Friday, January 27, 2012

Tautan Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada ILLAHI kerana dengan izinNYA kita masih menikmati indahnya hari ini. Apa khabar iman sahabat-sahabat pada hari ini? Semoga kita semua akan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan cintaNYA.

Lama rasanya saya tak belayar ke alam maya. Kesibukan melampaui batasan! Hihi..saya harap entry kali ini memberi manfaat pada sahabat-sahabat semua. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah!Saya nak kongsi tentang sebuah novel ilmiah yang menjadi kegemaran saya. Biarlah walaupun novel ni dah lama, saya tetap nak kongsi jugak. Hihi..tak salah kan?(^_^)

'Tautan Hati'. Saya rasa ramai sahabat-sahabat yang dah baca novel Kak Fatimah Syarha ni kan? Sebuah novel yang sarat dengan pengisian untuk rohani kita. Saya sendiri baru sahaja menghabiskan pembacaan untuk kali yang ke berapa entah. Hihi..



Suka ingin saya kongsikan sedikit sebanyak dengan sahabat-sahabat semua apa yang saya perolehi dari novel ilmiah ini. Jadi pengulas novel tak bertauliah sekejap ye.


Watak utama dalam novel ini sendiri, Asiah Yusra, cukup memberi kesan kepada saya. Perwatakannya, bahasa puitisnya, akhlaknya, sifatnya dan segala-gala tentang dirinya amat saya kagumi sehinggakan saya berharap untuk bertemu dengan insan sepertinya. Saya ingin punya sahabat sejati seperti Asiah Yusra yang bersahabat bukan kerana yang lain tetapi kerana ALLAH. Masih adakah gadis seperti Asiah Yusra? InsyaALLAH.. ada, dan sama-sama kita berdoa agar kita mampu mencontohinya.

Sebagai seorang muslimah, sifat-sifat yang ditonjolkan dalam novel ini sangat wajar kita contohi terutamanya buat gadis-gadis di luar sana dan buat saya juga. Menutup aurat, sesuatu yang sering dipersoalkan oleh kebanyakan wanita. Kenapa? Apa relevannya?

Contoh yang diberikan di dalam novel ini, jam. Saya berikan contoh lain dengan konsep yang sama. Antara coklat Ferrero Rocher dan coklat harga RM0.20. Kalau anda diberi pilihan untuk memilih, bukan untuk dibeli, sekadar memilih, yang mana satu akan menjadi pilihan anda? Saya yakin anda akan menjawab coklat Ferrero Rocher. Dahlah mahal, sedap, bungkus cantik-cantik pula tu. Siapa yang tak nak, kan? Tapi hanya yang mampu sahaja yang layak memilikinya. Begitulah wanita. Sangat mahal dan cukup istimewa sehinggakan hanya lelaki sejati sahaja yang mampu memiliki dan menikmati keindahannya.

Sifat tawaduk, rendah hati, tegas dan romantis turut disampaikan melalui perwatakan Asiah Yusra. Kita patut contohi sikapnya yang bersungguh, tidak jemu dan romantis dalam bersahabat. Satu sms rindu yang kita ucapkan buat sahabat tersayang pasti akan mampu membuatkan senyuman terukir di bibirnya. Ini salah satu sikap yang saya sangat kagumi pada Asiah Yusra.




Dalam novel Kak Fatimah ini juga ada menyelitkan tentang betapa pentingnya tarbiah dan halaqah atau usrah. Inilah yang telah mencipta insan-insan hebat seperti Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Mereka sentiasa hidup dalam tarbiah dan saling ingat-memperingati antara satu sama lain. Tarbiah dan usrah bukan sahaja merangkumi perihal agama bahkan memenuhi semua aspek kehidupan. Berada di dalam usrah mampu menjauhkan kita daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ahli-ahli usrah sentiasa mengambil berat di antara satu sama lain dan dalam masa yang sama tarbiah yang diterima menjadikan usrah itu lebih bermakna.

Dan salah satu lagi yang ingin saya sentuh dalam novel ini adalah tentang cinta. Indahnya cinta bila ia bersulamkan syariat. Indahnya cinta bila ia berpaksikan dakwah. Indahnya cinta bila ia dibawah lembayung redha ALLAH. Indah kan? Itulah konsep cinta yang disampaikan melalui watak Asiah Yusra dan Umar Al-Mujahid. Emm..saya mengimpikan zauj seperti Umar. Hihi..

Setakat itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Tak mampu nak bercerita panjang-panjang. Terlalu banyak kekangan. Semoga ada manfaat yang dapat diperolehi dari entry kali ini. Nak lagi jelas, baca novel tu sendiri. Hihi..

p/s: saya sedang berusaha untuk menjadi penulis novel seperti Kak Fatimah. Berkarya sambil berdakwah. Mohon doa dari sahabat-sahabat semua!

Read more...

Saturday, January 14, 2012

Terima Aku Apa Adanya..

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Carilah walau sehingga ke hujung dunia, kau tidak akan bertemu insan yang sempurna untuk menjadi teman hidupmu. Kejadianmu sempurna namun sikapmu, akhlakmu dan peribadimu tidak mungkin sempurna. Kita bukan ma'sum, yang tidak berbuat salah dan jauh dari dosa. Kita hanya insan biasa yang sering leka dan lupa.

Tulang rusuk yang bengkok tidak mungkin akan lurus, andai silap percaturan ia akan patah tidak berguna lagi. Begitu juga insan yang kehilangan tulang rusuknya, dia memerlukan tulang rusuknya itu kembali. Setiap insan ada kekurangan dan kelebihannya. Dan setiap kekurangan itu akan disempurnakan oleh pasangan hidupmu. Setiap kelebihan itu akan diperelokkan oleh cinta hatimu.



ALLAH berfirman:
"Dan di antara tanda-tanda(kebesaran) NYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan tenteram kepadanya. Dan DIA menjadikan di antaramu rasa cinta dak kasih sayang. Singguh demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir."(Ar-Rum:21)


Jadi, seandainya kau telah bertemu insan yang membuat jiwamu tenang saat menatap wajahnya, membuat hatimu mengingatiNYA saat menatap bening matanya, bersyukurlah. Jangan dicari yang lebih sempurna lagi, kelak kau akan menyesal. Ternyata dia yang terbaik untukmu.

Hayati lirik lagu daripada kumpulan nasyid Edcoustic, Menjadi Diriku.


Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kerna diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya




Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

p/s: dengar lagu ni tadi, tu yang rasa nak buat post tentang ni.Hihi..(^_^)


Read more...

Sunday, January 8, 2012

Puisi dari Hati


Kehidupan itu tidak selalu menjanjikan apa yang kita inginkan
Tetapi..kehidupan akan selalu memberikan apa yang kita perlukan
Kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran
Terkadang kita merasa lelah dan lemah untuk menghadapinya
Namun..setiap cubaan yang diberikan adalah sesuai dengan kemampuan kita
Seringkali lewat setiap cubaan..kita menyalahkan takdir
Kita tertanya-tanya..kenapa aku??
Kenapa aku yang dipilih untuk menghadapi semua ini?
Melihat teman-teman yang sedang berbahagia
Kita jadi cemburu..
Kenapa tidak aku yang berada di tempat mereka?
Kenapa aku di sini? menghadapi cubaan ini?
Kenapa? kenapa? dan kenapa?
Kita sering mempersoalkan takdirNYA
Walau kita sedar..setiap apa yang ditentukanNYA
Pasti akan ada hikmah di sebaliknya
Tetapi..sebagai manusia biasa
Yang tidak lepas dari khilaf, salah dan silap
Yang tidak lepas dari rasa kecewa, sedih dan putus asa
Kita kadangkala menjadi tidak sabar
Menjadi tidak ikhlas menerima ketentuanNYA
Kita jadi gelojoh, rakus dan penuh dengan amarah
Sebaiknya..kita muhasabah diri
Kita koreksi diri
Kita nilai diri
Memang akan ada yang lebih baik bakal menanti
Memang akan ada takdir yang lebih indah sedang menunggu kita
Memang akan ada warna-warni kehidupan yang bahagia buat kita
Tinggal kita sabar dan yakin sahaja denganNYA
Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar dugaan
ALLAH sedang berbicara dengan kita
DIA sedang mengajar kita erti sebenar kehidupan
Tidak semuanya akan kita perolehi dengan mudah
Terkadang ada yang memerlukan usaha dan doa yang lebih ampuh untuk dimiliki
ALLAH..kurniakan kami kesabaran dan rasa ikhlas lewat setiap ujian yang KAU berikan

Read more...