Sunday, February 27, 2011

Istikharah Cinta


Air mata yang mengalir di pipinya diseka perlahan. Sunyi pagi menambah rasa sebak di hati. Cinta ILLAHI yang di dambakan bukan sekadar cinta insani yang dia inginkan. Bukan dia meminta untuk jatuh cinta tetapi DIA yang menghadirkan rasa cinta itu pada si dia. Dan kerana cinta itu dia ternoda. Ternoda hatinya dengan cinta yang tidak pasti. Sedayanya dia cuba untuk mengawal namun dia hanya manusia biasa yang punya nafsu.

Iman menanggalkan telekung yang dipakainya. Dia bangkit lalu berbaring di atas katilnya. Masih ada setengah jam sebelum masuk waktu Subuh. Hajatnya ingin melelapkan matanya sebentar tetapi hati yang bergoncang tidak membenarkannya untuk lena. Dihidupkan suis radio. Frekuensi 107.20 menjadi pilihan. IKIM.fm sememangnya stesen radio yang paling digemarinya.

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut namamu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bibirnya diketap menahan sendu yang ingin berlagu. Tangisannya mula kedengaran. Iman teresak-esak sendirian. Senandung ' Istikharah Cinta' itu benar-benar meruntun hatinya. Pantas jarinya menekan punat 'off' pada radio. Enggan membiarkan dirinya hanyut dalam lautan kasih yang tidak pasti.

' YA ALLAH..KAUlah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. KAU tahu apa yang berada di lubuk hatiku. KAU yang menghadiahkan aku dengan perasaan cinta ini maka janganlah KAU biarkan aku hanyut dengannya. Tidak aku pinta untuk mencintainya sedangkan cintaMU sukar untukku gapai. Jika dia memang KAU ciptakan untukku, maka satukanlah kami, lindungi kami dalam dugaan perasaan ini. Aku ingin mencintainya keranaMU..'



Read more...
Islamic World
^
^
^
^click sini
Selamat berziarah, blog Islamic World ini bakal memasarkan produk dan perkhidmatan berlandaskan syariah Islam di sini(^_^)

Read more...

Sunday, February 20, 2011

Sajak Cinta Aminah Qutb


Sekiranya..
Kita cinta kepada manusia
Tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi..
Sekiranya kita cinta kepada ALLAH
Nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya

Sekiranya..
Kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi..
Sekiranya kita cinta kepada ALLAH
Kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepadaNYA

YA ALLAH..
Andai dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMU kepadaku
Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya keranaMU
Dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku keranaMU

Namun..
Andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMU kepadaku
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang KAU berikan padaku

Si Pengemis Iman..buatmu bakal zaujku~


Read more...

Friday, February 18, 2011

Pemilihan Pengawas USIM


21 Februari 2011 akan bermula pemilihan pengawas-pengawas USIM buat kesekian kalinya. Cara pemilhan pengawas di USIM berbeza di mana-mana sekolah menengah yang lain. Kerana di sini cara pemilhannya menggunakan sistem elektronik. Hanya letak sahaja kad matrik anda boleh mengundi.


Justeru pengawas pada kali ini ramai yang sudah menang dan boleh memegang jawatan pengawas. Sebab tak ramai yang berminat hendak jadi pengawas di sini. Kerana tiada apa cabaran sangat jika dibandingkan dengan universiti lain. Sesiapa sahaja yang terasa ingin bertanding boleh la pergi ke bilik HEP atau bilik guru disiplin sekolah. Kebanyakan yang bertanding dari kelas-kelas yang berbeza. Pada tahun ini setiap kelas membawa ramai calon untuk bertanding peringkat Ketua Pengawas, Penolong Ketua, Bendahari, Setiausaha dan Exco pengawas yang lain.


Untuk pengetahuan semua hanya 5 orang dibenarkan menjadi penyokong setiap calon pengawas. Penyokong-penyokong yang selain daripada 5 orang tersebut dianggap melanggari undang-undang pemilihan. Kemungkinan penyokong tersebut akan dirotan oleh guru disiplin.


Kelihatan di kelas FKP, penuh kertas-kertas gambar pengawas ditampal menggunakan gam nasi. Tentu susah untuk Pustakawan USIM membuang poster tu nanti. Mesti guru Pustakawan akan marah-marah berleter kerana papan kenyataan dikotori gambar-gambar calon-calon pengawas.


Budak-budak USIM suka kalau calon-calon yang bertanding muka bersih, pandai mengaji, dan boleh jadi bilal semasa solat di surau. Budak-budak USIM benci kalau calon pengawas ni yang suka bercakap di hadapan, katanya meluat dan poyo. Budak-budak USIM benci calon yang pakai tudung singkat. Sebab tu ramai calon pengawas pakai tudung labuh. Yang tak pernah pakai tudung labuh pun bertukar tudung labuh semasa kempen dan bergambar. Budak-budak USIM tak suka calon pengawas perempuan pakai seluar ketat. Jadi semasa kempen mereka bertukar pakai kain, tapi mereka bodoh kerana kain mereka jarang, sehingga nampak pakain dalam, mujur pakazin dalam mereka labuh sehingga nampak kain dalam tu di luar kain luar.


Ramai calon lelaki senyum sengih nampak gigi, padahal sebelum ini kepala sentiasa memandang atap kelas. Ramai juga pakai songkok hitam, kerana supaya semua gelar calon pengawas ni seorang ustaz. Calon USIM tak boleh bercakap tentang politik dalam sekolah, nanti guru disiplin sound sebagai anti-establishment. Justeru kebanyakan pengawas sekolah USIM semuanya bodoh-bodoh dalam hal politik. Yang penting dapat buat program. Dapat pakai baju kot. Dapat bertali leher. Dan dapat kesana kemari dengan gayanya.


Ramai yang benci guru disiplin sekolah ini, kerana terlalu banyak sekatan dan tekanan kepada calon-calon pengawas dan kepada bebudak sekolah yang lain. Jadi ramai yang tengok pengawas sekolah ini lebih kepada balaci guru disiplin. Ha,ha,ha.


Malam ini akan diadakan majlis pengenalan pengawas-pengawas sekolah USIM. Mesti mereka bercakap gah-gah dengan skrip yang dihafal. Budak sekolah lain tahu, kalau tak bagi skrip bebudak pengawas ni tak kan pandai cakap apa-apa. Teringat tahun lepas seorang calon pengawas menyanyi semasa memperkenalkan diri. Semua budak sekolah ketawa. Akhirnya calon pengawas yang menyanyi ni kalah dengan sendirinya. Ha,ha, ha.


Selepas diorang bercakap, guru displin akan bangun bercakap. Dia akan bercakap dengan seriusnya. Pengawal-pengawal lain akan berjaga, bimbang takut ada bebudak sekolah bangun menemplak apa yang guru disiplin cakap. Dua malam yang lepas, guru besar bercakap, seorang bekas pengawas bangun membantah. Pengawal semuanya marah-marah kat dia. Kerani-kerani sekolah pergi bertemunya, menegur sikap lancangnya kepada guru besar. Tapi bebudak sekolah lain semua tepuk tangan kepada bekas pengawas ini. Bebudak sekolah lain keluar dari dewan bersama dengan bekas pengawas ini. Tak pernah ada dalam sejarah sekolah USIM, bekas pengawas lancang bercaka kepada guru besar. Sebelum ini semua pengawas-pengawas baik sahaja dengan guru displin. Sentiasa memuji, dan makan bersama. Cuma berak sahaja lain-lain tandas.


Ada seorang tukang kebun sekolah ini. Dia mengarahkan bebudak USIM pecat kopiah putih. Semua bebudak USIM marah. Kenapa sesuka hati suruh kitorang buang kopiah. Tapi tukang kebun ni sudah tua. Bebudak ni masih ada rasa hormat. Dibuangnya kopiah. Dengan rasa marah. dua hari lepas, seorang budak sekolah kena tempelak dekat jaga sekolah. Semata-mata kerana menaruh janggut. katanya janggut tak boleh simpan. Serabut. macam janggut kambing. Budak sekolah ni marah kata jaga yang bodoh ni. Dia kata jaga ni tak faham sunnah. Tak mahu ikut sunnah. Budak sekolah ni, marah balik kat jaga tu. Dia kata pakcik lagi pelik, cukur janggut simpan misai, terbalik. Orang lain suruh simpan janggut kita simpan misai. Orang berjalan dengan kaki kita berjalan dengan tangan. Puas hati budak sekolah ni dapat sound jaga. jaga baju biru tu hanya tersengih kambing.


Last, bebudak sekolah USIM ingat 21 Februari ni pilihlah pengawas yang baik-baik. yang pandai solat dan tak pandai mengorat. Jangan pilih pengawas yang tudung singkat dan gedik. Rasa nak muntah tengok calon pengawas yang gedik tu. Aku dah malas duk kempen kat pengawas sekolah ni, aku nak pergi Kedah berjumpa masyarakat yang lebih berani dan lebih kuat berjuang. Duk kat sini melemahkan semngat dan pemikiran aku sebagai mahasiswa. Aku tak mahu aku digelar budak sekolah USIM. Babai semua. papai..mamai..


credits to: Ahmad Syihan Ismail @ facebook

http://www.facebook.com/notes/ahmad-syihan-ismail/pemilihan-pengawas-usim-bermula/10150103052896684?ref=notif&notif_t=note_reply


Read more...

Monday, February 14, 2011

Interfaith Dialogue @ USIM

Bismillahirrahmanirrahim..

14 Februari 2011, jam 8 malam bertempat di DKP 3 Universiti Sains Islam Malaysia.

Alhamdulillah..saya bukanlah berada bersama kekasih saya (bukan bermaksud saya ada pakwe ok~) meraikan Hari Kekasih. Tetapi ramai sahabat-sahabat saya yang sedang meraikan Hari Kekasih bersama kekasih masing-masing. Apa saya buat untuk menyedarkan mereka???? Saya dah buat apa yang patut, semoga kalian segera bangkit dan sedar dari lena kalian. Err..semoga korang clash!!! Huahhuahhuah..jahatnya saya~

Jam 8 malam, saya tiba di DKP 3. Subhanallah..fenomena yang sama seperti mana ketika diadakan talk berkaitan Sultan Muhammad Al-Fateh. Semua kerusi dipenuhi para siswa dan siswi, bahagian belakang dipenuhi siswa siswi yang terpaksa berdiri kerana ketiadaan tempat duduk. Bukan setakat itu, tangga-tangga yang menjadi laluan turun naik menjadi tempat duduk para siswa siswi bahkan bahagian tepi pentas juga dipenuhi siswa siswi yang duduk di lantai. Tahniah buat sahabat-sahabat semua! Tak rugi bersusah-payah untuk mengutip ilmu.

Panel pada hari itu merupakan 3 orang insan yang sangat hebat. Encik Engku Ahmad Fauzi merupakan seorang penceramah bebas yang mengkaji Bible. Seterusnya yang paling mendapat perhatian pada malam itu, Encik Shah Kirit iaitu seorang jejaka berbangsa India yang sebelum ini berbangsa Hindu dan kini telah 15 tahun memeluk Islam. Yang terakhir, juga bukan calang-calang orangnya, Dr. Yusof Khalid iaitu pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.

Saya dan 2 orang sahabat, Sabariah dan Wani duduk belakang sekali. Alhamdulillah ada tempat duduk. Huhu..

Dan ini dia sedikit sebanyak apa yang saya dapat pada malam itu. Sudilah kiranya kita berkongsi cerita, kisah dan rahsia di sebalik '' Fenomena Peralihan Kristian kepada Islam"!!!

Panel pertama iaitu Encik Engku Ahmad Fauzi. Beliau lebih banyak menceritakan pengalaman beliau berhadapan dengan paderi-paderi Kristian. Antara yang dikongsikan adalah berkenaan aqidah Kristian yang sangat mengelirukan dan boleh menjadi bahan untuk kita berdakwah kepada mereka. Beliau mengkaji pelbagai jenis Bible dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Paderi Kristian tentang isi-isi Bible menyebabkan berlakunya perdebatan dan akhirnya Paderi Kristian akan menggaru kepala. Huhu..

Dalam agama Kristian, Jesus Christ disalib untuk menebus dosa manusia. Kemudian Jesus akan dibangkitkan semula lalu berkata yang bunyinya lebih kurang begini, '' kamu mestilah menebus dosa orang lain barulah mereka akan menjadi orang yang tidak berdosa, jika tidak ditebus mereka akan menjadi orang yang berdosa selama-lamanya''. So..point di sini, Jesus mati untuk tebus dosa, jadi..kenapa dia masih meminta para pengikutnya iaitu para Paderi Kristian untuk terus menebus dosa orang lain?? Bukankah dia telah menebus dosa mereka ketika disalib?? Cuba tanya pada mereka, dengar apa jawapan mereka.

Dalam agama Kristian juga, manusia di dunia ini adalah pewaris kepada dosa Nabi Adam. Bererti setiap orang perlu ditebus dosanya kerana mempunyai dosa warisan. Dan dalam Kristian juga, setiap pengikutnya yang mati akan terus masuk ke syurga. Bagaimana pula dengan bayi Kristian yang baru lahir dan mati 10 minit kemudian, tanpa sempat dibaptis, tanpa sempat di tebus dosanya, adakah dia akan masuk ke syurga? Kata Encik Fauzi, Paderi tersebut menjawab '' dia kan berada di antaranya''. Err..di antara mana ye?? Atas titian sirat kot..huhu.

Beliau pernah bertanya, dosa warisan dalam Kristian itu diwarisi dari segi apa? Rohani ke jasmani?? Mula-mula jawab rohani, eh..lepas tu tukar jawab jasmani pulak. Apa daa..tak tahu cakap tak tahu. Katanya diwarisi secara jasmani. Fikir logik..kenapa setiap anak-anak Kristian masih perlu dibaptis sedangkan bapa dan ibu mereka telah lebih dahulu dibaptis untuk menebus dosa?? Sepatutnya dosa warisan itu telah terhapus. Pening-pening..

Itu antara yang dikongsikan oleh Encik Fauzi. Sebenarnya setiap ayat-ayat yang dipetik dari Bible tu ada sumbernya yang disebut tapi saya tak sempat salin. Hihi..

Seterusnya perkongsian pengalaman oleh Encik Shah Kirit. Kata beliau, kalau nak berdakwah pada orang Kristian perlu kepada perbandingan agama tetapi jangan keluarkan dalil-dalil al-quran tetapi keluarkan ayat-ayat dari Bible. Tanyakan pada mereka dan mereka tidak akan dapat menjawabnya lalu mereka sendiri yang akan berfikr-fikir tentang kebenaran agama mereka yang tak benar tu.

Diorang tahu sebenarnya agama Kristian tu salah, tapi ego mengatasi segalanya. Macam zaman nabi dulu, 3 orang yang sangat kuat menentang dakwah Islam terpesona dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran yang dialunkan oleh nabi tetapi tetap ego dan enggan masuk Islam kerana agama itu dipelopori para hamba pada masa itu dan bimbang kedudukan mereka dalam masyarakat akan tergugat kerana Islam mengamalkan persamaan hak.

Dalam agama Kristian adanya konsep Trinity iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Qudus.

Islam: Orang Kristian ada berapa tuhan?
Christ: 1
Islam: Ooo..1 je, tetapi bukankah anada percaya kepada konsep trinity?
Christ: Ye..memang betul kami percaya.
Islam: tadi kata tuhan tu satu tai konsep trinity menunjukkan tuhan ada 3, macam mana tu?
Christ: Ish..awak tak faham.
Islam: Apa yang saya tak faham?
Christ: Memang kami percaya pada Tuhan Bapa,Anak dan Ruh Qudus. Tapi itu bukan 3 tuhan, ianya cuma 1 tuhan. 3 dalam 1!
Islam: Haa..tuhan ada 3 tapi sebenarnya 1?
Christ: ye!
Islam: Macam mana tu??
Christ: Sudah saya katakan anda tak faham!
Islam: ......

Sahabat-sahabat faham? Encik Shah tak faham, saya lagi tak faham. Wei..1+1+1=3. Apa pulak 1+1+1=1. Tak sekolah ea?? Masuk tadika baliklah ye..huhu

Orang Islam mendakwa Jesus adalah tuhan mereka sedangkan di dalam Bible sendiri tiada ayat yang jelas menunjukkan Jesus mengaku dirinya sebegai tuhan tetapi banyak ayat yang menunjukkan Jesus menafikan dirinya adalah tuhan. Mestilah, Jesus tu cuma manusia biasa iaitu Nabi Isa. Antara ayatnya adalah:(Bible ada banyak jenis, saya tak tau ayat-ayat ni refer pada Bible mana satu)

- chapter 12, versus 28: Jesus melakukan mukjizat dengan bantuan tuhan.
- chapter 6, versus 4: Moses (nabi musa) mengatakan tuhan itu satu.
- chapter 12, versus 29: Jesus kata tuhan itu satu.
- ayat lain, Jesus berkata: tuhan bapa lebih besar dariku.
- chapter 20, versus 12: jesus berkata, jangan pegang aku, aku akan pulang kepada bapaku dan bapamu, tuhanku dan tuhanmu.
- chapter 5: jesus berkata, saya tak mampu buat apa-apa.

Kalau Jesus tu tuhan, kalau tuhan tu satu bagi mereka, kenapa ayat-ayat ni langsung tak menunjukkan kebenaran pada apa yang mereka katakan??

Dalam Kristian, mereka turut mengatakan tuhan itu tidak mati.

Islam: dalam agama anda, tuhan tidak mati bukan?
Christ: ye..
Islam: So..jesus tu siapa?
Christ: Tuhanlaa..
Islam: Laa..tadi kata tuhan tak mati.
Christ: Memang betul, tuhan tidak mati.
Islam: So..jesus tu siapa?
Christ: Tuhanlaa..
Islam: Tadi kata tuhan tak mati, lepas tu kata jesus tu tuhan. Kalau jesus tuhan mesti dia tak mati untuk tebus dosa anda sebab anda kata tuhan tak mati.
Christ: Awak tak faham..

Mental~ Kita pun jadi mental kalau berborak dengan orang Kristian ni. Cakap belit-belit..

Bagi mereka, 'Jesus is perfect man and perfect god' which mean, Jesus tu 100% manusia dan 100% tuhan. Macam mana tu???

Antara soalan-soalan yang ditanyakan oleh orang Kristian kepada orang Islam:

- Dalam Islam, siapa nabi terakhir?
Jawapan kita pastilah nabi Muhammad, then mereka akan tanya, kalau nabi terakhir kita Nabi Muhammad, kenapa akhir zaman nanti nabi Isa yang turun? Macam mana kita nak jawab?

Macam ni..
Anda berkahwin dan mempunyai 5 orang anak, anak pertama-Along,anak kedua-Ali, anak ketiga-Abu, anak keempat-Ahmad, anak kelima-Apek. Kelima-lima mereka pergi belajar ke luar negara. Pada suatu hari, anda mendapat berita bahawa Ali, Abu Ahmad dan Apek meninggal dunia. So..kat sini adakah status Along sebagai anak pertama kan berubah? Mestilah tak. Dia tetap anak sulung walaupun adik-adik dia dah mati. Macam tu juga dengan soalan tadi, Nabi Muhammad tetap nabi terakhir kerana baginda lahir selepas nabi isa walaupun baginda wafat sebelum nabi Isa. Sangat simple..

- Kenapa nabi muhammad kahwin ramai isteri? Nabi tu 'kuat seks' ke? (maaf bahasa agak kasar)
Macam ni nak jawab..
baginda menikah dengan Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah iaitu seorang janda berusia 40 tahun. Kalaulah nabi tu seperti yang dikatakan orang kristian, kenapa nak menikah dengan janda?? Baginda bujang lagi kacak bergaya, kenapa tak menikah dengan anak dara??

Poligami pada zaman baginda adalah perkara biasa tetapi sepanjang hidup baginda, baginda tidak pernah menduakan Khadijah. Kalau baginda seperti apa yang dikatakan orang kristian, kenapa nabi tak kahwin banyak masa tu sedangkan nabi mampu dan ramai wanita yang nak jadi istei nabi.

Selepas pemergian Khadijah, nabi membujang sangat lama dan hanya berkahwin dengan wanita lain selepas usia baginda lanjut. Kalau baginda seperti apa yang dikatakan orang kristian, takkanlah baginda sanggup membujang lama-lama,kan??

Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Harap-harap sahabat dapat sedikit manfaatnya di sini.

Saya berjalan-jalan dengan encik Google tadi dan terjumpa pelbagai jenis soalan dari non-muslim tentang islam. Cuma satu, jangan menjawab dengan emosi tetapi jawab dengan bijak. Kalau tak tahu cakap tak tahu. Kebanyakan perbualan yang saya baca menunjukkan orang islam menjawab soalan-soalan kristian secara membuta tuli dan marah-marah. Nasihat saya pada non-muslim, nak berdebat perlulah dengan orang yang faham islam. Janganlah tanya sebarangan pada orang lain. Macam kami, kami berdebat dengan paderi kristian bukan orang kristian yang biasa-biasa. Kita ni manusia, ada kelemahannya.

Saya ada pengalaman berdebat dengan sahabat saya masa saya sekolah menengah dulu. Saya masih menantikan jawapannya sampai sekarang. Kami berdebat secara baik dan soalan terakhir saya padanya,
''kalau memang betul orang Kristian mati lalu terus masuk syurga, kenapa anda masih hidup hari ini? Kenapa tak bunuh diri? Kan kalau mati masuk syurga? Kenapa nak susah-susah hidup kat dunia? Kalau sayalah, baik saya bunuh diri, boleh masuk syurga.."

Ada siapa-siapa boleh jawabkan?

Hihi..wallahu'alam

Read more...

Monday, February 7, 2011

Tajamnya mata pena

Medan dakwah itu bukanlah suatu medan untuk kita mencari keseronokan, bukan juga medan untuk kita mendapatkan kesenangan bahkan ia adalah medan yang tidak mudah bagi mereka yang kurang tarbiyyah dalam dirinya tetapi medan ini juga menjanjikan ganjaran yang sangat besar di sisi ALLAH. Bukan hasilnya yang dinilai tetapi sebanyak mana usaha dan keringat yang kita tumpahkan untuk agama ALLAH ini, itulah yang bakal dipertikai di hadapan ALLAH kelak.

Aku sedar semua itu tetapi kenapa dan mengapa hati ini masih ragu untuk menyertai sahabat-sahabatku berjuang dan berjihad di medan mulia ini? Betapa lemah dan tidak berdayanya diriku.

" Assalamu'alaikum..Iman, kenapa termenung ni? Kenapa tak balik lagi?? "

Ustazah Sumayyah menyapa Nurul Iman yang sendirian bermonolog dan berkonflik dengan dirinya sendiri.

" Wa'alaikumussalam, eh ustazah..tak adalah, tak temenung pun. Saya tengah tunggu kawan "

" Tak termenung? Ustazah tengok awak renung buku tu sampai nak tembus kulit. Awak ada masalah ke? "

Nurul Iman teragak-agak. Rasanya dia ingin berkongsi masalahnya itu tetapi dia malu.

" Emm..ustazah, sebagai hamba ALLAH..memang menjadi tanggungjawab kita kan untuk menegakkan agama ALLAH di muka bumi ni? Pejuang Islam pada waktu dulu berdakwah siang malam. Tapi, saya..saya rasa macam tak mampu buat apa-apa. Saya takut ustazah..saya takut di akhirat nanti ALLAH persoalkan amanah ni, kenapa saya tak jalankan dengan baik? "

Ustazah Sumayyah tersenyum. Taulah dia kini kenapa gadis itu kelihatan kusut sekali wajahnya.

" Iman, memang jadi tanggungjawab kita untuk menyebar dan menegakkan agama ALLAH di atas muka bumi ni. Tapi ingat, bukan hasil yang dinilai tapi usaha kita yang bakal dipertikai "

" Tapi, saya tak pandai bagi tazkirah. Saya tak pandai berdebat dan bercakap di khalayak ramai. Saya bukanlah seorang yang menghafal nas-nas dari al-quran dan hadis. Lidah saya tidak petah berbicara ayat-ayat dari al-quran. Saya rasa rendah diri.. "

" Sebab itu kita disuruh belajar. Ayat al-quran pertama diturunkan adalah iqra' yang bermaksud bacalah di mana maksudnya menyuruh kita supaya belajar. Belajarlah sehingga kamu dipanggil menghadapNYA "

" Tapi.. "

" Banyak tapi-tapi kamu ni. Ingat, jangan memberikan alasan tetapi akuilah kesalahan. Orang yang memberi alasan adalah orang yang suka berhelah pada kesalahan yang sebenarnya dilakukan oleh dirinya. Kesalahan kamu, kamu tak cukup bersungguh lagi belajar jadi belajarlah. Jangan memberi bermacam alasan "

" Baik ustazah..memang salah saya sebab sebelum ni main-main bila belajar. Tapi..eh, tapi lagi. Hihi..bukan memberi alasan, maksud saya..dalam tempoh belajar tu, amanah tetap harus saya jalankan. Saya memang kurang mahir dalm memberi ucapan, tazkirah, pidato atau yang seangkatan dengannya. Bukan tak boleh langsung cuma kurang bagus. Sedangkan kemahiran tu sangat penting bagi seorang dai'e. Nabi Muhammad seorang pemidato yang sangat baik. Saya ingin jadi sehebat baginda "

" Iman, lain orang lainlah caranya. Luaskan skop pemikiranmu. Ok, apa kelebihan Iman? "

" Emm..saya minat dan agak mahir dalam penulisan. Saya minat menulis sajak, cerpen dan novel. Tapi..boleh ke semua tu digunakan sebagai jalan dakwah? "

" Islam agama yang syumul dan sesuai sepanjang zaman. Kalau zaman dulu, memberi ucapan di khalayak ramai adalah satu cara dakwah yang digunakan. Zaman sekarang pun masih boleh contohnya tazkirah di surau dan masjid. Tapi, itu untuk orang Islam je. Orang bukan Islam macam mana? Agak-agaklah, kalau kita bentang tikar kat tengah-tengah jalan then cakap pasal gama, ada tak orang nak dengar? Kalau zaman dulu, ye..memang orang akan berhenti dan singgah untuk dengar apa yang nak disampaikan. Tapi kalau buat macam tu zaman sekarang, silap-silap orang kata gila. Hihi..lagi satu, rasa-rasanya ada tak orang akan bukak pintu rumah kalau ada pendakwah-pendakwah nak datang bagi tazkirah dari rumah ke rumah. Ustazah rasa mungkin tak ada, kalau ada pun sikit je. Kenapa? Sebab sekarang zaman jenayah. Ornag buat jenayah macam-macam cara. Mana tau dia menyamar je. Kita kenelah bersangka buruk sikit untuk keselamatan kita "

Nurul Iman tersengih.

" So..macam mana ustazah? "

" Bersikaplah aktif dan proaktif. Ambil inisiatif lain yang sesuai dengan peredaran zaman. Bukan tak boleh buat macam tadi tu. Boleh sangat-sangat. Tapi macam Iman cakap tadi, kelebihan Iman bukan pada petahnya berbicara tapi pada tajamnya mata pena. Sampaikan tentang islam melalui penulisan. Coretkan tentang keindahan Islam, kisah-kisah para pejuang Islam, pengalaman-pengalaman mereka yang bertaubat dan macam-macam lagi. Zaman sekarang kan orang suka baca novel, blog, berfacebook..so, manfaatkan. InsyaALLAH medan penulisan yang digabungkan dengan media siber ni bakal memberi manfaat yang sangat besar "

" Macam tu..hihi, nak tapi lagi ni. Tapi..ada seorang kawan saya pernah kata, para pejuang Islam melalui blog dan novel ni sekadar pejuang sambilan. Dia kata, orang zaman dulu angkat senjata untuk Islam, menangis air mata darah untuk Islam, sanggup berkorban apa saja. Sedangkan kami sekadar duduk depan laptop, menaip bait-bait kata. Sekadar berkorban keringat dan buah fikiran. Tak ada nilainya di situ. Dia persoalkan, berapa banyak orang yang masuk Islam kerana penulisan kita? Berapa banyak orang yang insaf kerana tajamnya kata-kata? "

" Macam ustazah kata tadi, bukan hasil yang dinilai tapi usaha yang dipertikai. Usaha kita tu yang penting. Lebik baik ada daripada tak ada apa-apa "

" Macam mana nak terangkan pada orang macam tu? "

" Kalau dia mengata awak lagi, awak cakap macam ni.. kenapa mukjizat setiap nabi tu berbeza? Kenapa mukjizat nabi musa adalah tongkat yang boleh bertukar jadi ular dan membelah lautan? Dan kenapa mukjizat nabi sulaiman boleh bercakap dengan binatang? Inilah buktinya Islam sesuai sepanjang zaman. Cuba kalau mukjizat nabi musa tu diberikan pada nabi sulaiman, apa yang nabi sulaiman boleh buat dengan tongkat tu sedangkan dia pemerintah kerajaan islam yang besar pada masa tu dan bayangkan kalau tak ada mukjizat tongkat tu pada nabi musa, boleh ke nabi musa melawan ahli sihir firaun dan selamatkan orang islam dari kekejaman firaun. Cuba fikir.. "

" Tak fahamlah ustazah..apa kaitannya?? "

" Maksudnya, sesuaikan kaedah penyampaian dakwah kita mengikut zaman. Kawan awak kata pejuang islam dulu angkat senjata, pejuang islam sekarang angkat pen je. Kalau angkat senjata sekarang ni, lebih-lebih lagi di Malaysia, awak nak lawan dengan siapa? Silap-silap kita dilabel terrorist. Dulu tak ada istilah-istilah macam ni. Jadi, sesuaikanlah macam ALLAH sesuaikan mukjizat para nabi mengikut zaman dan ujian yang mereka hadapi "

" ohh..faham dah. Kiranya kita mesti berdakwah ikut kesesuaian zaman. Jangan nampakkan Islam tu kuno sangat sedangkan islam tu memang sesuai pada mana-mana zaman pun "

" Alhamdulillah.. "

" Syukran ustazah sebab bantu saya. Kusut kepala saya fikir tentang ni. Sekarang dah ok..hihi, saya mintak diri dulu ustazah. Kawan saya dah tunggu kat bus stop. Assalamua'alaikum "

" Wa'alaikumussalam.. "

Nurul Iman menyalami tangan Ustazah Sumayyah lantas bergegas mendapatkan Sabariah yang sedang menunggunya. Dalam hatinya ada satu tekad.

" Aku tidak petah berbicara tetapi mata penaku tajam mengatur bait-bait kata. Islam akan tertegak jua walau tanpa mengangkat senjata kerana Islam itu bukanlah peperangan semata "

Read more...