiap untuk sesi night walk . Saya suka aktiviti ni . Untuk yang pertama kami dibawa berjalan tanpa menutup mata dan sesi kedua barulah kami diminta menutup mata dan dibawa berjalan secara berkumpulan . Aktiviti ni sebenarnya bukan sekadar nak menguji mental kami tapi nak mengajar kami erti kerjasama . Kami tidur pada jam 3 pagi..

Hari terakhir..Seperti biasa kami dibawa ke masjid negeri ,solat subuh dan aktiviti senaman . Pagi itu , hujan turun renyai-renyai tapi ianya tidak menghalang kami untuk meneruskan aktiviti kami . Pagi itu kami dilatih berkawad untuk majlis perasmian ahli baru sispa . Walaupun terpaksa berkawad dalam hujan,tapi semuanya memberikan komitmen yang terbaik . Pada tengahari itu .majlis perasmian diadakan dan segalanya berakhir denagan baik . Rasa sedih mula menyelubuni bila fasi-fasi mula mengucapkan amanat masing-masing . Walaupun baru berkenalan tapi ukhuwah itu terasa di hati . Sepanjang program,masing-masing menunjukkan sikap saling membantu . Itu yang menyebabkan hubungan kami terasa erat.

Itulah yang dapat saya ceritakan tentang pengalaman baru saya sebagai ahli sispa . Banyak lagi yang nak diceritakan sebenarnya . Dan insyaALLAH..kami akan menjalani latihan medan pada cuti semester nanti .Doakan saya berjaya melaui segala cabaran dengan jayanya .

No comments: