Thursday, July 30, 2009

Pengalaman baru diTMS

Assalamua'laikum...
Haa..ni nak sambung cerita pasal sispa .
Hari jumaat,sabtu dan ahad lepas..kami semua ahli-ahli sispa menjalani orientasi di Taman Malaysia Seremban . Seramai lebih kurang 75 pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki menyertainya. Kami semua adlah batch keempat bagi SISPA . Macam-macam aktiviti ada dijalankan selama 3 hari untuk memperkenalkan apa itu Sispa kepada kami .

Kami bertolak menaiki bas pada jam 4 petang dan tiba di TMS pada jam 5.30 petang . Sebaik sahaja sampai ,kami semua dibahagikan kepada 5 kumpulan . Ingatkan kami akn tidur di dalam khemah,rupa-rupanya tidur dalam chalet . Tapi chalet tu kosong . Ada lantai je . Kih2..
LDK pertama kami adalah mencipta logo kumpulan . Kumpulan kami dinamakan CHARLIE . Agak kebaratan tapi itu yang telah ditetapkan . Trademark kami.."WE WANT TO BE THE BEST!!!" Ada lagunya yang kami reka tapi tak dapatlah nak nyanyi kat sini . Lepas tu ada sesi ceramah bersama pengasas SISPA USIM . Gayanya macam pak ustaz tapi rupa-rupanya dah berpangkat mejar . Ceramah yang diberikan berkisar tentang iman . Iman manusia boleh bertambah dan berkurang . Dan bila seseorang itu mula bergelar pelajar,akan ada cabaran baru yang bakal menguji imannya . Apa?? Teka laa..lepas sesi ceramah ada sesi pelantikan ahli jawatankuasa sispa 2009 . Selesai pelantikan,kami pun masuk tidur . Untuk hari yang pertama kami belum didedahkan dengan aktiviti sebenar sispa .

Hari kedua..jam 4 pagi,tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi siren . Masing-masing bangun dari tidur tapi kami diberitahu perlu berkumpul jam 5.30 pagi . Dalam keadaan terpinga-pinga tu,tiba-tiba ada suara lelaki mengarahkan kami supaya segera keluar . Sangkaan kami ia cuma gurauan jadi kami tetap berada di dalam chalet . Tapi bila kami terdengar suara kakak fasi memberi arahan keluar,barulah kami tahu itu adalah ujian pertama kami sebagai ahli sispa . SENTIASA SIAP SEDIA . Kumpulan kami paling lewat pada pagi itu . Selepas itu kami berjalan kaki untuk solat subuh di masjid negeri dan malakukan aktiviti senaman di taman berhampiran masjid negeri . Seterusnya bermulalah cabaran sebenar kami . Aktiviti sebenar mula dijalankan . Dalam kumpulan kami diminta pergi ke setiap checkpoint . Dan di setiap checkpoint ada cabarannya . Checkpoint pertama kami melaui sebuah jambatan yang digoyangkan dengan kuat oleh para fasi . Sabar je laa..kalau jatuh,confirm basah . Checkpoint kedua lebih hebat . Tak ingat apa namanya tapi seutas tali panjang diikat merentasi sebatang sungai dan kami diminta menyeberang . Memang dasyat tapi seronok . Saya cuba berjaya sampai di pertengahan jalan saja dan lepas tu.pluuppp..hihi,jatuh . Habis basah semuanya tapi itulah pengalaman baru bagi saya. Rasa tak puas hati sebab tak berjaya sampai ke seberang . Ada seorang pelajar hampir lemas,mujur fasi bertindak pantas menyelamatkan dia . Seterusnya ada cabaran melalui titian gantung,jaring labah-labah,ulat bulu dan macam-macam lagi . Semuanya bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal kami . Sesi seterusnya,pada waktu malam..selepas solat isyak dan mendengar tazkirah,kami diminta bersiap untuk sesi night walk . Saya suka aktiviti ni . Untuk yang pertama kami dibawa berjalan tanpa menutup mata dan sesi kedua barulah kami diminta menutup mata dan dibawa berjalan secara berkumpulan . Aktiviti ni sebenarnya bukan sekadar nak menguji mental kami tapi nak mengajar kami erti kerjasama . Kami tidur pada jam 3 pagi..

Hari terakhir..Seperti biasa kami dibawa ke masjid negeri ,solat subuh dan aktiviti senaman . Pagi itu , hujan turun renyai-renyai tapi ianya tidak menghalang kami untuk meneruskan aktiviti kami . Pagi itu kami dilatih berkawad untuk majlis perasmian ahli baru sispa . Walaupun terpaksa berkawad dalam hujan,tapi semuanya memberikan komitmen yang terbaik . Pada tengahari itu .majlis perasmian diadakan dan segalanya berakhir denagan baik . Rasa sedih mula menyelubuni bila fasi-fasi mula mengucapkan amanat masing-masing . Walaupun baru berkenalan tapi ukhuwah itu terasa di hati . Sepanjang program,masing-masing menunjukkan sikap saling membantu . Itu yang menyebabkan hubungan kami terasa erat.

Itulah yang dapat saya ceritakan tentang pengalaman baru saya sebagai ahli sispa . Banyak lagi yang nak diceritakan sebenarnya . Dan insyaALLAH..kami akan menjalani latihan medan pada cuti semester nanti .Doakan saya berjaya melaui segala cabaran dengan jayanya .

Read more...

Gaya siswi usim

Ada rupa cam saya tak?? Kih2..


Read more...

H1N1!!!

Assalamua'laikum..
h1n1..name mcm bese2 je tp sbb dia la byk universiti dah tutup skrg ni..risau jgk sy dbuatnye,takut2 lepas ni giliran kami pulak..oopss!!! Hmm..ingat nak menjelajah ke uia esok,nak cari maklumat utk assignments,,tp nmpknye kenela tgguh dlu . Sume nshtkn supaya x pergi . Kbykn aktiviti2 yg memerlukan pelajar keluar dari kwsn kampus pun,trpaksa ditangguhkan..macam mane ye?
Read more...

Wednesday, July 29, 2009

Ku Harap Dia Jodohku

DIA PILIHANKU..
Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-QuranDengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hariDia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadiIaitu ALLAHURABBI
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

Hmm..bila seorang lelaki meluahkan perasaannya,aku jadi keliru . Apa yg harus aku lakukan? Apakah aku perlu terus menolaknya sedangkan dia mempunyai ciri-ciri lelaki pilihanku . Bukan kerana rupa tetapi kerana agamanya . Aku keliru dan tidak yakin . Apakah benar dia jodohku . Aku ingin memelihara cintaku untuk suamiku . Aku tidak mahu bermain cinta . Aku tidak mahu alpa dengan fitrah indah ini. Sesungguhnya aku sangat lemah diuji dengan perasaan ...



Read more...

Tuesday, July 28, 2009

Pengalaman Baru

Assalamu'alaikum..keif ha lukum?? Harap2 sume masih diberi nikmat sihat olehNYA . Hmm..kalu ckp pasal pnglmn baru ni , mmg byk yg sy dpt di universiti . Salah satunya bila sy myertai SISPA . Tau x sispa 2 apa? Sispa 2 , siswa siswi pertahanan awam .Ok , sebelum sy smbung cite..nak tnye dulu ape pndpt antum sume kalu seorang pmpuan btudung labuh tlibat dlm aktiviti2 lasak yg mmerlukan dia mmakai tshirt pastu tudung dia 2 kene masuk dlm baju?? boleh ke??
Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Nak berjaya WAJIB SUSAH terlebih dahulu

Sememangnya kejayaan 2 takkan datang bergolek-golek depan mata . Nak xnak kita kene usaha . Setakat ni , assignments dah ada 5!!! Huhu..xtaulah kalu lepas ni lecturer nak tmbh lagi . Kami dah mula cari bahan utk assignments 2 . Tp rase mcm blur je . Xtau nak cari apa . Nmpknye kenela jmpe lecturer lepas ni . Hmm..nak tnye kat antum sume . Apa pndpt antum sume kalu dlm 1 stdy group cmpur laki ngn pmpuan? ok x?? Apa baik dan buruknya?? Wassalam..
Read more...

Sunday, July 19, 2009

ISLAM DAN HIBURAN

Islam dan Seni Hiburan Allah tidak melarang kita untuk berhibur. Selagi hiburan itu tidak mendatangkan kelalaian dalam kehidupan kita, maka, hiburan itu perlu. Tanyalah mana-mana ustaz di dalam dunia ini, Apa hukumnya berhibur? Pasti akan keluar jawapan seakan-akan begini, "Berhibur? Dalam Islam berhibur itu boleh selagi tidak melanggar syariat, tidak melalaikan dan tidak menjerumus kepada kemaksiatan" Perkembangan dunia hiburan dalam Islam berkembang luas selepas berkembangnya empayar-empayar Islam menguasai dua pertiga dari bumi ini. Ketika zaman sebelumnya, umat Islam ketika itu kurang mengambil bahagian dalam hiburan kerana masing-masing mempersiapkan diri untuk melebarkan agama Allah dan memperluaskan empayar Islam. Apabila empayar Islam sudah merebak luas, maka, pertembungan budaya dengan empayar-empayar lain seperti empayar Parsi, Empayar India, Empayar Rome dan sebagainya terjadi. Akibat pertembungan empayar inilah, seni hiburan mula menular dalam hati nurani umat Islam ketika itu. Seni hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ia semakin tersebar luas dengan sendirinya dari hari ke hari. Selepas seni hiburan semakin kukuh dalam naluri manusia di saat itu, bermulalah episod kesedihan yang sangat tragis dalam sejarah Islam. Empayar-empayar Islam mula roboh satu demi satu, seperti robohnya rumah yang dimakan anai-anai. Islam mula jatuh disebabkan manusia melebihkan seni hiburan itu dari syariatNya.Tersebarnya seni hiburan itu sehingga hari ini dan tika ini. Seni yang dahulunya hanya dijadikan halwa telinga semata-mata, kini, bagaikan darah daging manusia. Umpama oksigen untuk tubuh badan manusia. Manakan tidak sebagai oksigen, kerana hiburan itu sendiri sudah menjadi sumber pencarian rezekinya. Terlalu tinggi rasanya saya mendefinisikan seni sebagai oksigen dalam menggambarkan betapa perlunya seni hiburan itu dalam setiap tubuh-tubuh manusia masakini. Manakan tidak, ada sahaja manusia yang sanggup melafazkan ayat sebegini, "Ya Allah, mati kebosanan la aku macam ni dah la TV tak der, radio pun tak der!" Bayangkan! tanpa hiburan, dia boleh MATI KEBOSANAN!

Cubalah kita perhatikan hiburan di zaman ini. Dari hiburan yang tertutup seperti disco, pub, pusat karaoke, kelab malam dan sebagainya sehinggalah hiburan yang dianjurkan secara terbuka; Konsert Jom Heboh, pesta muda-mudi, realiti TV, seperti Akedemi Fantasia, Mentor, One in a Million dan sebagainya lagi. Begitu banyak bukan? Jika hendak dihitung, entah bila akan kesudahannya. Sehinggakan dalam perlaksanaan hiburan sebegini menelan belanja jutaan ringgit sekalipun, ianya akan tetap dijayakan! Sampai begitu sekali bahana seni hiburan masa kini. Ya, hiburan masa kini..yang terlalu jauh membawa pergi roh-roh Islam ke dalam hati dan naluri manusia. Seni-seni hiburan ini bagaikan kanser didalam badan manusia. Dimana ia semakin merebak dan memusnahkan anggota badan yang lain sedikit demi sedikit. Bermula dengan 'hiburan ringan-ringan' seperti nasyid, kerana terlalu banyak lagu-lagu yang ber'title'kan nasyid menyampaikan mesej berbentuk kecintaan adam dan hawa, menyebabkan hati yang lemah mula berubah ke arah lagu yang mendayu-dayu. Seperti kata anak muda kini, 'lagu meleleh-leleh' atau 'lagu jiwang karat'. Kemudian, naluri semakin advance, dendangan lagu-lagu tajaan Barat mula menjadi suntingan. Nyanyian masih lagi 'jiwang karat', namun liriknya semakin ke'barat'an. Nyanyian BackStreet Boys, N'sync dan boy band lain mula menjadi siulan harian. Apabila hati sudah memuja penyanyi-penyanyi sedemikian, kekabusan kegelapan menyelubungi hati, bermulalah kekerasan hati yang membawa kearah lagu-lagu bersifat keras! Punk, Skin Head, Black Metal dan lain-lain mula bertakhta dihati manusia. Maka terjadilah ritual-ritual yang menyesatkan akidah! Astaghfirullah!!. Atas dasar seni hiburan sebeginilah, maka produktiviti manusia semakin merosot dan menjunam ke bawah. Kerana hiburan inilah, seorang pelajar tidur lambat untuk mengundi peserta kegemarannya dalam rancangan Mentor, seterusnya menyebabkan dia kurang fokus di sekolah kerana mengantuk. Kerana hiburan inilah, seorang pekerja lewat ke tempat kerja, kerana bangun lambat selepas semalaman melihat konsert Jom Heboh. Kerana hiburan inilah, seorang mahasiswa 'terpaksa' ponteng kelas untuk beratur panjang demi memperolehi tiket bola perlawanan Malaysia menentang Manchester United. Kerana hiburan inilah, seorang isteri 'terlupa' masak untuk suaminya yang baru pulang dari kerja kerana kesedihan melampau melihat Diari Akademi Fantasia. Kerana hiburan sebeginilah, seorang anak mengingkari arahan ayahnya dan melewat-lewatkan solat Maghrib kerana menonton rancangan Sin Chan dan dituruti rancangan Doraemon di kaca TV. Kerana hiburan inilah, seorang remaja perempuan hilang sifat malunya kerana bersesak-sesak dalam gerombolan manusia ketika menonton konsert Jason Mraz suatu ketika dahulu. Kerana hiburan inilah, sepasang remaja hilang pertimbangan agamanya ketika menonton tayangan wayang 'Drag Me To Hell' atau 'Angels and Demons' dalam kegelapan sehinggakan mereka 'membuat wayang' mereka sendiri kerana kebosanan jalan ceritanya. Kerana hiburan inilah, seorang pelajar telah mengkianati amanah seluruh umat Islam apabila dengan duit zakat yang diperuntukkan untuknya menuntut ilmu, telah dibelanjakannya untuk membeli CD terbaru 'Laskar Pelangi'. Kerana hiburan inilah, seorang pemimpin membelanjakan harta anak-anak yatim, harta ibu-ibu tunggal, harta para musafir di jalan Allah dan harta-harta orang fakir dengan menaja Formula 1, mendirikan Litar Perlumbaan Sepang bertaraf dunia dan menubuhkan Malaysian Philharmonic Ochestra. Kerana hiburan inilah, seorang remaja lelaki bertubuh sasa leka menyanyikan lagu 'Jai Ho' dari iPodnya sambil duduk di seat dalam komuter sehingga 'tidak nampak' seorang ibu yang sarat mengandung sedang berdiri dihadapannya kerana tidak memperolehi tempat duduk. Kerana hiburan inilah, sekumpulan manusia 'terlepas' solat Maghrib kerana tayangan Tansformer 2: Revenge of The Fallen bermula pada pukul 1910 dan memperolehi tempat duduk nun jauh dibelakang. Kerana hiburan inilah, seorang lelaki sanggup meninggalkan solat berjemaah di masjid atau surau kerana ingin menonton tayangan Nur Kasih dan Ceplos di TV.Tangani Masalah Seni Hiburan Cuba kita lihat, betapa banyaknya keburukan dalam seni hiburan ini. Justeru, hendaklah kita bersama-sama mengembleng tenaga untuk merubah gejala negatif agar menjadi positif. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam! Esok, insyAllah lebih baik dari hari ini.Terdapat banyak cara untuk kita semua berusaha menangani masalah seni hiburan ini. Antaranya adalah: i) Solat hiburan UTAMA Seperti sabda Nabi Muhammad SAW kepada Bilal, "Tenangkan dirimu ketika solat ya Bilal". Cuba kita lihat, Rasulullah SAW berpesan kepada Bilal, jika mahukan ketenangan, jadikan solat itu sebagai caranya. Bukan dengan mendengar lagu-lagu yang mengasyikkan atau melancong ke tempat-tempat peranginan yang mendamaikan. ii) Majlis hiburan yang tidak melalaikan Dalam bab ini, ada sedikit pujian dari saya buat kerajaan Selangor sekarang. Kenapa? Dahulu, kawan saya ada pergi 'satu majlis' anjuran kerajaan Selangor di Stadium Melawati. Berdasarkan ceritanya, program hiburan itu menarik kerana susunan majlisnya. Bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat Hajat dan sedikit tazkirah. Kemudian Solat Isyak berjemaah. Selepas selesai, MB Selangor memberikan sedikit ucapan dan konsert nasyid berlangsung selepas itu. Yang menarik perhatian saya, sekurang-kurangnya, konsert itu tidak menyebabkan pengunjung melewat-lewatkan atau 'terlepas' untuk bersolat. iii) Tiada percampuran lelaki dan perempuan Kalau yang ini pula, saya memuji pucuk pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Tanpa perlu saya bercerita panjang, rasanya sudah ramai yang mengetahui akan konsert-konsert yang diadakan di Kelantan. Bagaimana pentadbir-pentadbir Kelantan memisahkan pengunjung lelaki dan perempuan agar tiada pergaulan bebas ketika konsert berlangsung. iv) Tanam kesedaran Islam dalam Artis Kalau artis-artis ini mula memahami Islam, Tiada sudah penyanyi-penyanyi wanita selepas ini. Bukankah Islam melarang wanita melunak-lunakkan suara untuk yang bukan 'selayaknya'. Jika artis-artis mula mengenali Islam, sudah pasti tiada lagi lakonan-lakonan 'bermutu' artis-artis Malaysia ketika berlakon. Kalau itu yang Islam mahukan, kenapa perlu dipersoalkan lagi? Adakah kerana kita mahukan seni hiburan itu, maka maksiat tidak dapat dipisahkan lagi? Banyak lagi seni hiburan yang terhidang diluar sana yang halal, terpulang pada kita untuk memilihnya atau menolaknya. Ada sahaja drama-drama berunsurkan islamik dari dahulu lagi.**Nota - Pada hari Jumaat lepas, aman sedikit terkilan dengan rancangan TV3, Nur Kasih. Apabila dalam dialog artisnya itu, terdapat ayat sebegini. Seorang artis berlakon sebagai minah saleh menegur kawan perempuannya ketika hendak membuat keputusan berkahwin. "why you choose him, you are not Malay or ISLAM, so whay you want to marry him?" selepas itu dibalas oleh pelakon wanita itu dengan jawapan selambanya, "So what if i'm not Malay or Islam, but I love him ok?" Astaghfirullah.**v) Pemantauan dan penguatkuasaan pentadbiran Dalam hal ini, kerajaan patutlah menghadkan lesen-lesen pembukaan disko dan pusat hiburan serta memantau operasi sebegini secara berterusan agar kemaksiatannya boleh dicegah. Bajet untuk sektor hiburan hendaklah dikurangkan agar dapat digunakan pada saluran yang lebih memerlukan. Realiti-realiti televisyen dalam mencari bakat-bakat baru hiburan perlulah dikurangkan sebaliknya diganti dengan realiti TV yang mencari bakat-bakat baru dalam bidang yang dapat memberi kebaikan kepada manusia, negara dan Islam itu sendiri seperti bakat dalam mencipta sesuatu yang baru. vi) Sistem pendidikan yang berkesan Bagi saya, inilah sumber tunjang dalam merubah sesuatu. Sistem pendidikan yang berkesan bagaikan jantung kepada tubuh badan kita. Jika jantung itu berfungsi dengan baik dan tiada cacat celanya, bekalan darah dapat dihantar ke setiap anggota badan yang lain. Bekalan oksigen dalam darah, dapat dipam dan dihantar dengan tertib kepada otak kita. Jika pendidikan dijalankan dengan betul dan mengikut syariat pada landasannya, nescaya insyAllah, semua masalah yang ada sekarang, pasti dapat dihindari dan ditangani. Lagipun, jika kita hendak membentuk sesuatu ketamadunan seseorang, mestilah bermula ketika mereka masih kecil lagi. "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya" InsyAllah, jika kita semua memperbetulkan seni hiburan ini, nescaya tidak mustahil jika suatu hari nanti, seni hiburan dapat merubah wajahnya dari melalaikan dan membinasakan kepada suatu kebudayaan yang menjadi jati diri kita disamping menjadikan kita semakin mengingati Allah dan RasulNya.


Read more...

Wednesday, July 15, 2009

Demi Masa

"Demi Masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian"
Bila dah jadi student ni,barulah terasa bergunanya 24 jam yg ALLAH bg 2..huhu,kelas ari2 smpai mlm..blum masuk lg assignments yg tgh mnunngu gliran utk dsiapkan..ni la cbrn mjadi seorang plaja universiti . Kat sinilah sy blaja mghargai masa..24 jam 2 sgt2 bmanfaat,xde mase nak men2..kalu kat skola dlu,ade guru yg mbimbing..tp kat cni,sumenye kami kene buat sndiri..kalu ada pkare xtau,pndai2la p cari lecturer..kalu xreti bhagi mase,kntoila jwbnye..yg paling pntg,pndai pilih kwn..alhamdulillah,kat usim ni..dgn title sbg universiti islam..akhlak studentnye msih tpelihara. At least,sume student pmpuan pkai tudung . Mslh sosial pun xmjadi mslh di cni . Msg2 tau tggjwb dan amnh yg dpegang . Hrp2 sy akn dpt mghabiskn 4 thn dgn jayanye di cni..insyaALLAH

Read more...

Monday, July 6, 2009

Siswi USIM

Assalamua'laikum..ape kaba sumenye? hrp2 shatla ye..rasenye hmpir 2 mggu sy x post ape2 cite kn? hmm..alhamdulillah,skrg ni dah hmpir smggu sy bgelar siswi usim . Kesibukan sbg plaja thn 1 x memungkinkn sy utk mcuri masa blayar ke alam siber . Hihi..bkn nak kate 24 jam yg ALLAH beri 2 x cukup,cukup sgt2. Cume mase2 2 diisi dgn pkare bmanfaat .
Skrg ni sy adlh plaja thn 1 dlm program sarjana muda perakaunan . Mggu prtama di sini,jdual sy pdt dgn program dlm mggu taa'ruf . Sy keluar kolej seawal jam 6.30pg dn pulg smula selewat jam 11.30mlm. Penat..spnjg mggu taa'ruf 2 ada mcm2 program dan tklimat sempena mraikan kami semua . Mcm2 info yg kami dpt dn kami dpt bkenalan dgn abg2 dan kakak2 fasi yg sgt peramah . Selesai mggu taa'ruf,kami mjalani english language support programmes (ELSP) dan arabic language support programmes(ALSP) . Kami blaja cara2 nak mningkatkan pggunaan bhsa inggeris dan arab kami krn bhsa itulh yg akn kami gunakn di sini .
Satu2nye mslh yg kami hadapi adlh masalah pengangkutan . Kdudukan kolej kediaman dan kampus sgt jauh . Hmpir stgh jam utk smpai ke kmpus jika mnaiki bas yg smemangnye tlh dsediakan pihak usim . Yg 2 xkesah sgt tp yg dasyatnye kami perlu berebut utk menaiki bas!!! Yg ni sy mmg xtahan..pnatla berebut. Kalu beratur elok2 kn senang . Time berebut 2 ,habis ilang sifat2 keayuan msg2 . Hahaha..kelakar,selalunye sy tggu dah xramai org baru sy naik . Xreti nak berebutlaa..(sekali-sekala berebut jugak,kihkih.. )
Mggu ni sesi perkuliahan dah bermula . Sebenarnye sy xberape yakin nak amik perakaunan ni sbb sy lebih terarah pd muamalat . Tp belum cuba belum tau kan? Kawan2 sume doakn sy tau..ok,rasenye ni je yg dpt sy ceritekn wat mase ni . Wassalam..

Read more...