Thursday, December 27, 2012

FINAL YEAR~

Bismillahirrahmanirrahim..

Pejam celik..
Pejam celik..
Eh..dah final year??
Mcam tak sangka saya dah pun berada di tahun akhir pengajian saya di USIM.
Rasa macam baru semalam menjejakkan kaki di Bumi Nilai
Rupa-rupanya dah hampir 4 tahun saya di sini
ALLAH~

Kelas terakhir saya pada malam Jumaat lepas
Presentation subjek Keusahawanan
Alhamdulillah selesai~
Bila keluar daripada dewan kuliah, rasa macam tak percaya dah habis belajar
Macam-macam yang saya rasa
Sedih..
Gembira..
Takut..
Bercampur-baur..

Saat masih bergelar junior..seronok tengok abang-abang dan kakak-kakak senior yang dah habis belajar. Rasa tak sabar nak habiskan belajar masaa tu. Hari-hari asyik merungut dengan kerja yang bertimbun..hihi. Tapi..bila dah nak habis ni, hmm..rasa macam taknak berhenti belajar pun ada. Cabaran di alam kerjaya tu sebenarnya lebih hebat lagi. Di USIM ni saya terdedah dengan suasana yang pada pendapat saya masih lagi dalam keadaan terjaga. Tapi bila saya dah berkerja, saya akan terdedah dengan suasana dan jenis orang yang saya tak pernah jumpa. ALLAH..mampu ke saya bawa lagi imej saya di luar sana? Mohon doa sahabat-sahabat..semoga ALLAH beri saya kekuatan.

Final exam is just around the corner~
Saya dah sedia? Hihi..mestilah belum. Tengah bersedia. Lepas final, saya akan berehat sekejap dan lepas tu saya insyaALLAH bakal menghadiri KONVENSYEN FIQH WANITA di Serdang pada 19 dan 20 Jan. Tak sabar nak jumpa sahabat-sahabat lain di sana. Pada 28 Jan, saya akan memulakan latihan praktikal saya di sebuah firma audit di Kuala Lumpur. Hmm..nervous~

Pada adik-adik yang masih berbaki beberapa tahun di USIM tu, all the best~ Hargai sebaik-baiknya peluang belajar yang diberi oleh ALLAH. Timbalah ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin sebagai bekal untuk diri adik-adik di kemudian hari.

P/S: tak rugi bersabar menunggu~

Read more...

Thursday, December 6, 2012

Hawa Convention



Hawa Convention 2012
Discovering a Muslimah's True Beauty

MPP USIM julung-julung kalinya mengadakan Hawa Convention dengan tema Dicovering a Muslimah's True Beauty bertempat di DKP3 USIM pada 7 dan 8 Disember 2012. Konvensyen ini diadakan khusus buat para muslimah semua dengan tema pakaian ungu atau pink, saya yakin konvensyen ini bakal memberi kenangan penuh bermakna buat para muslimah.



Women only convention!!!
RM15 only~

Temui barisan panel yang mantap-mantap yang akan membawa anda ke satu perjalanan yang bakal membuka minda anda, mencerahkan apa yang gelap, membakar semangat anda untuk menjadi seorang muslimah yang berani seperti Sumayyah, setia seperti Siti Khadijah, petah berbicara bagaikan Aisyah, menjadi muslimah yang bakal mengubah dunia!





Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Ada mutiara-mutiara berharga yang bakal anda kutip di sini ^_^

p/s: saya sebenarnya tak dapat pergi. Hari Jumaat ada kelas dan hari Sabtu pulak saya terlibat dengan program bawah fakulti. Hmm..tolong promote je lah saya mampu, hihi..have fun sahabat-sahabat semua!

Read more...

Wednesday, December 5, 2012

Andai Aku Mampu Berbicara

Andai aku mampu berbicara
Tidak akan sesekali aku membiarkan kau melangkah ke tempat yang penuh dengan maksiat itu
Tidak akan sesekali aku membiarkan kau melangkah ke syurga dunia yang penuh dusta
Aku rela kau membawaku berziarah ke rumah ALLAH
Aku rela kau membawaku ke tempat-tempat yang penuh dengan redha Yang Maha Esa
Bahkan aku juga rela jika kau ingin membiarkan aku merasa sakit
Merasa sakit kerana terlalu lama bersimpuh menyulam rindu pada ILLAHI di kala dinihari
Lakukanlah apa sahaja..
Asalkan ianya menempatkan aku di tempat yang mulia di sisiNYA


Andai aku mampu berbicara
Pasti kau akan selalu menerima tempias kemarahanku
Lantaran kau sering sahaja menggunakanku untuk melakukan maksiat
Aku tidak rela kau menggunakanku untuk menyentuh dia yang tidak halal bagimu
Tahukah kau di saat kulitnya bersentuhan denganku
Aku merasakan bahang kepanasan api neraka itu begitu dekat denganku
Gunakanlah aku untuk berbuat kebaikan
Gunakanlah untuk membantu mereka yang memerlukan
Aku tidak rela seandainya kau sering sahaja menggunakanku untuk melempiaskan nafsu durjanamu


Andai aku mampu berbicara
Aku ingin sekali menikmati keindahan ciptaan ILLAHI
Aku ingin sekali menghayati panorama indah di muka bumi ini
Tetapi..kau sering sahaja membuatkan aku sakit
Aku sakit sekali saat kau menonton filem-filem lucah
Aku sakit sekali saat kau membiarkanku menatap aurat wanita yang terdedah
Ah..bagaikan tiada lain yang mampu engkau lakukan
Saban hari..itu sahaja santapanmu untukku
Aku bosan!



Andai aku mampu berbicara
Pasti akan ku khabarkan padamu betapa panasnya diriku 
Panas sekali! 
Itu semua gara-gara kau yang enggan menutupku dengan selendangmu
Tahukah kau kepanasan api neraka adalah berjuta kali lebih hebat dari ini??
Apakah kau sanggup menahannya?? 
Oh..aku tidak sanggup
Tolonglah aku..
Lindungilah aku dengan helaian kain yang kau panggil tudung itu
Bukankah cantik sekali jika kau memakainya??
Mengapa kau membiarkan aku terdedah begini?
Sampainya hatimu..
Dan aku juga kasihan melihatkan sahabat-sahabtku yang turut kau biarkan terdedah begitu sahaja
Mereka malu kerana kau tidak menutup mereka dari pandangan manusia durjana
Kasihan mereka..



Kami semua akan mampu berbicara di akhirat kelak
Apabila tiba saat itu
Bersiap sedialah!
Kami akan membongkarkan segala apa yang kau lakukan terhadap kami selama kau hidup di dunia
Saat itu..
Tiada apa yang mampu kau lakukan
Segala pujuk rayumu takkan kami endahkan
Kami akan menelanjangkan kau di hadapan ALLAH
Biar ALLAH tahu bahawa kau menganiaya kami
Biar ALLAH tahu bahawa kau menyeksa kami
Rasakan!
Inilah balasanmu kerana menggunakan kami sesuka hatimu




p/s: sahabat-sahabat..anggota badan kita ini adalah pinjaman dari ALLAH. Gunakanlah ia untuk berbuat kebaikan kerana di akhirat kelak, di saat lidah kita tidak mampu lagi berbicara..anggota badan kita inilah yang akna menjadi saksi segala perbuatan kita di dunia.

Read more...