Monday, December 30, 2013

Aku ingin seperti Saidatina Khadijah


Saidatina Khadijah, Ummul Mukminin..

Tidak ada yang lebih baik darinya buat Rasulullah S.A.W., dialah yang beriman kepada baginda saat semua orang ingkar, dialah yang percaya kepada baginda saat semua orang mendustakan, dialah yang mengorbankan semua hartanya ke jalan ALLAH saat semua orang mempertahankan, dan darinya jugalah baginda mendapatkan keturunan.

ALLAHURABBI~
Betapa istimewanya insan ini..

Dia seorang wanita bangsawan dari keturunan yang terhormat, usahawan berjaya, kaya raya dan jelita. Ramai pembesar-pembesar dan pemuda-pemuda Quraisy yang ingin menyuntingnya sebagai suri hidup mereka lantaran kekayaan dan kejelitaannya. Tetapi dia bukanlah wanita yang mudah terpesona dengan nikmat dunia lantas pilihan hatinya adalah pemuda miskin yang kaya dengan akhlak mulia, yakni baginda S.A.W.

Sepanjang tempoh mereka hidup berumah tangga, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata. Saidatina Khadijah tidak pernah dimadukan bahkan baginda mengambil masa yang sangat lama untuk menikah semula setelah kematian isteri tercintanya itu. Betapa besar dan dalam cinta baginda terhadap Khadijah sehinggakan ianya mampu membuatkan Saidatina Aisyah cemburu walau tidak pernah sekalipun bertemu muka dengan Saidatina Khadijah.

Nah..istimewa sungguh wanita bernama Siti Khadijah binti Khuwailid ini. Dialah yang sepatutnya kita jadikan contoh dan 'role model' dalam kita menjalani kehidupan. Akhlaknya mulia, bicaranya bermakna, peribadinya mempesona. 

Masih ada lagikah wanita seperti Saidatina Khadijah? Saya juga kurang pasti. Saya sendiri tidaklah sehebat dan seistimewa Saidatina Khadijah. Masih jauh lagi perjalanan saya untuk ke arahnya. 

Tapi..jika kita lihat pada zaman ini, nak mencari yang solehah pun payah apatah lagi yang berkerjaya hebat dalam kesolehannya. Yang soleh, biasanya ustaz. Yang solehah biasanya ustazah. Mentaliti masyarakat kita jugalah yang memaksa keadaan ini berlaku. 

Kalau bekerja di pejabat, bertudung labuh itu aneh. Kalau bekerja di kedai runcit, bertudung labuh itu aneh, kalau bekerja di klinik, bertudung labuh itu aneh bahkan kalau bekerja sebagai guru matematik atau akaun, bertudung labuh itu juga aneh. Soalan pertama yang ditanya pasti "kerja jadi ustazah ke?". Saya sering disalah anggap sebagai ustazah bila saya menghantar adik perempuan saya ke sekolah rendah. Siap pelajar-pelajar berebut nak salam dengan saya. Hai..


Itu perihal kerjaya. Jarang kita tengok wanita bertudung labuh jadi usahawan berjaya atau berkerjaya yang bukan menjurus ke arah Islam secara spesifik seperti akauntan, engineer, doktor haiwan dan lain-lain. Kita tengok sisi lain pada Saidatina Khadijah. Akhlak dan peribadinya.

Cuba kita keluar berjalan-jalan contohnya di Kajang, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tengok kanan, maksiat. Tengok kiri, maksiat. Tengok depan, maksiat. Tengok belakang pun maksiat. Nak tengok mana?? Duduk rumah makan kuaci tengok TV. Eh, tengok TV pun maksiat. Bukaklah TV Al-Hijrah. Hihi..

Maksiat di mana-mana. Wanita berpakaian tapi telanjang merata-rata.

" Ada 2 golongan penghuni neraka yang belum aku lihat. Satu kaum yang selalu bersama cambuk bagaikan ekor sapi, dengannya mereka memukul manusia dan wanita yang berpakaian tapi telanjang. Mereka berjalan dengan melenggang-lenggok, kepala mereka seperti punuk-punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga bisa tercium dari jarak demikian."
(Sahih Muslim)


Hadis ini menunjukkan betapa sukarnya pada zaman Nabi untuk melihat wanita yang mendedahkan auratnya tetapi di akhir zaman ini, tak perlu pergi jauh-jauh, keluar depan rumah pun dah boleh berjumpa golongan ini. Bukan mereka tidak tahu tetapi ego mengatasi segalanya. 

Peredaran zaman dan kemajuan fesyen juga menjadi salah satu penyumbang. Fesyen tudung warna-warni macam pelangi, tudung singkat, tudung balut kepala, jubah muslimah tapi sendat. Hai..nama je jubah muslimah, tag mana muslimahnya pun saya tak tau.

Lumrah wanita ingin kelihatan cantik. Tidak salah tetapi berpada-padalah dan ikutlah syariat islam. Bertudung labuh pun masih boleh cantik dan bergaya. Tengok ikon-ikon muslimah di TV seperti Ustazah Fatimah Syarha, Prof Dr Muhaya, Ustazah Nurhafizah, Oki Setiana Dewi dan lain-lain, mereka bertudung labuh dan menutup aurat tetapi tetap kelihatan anggun dan elegan. Setuju? Tak setuju, angkat kaki..

      

Jangan jadikan alasan kerjaya kamu memaksa kamu untuk berpakaian sedemikian. Jangan jadikan alasan masih belum dapat hidayah. Jangan jadikan alasan menutup aurat itu kekampungan. Jangan jadikan alasan menutup aurat tak nampak moden. Puuiihhh..menyampah saya dengar. 

Satu lagi yang patut kita contohi adalah peranannya sebagai isteri dan ibu yang penyayang. Bagaimana Saidatina Khadijah menambat hati Rasulullah sehinggakan walau setelah dia pergi, walau setelah baginda menikah lagi, dirinya masih terpahat kukuh dalam ingatan dan hati baginda. Subhanallah..

Kalau zaman sekarang, kisah cerai adalah satu perkara biasa. Hairanlah saya, macam mana orang boleh bercerai selepas menikah tak sampai beberapa bulan tu. Tak sayang ke??

"Jika seorang isteri itu menjaga solat 5 waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga kemaluannya daripada yang haram dan taat kepada suaminya, maka dipersilakan masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dia suka."

Jadi isteri yang solehah, jaga tutur kata dengan suami, jaga hati suami, jaga makan minum suami, senangkan hati suami dan permudahkan urusannya. Jangan merengek yang bukan-bukan. Jadi tulang belakang yang kuat untuk suami, sokong dan beri dorongan untuk suami. Jadi tempat suami bermanja dan mengadu. Jadi tempat suami berkongsi masalah dan pendapat. Jangan buat derk je tengok TV kalau suami balik kerja.




Saya ingin seperti Saidatina Khadijah. Rasanya saya tidak akan mampu menjadi sepertinya tetapi usaha dan keinginan itu perlu ada. Dapat contohi sikit-sikit pun jadilah. Isteri solehah, , ibu penyayang dan usahawan berjaya.

Jom seperti Saidatina Khadijah.. ^_^







2 comments:

Anonymous said...

Berblog biarlh berilmu.adekah khadijah klua umah utk bisnes atau khadijah mwakilkn nabi meniagakn brgnye?bknkah islam xgalakkn wanita klua umah utk solat d masjid?bahkan lbh afdhal solat d umah bbanding d masjid?bknkah sebaik2 tmpt wanita adlh umah suaminye?adekah anda lbh ingin mengikuti seruan women's right yg mewajibkn wanita bkerjaya n sama hak dgn laki ciptaan barat lalu menafikan sunnah rasulullah?

Si Pengemis Iman said...

Siapa anonymous ni ye? bleh contact sy semula, anda nak komen pon anda perlu ada ilmu juge.
Btol apa yg awk ckp tu..islam tak galakkn tp islam x pernah melarang ye~
sy x ikut seruan apa bnda awk ckp tu..sy seorang muslimah dan sy tdk pernah skalipun menafikn sunnah nabi kita.