Showing posts with label Isu Dulu dan Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Dulu dan Semasa. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Sehelai Kain Putih

"Anak itu ibarat kain putih,
Dan ibu bapa lah yang akan mencorakkannya "

Ungkapan ini selalu kita dengar, kan? Maksudnya anak-anak kecil ni tak tahu apa-apa. Fitrah mereka lahir dalam keadaan suci, bersih dan tiada dosa. Maka, tugas para ibu bapalah yang mencorakkan peribadi si anak samada menjadi Muslim yang baik ataupun tidak.


Saya bekerja di sebuah sekolah antarabangsa di Kajang. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana saban hari hidup saya dikelilingi anak kecil yang comel-comel belaka. Betul..mereka memang tak tahu apa-apa. Mereka tidak mampu membezakan antara baik dan buruk. Mereka tidak tahu samada apa yang mereka lakukan itu bercanggahan dengan Islam ataupun tidak. 

Jika kita lihat pada hari ini, jenayah dan masalah sosial dalam kalangan remaja sangat berleluasa. Bila saya tengok muka adik-adik yang saya ajar ni, risau pun ada, sedih pun ada. Pelajar Melayu di tempat saya bekerja ni sikit je. Alhamdulillah..bagusla tu. Tak payah hantar anak-anak ke sekolah antarabangsa ni. Hihi..bukan apa. Pelajar lelaki berseluar pendek dan pelajar perempuan pakai skirt. Bukan budaya orang Islam tu tapi kalau dah hantar anak belajar kat situ, perlulah ikut peraturannya. Iye dok? Tapi kalau pemakaiannya patuh syariat, tak ada masalah. Sekolah antarabangsa ni sangat bagus cara pembelajarannya. Menarik dan sangat kreatif terutamanya untuk tadika. 

Saya mengajar secara part-time kat situ. Selebihnya saya buat kerja pejabat. Walaupun sekejap, saya boleh tengok betapa budak-budak kecil zaman sekarang sangat terdedah pada bahaya teknologi. For your information, each student have their own iPad. Jadi, bayangkanlah..kalau tak dikawal, apa yang akan terjadi? Saya pernah terjumpa iPad seorang budak lelaki berlatar belakangkan gambar kartun perempuan yang sangat seksi! Budak lagi, sebab tu guna gambar kartun. Kalau dah besar sikit, agak-agak gambar apa pulak ye?

Salah siapa, ya? Saya nak salahkan ibu bapa boleh tak? Sebab mereka hantar anak mereka ke sekolah yang macam ni? Memang ada matapelajaran agama Islam tapi apalah sangat kalau setakat satu jam seminggu? Apa yang saya mampu buat adalah perkukuhkan asas mereka. Sekurang-kurangnya bila mereka dah besar, mereka boleh buat keputusan sendiri berlandaskan ajaran Islam. Tapi sebenarnya, adik-adik ni tahu pakai seluar pendek tu salah, pakai skirt tu salah. Tapi apa yang mereka boleh buat kalau dah ibu bapa mereka sendiri suruh? 

" Teacher..mana boleh orang lelaki pakai seluar pendek, kan?"
" Teacher..ajarlah saya sembahyang. "
" Teacher..ALLAH tu selalu tengok kita, kan? Tapi kita tak boleh tengok DIA. "
" Teacher..kenapa teacher pakai tudung? Mak saya tak pakai pun. "

Sedih tau bila tengok ada yang masih belum tahu solat. Ada yang bila hari Jumaat pakai seluar panjang dan ada yang pakai tudung. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya mereka tahu keberkatan dan kemuliaan Hari Jumaat. 

Ibu bapalah yang sebenarnya mempunyai peranan yang paling besar dalam hal ni. Kalau ibu bapa jalannya senget, macam mana anak nak jalan lurus? 


p/s: sekolah agama swasta perlu jadikan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa utama barulah ibu bapa yang suka hantar anak ke sekolah omputih ni berminat nak hantar anak belajar agama. Agaknyalah kot~ Takpelah..nanti saya bukakla sebuah. (^_^)

Read more...

Tuesday, February 26, 2013

Muslimah tapi terdedah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kini..adalah zaman di mana teknologi ada di mana-mana, bak kata orang dunia di hujung jari. Maklumat begitu mudah didapati, tidak perlu lagi berlama-lama di perpustakaan. Akses ke internet, dan tanya Uncle Google. Mudah, kan? Zaman ini juga merupakan zaman di mana manusia berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kejayaan, berlumba-lumba membina bangunan mencakar langit.

Hebat~

Tapi, bagi saya..semakin moden dan berteknologi sesuatu zaman itu, maka semakin besar dan semakin hebatlah cabaran serta fitnah yang perlu saya hadapi. Betul, tak?







Dan pastinya tidak ketinggalan, kemajuan dan kemodenan dalam berpakaian. Perkembangan fesyen pada masa kini begitu pantas sekali. Setiap hari, ada sahaja fesyen terbaru yang akan dipertonjolkan. Dan pastinya yang paling menarik perhatian saya adalah perkembangan fesyen Muslimah.

Alhamdulillah..saya bersyukur sangat sebab saya dapat melihat bahawa wanita pada masa kini sudah mula ada kesedaran untuk mengamalkan ajaran islam yakni bertudung. Kita dapat lihat ramai artis-artis yang dahulunya tidak bertudung, kini sudah bertudung. Syukur, Alhamdulillah.

 Tetapi, hakikatnya..adakah benar perubahan-perubahan itu adalah kerana ALLAH? Adakah perubahan yang kita laksanakan itu benar-benar selari dengan syariat Islam?? Atau adakah kerana ianya kerana mengikut trend semasa?? Sama-sama kita muhasabah dan koreksi diri kita.


Saya bukanlah seorang gadis yang menentang kemajuan berfesyen. Tidak sama sekali. Selagi mana fesyen itu menepati apa yang diajarkan dalam Islam, maka silakan. Tetapi, fesyen muslimah pada masa kini bagi saya bukan sahaja tidak menepat ajaran Islam bahkan pada pendapat saya seolah-olah menghina dan menyindir ajaran berfesyen dalam Islam! Kenapa saya kata begitu??

Baik~ 

Dalam Islam, kedudukan seorang wanita itu teramatlah tinggi dan mulia sekali. Kerana ingin memelihara maruah dan kehormatan seorang wanita itu, maka wanita itu diwajibkan untuk menutup aurat. Menutup aurat yang bagaimana?? Menutup aurat yakni menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan, memakai pakaian yang tidak menarik perhatian, tidak ketat dan tidak jarang.

Tetapi..bagaimana pula dengan fesyen muslimah yang sering dipertontonkan di kaca tv? Syarat 1 iaitu menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan, lulus! Tetapi..syarat lain?? Fesyen Muslimah yang sering saya lihat di kaca tv adalah terlalu menarik perhatian, terlalu ketat dan jarang!

Wahai gadis-gadis Muslimah..jangan menghina dan menyindir Islam dengan berpakaian atas nama Islam tetapi diadun-adun sesuka hatimu dengan alasan mengikut peredaran zaman, kononya Islam itu sesuai untuk semua zaman. Memang betul Islam sesuai dengan semua zaman tetapi ianya bukan bererti kita boleh mengubah-ubah apa yang Islam ajarkan pada kita agar sesuai dengan kehendak semasa. Sebaliknya, kitalah yang perlu menyesuaikan diri kita dengan ajaran Islam. Jangan jadikan alasan untuk tidak mahu kelihatan kolot, lantas kita sarungkan pakaian yang entah apa-apa ke tubuh badan kita.

“Ish..Iman,kau ni. Asyik pakai tudung selempang camtu je. Cubalah buat gaya lain sikit. Pin atas kepala ke, kat pipi ke, tak pun pakai selendang ke. Barulah fashionista~Hihi..” 


“Amboi..banyaklah kau punya fashionista. Kira ok lah ni aku sarung tudung bidang 60 tau. Kalau ikut hati aku, aku pakai je tudung labuh tu pergi office tau. Huhu..” 


Bila ada gadis-gadis yang membaca entry saya ni, mesti ada yang berfikir yang Si Pengemis Iman ni anti-fesyen. Oh,tidak. Saya tak anti pun. Cuma anti pada fesyen yang Muslimah tapi terdedah iaitu pakaian Muslimah tetapi dihiasi dengan gaya yang mendedahkan kecantikan seorang wanita.


Saya ada membaca di Majalah SOLUSI tentang fesyen muslimah kini yang membuang masa. Saya setuju tu. Mana taknya, kalau dah menghadap cermin berjam-jam sebab nak membelit selendang dengan gaya-gaya di majalah. Haish~Kan bagus kalau masa yang digunakan untuk membelit-belit tudung tu digunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat.

Saya bukanlah ingin melarang sahabat-sahabat untuk berfesyen tetapi sekadar mengingatkan agar kita semua tidak berlebih-lebihan dalam berfesyen dan kita perlulah mengikhlaskan niat bahawa kita menutup aurat adalah kerana ALLAH dan bukan kerana ingin mengikut trend semasa.

Wallahu’alam..




Read more...

Friday, January 4, 2013

Post pertama 2013

" Iman..esok dah tahun baru laa~"

Nur Iman yang sedang membaca novel berpaling ke arah sahabatnya, Khadijah yang sedang duduk meniarap di atas katil. Mata Khadijah tidak berkedip memandangnya. Nur Iman mengangkat keningnya 2 kali, tanda bertanya.

" Dah tahun baru.."
" Iye..dah tahun baru. Kenapa?"
" Dah tua.."

Nur Iman tersenyum. Esok, bertambah usianya setahun lagi. Usia semakin bertambah, tetapi iman dan amalan masih di takuk lama. Astaghfirullahal'azim..

Nur Iman menutup novel yang sedang dibaca. Dia bangkit daripada kerusi lalu melangkah ke arah Khadijah lalu melabuhkan punggungnya di atas katil bertilam empuk itu. 

" Kalau tahun baru, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Dijah?"
" Bunga api, konsert, maksiat, dating.."

Nur Iman mengangguk-angguk kepalanya perlahan. Di fikirannya juga tergambar perkara yang sama. Pada malam tahun baru kebiasaannya akan diadakan sambutan ambang tahun baru yang menampilkan artis-artis yang membuat persembahan dan pastinya tidak lupa, persembahan bunga api. Itu adalah fenomena yang tidak dapat dipisahkan apabila tibanya tahun baru di Malaysia. 


Dan sudah tentu malam tersebut menjadi pesta buat pasangan kekasih memadu cinta dan memerah rindu dendam. Huh~ 1hb Jan 2013, pasti ada berita pasangan-pasangan yang ditangkap kerana berkelakuan sumbang. Dan, 9 bulan akan datang di akhbar yang sama akan terpampanglah berita-berita tentang bayi dijumpai di tangga masjid, bayi dibuang ke dalam tong sampah dan statistik kadar pembuangan bayi pasti akan meningkat pada bulan tersebut. Dunia, dunia..Biarpun pelbagai langkah pencegahan dilakukan oleh pihak berkuasa dan pihak-pihak lain, fenomena Bayi Tahun Baru ini tetap berlaku dan meningkat saban tahun. 

Nur Iman melepaskan keluhan perlahan. Berat dadanya memikirkan masalah umat kini. Senget bahu terasa memikul beban dan tanggungjawab meluruskan kembali umat yang telah bengkok.

" Kenapa Iman tanya?"
" Hmm..tanya apa?"
" Tanya tadi la..perkara pertama yang Dijah fikir bila sambut tahun baru."
" Ohh..saja je tanya."
" Kalau Iman? Iman terfikir apa?"

Nur Iman tersengih.

" Hihi..kalau Iman, Iman terfikir KAHWIN! Haha.."
" Ceit, gatal betul!"

p/s: Hihi.. :P

Read more...

Thursday, March 22, 2012

Peraduan Hebah dan Menang PTS@Pesta Buku Antarabangsa KL 2012


Hebah & kongsi pautan web PTS@Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 dan menang Baucar Buku PTS berjumlah RM5,300!


‎1. Klik Hebah & Menang
2. Daftar Peraduan Hebah dan Menang
3. Anda akan mendapat mesej Diskaun Bonanza 20% (RM150>) 25% (RM300>) dan 30% (RM600>) dari PTS. (Tunjukkan SMS ini di booth PTS semasa PBAKL dan anda akan dapat diskaun.
4. Hebah & kongsi pautan web PTS@PBAKL 2012 dan menang Baucar Buku PTS berjumlah RM5,300!

Read more...

Tuesday, March 13, 2012

Rentetan kisah allahyarham adik Dirang




Misteri kehilangan adik Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang sejak 1 Mac 2012 yang lalu akhirnya terjawab ekoran penemuan mayatnya yang telah dibakar sehingga rentung. Al-fatihah buat adik Dirang.


Ini adalah kes kejam kedua yang berlaku di negara kita sejak kes pertama yang terjadi terhadap allahyarham adik Nurin Jazlin. Kisan adik Nurin masih lagi terasa segar di ingatan kini kita digemparkan pula dengan kes adik Dirang. Apa sudah jadi dengan dunia kita pada hari ini?? Di mana sifat keperimanusiaan seorang manusia??

Mungkin ada pembaca yang tidak tahu rentetan kes ini. Mari sama-sama kita baca.

“Jika penggunaannya bermatlamatkan keseronokan atau hiburan, ia memberi kesan mengikut matlamat yang diingini. Akibatnya, jika sudah berumahtangga banyak perkara yang akan diabaikan,” kata Kaunselor Keluarga dan Kerjaya, Rahim Haron.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai seorang ibu yang mengakui leka melayari Facebook tanpa menyedari anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun hilang ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran rumahnya di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.


Ketika kejadian jam 10.30 pagi Khamis lalu, ibu kanak-kanak terbabit Roselyn Alan, 25, berkata Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. Dia memberikan anaknya itu RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran dan terus melayari Facebook menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. Bagaimanapun, wanita itu tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.

Itu keratan berita yang saya petik daripada Harian Metro.

Semasa saya berada dalam kuliah semalam, pensyarah saya membincangkan tentang isu ini. Dia menimbulkan satu isu yang turut membuat saya tertanya-tanya. Selepas kejadian adik Nurin, pihak kerajaan Malaysia telah mengguna pakai sebuah sistem yang dinamakan 'NUR ALERT', khusus buat kanak-kanak hilang di mana sebaik sahaja kes kanak-kanak hilang dilaporkan, sistem ini akan memaparkannya di semua lebuh raya supaya rakyat Malaysia dapat memberi apa-apa maklumat yang mungkin mereka ketahui. Sistem ini diadaptasi daripada luar negara yang dinamakan 'Amber Alert'. Tetapi, sejauh mana sistem ini dugunakan? Mengapa kejadian kejam ini kembali berulang?? Saya tidak ada melihat tanda-tanda bahawa sistem ini diguna pakai selepas pihak kerajaan melaburkan beratus-ratus ribu ringgit untuk melancarkannya!


Nasi dah jadi bubur. Saya bukan nak salahkan sesiapa tetapi kita sama-samalah ambil pengajaran daripada kejadian ini. Kita tidak mahu selepas ini ada kejadian sebegini berlaku lagi. Siapa tahu, mungkin ada insan-insan di sekeliling kita yang terdedah pada bahaya ini. ALLAH..jauhkan kami daripada hasad dengki dan kejahatan manusia~

Berita terkini tentang kes adik Dirang.



Hanya kerana RM30 ribu, mereka sanggup membunuh seorang kanak-kanak yang tidak berdosa. Sungguhlah dunia ini semakin kejam. Bahaya ada di mana-mana.

Polis telah menahan 4 orang suspek termasuk seorang wanita dan salah seorangnya juga dikatakan bapa kepada adik Dirang. Saya kurang pasti dengan berita ini.

Tetapi, yang pastinya adik Dirang diculik kerana wang dan 4 suspek yang ditahan itu disahkan positif dadah jenid ice dan metamphetamine. Dadah..salah satu perosak bangsa kita.

Semoga roh adik Dirang sentiasa dicucuri rahmat ALLAH dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH~



Read more...

Saturday, February 25, 2012

Hatiku Di Syria




Bumi Syria
Tanahmu kini sedang bergolak
Rakyatmu kini sedang memberontak
Amarah batinmu kini sedang menggelegak
Semangat juangmu kini sedang bangkit tertegak
Demi sebuah keadilan
Demi sebuah kehidupan
Demi sebuah ketenangan
Yang selama ini tidak pernah terjejak
Lantaran pemimpin yang tidak pernah menunaikan hak



Wahai saudara-saudaraku yang bergelar MUSLIM
Adakah kalian sedar keperitan yang sedang saudara-saudara kalian lalui?
Adakah kalian mendengar jeritan batin mereka?
Adakah kalian merasai pedihnya tubuh mereka diseksa?
Tahukah kalian di Syria itu..
Ibu dan kakakmu dirogol oleh binatang bertopengkan manusia!
Ayah dan abangmu dianiaya dan diseksa bagaikan diri mereka itu terlalu hina!
Adik-adikmu ditikam, ditembak dan dibunuh seolah-olah nyawa mereka tidak bermakna apa-apa!
Tidakkah kau terasa kepedihannya di hatimu?
Tidakkah ada mutiara jernih yang mengalir dari bening matamu?
Tidakkah rasa keperimanusiaan meronta-ronta dari dalam batinmu?


Wahai-wahai saudara-saudaraku yang hidupnya begitu bertuah
Hidup kita tidak pernah mengangkat senjata demi sebuah keamanan
Hidup kita tidak tertumpahnya darah demi sekelumit rasa ketenangan
Hidup kita tidak terlayangnya nyawa demi mempertahankan maruah
Namun di sana..
Ada saudara kita yang perlu berjuang untuk hak mereka
Ada saudara kita yang mempertaruhkan nyawa untuk menuntut ilmu
Ada saudara kita yang hilang keluarganya demi sebuah kebebasan
Insaflah kalian..
Bangkitlah dari hidup kalian yang penuh noda dan nista
Sedarlah dari lena kalian yang selama ini diulit keseronokan yang tidak bermakna
Ada saudara-saudara kita dalam kesusahan!
Ada saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan!
Marilah sama-sama kita menyokong dan mendoakan mereka
Semoga pertolongan ALLAH sentiasa hadir bersama

Wahai saudara-saudaraku di Syria
Aku di sini
Kami semua ada di sini
Walau kami tidak bisa merasai kepahitan dan kesengsaraan yang kalian lalui
Hati kami..Jiwa kami..Batin kami
Berkongsi setiap derita dan keperitan yang kalian rasai
Hanya kiriman doa dan titipan semangat yang mampu kami janji
Hanya air mata hiba dan kasih yang mampu kami beri
Walau ianya tidak menjanjikan apa-apa kemenangan untukmu
Kami berharap ia mampu meniupkan semangat juang dalam dirimu
Kami berharap ia mampu memberikan sekelumit ketabahan dan kekuatan dalam hatimu
Kami berharap ia mampu menitipkan dari kejauhan rasa cinta dan kasih kami kepadamu
Walau kalian tidak mengenali kami
Bahkan kami juga tidak mengenali kalian
Tetapi..islam itu bersaudara
Ada tali yang menghubungkan hati-hati kita
Ada simpulan yang mengikat hati-hati kita
Saat sekujur tubuhmu rebah ke bumi
Saat itulah ALLAH mengangkat darjatmu ke langit tinggi
Ketahuilah saudaraku..kami mendoakan dari kejauhan


p/s:mari sama-sama kita berdoa dan solat hajat untuk saudara-saudara kita di Syria. Semoga ALLAH membantu perjuangan mereka


Read more...

Thursday, February 23, 2012

Kerana Syria Aku Bersuara

Bismillahirrahmanirrahim..

Isu yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia pada hari ini iaitu isu saudara-saudara kita di Syria. Anda tahu apa yang berlaku di Syria? Apa tindakan anda? Apa tindakan kita semua untuk mebantu saudara-saudara kita yang teraniaya di sana? ALLAH..

Alhamdulillah..selepas solat maghrib tadi, saya berkesempatan mendengar sedikit tazkirah di surau kolej kediaman saya yang disampaikan oleh ikhwah dari Sekretriat Pendakwah Muda Malaysia. Sungguh saya terkesan dengan penyampaiannya. Walaupun sedikit namun ada mutiara berharga di sebaliknya. Subhanallah..dan ingin saya kongsikan serba sedikit tentangnya pada entry kali ini. Semoga entry ini menjadi pembakar semangat buat sahabat-sahabat semua untuk sama-sama bersikap ambil tahu tentang isu saudara-saudara kita di Syria.


Syria merdeka daripada pemerintahan Perancis pada tahun 1945 dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehinggalah zaman Hafez Al-Hassad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad selama 11 tahun.

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang cukup terkenal dengan puak Syiah dan Hafez Al-Assad sendiri berpegang pada Syiah di mana kita semua sedia maklum mereka ini mengkafirkan para sahabat serta mencaci dan membenci ahli sunnah wal jamaah.

Apakah punca yang membawa kepada revolusi dan kebangkitan rakyat di Syria?

Ia bermula apabila terdapat sekumpulan kanak-kanak seramai 28 orang yang bermain-main dan telah menconteng sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak terbabit adalah 'RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN' yang juga merupakan slogan yang dilaungkan oleh negara-negara yang berlaku revolusi dan kebangkitan rakyat.

Malang sekali apabila kanak-kanak tersebut ditangkap oleh pasukan keselamatan Syria. Tulisan kanak-kanak terbabit telah membawa kepada satu penyeksaan yang sangat melampau terhadap mereka. Kuku-kuku kaki dan tangan mereka dicabut bahkan salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia. Keluarga kanak-kanak terbabit meminta agar kanak-kanak tersebut dilepaskan namun terdapat syarat yang harus mereka penuhi.

Pihak kerajaan telah meletakkan syarat jika mereka mahu kanak-kanak tersebut dilepaskan, mereka perlu menyerahkan wanita-wanita daripada kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan durjana itu.

Di sinilah bermulanya kebangkitan rakyat.

Pelbagai bentuk kekejaman dan seksaan yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria terhadap rakyatnya. Dalam masa 42 hari, seramai 40 000 orang rakyat Syria disahkan meninggal dunia, 39 000 orang cedera tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa diberikan rawatan yang sewajarnya, 19 orang doktor Syria dan 40 orang pesakit di hospital telah dibunuh, 9000 ditahan dan 413 orang syahid di dalam penjara.

Lebih teruk lagi, wanita-wanita ditangkap dan dirogol dihadapan ahli keluarga mereka! Seorang wanita, Zainab Al-Husni telah ditangkap lalu cuba dirogol tetapi dia melawan dan menyebabkan dia dibunuh dengan dipotong tubuh badannya kepada 4 kerat, dibungkus di dalam plastik dan dicampak di hadapan ahli keluarganya.

Manusia apakah yang sanggup melakukan kekejaman sedasyat ini?!

Namun begitu, di sebalik segala musibah yang berlaku, ALLAH telah mendatangkan pertolonganNYA kepada mereka. Seramai 30 000 orang tentera kerajaan telah berpaling tadah dan memihak kepada rakyat. Mereka bertindak melindungi rakyat-rakyat yang keluar berdemo kerana tidak tahan lagi melihat kekejaman melampau pihak kerajaan yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

Liga Arab juga turut berperanan dengan tidak lagi membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka kecuali Iraq yang merupakan negara Syiah.

Syeikh Yusuf Al-Qardawi juga telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang terbunuh dalam keadaan ini adalah dianggap mati syahid. ALLAHUKBAR!

Masih banyak lagi rahsia dan peristiwa yang tidak kita ketahui telah berlaku di Syria. Sebagai saudara merka, apakah tindakan kita? Adakah sekadar melihat dari jauh tanpa tindakan apa-apa? Adakah sekadar mengalirkan air mata buat mereka?

Justeru, saya memohon pada sahabat-sahabat semua agar kita cakna dan ambil tahu tentang isu ini. Sebarkan isu ini dalam kalangan kita semua.

Nabi SAW bersabda:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang islam yang lain, maka mereka bukanlah daripada kalangan kami"

Mahukah kalian tidak diakaui umat oleh nabi SAW?? Saya tidak mahu!!!

Jadi marilah kita sama-sama mendokan kesejahteraan saudara-saudara kita, membaca doa qunut nazilah, semoga bantuan ALLAH akan terus datang menolong mereka. Memang kita tidak mampu untuk mengangkat senjata dan pergi ke sana untuk membantu mereka namun berusahalah sekadar yang kita termampu. InsyaALLAH ALLAH akan mendengar doa-doa kita semua.



Read more...

Saturday, December 31, 2011

Ada apa pada Tahun Baru??

Situasi 1
''Sayang, jom kita dating malam ni. Malam ni kan tahun baru. Boringlah duduk rumah je."
"Ok, jom. Kita pergi tengok bunga api tau. Mesti cantik kan, baby?"
" Cantik lagi sayang baby ni. Hihi.."

Euww..jangan ada yang muntah.

Situasi 2
"Pukul berapa nak gerak pergi KL neh??"
"Petanglah..awal sikit.Ustaz Azhar nak turun KL. Conform jammed malam ni,kalau lambat..silap-silap kita dengar ceramah ustaz kat atas jalan je."
" Ok, apa-apa hal pun tak boleh miss malam ni. Pertama kali dalam sejarah Malaysia, malam tahun baru ada ceramah besar-besaran kat KL. Alhamdulillah.."

Perubahan baru pada tahun baru..

Situasi 3
" Dah tahun baru hari ni. YA ALLAH..semakin bertambah umur aku. Semakin dekat aku pada kematian. Semakin dekat kami semua dengan hari kiamat. YA ALLAH..golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang beriman."

Muhasabah diri..

Situasi 4
" Malam ini kita akan adakan operasi selepas tengah malam sehingga subuh. Kita tak nak ada bayi-bayi yang tak bersalah lahir atau dibunuh selepas 9 bulan nanti."
" Baik ustaz. ALLAHUAKBAR!!!"

Operasi amar ma'aruf nahi munkar..
* * * * *

Jadi, yang mana satu pilihan anda? Pilihan saya..rahsia~hihi..

Pada malam tahun baru, manusia berbondong-bondong keluar untuk merayakannya. Tidak kiralah walau di mana. Di tempat saya sendiri, Dataran Nilai dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat. Ada yang bersama keluarga, ada yang bersama rakan-rakan, ada yang berniaga dan tak lupa yang bersama teman maksiat. Couple laa...hmm, dah jadi macam trend pulak keluar dating pada malam tahun baru ni. Huhu..perlu ke???

Selepas 9 bulan dari tarikh hari ini, akan terpampanglah berita-berita yang kurang menyenangkan di kaca tv dan akhbar. Bayi dibuang di dalam semak, bayi dibuang di dalam lubang tandas, pelajar sekolah menengah lahirkan anak luar nikah,macam-macam..muak dah rasanya. Walaupun pelbagai operasi pencegahan dilakukan, masalah ini masih tetap berleluasa. Maksiat tahun baru! Kita tengoklah nanti, adakah statistik pembuangan bayi pada tahun ini akan meningkat atau berkurang. Wait and see~

Alhamdulillah, tahun ini sejarah tercipta pada malam tahun baru. Tempat yang selama ini dipelopori oleh artis-artis maksiat tanah air akhirnya tersergam gah menanti kedatangan Ustaz Azhar Idrus. Malam tahun baru tidak lagi dihiasi dengan pesta maksiat tetapi dihiasi dengan solat berjemaah dan ceramah. Subhanallah..syukur alhamdulillah.

Inilah yang kita mahukan. Semoga selepas ini akan lebih baik lagi.

Tiada apa lagi yang ingin saya coretkan. Coretan kali ini pun sekadar memenuhi permintaan sahabat-sahabat yang ingin menatap hasil karya saya yang tak seberapa ini. Maaf buat sahabat-sahabat semua, sekadar coretan ringkas sahaja untuk entry kali ini.

Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam lembayung rahmat dan hidayahNYA. Amin..

p/s: saya tengah sibuk dengan final paper. Mohon doa daripada sahabat-sahabat semua. Semoga segalanya dipermudahkan.





Read more...

Sunday, July 31, 2011

LETS PARTY!!!


" Are you ready guys??! Lets rock the party..1.2.3..go!!!"

Bismillahirrahmanirrahim..ahlan wasahlan ya ramadhan kareem~
Hihi..apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian hari ini? Haa..ingat saya ajak pergi parti kat disko ke?? Tak rockla parti kat disko. Jom kita berparti dan berpesta ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini!

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat sekalian. Alhamdulillah, hari ini hari ketiga kita berpuasa dan bertarawih. Moga-moga kita terus istiqamah sehingga ke penghujung bulan mulia ini dan di bulan-bulan yang lain kita meriahkan dengan solat-solat sunat yang lain. Jangan buat solat terawih pula lepas habis ramadhan nanti. Hihi..

Jom kita story-story sikit tentang bulan mulia ini.

" Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: apabila masuk bulan Rmadhan, maka terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka. Manakalan sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat." ( riwayat Bukhari dan Muslim )

" Apabila tiba awal malam dalam bulan ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka" ( riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah)

Tak perlu rasanya saya terangkan lagi tentang hadis-hadis ini yang menerangkan tentang jin dan syaitan dibelenggu pada bulan Ramadhan. Bahkan kalau ditanyakan pada adik-adik kita yang masih kecil, mereka juga tahu bahawa jin dan syaitan dirantai pada bulan mulia ini.

" Adik,rapatkan sikit saf. Nanti syaitan berdiri kat celah-celah kita nanti. Haa..nak ke??"
" Alah, taknak rapat-rapat. Nanti akak duduk atas kaki adik masa tahiyat akhir. Sakit tau. Ni kan bulan puasa,mana ada syaitan. Apalah akak ni.."
" Erk..budak ni, macam tu pulak~"

Haha..itulah gelagat adik-adik yang saya tak boleh lupa sampai sekarang. Hmm..walaupun syaitan dan jin telah dirantai oleh ALLAH di neraka masih banyak lagi maksiat dan kejahatan yang berleluasa. Mengapa??

Yang suka mengumpat masih terus mengumpat. Yang suka berpakaian ketat masih terus berpakaian ketat. Yang suka mengelat(tak puasa~) masih terus mengelat. Mengapa???

Walaupun syaitan dan jin telah dirantai, sahabat sejati mereka yakni nafsu masih lagi bebas dan terus mendampingi manusia. Bagi saya, nafsu lebih merbahaya daripada syaitan. Tugas syaitan sekadar menghasut kita dan terpulanglah kepada kita samada untuk mengikut hasutannya ataupun tidak tetapi berbeza dengan nafsu. Nafsu yang jahat akan terus-terusan memaksa kita melakukan kejahatan sehinggalah kita melakukannya. Tu yang sampai beli makanan kat bazar macam nak makan sebulan tu.

" Ish..sedapnya ayam golek tu. Tapi ayam percik tadi pun sedap jugak. Takpelah, hari ni ayam percik, esok ayam golek."
( Nafsu) Hei, kau belilah dua-dua sekali. Nanti esok kalau dia tak jual macam mana?? Kau beli je la, bukan rugi pun. Kalau tak habis, simpan dalam peti. Beli jangan tak beli!
" Ish,,kena beli ni! Rugi aku kalau tak beli!"

Akhirnya.. ayam percik ke tong sampah, ayam golek ke tong sampah juga~ Ish,ish,ish..

Menangani nafsu jahat ini tidaklah mudah lebih-lebih lagi yang telah lama berakar umbi dalam diri manusia itu. Tapi ingat, kita yang sepatutnya mengawal nafsu bukan nafsu yang mengawal kita. Justeru, selalulah menghampirkan diri kepada ALLAH agar nafsu yang jahat berubah menjadi nafsu yang baik.

Pada bulan yang mulia ini juga, ALLAH melimpahkan rahmatNYA dengan menutup semua pintu neraka serapat-rapatnya dan membuka pintu syurga seluas-luasnya. Bahkan, pada bulan ini juga ALLAH mengeluarkan ramai penghuni neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Subhanallah~

Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan adalah Lailatul Qadr. Bertuahlah bagi sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadr. Semoga kita menjadi antara orang-orang yang bertuah pada Ramadhan kali ini. Amin..

" Orang-orang yang ingin mencari dan mendapatkan Lailatul Qadr, pencariannya sudahpun bermula sebelum tibanya Ramadhan"

Itu nasihat orang-orang soleh kepada kita semua. Janganlah tunggu 10 hari terakhir Ramadhan baru nak bangun tahajud dan bertadarus. InsyaALLAH, tak bertemu Lailatul Qadr. Huhu..

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al quran) pada malam Al-Qadr. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran Lailatul Qadr itu? Lailatul Qadr adalah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya) Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar."( Al-Qadr ayat 1-5)

"Rasulullah bersabda: carilah Lailatul Qadr pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan"(riwayat Bukhari)

Diceritakan bahawa beribadah pada malam ini adalah lebih baik daripada beribadah selama 1000 bulan. Subhanallah~ Dan ada hadis menyatakan bahawa ianya berlaku pada malam-malam ganjil di 10 malam terakhir Ramadhan yakni 21,23,25 atau 27. Wallahu'alam..namun, bukan mudah untuk bertemunya. Hanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh sahaja yang dapat merasai keindahannya.

Inilah serba sedikit yang dapat saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua. Semoga Ramadhan pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaALLAH..

P/S: saya belum sambung cerpen Mahar Cinta Seutas Tasbih. Maaf~ saya kekeringan idea. Pada sesiapa yang ingin membantu menyumbangkan idea, silakan ye..hihi(^_^)



Read more...

Sunday, June 5, 2011

Adik-adik sayang


Akhir akhir ini kita melihat pelbagai gejala-gelaja sosial yang melibatkan anak-anak muda/remaja terutamanya yg beragama islam, sebagai contoh baru-baru ini saya ada menerima link video yang mengejutkan saya bertajuk ' budak sekolah diraba' (lebih kurang). tanpa segan silu budak2 sekolah berani pemperlakukan sedemikian dan berani pula memperlihatkan wajah mereka yg tidak langsung memikirkan kesan pada keluarga mereka nanti.

Kalau diikutkan hati hendak saya kongsikan link itu disini dan post kan pada semua sahabat2, supaya nanti mungkin ada yang mengenal mereka, atau mungkin keluarga mereka sendiri ada disini dapat mendidik kembali anak-anak mereka yg terlibat ke jalan yg baik, tetapi memandangkan ia bakal mengundang aib dan malu pada keluarga mereka saya batalkan hasrat berkenaan.


Sahabat- sahabat yang saya hormati, Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali – Imran ayat: 38

Yang bermaksud :
” Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. “

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak
Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :

Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam “.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia “.

Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

Yang bermaksud : ” Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna. Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insani yang sempurna dan merupakan modal insan yang akan memainkan peranan untuk anak-anak kita dalam membangun masyarakat dan Negara.

credits to: PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

P/S: sekadar berkongsi artikel yg saya terima ini dgn sahabat-sahabat semua. Saya terpanggil untuk menyiarkan artikel ini apabila membaca kisah seorang anak gadis di dalam akhbar yang menjadikan seks sebagai hobinya. Astaghfirullahal'azim..sudah terlalu lama isu gejala sosial ini dibincangkan tetapi masih belum mampu diselesaikan secara total. ALLAH..bantulah kami~

Dari pihak saya sendiri, saya ingin berpesan pada para ibu dan bapa terutamanya, anak-anak yang lahir pada hari ini adalam acuan daripada didikan anda. Justeru, didiklah anak-anak anda dengan ilmu agama terutamanya sebagai benteng untuk menghadapi arus globalisasi dunia. Saya mengerti bukan mudah untuk mendidik seorang anak hatta saya sendiri belum mempunyai pengalaman sedemikian, namun berusahalah..berikan didikan yang terbaik menurut apa yang telah digariskan dalam Islam.

Read more...

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru


Bismillahirrahmanirrahim..

16 Mei merupakan satu tarikh yang sangat istimewa bagi guru-guru sedunia. Pada tarikh inilah mereka disambut, diraikan dan diberi ucapan serta hadiah. Maka, berbanggalah kalian menjadi seorang guru kerana tanpa guru, takkan ada insan-insan yang berjaya pada hari ini. Tanpa guru, takkan ada tokoh-tokoh hebat. Tanpa guru, takkan ada ulama-ulama tersohor. Pokoknya, tanpa guru, kita bukan siapa-siapa.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU dan TERIMA KASIH kepada cikgu, ustaz, ustazah, sir, madam, puan, encik, prof, yang mengajar saya dari saya tadika sampai sekarang sehingga saya mampu berjaya menjadi seorang yang bergelar insan berguna. Tanpa guru, siapalah saya. Terima kasih~


Read more...

Thursday, April 21, 2011

Wanita dan Legging

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang ni, kalau jalan-jalan dengan Mr. Google,selalu terjumpa dengan artikel-artikel yang mengutuk tentang pemakaian legging ni. Hmm..apa nak jadi dengan umat islam sekarang ni?? Tak faham betullaa..

Legging tu apa? Legging adalah seluar ( yeke seluar?? macam pembalut nangka je..) yang dipakai menampakkan bentuk peha,betis dan segala-galanyalah yang tak patut dipertontonkan kepada yang bukan muhrim.

Boleh tak kalau saya kata orang yang pakai legging ni adalah pelakon lucah dan porno?? Huhu..agak kasar ke? Tapi saya tak tahu bahasa apa lagi yang saya boleh gunakan untuk menggambarkan orang yang suka berlegging ni. Taulah pakai legging tu sejuk. Alah..saya pakai baju dengan seluar besar-besar pun sejuk gak.




Tak rasa malu ke bila bentuk tubuh anda ditonton oleh lelaki yang entah siapa kat luar tu?? Bangla jual karpet terbeliak mata tengok xxx anda. Mamat indon kerja buruh telan air liur tengok xxx anda. Pakcik jual air tepi jalan sesak nafas tengok xxx anda. Tak malu ea?? Saya malu tau..

Dan saya lagi malu bila tengok perempuan pakai tudung tapi pakai baju sendat plus legging? Uiii..pe cer?? Ce cite..ce cite..uhuu(>_<)

Joget sakan dengan legging dia..ingat cun sangatlah tu


Adeh..kat belakang tu booth 'ANA MUSLIM'..malunyaa~


Ni sorang lagi,I tak fahamlah fesyen u all ni..

Masalah rogol dan gangguan seksual banyak berlaku pada masa kini. Dalam hal ni, siapa yang harus dipersalahkan?? Perogol atau yang dirogol?? Pengganggu atau yang diganggu?? Hmm..kalau dah yang dirogol tu dan yang diganggu tu berpakaian seolah-olah telanjang, masih nak salahkan perogol dan pengganggu?? Mereka tu tetap manusia, ada nafsu. Kalau dah hari-hari dihidangkan dengan pemandangan yang menaikkan nafsu mereka, lama-lama nafsu yang dikurung akan terlepas jua akhirnya.

Huhu..Si Pengemis Iman dah membebel macam mak nenek(^_^)

Biarlah saya nak membebel. Apa masalahnya?? Dalam islam yakni dalam al-quran dah secara terang lagi bersuluh mengatakan pemakaian ketat itu adalah HARAM!!! Belajar tinggi-tinggi tapi tak faham bahasa. Rugi je belajar..ceh~

Rasulullah bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Dr Yusof Al-Qaradawi dalam Al-Halal Wal Haram Fil Islam

Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.

Jelas?? Bukan setakat legging je yang tak boleh bahkan segala macam pakaian yang ketat dan menampakkan bentuk tubuh. Kalau pakai kat rumah depan suami tak apalah, dapat pahala.Huhu..tak tahu dah nak cakap apa pasal legging ni. Bukan mereka tak tahu benda tu berdosa, saja gedik..

p/s: suruh PM haramkan kegging dan pakaian ketat kat Malaysia


Read more...

Sunday, April 10, 2011

Telur Tiruan

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..semester 4 dah hampir sampai ke penghujung, lagi 2 minggu, saya akan menduduki imtihan akhar. Doakan saya mampu menjawab dengan baik ye sahabat-sahabat semua(^_^). Sebab dah nak imtihan, saya ambil keputusan nak balik rumah minggu ni sebab tak nak balik masa minggu imtihan nanti. Hmm..hujung minggu, lepak-lepak dengan keluarga..sesuatu yang perlu kita hargai sebab tak semua orang ada peluang ni. Sambil melepak, saya selak-selak surat khabar Sinar Harian. Ada satu berita yang menarik bagi saya yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat semua. Pasal telur! Mungkin dah ramai yang tahu tapi saya tetap nak kongsi. Boleh kan..kita bercerita pasal telur je hari ini? Hihi..

Kenapa saya pilih telur untuk dijadikan tajuk perbincangan kali ni sedangkan orang lain sibuk pasal poco-poco, video seks, pilihanraya Sarawak dan macam-macam lagi. Tak apalah, biar orang lain sibuk-sibuk pasal tu, saya nak sibuk-sibuk pasal telur sebab buat pengetahuan sahabat-sahabat semua, bulan ni..rumah yang saya sewa bersama sahabat-sahabat saya sekarang ni dalam proses berjimat cermat. Which mean, almost everyday kitorang makan telur. Hihi..kesian tak kat kami? Tak apa..berjimat-cermat amalan mulia (>_<)hihi..hopefully, telur yang kitorang makan tu, telur asli. Amin..

Telur Tiruan

As usual, benda-benda pelik macam ni datang dari China. Hebat mereka ni, macam-macam boleh buat. Lepas ni, apa lagi agaknya yang nak ditiru.Haish~




Mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar saintifik di China sendiri, pengambilan telur tiruan dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kesan buruk seperti nyanyuk dan hilang ingatan. Hmm..dah la orang melayu ni dah ramai yang nyanyuk, udoh-udoh le tu..dan kesan jangka pendek yang boleh dilihat seperti masalah hati dan ginjal, gangguan metabolisma badan, gangguan saraf serta penghasilan sel darah yang rendah.

Telur tiruan mempunyai nutrisi yang sangat rendah kerana 100% dihasilkan daripada bahan kimia berbahaya seperti asid alginik, gelatin, kalsium klorida dan kalsium karbonat,.




Penghasilan telur tiruan ini dikatakan bermula sejak tahun lepas di mana ia telah dijual dalam pasaran tempatan China dan turut dieksport ke negara lain termasuk MALAYSIA! Kos pembuatannya sangat murah iaitu hanya RM0.02 sahaja.

Macam mana buat telur tiruan? Meh saya bagi resepi..hihi

Bahan-bahan
  • Asid soldium alga
  • Gelatin
  • Nutrium benzoat
  • Lakton
  • Karboksimetil selulosa
  • Kalsium karbaid
  • Laisin
  • Kalsium klorida
  • Lilin parafin
  • Tepung gypsum


1- Kacau asid soldium alga dengan air sehingga menjadi bentuk kristal
2- Tambah gelatin, kacau sehingga sebati dan tunggu sehingga buih hilang(10jam)
3- Campurkan natrium benzoat, lakton, karboksimetil selulosa, kalsium karbaid dan laisin untuk membuat putih telur.
4- Bagi kuning telur, campurkan kalsium klorida dengan pewarna.



Setelah kuning telur siap, masukkan ke dalam acuan yang mempunyai putih telur dan dilapik dengan kalsium kloroda supaya ia tidak pecah.




5- Untuk kulit telur, campurkan lilin parafin dengan tepung gypsum dan kemudian masukkan kuning serta putih telur tadi dengan cara suntikan atas acuan khas.



6- Siap!!!




Selamat tak mencuba..hihi

Macam mana nak kenal pasti ianya adalah telur tiruan?
  • Kulit lebih berkilat daripada telur biasa.
  • Permukaan kulit yang lebih kasar.
  • Menghasilkan bunyi yang kuat apabila digincang kerana kandungan air dalam bahan mentah digunakan.
  • Bau berbeza.
  • Putih dan kuning telur akan bercampur sebaik sahaja dipecahkan.
  • Apabila digoreng, putih telur akan berbuih dengan banyak dan merebak dengan pantas tanpa disentuh.
  • Kulitnya lebih lutsinar apabila diletakkan di bawah cahaya.
  • Tiada lapisan kulit pada bahagian dalam telur.



Jadi, berhati-hati ya masa beli telur tu. Goncang kuat-kuat tengok ada bunyi tak. Hihi..jangan goncang sampai tercampak pulak(^_^)

p/s: selain telur, China ada tauhu tiruan, susu bayi tiruan dan beras tiruan. Hmm..tak ori lah korang ni

sumber:http://pengguna2u.blogspot.com/2009/12/awastelur-tiruan.html
: akhbar Sinar Harian 10 April 2011

Read more...

Tuesday, March 8, 2011

Happy International Women's Day


Happy International Women's Day!!!

Kecoh hari ini di media-media massa, di televisyen di radio dan di surat khabar tentang Hari Wanita Sedunia ni. Apa sebenarnya sambutan Hari Wanita Sedunia ni?? Tema untuk tahun 2010 adalah '' Equal Rights Equal Opportunities '' dan untuk tahun ini, temanya '' Kesamarataan Peluang terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi : Laluan kerjaya terpuji untuk Wanita ''. Fuhh..hebat! Tapi, apa sebenarnya sambutan Hari Wanita Sedunia ni?? Sebelum ini, saya sendiri kurang mengambil tahu tentangnya tetapi hari ini saya meringan-ringankan jemari saya ini untuk bertanya pada Mr. Google tentang sambutan ini. Jom..

Kenapa adanya Hari Wanita Sedunia? Kenapa tidak ada Hari Lelaki Sedunia?? Hihi..secara umumnya, Hari Wanita Sedunia ini adalah simbolik kepada kejayaan wanita memperjuangkan hak, keadilan dan kesamarataan dalam kehidupan mereka. Err..lelaki tak berjuang ke?? Hihi..

''Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai Hari Sambutan Wanita Sedunia. Pada tahun 1975 , Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mula mengiktiraf 8 Mac setiap tahun sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia. (sumber: Perutusan Wanita Sedunia). ''

Itu satu petikan sejarah yang saya dapat selepas bertanya dengan Mr. Google. Kesahihannya kurang sahih, hihi.. kerana dari hasil pembacaan saya, terdapat banyak pemberontakan dalam kalangan wanita yang membawa kepada terciptanya sambutan Hari Wanita Sedunia. Yang penting, sambutan ini berasal daripada negara luar atau lebih tepat sekali ingin saya katakan di sini, ianya berasal dari barat.

Sedarkah kita bahawa hakikatnya Islam telah menaikkan martabat wanita dan menegakkan keadilan serta persamaan hak dalam kalangan wanita berabad yang lalu. Tetapi hari ini, kita rakyat Malaysia yang beragama Islam menyambut Hari Wanita Sedunia yang diperkenalkan oleh Barat. Mengapa tidak kita memyambutnya dengan mengingati tokoh perjuangan paling hebat seantero dunia iaitu Junjungan Besar kita Nabi Sallahu'alaihiwassalam yang teguh berjuang demi membela nasib wanita?? Saya tertanya-tanya, apa yang dibanggakan sangat dengan perjuangan wanita di Malaysia ni??

Saya terkenang kisah-kisah tokoh wanita pada zaman dahulu yang sangat hebat dan teguh dalam perjuangan, sanggup bergadai segalanya demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Betapa jauhnya saya untuk berada di tahap mereka.

p/s: suka lagu nasyid Halimatun Sa'adiah, Zinnirah dan Rabiatul Adawiyah.


Read more...

Friday, February 18, 2011

Pemilihan Pengawas USIM


21 Februari 2011 akan bermula pemilihan pengawas-pengawas USIM buat kesekian kalinya. Cara pemilhan pengawas di USIM berbeza di mana-mana sekolah menengah yang lain. Kerana di sini cara pemilhannya menggunakan sistem elektronik. Hanya letak sahaja kad matrik anda boleh mengundi.


Justeru pengawas pada kali ini ramai yang sudah menang dan boleh memegang jawatan pengawas. Sebab tak ramai yang berminat hendak jadi pengawas di sini. Kerana tiada apa cabaran sangat jika dibandingkan dengan universiti lain. Sesiapa sahaja yang terasa ingin bertanding boleh la pergi ke bilik HEP atau bilik guru disiplin sekolah. Kebanyakan yang bertanding dari kelas-kelas yang berbeza. Pada tahun ini setiap kelas membawa ramai calon untuk bertanding peringkat Ketua Pengawas, Penolong Ketua, Bendahari, Setiausaha dan Exco pengawas yang lain.


Untuk pengetahuan semua hanya 5 orang dibenarkan menjadi penyokong setiap calon pengawas. Penyokong-penyokong yang selain daripada 5 orang tersebut dianggap melanggari undang-undang pemilihan. Kemungkinan penyokong tersebut akan dirotan oleh guru disiplin.


Kelihatan di kelas FKP, penuh kertas-kertas gambar pengawas ditampal menggunakan gam nasi. Tentu susah untuk Pustakawan USIM membuang poster tu nanti. Mesti guru Pustakawan akan marah-marah berleter kerana papan kenyataan dikotori gambar-gambar calon-calon pengawas.


Budak-budak USIM suka kalau calon-calon yang bertanding muka bersih, pandai mengaji, dan boleh jadi bilal semasa solat di surau. Budak-budak USIM benci kalau calon pengawas ni yang suka bercakap di hadapan, katanya meluat dan poyo. Budak-budak USIM benci calon yang pakai tudung singkat. Sebab tu ramai calon pengawas pakai tudung labuh. Yang tak pernah pakai tudung labuh pun bertukar tudung labuh semasa kempen dan bergambar. Budak-budak USIM tak suka calon pengawas perempuan pakai seluar ketat. Jadi semasa kempen mereka bertukar pakai kain, tapi mereka bodoh kerana kain mereka jarang, sehingga nampak pakain dalam, mujur pakazin dalam mereka labuh sehingga nampak kain dalam tu di luar kain luar.


Ramai calon lelaki senyum sengih nampak gigi, padahal sebelum ini kepala sentiasa memandang atap kelas. Ramai juga pakai songkok hitam, kerana supaya semua gelar calon pengawas ni seorang ustaz. Calon USIM tak boleh bercakap tentang politik dalam sekolah, nanti guru disiplin sound sebagai anti-establishment. Justeru kebanyakan pengawas sekolah USIM semuanya bodoh-bodoh dalam hal politik. Yang penting dapat buat program. Dapat pakai baju kot. Dapat bertali leher. Dan dapat kesana kemari dengan gayanya.


Ramai yang benci guru disiplin sekolah ini, kerana terlalu banyak sekatan dan tekanan kepada calon-calon pengawas dan kepada bebudak sekolah yang lain. Jadi ramai yang tengok pengawas sekolah ini lebih kepada balaci guru disiplin. Ha,ha,ha.


Malam ini akan diadakan majlis pengenalan pengawas-pengawas sekolah USIM. Mesti mereka bercakap gah-gah dengan skrip yang dihafal. Budak sekolah lain tahu, kalau tak bagi skrip bebudak pengawas ni tak kan pandai cakap apa-apa. Teringat tahun lepas seorang calon pengawas menyanyi semasa memperkenalkan diri. Semua budak sekolah ketawa. Akhirnya calon pengawas yang menyanyi ni kalah dengan sendirinya. Ha,ha, ha.


Selepas diorang bercakap, guru displin akan bangun bercakap. Dia akan bercakap dengan seriusnya. Pengawal-pengawal lain akan berjaga, bimbang takut ada bebudak sekolah bangun menemplak apa yang guru disiplin cakap. Dua malam yang lepas, guru besar bercakap, seorang bekas pengawas bangun membantah. Pengawal semuanya marah-marah kat dia. Kerani-kerani sekolah pergi bertemunya, menegur sikap lancangnya kepada guru besar. Tapi bebudak sekolah lain semua tepuk tangan kepada bekas pengawas ini. Bebudak sekolah lain keluar dari dewan bersama dengan bekas pengawas ini. Tak pernah ada dalam sejarah sekolah USIM, bekas pengawas lancang bercaka kepada guru besar. Sebelum ini semua pengawas-pengawas baik sahaja dengan guru displin. Sentiasa memuji, dan makan bersama. Cuma berak sahaja lain-lain tandas.


Ada seorang tukang kebun sekolah ini. Dia mengarahkan bebudak USIM pecat kopiah putih. Semua bebudak USIM marah. Kenapa sesuka hati suruh kitorang buang kopiah. Tapi tukang kebun ni sudah tua. Bebudak ni masih ada rasa hormat. Dibuangnya kopiah. Dengan rasa marah. dua hari lepas, seorang budak sekolah kena tempelak dekat jaga sekolah. Semata-mata kerana menaruh janggut. katanya janggut tak boleh simpan. Serabut. macam janggut kambing. Budak sekolah ni marah kata jaga yang bodoh ni. Dia kata jaga ni tak faham sunnah. Tak mahu ikut sunnah. Budak sekolah ni, marah balik kat jaga tu. Dia kata pakcik lagi pelik, cukur janggut simpan misai, terbalik. Orang lain suruh simpan janggut kita simpan misai. Orang berjalan dengan kaki kita berjalan dengan tangan. Puas hati budak sekolah ni dapat sound jaga. jaga baju biru tu hanya tersengih kambing.


Last, bebudak sekolah USIM ingat 21 Februari ni pilihlah pengawas yang baik-baik. yang pandai solat dan tak pandai mengorat. Jangan pilih pengawas yang tudung singkat dan gedik. Rasa nak muntah tengok calon pengawas yang gedik tu. Aku dah malas duk kempen kat pengawas sekolah ni, aku nak pergi Kedah berjumpa masyarakat yang lebih berani dan lebih kuat berjuang. Duk kat sini melemahkan semngat dan pemikiran aku sebagai mahasiswa. Aku tak mahu aku digelar budak sekolah USIM. Babai semua. papai..mamai..


credits to: Ahmad Syihan Ismail @ facebook

http://www.facebook.com/notes/ahmad-syihan-ismail/pemilihan-pengawas-usim-bermula/10150103052896684?ref=notif&notif_t=note_reply


Read more...