21 Februari 2011 akan bermula pemilihan pengawas-pengawas USIM buat kesekian kalinya. Cara pemilhan pengawas di USIM berbeza di mana-mana sekolah menengah yang lain. Kerana di sini cara pemilhannya menggunakan sistem elektronik. Hanya letak sahaja kad matrik anda boleh mengundi. Justeru pengawas pada kali ini ramai yang sudah menang dan boleh memegang jawatan pengawas. Sebab tak ramai yang berminat hendak jadi pengawas di sini. Kerana tiada apa cabaran sangat jika dibandingkan dengan universiti lain. Sesiapa sahaja yang terasa ingin bertanding boleh la pergi ke bilik HEP atau bilik guru disiplin sekolah. Kebanyakan yang bertanding dari kelas-kelas yang berbeza. Pada tahun ini setiap kelas membawa ramai calon untuk bertanding peringkat Ketua Pengawas, Penolong Ketua, Bendahari, Setiausaha dan Exco pengawas yang lain. Untuk pengetahuan semua hanya 5 orang dibenarkan menjadi penyokong setiap calon pengawas. Penyokong-penyokong yang selain daripada 5 orang tersebut dianggap melanggari undang-undang pemilihan. Kemungkinan penyokong tersebut akan dirotan oleh guru disiplin. Kelihatan di kelas FKP, penuh kertas-kertas gambar pengawas ditampal menggunakan gam nasi. Tentu susah untuk Pustakawan USIM membuang poster tu nanti. Mesti guru Pustakawan akan marah-marah berleter kerana papan kenyataan dikotori gambar-gambar calon-calon pengawas. Budak-budak USIM suka kalau calon-calon yang bertanding muka bersih, pandai mengaji, dan boleh jadi bilal semasa solat di surau. Budak-budak USIM benci kalau calon pengawas ni yang suka bercakap di hadapan, katanya meluat dan poyo. Budak-budak USIM benci calon yang pakai tudung singkat. Sebab tu ramai calon pengawas pakai tudung labuh. Yang tak pernah pakai tudung labuh pun bertukar tudung labuh semasa kempen dan bergambar. Budak-budak USIM tak suka calon pengawas perempuan pakai seluar ketat. Jadi semasa kempen mereka bertukar pakai kain, tapi mereka bodoh kerana kain mereka jarang, sehingga nampak pakain dalam, mujur pakazin dalam mereka labuh sehingga nampak kain dalam tu di luar kain luar. Ramai calon lelaki senyum sengih nampak gigi, padahal sebelum ini kepala sentiasa memandang atap kelas. Ramai juga pakai songkok hitam, kerana supaya semua gelar calon pengawas ni seorang ustaz. Calon USIM tak boleh bercakap tentang politik dalam sekolah, nanti guru disiplin sound sebagai anti-establishment. Justeru kebanyakan pengawas sekolah USIM semuanya bodoh-bodoh dalam hal politik. Yang penting dapat buat program. Dapat pakai baju kot. Dapat bertali leher. Dan dapat kesana kemari dengan gayanya. Ramai yang benci guru disiplin sekolah ini, kerana terlalu banyak sekatan dan tekanan kepada calon-calon pengawas dan kepada bebudak sekolah yang lain. Jadi ramai yang tengok pengawas sekolah ini lebih kepada balaci guru disiplin. Ha,ha,ha. Malam ini akan diadakan majlis pengenalan pengawas-pengawas sekolah USIM. Mesti mereka bercakap gah-gah dengan skrip yang dihafal. Budak sekolah lain tahu, kalau tak bagi skrip bebudak pengawas ni tak kan pandai cakap apa-apa. Teringat tahun lepas seorang calon pengawas menyanyi semasa memperkenalkan diri. Semua budak sekolah ketawa. Akhirnya calon pengawas yang menyanyi ni kalah dengan sendirinya. Ha,ha, ha. Selepas diorang bercakap, guru displin akan bangun bercakap. Dia akan bercakap dengan seriusnya. Pengawal-pengawal lain akan berjaga, bimbang takut ada bebudak sekolah bangun menemplak apa yang guru disiplin cakap. Dua malam yang lepas, guru besar bercakap, seorang bekas pengawas bangun membantah. Pengawal semuanya marah-marah kat dia. Kerani-kerani sekolah pergi bertemunya, menegur sikap lancangnya kepada guru besar. Tapi bebudak sekolah lain semua tepuk tangan kepada bekas pengawas ini. Bebudak sekolah lain keluar dari dewan bersama dengan bekas pengawas ini. Tak pernah ada dalam sejarah sekolah USIM, bekas pengawas lancang bercaka kepada guru besar. Sebelum ini semua pengawas-pengawas baik sahaja dengan guru displin. Sentiasa memuji, dan makan bersama. Cuma berak sahaja lain-lain tandas. Ada seorang tukang kebun sekolah ini. Dia mengarahkan bebudak USIM pecat kopiah putih. Semua bebudak USIM marah. Kenapa sesuka hati suruh kitorang buang kopiah. Tapi tukang kebun ni sudah tua. Bebudak ni masih ada rasa hormat. Dibuangnya kopiah. Dengan rasa marah. dua hari lepas, seorang budak sekolah kena tempelak dekat jaga sekolah. Semata-mata kerana menaruh janggut. katanya janggut tak boleh simpan. Serabut. macam janggut kambing. Budak sekolah ni marah kata jaga yang bodoh ni. Dia kata jaga ni tak faham sunnah. Tak mahu ikut sunnah. Budak sekolah ni, marah balik kat jaga tu. Dia kata pakcik lagi pelik, cukur janggut simpan misai, terbalik. Orang lain suruh simpan janggut kita simpan misai. Orang berjalan dengan kaki kita berjalan dengan tangan. Puas hati budak sekolah ni dapat sound jaga. jaga baju biru tu hanya tersengih kambing. Last, bebudak sekolah USIM ingat 21 Februari ni pilihlah pengawas yang baik-baik. yang pandai solat dan tak pandai mengorat. Jangan pilih pengawas yang tudung singkat dan gedik. Rasa nak muntah tengok calon pengawas yang gedik tu. Aku dah malas duk kempen kat pengawas sekolah ni, aku nak pergi Kedah berjumpa masyarakat yang lebih berani dan lebih kuat berjuang. Duk kat sini melemahkan semngat dan pemikiran aku sebagai mahasiswa. Aku tak mahu aku digelar budak sekolah USIM. Babai semua. papai..mamai.. credits to: Ahmad Syihan Ismail @ facebook
Friday, February 18, 2011
Pemilihan Pengawas USIM
Labels:
Diari Hidupku,
Isu Dulu dan Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam k iman..bhase kali ni x bape nk bazt lorh...jgn mrah ye...k iman x brmnat ke ngn kempen ni,hehe...
wassalam..
ni post dr sahabat akak..akhi syihan
not originally from me
salam k iman...lorh sory lerr tr-slah pham,hehe any criter bru post k :)
Post a Comment