" Feewitt, Winnie dah jadi ustazahla sekarang! Cayalah Winnie!!! "
" Assalamu'alaikum ustazah Winnie, boleh berkenalan? Hihi.. "
" Hai Winnie, seronok pakai tudung?? "
Itulah antara suara-suara sumbang yang kedengaran setiap kali seorang gadis manis bertudung labuh melalui koridor-koridor kelas. ' Winnie'. Nama itu cukup sinonim dengannya dahulu. Seorang gadis lincah, seksi dan gemar bersosial. Menjadi rebutan pelajar lelaki di sekolahnya kerana keramahan dan keunikan wajah Pan Asian yang dimilikinya. Tetapi, itu dahulu. Kini, dia bukan lagi ' Winnie ' yang seksi tetapi kini dia adalah Nur Iman Zawani Abdullah yang bertudung litup.
**********
Nur Iman Zawani mengucup Muqaddam yang baru dibacanya. Dia menyimpannya di atas rak. Sebagai saudara baru dalam Islam, banyak perkara baru yang harus dipelajarinya. Sebagai permulaan, dia sedang mempelajari asas-asas dalam Islam dan sedang melancarkan bacaan arabnya. Mujur dia pernah belajar jawi sewaktu di sekolah dahulu. Agak mudahlah baginya untuk melancarkan lidahnya menuturkan ayat-ayat ALLAH. Dia sedang cuba menghadam sebuah buku agama karangan Fathi Yakan berjudul 'Apa Ertinya Anda Menganut Islam'.
Segalanya bermula kerana satu peristiwa. Hidupnya berubah 100% selepas peristiwa tersebut. Peristiwa dimana dia dipilih untuk menerima hidayah daripada ALLAH.
**********
Winnie membandingkan fakta-fakta di dalam Bible dengan Al-Quran tafsir yang sedang dikajinya. Ternyata terdapat banyak percanggahan. Dan percanggahan itu lebih memihak kepada Al-Quran. Winnie mendengus kasar. Dia sama sekali tidak akan terpengaruh dengan ajaran Islam. Namun, kajian demi kajian yang dilakukan membawanya ke jalan buntu untuk membuktikan bahawa Kristian adalah agama yang benar.
Winnie memandang unggun api yang sedang marak dihadapannya. Kedinginan malam tidak terasa dengan kehangatan yang terhasil darinya. Dia sedang mengikuti satu kem perkhemahan yang dianjurkankan oleh Kelab Sains Semulajadi di sekolahnya. Dia ingin lari sebentar dari kesibukan kota sambil meneruskan kajian tentang agama Islam yang sedang dijalankannya itu.
Dia membelek-belek sebuah buku yang digunakan untuk mencatat segala hasil dari kajian yang sedang dijalankannya itu.
Dalam Bible menerangkan tentang konsep Trinity iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Qudus sedangkan Al-Quran pula menerangkan konsep Unity yang bermaksud ALLAH itu satu, tiada dua dan DIA YANG MAHA ESA.
Di dalam Al-Quran jelas menunjukkan bahawa ALLAH itu tidak beranak dan diperanakkan. Jadi, bagaimana dengan omongan-omongan paderi yang sering disogok dalam kotak pemikirannya yang mengatakan bahawa Isa itu adalah Anak Tuhan?? Dan ada juga yang mengatakan bahawa Isa itu adalah jelmaan tuhan yang turun ke bumi untuk menebus dosa hamba-hambanya. Maka kerana itulah dia disalib sebagai penebus segala dosa. Mengapa dalam Bible sendiri adanya percanggahan? Di mana kebenarannya?
Dia menatap sayu ayat demi ayat di dalam tafsir Al-Quran itu. Puas dicari namun setiap baris ayat dalam Al-Quran itu begitu cantik dan tersusun. Tiada percanggahan bahkan ia merungkai segala persoalan yang selama ini tidak berjaya dijawab oleh paderi Kristian.
Kusut. Winnie mula bertindak agresif. Dia mencampakkan kedua-dua kitab agama itu ke dalam unggun api yang sedang marak menyala. Lalu dia segera bangun dan masuk ke dalam khemahnya. Dia be rbarin g sambil mindanya terus berfikir tentang ayat-ayat yang ditemuinya di dalam Al- Quran. Dia cuba untuk tidur. Matanya dipejam rapat. Tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan kecil di luar. Pantas Winnie bangki t dari perbaringannya dan berlari ke luar.
Di hadapannya, dia melihat dengan mata kepalanya sendiri. ALLAH telah membuka hijabNYA dan memperlihatkan kekuasaanNYA di hadapan Winnie. Kaki Winnie menjadi lemah dan tak berdaya. Dia jatuh terduduk sambil matanya tidak lepas dari memandang unggun api yang hanya tinggal abu yang masih berbara. Di atas abu itu, terletak elok kitab suci Al-Quran yang dicampaknya tadi tanpa terjejas dengan api sedikit pun sedangkan kitab Bible itu pula sudah separuh hangus dimamah api. Dan lebih menakjubkan, bara api yang tinggal itu seakan-akan membentuk kalimah suci ' ALLAH ' . Menyala-nyala.
Tiba-tiba angin bertiup kencang. Habis semuanya. Hilang segalanya. Hanya sekejap cuma keajaiban itu diperlihatkan. Ada air mata jernih yang mengalir di pipinya. Hangat. Winnie segera bangun dan memungut kembali Al-Quran tadi. Dia mengucupnya penuh kasih.
" Apa yang meletup tadi?? "
Winnie pantas menoleh apabila mendengar suara itu. Cikgu Nurhawa sedang berdiri sambil memandangnya penuh tanda tanya. Di belakangnya Cikgu Maisarah yang kelihatan masih belum sedar sepenuhnya, terpisat-pisat memandangnya.
Winnie ingin mengucapkan sesuatu. Tetapi dia teragak-agak. Lidahnya seakan kelu.
" Ada apa? Apa yang kamu buat kat luar malam-malam buta ni? " tanya Cikgu Nurhawa.
" Saya..saya..saya naik saksi bahawa ALLAH itu tuhan semesta alam dan Nabi Muhammad itu adalah rasul terakhir. Saya nak jadi orang Islam, cikgu."
Kedua-dua orang guru itu benar-benar kaget mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Winnie. Cikgu Nurhawa segera merapati Winnie yang sedang tertunduk memandang tanah lalu segera memluknya penuh kasih sayang. Winnie teresak-esak di dalam pelukannya.
" Subhanallah..."
**********
Mata Nur Iman Zawani berkaca setiap kali mengenang peristiwa yang mengubah hidupnya itu. Sejak saat itu, dia adalah seorang Muslimah. Dia menukar namanya kepada Nur Iman Zawani Abdullah. Dia kini bertudung labuh. Perubahan yang agak drastik pada pandangan orang lain.
Namun, jalan yang perlu dilaluinya tidak mudah. Pelbagai tohmahan yang diterima terutamanya dari keluarganya sendiri yang selama ini berpegang kuat dengan ajaran Kristian. Dia disisihkan. Mujur abang sulungnya, Duan, memihak padanya. Duan beragama Kristian tetapi dia lebih bersikap terbuka. Menurutnya, setiap manusia mempunyai kebebasan untuk beragama. Kalau tidak kerana Duan, pasti Nur Iman Zawani telah dihalau dari rumah. Duanlah yang bermati-matian membela dirinya.
Kejian dan cacian dari teman-teman sekolah juga tidak terkecuali. Setiap hari, Nur Iman Zawani terpaksa menadah telinganya mendengar kata-kata nista dari teman-teman sekelasnya. Tiada yang mahu menyokong. Tiada kata-kata semangat dari teman-temannya yang beragama Islam. Bahkan dia disindir dengan kata-kata yang benar-benar melemahkan semangatnya.
Nur Iman Zawani mengambil mushaf Al-Quran yang terletak elok di atas meja tulisnya. Mushaf itu dihadiahkan oleh Cikgu Nurhawa. Guru kesayangannya itulah satu-satunya yang gembira dan meraikan pengislamannya. Beliaulah yang telah banyak membantunya mendalami Islam. Tetapi, kini dia ditinggalkan terkapai-kapai.
Cikgu Nurhawa telah berpindah ke sekolah lain kerana mengikut suaminya bekerja. Hanya mushaf itu sahajalah yang tinggal sebagai tanda kenangan dari beliau. Dia memeluk mushaf itu penuh kasih. Sebak tidak dapat ditahan. Dia menangis teresak-esak.
Dia buntu. Pada siapa lagi dia harus meminta pertolongan. Kaum keluarga tidak memahami. Teman-teman pula tidak menyokong. Lantas pada ALLAH sahajalah dia meminta agar dipertemukan dengan seorang insan yang akan membantunya mencari sekelumit sinar dalam kehidupan.
Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Kepala Duan terjengul dari celahan pintu. Segera disembunyikan mushaf yang sedang dipeluknya. Duan hanya tersengih.
" Come, sis. Breakfast. Mummy's waiting for you."
Nur Iman Zawani hanya mengangguk lesu. Pasti ibunya akan cuba mempengaruhi dirinya agar kembali pada Kristian. Dia mengeluh. Dia khuatir seandainya dia akan akur pada akhirnya. Dia tahu, hatinya masih belum kuat. Dia tahu akidahnya masih terumbang-ambing. Dia telah menemui sedikit ketenangan dalam Islam. Dan dia ingin terus mendapatkan lebih ketenangan. Selama dia menjadi seorang Kristian, dia tidak pernah merasa tenang. Benaknya sering sahaja dihujani dengan pelbagai persoalan tentang agama lamanya itu. Dia menemui pelbagai kekeliruan sehingga akhirnya membawa dirinya menemui kebenaran dalam Islam.
Mahu tidak mahu, Nur Iman Zawani bangun juga. Dia menyimpan mushaf Al-Quran i tu di dalam laci meja tulisnya. Tangannya pantas mencapai sehelai tudung lalu disarungkan. Dia masih ingat kata-kata Cikgu Nurhawa bahawa aurat antara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah sama dengan aurat wanita Islam dengan lelaki bukan mahram iaitu semua kecuali muka dan tapak tangan.
**********
Sang Suria masih malu-malu menebarkan cahayanya. Semilir pagi bertiup perlahan sambil membawa suara-suara merdu Sang Pipit yang sedang berkicau sambil mencari rezeki. Tetapi, keindahan pagi itu dicemari dengan asap-asap kenderaan yang seawal jam 6 sudah membanjiri jalan raya. Bunyi hon yang saling bersahut-sahutan menggambarkan ketidaksabaran manusia yang ingin segera tiba ke destinasi.
Riuh-rendah suasana sebuah sekolah menengah yang terletak di Bangi itu dengan suara para pelajar yang baru tiba. Masing-masing berpusu-pusu menuju ke kelas. Ada yang menaiki motosikal, ada yang berkereta dan ada yang berjalan kaki. Masing-masing dengan lagak tersendiri. Ada yang berjalan berkumpulan, ada yang berjalan sendirian dan ada yang berjalan perpasang-pasangan. Sekolah itu menempatkan pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Yang menjadi keistimewaan sekolah itu adalah aliran Arab yang turut disediakan bagi para pelajar. Pelajar yang mengambil aliran Arab ini pula memakai pakaian yang berbeza dari pelajar lain.
" Wei, kau salah kelas ni. Sekarang subjek Syariahla. Kau pergilah kelas Moral!"
Tetapi, kini dia tahu. Bukan Islam yang patut dipersalahkan tetapi mereka sendiri yang bersalah kerana ingkar dengan ajaran Islam. Mereka kufur dengan nikmat ALLAH. Islam itu syumul dan sesuai sepanjang zaman. Manusia sahaja yang tida k tahu untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan.
Seorang lelaki tiba-tiba masuk ke dalam kelas tersebut. Secara automatik, semua pelajar terdiam dan mengambil tempat duduk masing-masing. Penampilannya kelihatan tenang. Wajahnya bersih dengan janggut nipis di dagunya. Kaca mata yang dipakai menyerlahkan lagi ketampanannya. Songkok yang dikepala menambah segak dan wibawa pada dirinya.
Ahmad Hafi zul memandang pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut seorang demi seorang. Matanya terhenti pada Nur Iman Zawani. Gadis itu segera tunduk apabila ma ta mereka bertemu.
' Hmm, ada juga yang pakai tudung labuh rupanya. Tapi, kenapa muka dia macam mix je??'
Ahmad Hafizul melarikan pandangannya daripada Nur Iman Zawani. Dia memandang ke hadapan.
" Assalamu'alaikum w.b.t. Saya guru baru yang akan menggantikan Cikgu Nurhawa untuk subjek Syariah Islamiah dan Quran Sunnah. Kamu boleh panggil saya Ustaz Hafizul"
Pelajar-pelajar di dalam kelas itu mula berbisik-bisik. Suasana seakan-akan ada sekumpulan langau sedang terbang di dalam kelas tersebut.
" Ustaz, ustaz dah kahwin?"
Ahmad Hafizul tersenyum mendengar pertanyaan dari seorang pelajar perempuan itu. Zarina namanya. Dia sudah menduga, pasti soalan itu akan ditanyakan.
" Baiklah, buka buku Syariah. Kita sambung pada tajuk terakhir yang kamu dah belajar sebelum ni"
Zarina menarik muka masam apabila pertanyaannya tidak dijawab. Ahmad Hafizul sekadar tersenyum. Malas melayan.
**********
Nur Iman Zawani berlegar-legar berhampiran Kelas Arab 1. Dia bertekad untuk meminta tolong daripada salah seorang pelajar aliran Arab, Qurratul Ain. Gadis itu merupakan pelajar yang aktif di sekolahnya. Terkenal kerana kepetahannya berhujah dalam pertandingan debat.
Seorang gadis manis bertudung labuh hijau keluar dari kelas tersebut. Nur Iman Zawani segera menghampirinya.
" Assalamu'alaiki"
Sedikit aneh dia rasakan perkataan itu keluar dari dua ulas bibirnya. Qurratul Ain pantas menoleh. Dia memandang Nur Iman Zawani dengan pandangan yang agak jengkel.
" Wa'alaikissalam. Ya, ada apa?"
Nur Iman Zawani tersenyum.
" Maaf kalau saya mengganggu awak. Awak ni Qurratul Ain, kan?"
Qurratul Ain tidak memberi sebarang reaksi. Dia memandang Nur Iman Zawani dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Nur Iman Zawani meneruskan bicaranya apabila pertanyaannya tidak dijawab.
Nur Iman Zawani mengesat air mata yang masih mengalir di pipinya. Sungguh dia berasa lemah dan lelah bersendirian mencari sinar kebenaran. Tiada yang sudi membantu. Tiada yang sudi menolong. Dia seperti seorang pengemis yang mengemis demi meneruskan kehidupan.
Langkah kakinya perlahan menuju ke kelasnya. Dia sudah putus harapan. Buntu. Dia tidak tahu pada siapa lagi dia harus mengadu. Dia cuma ada DIA. Tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk mengadu pada DIA.
Dari kejauhan, Ahmad Hafizul memerhatikan langkah longlai Nur Iman Zawani. Benaknya memuntahkan 1001 persoalan. Wajah sayu gadis itu di kelasnya dan kini air mata yang seakan air mengalir di wajahnya.
' Kenapa dengan dia? Ada masalah ke? '
Ahmad Hafizul berteka teki sendirian. Dia nekad untuk menyiasat. Sebagai guru, dia berasa bertanggungjawab untuk membantu pelajarnya yang menghadapi masalah.
bersambung.." Dilema Seorang Mualaf ( bahagian 2 )
3 comments:
best! :)
nantikan smbungannya^_^
best!!!
Post a Comment