Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Aku ingin seperti Saidatina Khadijah


Saidatina Khadijah, Ummul Mukminin..

Tidak ada yang lebih baik darinya buat Rasulullah S.A.W., dialah yang beriman kepada baginda saat semua orang ingkar, dialah yang percaya kepada baginda saat semua orang mendustakan, dialah yang mengorbankan semua hartanya ke jalan ALLAH saat semua orang mempertahankan, dan darinya jugalah baginda mendapatkan keturunan.

ALLAHURABBI~
Betapa istimewanya insan ini..

Dia seorang wanita bangsawan dari keturunan yang terhormat, usahawan berjaya, kaya raya dan jelita. Ramai pembesar-pembesar dan pemuda-pemuda Quraisy yang ingin menyuntingnya sebagai suri hidup mereka lantaran kekayaan dan kejelitaannya. Tetapi dia bukanlah wanita yang mudah terpesona dengan nikmat dunia lantas pilihan hatinya adalah pemuda miskin yang kaya dengan akhlak mulia, yakni baginda S.A.W.

Sepanjang tempoh mereka hidup berumah tangga, mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata. Saidatina Khadijah tidak pernah dimadukan bahkan baginda mengambil masa yang sangat lama untuk menikah semula setelah kematian isteri tercintanya itu. Betapa besar dan dalam cinta baginda terhadap Khadijah sehinggakan ianya mampu membuatkan Saidatina Aisyah cemburu walau tidak pernah sekalipun bertemu muka dengan Saidatina Khadijah.

Nah..istimewa sungguh wanita bernama Siti Khadijah binti Khuwailid ini. Dialah yang sepatutnya kita jadikan contoh dan 'role model' dalam kita menjalani kehidupan. Akhlaknya mulia, bicaranya bermakna, peribadinya mempesona. 

Masih ada lagikah wanita seperti Saidatina Khadijah? Saya juga kurang pasti. Saya sendiri tidaklah sehebat dan seistimewa Saidatina Khadijah. Masih jauh lagi perjalanan saya untuk ke arahnya. 

Tapi..jika kita lihat pada zaman ini, nak mencari yang solehah pun payah apatah lagi yang berkerjaya hebat dalam kesolehannya. Yang soleh, biasanya ustaz. Yang solehah biasanya ustazah. Mentaliti masyarakat kita jugalah yang memaksa keadaan ini berlaku. 

Kalau bekerja di pejabat, bertudung labuh itu aneh. Kalau bekerja di kedai runcit, bertudung labuh itu aneh, kalau bekerja di klinik, bertudung labuh itu aneh bahkan kalau bekerja sebagai guru matematik atau akaun, bertudung labuh itu juga aneh. Soalan pertama yang ditanya pasti "kerja jadi ustazah ke?". Saya sering disalah anggap sebagai ustazah bila saya menghantar adik perempuan saya ke sekolah rendah. Siap pelajar-pelajar berebut nak salam dengan saya. Hai..


Itu perihal kerjaya. Jarang kita tengok wanita bertudung labuh jadi usahawan berjaya atau berkerjaya yang bukan menjurus ke arah Islam secara spesifik seperti akauntan, engineer, doktor haiwan dan lain-lain. Kita tengok sisi lain pada Saidatina Khadijah. Akhlak dan peribadinya.

Cuba kita keluar berjalan-jalan contohnya di Kajang, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tengok kanan, maksiat. Tengok kiri, maksiat. Tengok depan, maksiat. Tengok belakang pun maksiat. Nak tengok mana?? Duduk rumah makan kuaci tengok TV. Eh, tengok TV pun maksiat. Bukaklah TV Al-Hijrah. Hihi..

Maksiat di mana-mana. Wanita berpakaian tapi telanjang merata-rata.

" Ada 2 golongan penghuni neraka yang belum aku lihat. Satu kaum yang selalu bersama cambuk bagaikan ekor sapi, dengannya mereka memukul manusia dan wanita yang berpakaian tapi telanjang. Mereka berjalan dengan melenggang-lenggok, kepala mereka seperti punuk-punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga bisa tercium dari jarak demikian."
(Sahih Muslim)


Hadis ini menunjukkan betapa sukarnya pada zaman Nabi untuk melihat wanita yang mendedahkan auratnya tetapi di akhir zaman ini, tak perlu pergi jauh-jauh, keluar depan rumah pun dah boleh berjumpa golongan ini. Bukan mereka tidak tahu tetapi ego mengatasi segalanya. 

Peredaran zaman dan kemajuan fesyen juga menjadi salah satu penyumbang. Fesyen tudung warna-warni macam pelangi, tudung singkat, tudung balut kepala, jubah muslimah tapi sendat. Hai..nama je jubah muslimah, tag mana muslimahnya pun saya tak tau.

Lumrah wanita ingin kelihatan cantik. Tidak salah tetapi berpada-padalah dan ikutlah syariat islam. Bertudung labuh pun masih boleh cantik dan bergaya. Tengok ikon-ikon muslimah di TV seperti Ustazah Fatimah Syarha, Prof Dr Muhaya, Ustazah Nurhafizah, Oki Setiana Dewi dan lain-lain, mereka bertudung labuh dan menutup aurat tetapi tetap kelihatan anggun dan elegan. Setuju? Tak setuju, angkat kaki..

      

Jangan jadikan alasan kerjaya kamu memaksa kamu untuk berpakaian sedemikian. Jangan jadikan alasan masih belum dapat hidayah. Jangan jadikan alasan menutup aurat itu kekampungan. Jangan jadikan alasan menutup aurat tak nampak moden. Puuiihhh..menyampah saya dengar. 

Satu lagi yang patut kita contohi adalah peranannya sebagai isteri dan ibu yang penyayang. Bagaimana Saidatina Khadijah menambat hati Rasulullah sehinggakan walau setelah dia pergi, walau setelah baginda menikah lagi, dirinya masih terpahat kukuh dalam ingatan dan hati baginda. Subhanallah..

Kalau zaman sekarang, kisah cerai adalah satu perkara biasa. Hairanlah saya, macam mana orang boleh bercerai selepas menikah tak sampai beberapa bulan tu. Tak sayang ke??

"Jika seorang isteri itu menjaga solat 5 waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga kemaluannya daripada yang haram dan taat kepada suaminya, maka dipersilakan masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dia suka."

Jadi isteri yang solehah, jaga tutur kata dengan suami, jaga hati suami, jaga makan minum suami, senangkan hati suami dan permudahkan urusannya. Jangan merengek yang bukan-bukan. Jadi tulang belakang yang kuat untuk suami, sokong dan beri dorongan untuk suami. Jadi tempat suami bermanja dan mengadu. Jadi tempat suami berkongsi masalah dan pendapat. Jangan buat derk je tengok TV kalau suami balik kerja.




Saya ingin seperti Saidatina Khadijah. Rasanya saya tidak akan mampu menjadi sepertinya tetapi usaha dan keinginan itu perlu ada. Dapat contohi sikit-sikit pun jadilah. Isteri solehah, , ibu penyayang dan usahawan berjaya.

Jom seperti Saidatina Khadijah.. ^_^








Read more...

Thursday, November 14, 2013

Sehelai Kain Putih

"Anak itu ibarat kain putih,
Dan ibu bapa lah yang akan mencorakkannya "

Ungkapan ini selalu kita dengar, kan? Maksudnya anak-anak kecil ni tak tahu apa-apa. Fitrah mereka lahir dalam keadaan suci, bersih dan tiada dosa. Maka, tugas para ibu bapalah yang mencorakkan peribadi si anak samada menjadi Muslim yang baik ataupun tidak.


Saya bekerja di sebuah sekolah antarabangsa di Kajang. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana saban hari hidup saya dikelilingi anak kecil yang comel-comel belaka. Betul..mereka memang tak tahu apa-apa. Mereka tidak mampu membezakan antara baik dan buruk. Mereka tidak tahu samada apa yang mereka lakukan itu bercanggahan dengan Islam ataupun tidak. 

Jika kita lihat pada hari ini, jenayah dan masalah sosial dalam kalangan remaja sangat berleluasa. Bila saya tengok muka adik-adik yang saya ajar ni, risau pun ada, sedih pun ada. Pelajar Melayu di tempat saya bekerja ni sikit je. Alhamdulillah..bagusla tu. Tak payah hantar anak-anak ke sekolah antarabangsa ni. Hihi..bukan apa. Pelajar lelaki berseluar pendek dan pelajar perempuan pakai skirt. Bukan budaya orang Islam tu tapi kalau dah hantar anak belajar kat situ, perlulah ikut peraturannya. Iye dok? Tapi kalau pemakaiannya patuh syariat, tak ada masalah. Sekolah antarabangsa ni sangat bagus cara pembelajarannya. Menarik dan sangat kreatif terutamanya untuk tadika. 

Saya mengajar secara part-time kat situ. Selebihnya saya buat kerja pejabat. Walaupun sekejap, saya boleh tengok betapa budak-budak kecil zaman sekarang sangat terdedah pada bahaya teknologi. For your information, each student have their own iPad. Jadi, bayangkanlah..kalau tak dikawal, apa yang akan terjadi? Saya pernah terjumpa iPad seorang budak lelaki berlatar belakangkan gambar kartun perempuan yang sangat seksi! Budak lagi, sebab tu guna gambar kartun. Kalau dah besar sikit, agak-agak gambar apa pulak ye?

Salah siapa, ya? Saya nak salahkan ibu bapa boleh tak? Sebab mereka hantar anak mereka ke sekolah yang macam ni? Memang ada matapelajaran agama Islam tapi apalah sangat kalau setakat satu jam seminggu? Apa yang saya mampu buat adalah perkukuhkan asas mereka. Sekurang-kurangnya bila mereka dah besar, mereka boleh buat keputusan sendiri berlandaskan ajaran Islam. Tapi sebenarnya, adik-adik ni tahu pakai seluar pendek tu salah, pakai skirt tu salah. Tapi apa yang mereka boleh buat kalau dah ibu bapa mereka sendiri suruh? 

" Teacher..mana boleh orang lelaki pakai seluar pendek, kan?"
" Teacher..ajarlah saya sembahyang. "
" Teacher..ALLAH tu selalu tengok kita, kan? Tapi kita tak boleh tengok DIA. "
" Teacher..kenapa teacher pakai tudung? Mak saya tak pakai pun. "

Sedih tau bila tengok ada yang masih belum tahu solat. Ada yang bila hari Jumaat pakai seluar panjang dan ada yang pakai tudung. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya mereka tahu keberkatan dan kemuliaan Hari Jumaat. 

Ibu bapalah yang sebenarnya mempunyai peranan yang paling besar dalam hal ni. Kalau ibu bapa jalannya senget, macam mana anak nak jalan lurus? 


p/s: sekolah agama swasta perlu jadikan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa utama barulah ibu bapa yang suka hantar anak ke sekolah omputih ni berminat nak hantar anak belajar agama. Agaknyalah kot~ Takpelah..nanti saya bukakla sebuah. (^_^)

Read more...

Thursday, March 14, 2013

BERSYUKURLAH~


Pandanglah mereka di atas untuk kamu belajar apa itu erti kejayaan
Dan pandanglah mereka yang berada di bawah untuk kamu belajar apa itu erti kemanusiaan

Untuk apa kamu mengeluh di atas satu kekurangan sedangkan kamu tidak pernah bersyukur di atas seribu nikmat dan kelebihan yang telah dikurniakan

Oleh itu..bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang kerana boleh jadi, ada yang sedang mengimpikan apa yang sedang kita miliki..:)



"Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH (yang dikurniakan kepada kamu) nescaya tiadalah kamu dapat menghitungnya satu-persatu.."surah An.Nahl:18

Kita sering mengeluh dengan tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki. Kita sering sahaja cemburu dan iri hati melihat orang lain memiliki lebih daripada apa yang kita miliki. Itulah manusia..tidak pernah menyedari bahawa nikmat yang ALLAH berikan padanya itu sudah terlalu banyak dan tidak terhitung tetapi masih lagi tidak tahu untuk belajar mensyukurinya. 

Nikmat sihat..
Nikmat iman..
Nikmat keluarga..
Nikmat kawan..
Nikmat anggota tubuh badan..
Nikmat matahari..
Nikmat udara..
Nikmat, nikmat dan nikmat..
Kita jarang sekali menghitungnya tetapi sering sekali sibuk menghitung nikmat yang orang lain miliki.

Jom baca kisah Rasulullah  S.A.W. dan sahabatnya

Dikisahkan pada suatu hari, baginda keluar dari rumah dan pergi ke sesuatu tempat. Di tengah jalan, baginda bertemu dengan sahabatnya Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab lalu baginda bertanya mengapa mereka berdua keluar daripada rumah. Mereka menjawab:"tidak ada sebab yang menyebabkan kami keluar daripada rumah melainkan kerana rasa lapar." Baginda sendiri keluar daripada rumahnya kerana rasa lapar. Lalu baginda mengajak mereka mengunjungi seorang sahabat bernama Abu Ayyub Al-Ansari. Sebagai tuan rumah, Abu Ayyub berasa sangat gembira menerima kedatangan tetamu mulia itu lalu dia menghidangkan tetamunya roti, daging, kurma basah dan tamar kering. Selepas bagindan sahabat menikmati hidangan tersebut, baginda dengan mata yang berkaca-kaca bersabda:"Kenikmatan yang dirasai ini akan ditanya oleh ALLAH di akhirat kelak." (Hadis riwayat Muslim,Tabrani & Baihaqi)

Nah..itu baru nikmat makanan yang sedikit,belum lagi nikmat lain. Rasulullah s.a.w. sendiri merasa khuatir tetapi kita?? Terlalu banyak nikmat yang ALLAH beri pada kita, bersyukurlah. Jangan asyik melihat pada orang yang lebih atas daripada kamu tetapi lihatlah mereka yang berada di bawahmu maka saat itu barulah kamu sedar bahawa kamu sangat beruntung. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Barangkali ALLAH ingin menguji kita dengan nikmat yang sedikit daripada orang lain dan barangkali juga ALLAH sedang menguji kita dengan memberi nikmat yang banyak pada kita. Maka..bersyukurlah dengan apa yang ada.:)



Insan ini kurang anggota badan..tetapi dia tetap bersyukur. Kita??



Insan ini tidak mampu melihat cahaya tetapi dia juga bersyukur. Kita??




Insan ini makan dari atas tanah yang penuh kotoran tetapi dia tetap bersyukur kerana masih mampu hidup. Kita??



Read more...

Tuesday, February 26, 2013

Muslimah tapi terdedah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kini..adalah zaman di mana teknologi ada di mana-mana, bak kata orang dunia di hujung jari. Maklumat begitu mudah didapati, tidak perlu lagi berlama-lama di perpustakaan. Akses ke internet, dan tanya Uncle Google. Mudah, kan? Zaman ini juga merupakan zaman di mana manusia berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kejayaan, berlumba-lumba membina bangunan mencakar langit.

Hebat~

Tapi, bagi saya..semakin moden dan berteknologi sesuatu zaman itu, maka semakin besar dan semakin hebatlah cabaran serta fitnah yang perlu saya hadapi. Betul, tak?







Dan pastinya tidak ketinggalan, kemajuan dan kemodenan dalam berpakaian. Perkembangan fesyen pada masa kini begitu pantas sekali. Setiap hari, ada sahaja fesyen terbaru yang akan dipertonjolkan. Dan pastinya yang paling menarik perhatian saya adalah perkembangan fesyen Muslimah.

Alhamdulillah..saya bersyukur sangat sebab saya dapat melihat bahawa wanita pada masa kini sudah mula ada kesedaran untuk mengamalkan ajaran islam yakni bertudung. Kita dapat lihat ramai artis-artis yang dahulunya tidak bertudung, kini sudah bertudung. Syukur, Alhamdulillah.

 Tetapi, hakikatnya..adakah benar perubahan-perubahan itu adalah kerana ALLAH? Adakah perubahan yang kita laksanakan itu benar-benar selari dengan syariat Islam?? Atau adakah kerana ianya kerana mengikut trend semasa?? Sama-sama kita muhasabah dan koreksi diri kita.


Saya bukanlah seorang gadis yang menentang kemajuan berfesyen. Tidak sama sekali. Selagi mana fesyen itu menepati apa yang diajarkan dalam Islam, maka silakan. Tetapi, fesyen muslimah pada masa kini bagi saya bukan sahaja tidak menepat ajaran Islam bahkan pada pendapat saya seolah-olah menghina dan menyindir ajaran berfesyen dalam Islam! Kenapa saya kata begitu??

Baik~ 

Dalam Islam, kedudukan seorang wanita itu teramatlah tinggi dan mulia sekali. Kerana ingin memelihara maruah dan kehormatan seorang wanita itu, maka wanita itu diwajibkan untuk menutup aurat. Menutup aurat yang bagaimana?? Menutup aurat yakni menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan, memakai pakaian yang tidak menarik perhatian, tidak ketat dan tidak jarang.

Tetapi..bagaimana pula dengan fesyen muslimah yang sering dipertontonkan di kaca tv? Syarat 1 iaitu menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan, lulus! Tetapi..syarat lain?? Fesyen Muslimah yang sering saya lihat di kaca tv adalah terlalu menarik perhatian, terlalu ketat dan jarang!

Wahai gadis-gadis Muslimah..jangan menghina dan menyindir Islam dengan berpakaian atas nama Islam tetapi diadun-adun sesuka hatimu dengan alasan mengikut peredaran zaman, kononya Islam itu sesuai untuk semua zaman. Memang betul Islam sesuai dengan semua zaman tetapi ianya bukan bererti kita boleh mengubah-ubah apa yang Islam ajarkan pada kita agar sesuai dengan kehendak semasa. Sebaliknya, kitalah yang perlu menyesuaikan diri kita dengan ajaran Islam. Jangan jadikan alasan untuk tidak mahu kelihatan kolot, lantas kita sarungkan pakaian yang entah apa-apa ke tubuh badan kita.

“Ish..Iman,kau ni. Asyik pakai tudung selempang camtu je. Cubalah buat gaya lain sikit. Pin atas kepala ke, kat pipi ke, tak pun pakai selendang ke. Barulah fashionista~Hihi..” 


“Amboi..banyaklah kau punya fashionista. Kira ok lah ni aku sarung tudung bidang 60 tau. Kalau ikut hati aku, aku pakai je tudung labuh tu pergi office tau. Huhu..” 


Bila ada gadis-gadis yang membaca entry saya ni, mesti ada yang berfikir yang Si Pengemis Iman ni anti-fesyen. Oh,tidak. Saya tak anti pun. Cuma anti pada fesyen yang Muslimah tapi terdedah iaitu pakaian Muslimah tetapi dihiasi dengan gaya yang mendedahkan kecantikan seorang wanita.


Saya ada membaca di Majalah SOLUSI tentang fesyen muslimah kini yang membuang masa. Saya setuju tu. Mana taknya, kalau dah menghadap cermin berjam-jam sebab nak membelit selendang dengan gaya-gaya di majalah. Haish~Kan bagus kalau masa yang digunakan untuk membelit-belit tudung tu digunakan untuk melakukan perkara lain yang lebih bermanfaat.

Saya bukanlah ingin melarang sahabat-sahabat untuk berfesyen tetapi sekadar mengingatkan agar kita semua tidak berlebih-lebihan dalam berfesyen dan kita perlulah mengikhlaskan niat bahawa kita menutup aurat adalah kerana ALLAH dan bukan kerana ingin mengikut trend semasa.

Wallahu’alam..




Read more...

Saturday, January 19, 2013

Sehari di Konvensyen Fiqh Wanita & Islam

Bismillahirrahmanirrahim..

Lebih kurang jam 8.00 pagi, kami tiba di perkarangan MAEPS, Serdang. Subhanallah..ratusan umat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. yang dahagakan ilmu ALLAH telah pun berpusu-pusu ke kaunter pendaftaran. Majoritinya kaum Hawa, tetapi ada juga kaum Adam yang begitu gentleman turut sama-sama menghadirkan diri di Konvensyen Fiqh Wanita & Islam. Calon suami soleh ni..hihi.



Pembentangan 1 oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman bermula kira-kira jam 9.15 pagi. Pembentangan beliau bertajuk Fiqh Wanita dengan tema 'Wanita Solehah Pendamai Dunia'. Cantik sekali tema tersebut.  Semoga kita semua tergolong dalam golongan wanita-wanita solehah yang menjadi pendamai di dunia. Setelah itu diteruskan dengan Sidang Panel 1: Kedudukan Wanita di dalam Islam, antara Liberal & Ekstrem oleh Dr. Zahazan Mohamed dan Dr. Mohd Sukki Othman.



Dan, yang paling saya tunggu-tunggu..hihi, Perkongsian Hijrah oleh penampilan istimewa khas dari Indonesia, Oki Setiana Dewi. Sya suka tengok dia dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih sebenarnya. Hihi..


Pada sebelah petang pula diteruskan dengan Pembentangan 2: Rumahtangga & Kerjaya, Celik Mata dan Hati, oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad dan seterusnya Sidang Panel 2: Wanita Jangan Teraniaya oleh Dr. Haji Mohd Naim Hj. Mokhtar dan Dr. Sofiah Samsudin.



Saya sertakan serba sedikit perkongsian yang saya dapat di sana buat tatapan sahabat-sahabat semua. Semoga ada ibrah yang baik yang kita semua perolehi. InsyaALLAH..

Dalam pembentangan tersebut, menyentuh tentang bagaimana kedudukan wanita pada zaman Jahiliyyah. Wanita pada zaman Jahiliyyah dilayan dengan begitu buruk sekali seolah-olah wanita itu tiada nilai seorang manusia. Orang-orang pada zaman Jahiliyyah berasa malu apabila isteri mereka melahirkan anak perempuan dan sebahagian daripada mereka tergamak menanam bayi perempuan tersebut dalam keadaan masih hidup. Zalim sekali cara mereka memperlakukan wanita. Tidakkah mereka sedar bahawa mereka itu lahir dari rahim seorang wanita juga??

Ada juga dalam kalangan orang-orang seperti Yunani yang menganggap wanita sama rendahnya dengan barang dagangan di pasar, orang Cina mempunyai hak untuk menjual isteri mereka sesuka hati, orang Hindu pula menganggap wanita yang kematian suami tidak mempunyai hak untuk meneruskan kehidupan dan mengukur wanita seperti racun dan ular, orang Parsi pula boleh menikahi ibu dan saudara perempuan mereka sendiri dan di sisis orang Yahudi pula, bagi mereka martabat wanita itu seperti pelayan serta dianggap laknat kerana menyesatkan Adam dan wanita yang haid dianggap kotor dan dikuarantin. Hina sungguh kaum wanita bagi mereka.



Islam datang dengan memuliakan kaum wanita dan memperlakukannya secara adil serta melindungi kedudukannya dan diangkat martabatnya oleh ALLAH. Sabda Nabi S.A.W.,antara aspek yang diperlukan untuk mencapai keharmonian hidup di dunia adalah wanita. Mulia sekali seorang wanita itu di mata Islam. Subhanallah..

Tetapi, wanita bagaimana yang dikatakan wanita solehah pendamai dunia?? Di zaman serba moden ini, masih adakah lagi wanita solehah yang mampu menjadi pendamai seisi dunia?? Jika di zaman dahulu, dikatakan zaman Jahiliyyah kerana pada masa itu manusia berada di dalam keadaan tidak tahu. Tetapi, bagaimana pula dengan zaman Jahiliyyah Moden kini?? Adakah manusia masih tidak tahu??

Di zaman Jahiliyyah Moden ini, wanita diperalat sebagai pelaris barang dagangan. Jika kita lihat di media massa kini seperti televisyen, majoriti model yang digunakan untuk melariskan produk-produk seperti produk kecantikan, kesihatan dan sebagainya adalah wanita. Wanita-wanita ini tidak dipaksa bahkan mereka sendiri yang rela menggunakan aset diri mereka sebagai pelaris. Justeru, salah siaoakah masalah ini berlaku?? Wanita zaman moden ini bukan sahaja bangga menjadi pelaris bahkan mereka bangga menunjukkan aurat mereka kepada orang lain seperti di FB, TWITTER dan lain-lain laman sosial. Gambar-gambar dengan gaya yang menggoda dan menarik perhatian diupload dengan tujuan untuk ditatap oleh orang lain dan menerima pujian dari mereka khususnya kamu lelaki. Mereka menjadi hamba kecantikan luaran dan fesyen yang entah apa-apa. Hmm..bangga sangatlah tu~

komen si penengok: cantiknya awk..manis~
balas si wanita: eh..xdela, bese2 je..
komen si penengok: btol..awk nmpk cntik sgt pakai tudung tu, ayu je..
balas si wanita: awk ni..ada2 je, malu lah..

Hak..tuih~gedik bebenor..hihi :P

Wanita pada zaman serba moden ini juga terperangkap mengejar kejayaan mengikut standard lelaki. Lelaki jadi CEO, dia pun nak jadi CEO. Lelaki jadi askar, dia pun nak jadi askar. Semua dia nak. Bukan tak boleh, tetapi..disebabkan terlalu mengikut standard lelaki, ada dalam kalangan wanita-wanita ini yang mula menyalahkan islam dan mengatakan bahawa islam itu membebankan. Contohnya..kerjaya sebagai polis memerlukan karakter yang tegas dan berpakaian seragam. Wanita yang menceburkan diri dalam bidang ini ada yang mula merungut tentang pemakaian tudung yang diwajibkan Islam. Katanya, panas sebab perlu masukkan tudung ke dalam baju seragam. Hmm..tak suruh pun kerja tu.

Selain itu, ada wanita yang berpegang pada kata-kata bahawa wanita perlu bekerja dan mempunyai sumber kewangan sendiri supaya senang jika diceraikan oleh sang suami. Astaghfirullahal'azim..menikah ni persediaan untuk bercerai ke?? Salah persepsi tu. Patutnya buat persediaan untuk jadi isteri solehah. Ish, ish, ish..

Jadi, bagaimana menjadi wanita solehah yang mendamaikan dunia??

  • Solehah diri
Sebagai hamba ALLAH, kita mestilah sering merasakan bahawa diri kita ini tidak sempurna dan berdosa lalu menzalimi taubat dan muhasabah diri dalam kehidupan kita. Dalam menjalani kehidupan, wanita sering dicabar dengan pelbagai permainan emosi. Justeru itu, menjadi wanita solehah itu perlulah bijak dalam mengawal emosi. Emosi itu boleh menjadi kekuatan bagi seorang wanita jika digunakan dengan bijak. Selain daripada itu, wanita solehah tidak hanya mementingkan kecantikan luaran semata-mata tetapi kecantikan dalaman itu yang lebih utama. Apa guna berwajah cantik tetapi akhlaknya buruk.

  • Solehah pada suami
Menjadi isteri yang solehah merupakan impian terbesar wanita termasuklah saya, hihi. Menjadi isteri yang solehah perlulah bijak dan berhikmah dalam menasihati suami, menjaga aib suami, menja kehormatan diri apabila suami keluar bekerja, sentiasa mendoakan dan memberi layanan yang baik kepada suami. Macam senang kan? Huhu..


  • Solehah pada anak-anak
Zaman serba moden ini, kebanyakan kaum wanita sudah mula bekerja bagi membantu suami mencari nafkah hidup dan urusan menjaga dan mendidik anak-anak sering diserahkan kepada guru di sekolah ataupun penjaga nurseri. Sebagai seorang ibu, walau sesibuk mana sekalipun, urusan mendidik anak-anak tidak sepatutnya diserahkan secara bulat-bulat kepada orang lain. Seorang ibu yang solehah perlulah sentiasa mementingkan pendidikan anak-anak terutamanya pendidikan agama dan perlulah sentiasa menunjukkan contoh dan akhlak yang baik kepada anak-anak kerana ibu adalah contoh yang paling dekat pada anak-anak. Akhlak ibu itu nantilah yang bakal dicontohi oleh mereka apabila mereka dewasa.

  • Solehah pada kejiranan
Jiran yang solehah adalah jiran yang mampu memberi pengaruh yang baik kepada jiran-jiran yang lain. Contohnya, sekumpulan wanita sedang duduk berkumpul sambil menceritakan kisah buruk suami masing-masing. Seorang jiran yang solehah, dengan hadirnya dia di situ, dia mampu untuk menegur mereka dan membuatkan mereka malu untuk berperangai buruk. Selain itu, jiran yang solehah juga sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran lain, menjaga batasan aurat dan pergaulan dan tidak menjadikan isu-isu kecil sebagai punca perbalahan.

  • Solehah pada kerjaya
Maksud solehah pada kerjaya adalah mencari kerjaya yang baik, menjaga aurat dan pergaulan ketika bekerja. Dan paling penting, perlulah mempunyai keizinan suami untuk bekerja. Selain itu, walaupun bekerjaya, pendidikan anak-anak, tanggungjawab terhadap rumah tangga mestilah terus terjaga dengan baik dan matlamat bekerja itu bukanlah sebagai persediaan jika diceraikan tetapi diniatkan untuk membantu kewangan keluarga.

  • Solehah pada masyarakat
Menjadi solehah kepada masyarakat adalah dengan memberi sumbangan yang baik dan berguna. Selain itu, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti mendidik masyarakat seperti menjadi sukarelawan pada aktiviti-aktiviti kebajikan.

Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Selamat membaca!

p/s: tak dapat pergi untuk hari ke-2, ada urusan lain yang perlu diselesaikan..huhu





Read more...

Saturday, January 5, 2013

Lelaki yang masuk NERAKA kerana wanita


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, kita masih lagi dikurniakan nikmat untuk bernafas di atas muka bumi ALLAH ini.
Alhamdulillah, ALLAH masih lagi memberi kita peluang untuk mengecap nikmat sihat tubuh badan.
Alhamdulillah, nikmat Iman dan Islam itu masih lagi berada dalam diri kita. 
Syukur..ALLAH masih sayang pada kita.

Saya seorang wanita
Anda, pembaca blog saya juga antaranya adalah wanita
Pernah atau tidak anda terfikir bahawa diri anda akan menjadi penyebab lelaki masuk ke dalam neraka??
Apakah yang menyebabkan mereka masuk ke dalam neraka kerana anda??
Apa yang telah kita, wanita, lakukan yang menyebabkan mereka masuk neraka??

Ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik oleh wanita ke dalam neraka.
Ayah, suami, abang/adik lelaki dan anak lelaki,
Mengapa??

  • Ayah
Seorang ayah akan masuk neraka jika dia membiarkan dan tidak mempedulikan keperluan anak-anak perempuannya untuk belajar agama seperti mengajar solat, mengaji, menutup aurat dan sebagainya. Pada zaman serba moden ini, ramai sekali wanita-wanita yang tidak kenal agama, tidak menutup aurat dan seandainya si ayah terus membiarkan mereka berkelakuan seperti itu, tidak ditegur bahkan bangga melihat anak perempuannya berpakaian seksi, si ayah akan ditarik ke dalam neraka di akhirat kelak.

Hmm..ramai sangat saya tengok wanita-wanita yang tak menutup aurat di sekeliling saya tapi saya hairan sebab ayah diorang ni langsung taknak tegur. Bangga anak seksi. Bangga anak jadi perhatian lelaki. Ada 1 kisah tentang seorang ayah. Dia cukup menjaga bab pemakaian isteri dan anak-anak perempuannya. Suatu hari, anaknya memakai tudung yang tidak begitu patuh syariat ketika pergi ke kelas tuisyen. Dia tidak berkata apa-apa saat anak dia pergi tetapi sebaik sahaja anaknya pulang, dia meminta tudung tersebut daripada anaknya. Tanpa sepatah kata, dia mengambil pemetik api, keluar lalu terus membakar tudung tersebut di hadapan anaknya. Haa..dasat x dasat~ :p

  • Suaminya
Suami seringkali dipanggil dayus jika membiarkan si isteri berpakaian menjolok mata di luar rumah Betullah tu..bukan sahaja dayus bahkan bakal ahli neraka. Si suami seharusnya bertindak menasihati si isteri bukan berbangga isterinya melakukan maksiat di luar. Ada suami yang bangga isterinya seksi dan menjadi perhatian lelaki lain. Dayus,dayus~ Walaupun si suami merupakan seorang yang alim, tidak meninggalkan solat tetapi seandainya dia membiarkan dan mendiamkan dosa yang dilakukan oleh isterinya, dia akan turut ditarik masuk ke dalam neraka.

Saya tak nak suami saya masuk neraka sebab saya..huhu~

  • Abang/ adik lelaki
Apabila si ayah sudah pergi menghadap Illahi terlebih dahulu, tanggungjawab untuk menjaga ahli keluarga yang lain terutamanya wanita jatuh kepada abang dan adik lelakinya. Merekalah yang bertanggungjawab menasihati wanita untuk terus taat sebagai hamba ALLAH. Lelaki yang hanya mementingkan keluarganya sahaja tanpa mempedulikan kakak atau adik perempuannya yang sedang melencong dari ajaran Islam juga bakal ditarik ke dalam neraka.

Saya ada seorang je adik lelaki..dik, jaga akak ye~hihi :p

  • Anak lelaki
Apabila seorang anak melihat ibunya berbuat dosa tetapi tidak bertindak menasihatinya, dia juga bakal ditarik ke dalam neraka. Sebagai anak lelaki, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga ibunya bukan sahaja menjaga makan minumnya tetapi juga perihal akhlaknya. Anak yang baik pasti mahukan ibunya bersikap baik juga.

Dasyatnya tarikan wanita. Bukan sahaja di dunia wanita boleh menarik lelaki, di akhirat lebih dasyat lagi. Buat muslimah-muslimah di luar sana, jagalah auratmu, pelihara maruahmu, jaga kehormatanmu. Jangan sampai kamu menjadi asbab lelaki-lelaki ditarik masuk ke dalam neraka.

Wallahu'alam..


Read more...

Friday, January 4, 2013

Post pertama 2013

" Iman..esok dah tahun baru laa~"

Nur Iman yang sedang membaca novel berpaling ke arah sahabatnya, Khadijah yang sedang duduk meniarap di atas katil. Mata Khadijah tidak berkedip memandangnya. Nur Iman mengangkat keningnya 2 kali, tanda bertanya.

" Dah tahun baru.."
" Iye..dah tahun baru. Kenapa?"
" Dah tua.."

Nur Iman tersenyum. Esok, bertambah usianya setahun lagi. Usia semakin bertambah, tetapi iman dan amalan masih di takuk lama. Astaghfirullahal'azim..

Nur Iman menutup novel yang sedang dibaca. Dia bangkit daripada kerusi lalu melangkah ke arah Khadijah lalu melabuhkan punggungnya di atas katil bertilam empuk itu. 

" Kalau tahun baru, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Dijah?"
" Bunga api, konsert, maksiat, dating.."

Nur Iman mengangguk-angguk kepalanya perlahan. Di fikirannya juga tergambar perkara yang sama. Pada malam tahun baru kebiasaannya akan diadakan sambutan ambang tahun baru yang menampilkan artis-artis yang membuat persembahan dan pastinya tidak lupa, persembahan bunga api. Itu adalah fenomena yang tidak dapat dipisahkan apabila tibanya tahun baru di Malaysia. 


Dan sudah tentu malam tersebut menjadi pesta buat pasangan kekasih memadu cinta dan memerah rindu dendam. Huh~ 1hb Jan 2013, pasti ada berita pasangan-pasangan yang ditangkap kerana berkelakuan sumbang. Dan, 9 bulan akan datang di akhbar yang sama akan terpampanglah berita-berita tentang bayi dijumpai di tangga masjid, bayi dibuang ke dalam tong sampah dan statistik kadar pembuangan bayi pasti akan meningkat pada bulan tersebut. Dunia, dunia..Biarpun pelbagai langkah pencegahan dilakukan oleh pihak berkuasa dan pihak-pihak lain, fenomena Bayi Tahun Baru ini tetap berlaku dan meningkat saban tahun. 

Nur Iman melepaskan keluhan perlahan. Berat dadanya memikirkan masalah umat kini. Senget bahu terasa memikul beban dan tanggungjawab meluruskan kembali umat yang telah bengkok.

" Kenapa Iman tanya?"
" Hmm..tanya apa?"
" Tanya tadi la..perkara pertama yang Dijah fikir bila sambut tahun baru."
" Ohh..saja je tanya."
" Kalau Iman? Iman terfikir apa?"

Nur Iman tersengih.

" Hihi..kalau Iman, Iman terfikir KAHWIN! Haha.."
" Ceit, gatal betul!"

p/s: Hihi.. :P

Read more...

Wednesday, December 5, 2012

Andai Aku Mampu Berbicara

Andai aku mampu berbicara
Tidak akan sesekali aku membiarkan kau melangkah ke tempat yang penuh dengan maksiat itu
Tidak akan sesekali aku membiarkan kau melangkah ke syurga dunia yang penuh dusta
Aku rela kau membawaku berziarah ke rumah ALLAH
Aku rela kau membawaku ke tempat-tempat yang penuh dengan redha Yang Maha Esa
Bahkan aku juga rela jika kau ingin membiarkan aku merasa sakit
Merasa sakit kerana terlalu lama bersimpuh menyulam rindu pada ILLAHI di kala dinihari
Lakukanlah apa sahaja..
Asalkan ianya menempatkan aku di tempat yang mulia di sisiNYA


Andai aku mampu berbicara
Pasti kau akan selalu menerima tempias kemarahanku
Lantaran kau sering sahaja menggunakanku untuk melakukan maksiat
Aku tidak rela kau menggunakanku untuk menyentuh dia yang tidak halal bagimu
Tahukah kau di saat kulitnya bersentuhan denganku
Aku merasakan bahang kepanasan api neraka itu begitu dekat denganku
Gunakanlah aku untuk berbuat kebaikan
Gunakanlah untuk membantu mereka yang memerlukan
Aku tidak rela seandainya kau sering sahaja menggunakanku untuk melempiaskan nafsu durjanamu


Andai aku mampu berbicara
Aku ingin sekali menikmati keindahan ciptaan ILLAHI
Aku ingin sekali menghayati panorama indah di muka bumi ini
Tetapi..kau sering sahaja membuatkan aku sakit
Aku sakit sekali saat kau menonton filem-filem lucah
Aku sakit sekali saat kau membiarkanku menatap aurat wanita yang terdedah
Ah..bagaikan tiada lain yang mampu engkau lakukan
Saban hari..itu sahaja santapanmu untukku
Aku bosan!



Andai aku mampu berbicara
Pasti akan ku khabarkan padamu betapa panasnya diriku 
Panas sekali! 
Itu semua gara-gara kau yang enggan menutupku dengan selendangmu
Tahukah kau kepanasan api neraka adalah berjuta kali lebih hebat dari ini??
Apakah kau sanggup menahannya?? 
Oh..aku tidak sanggup
Tolonglah aku..
Lindungilah aku dengan helaian kain yang kau panggil tudung itu
Bukankah cantik sekali jika kau memakainya??
Mengapa kau membiarkan aku terdedah begini?
Sampainya hatimu..
Dan aku juga kasihan melihatkan sahabat-sahabtku yang turut kau biarkan terdedah begitu sahaja
Mereka malu kerana kau tidak menutup mereka dari pandangan manusia durjana
Kasihan mereka..



Kami semua akan mampu berbicara di akhirat kelak
Apabila tiba saat itu
Bersiap sedialah!
Kami akan membongkarkan segala apa yang kau lakukan terhadap kami selama kau hidup di dunia
Saat itu..
Tiada apa yang mampu kau lakukan
Segala pujuk rayumu takkan kami endahkan
Kami akan menelanjangkan kau di hadapan ALLAH
Biar ALLAH tahu bahawa kau menganiaya kami
Biar ALLAH tahu bahawa kau menyeksa kami
Rasakan!
Inilah balasanmu kerana menggunakan kami sesuka hatimu




p/s: sahabat-sahabat..anggota badan kita ini adalah pinjaman dari ALLAH. Gunakanlah ia untuk berbuat kebaikan kerana di akhirat kelak, di saat lidah kita tidak mampu lagi berbicara..anggota badan kita inilah yang akna menjadi saksi segala perbuatan kita di dunia.

Read more...

Wednesday, November 14, 2012

Hijrahkah kita??

1 Muharram 1434H, 7.08 minit pagi

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Laailahaillallah..
Allahuakbar..

Salam Maal Hijrah 1434H buat sahabat-sahabat semua. Semoga kita semua akan menjadi hamba ALLAH yang lebih baik lagi selepas ini. InsyaALLAH..semoga ALLAH sentiasa memberikan kita hidayahNYA dan menunjukkan kita kepada jalan yang benar.

Hari ini cuti. Tak ada kelas. Harap-harap masa tidak diisi dengan aktiviti yang sia-sia. Saya luangkan sedikit masa untuk menulis artikel tentang Maal Hijrah. Tahun lepas, saya nukilkan sebuah cerpen sempena Maal Hijrah ini. Tahun ini, saya sekadar ingin mencoretkan sedikit pandangan saya tentang keadaan-keadaan dunia di sekeliling saya yang tidak pernah merasakan erti sebenar penghijrahan dalam Islam.

Hijrah pada zaman serba moden ini bukanlah lagi hijrah dengan unta atau dengan kuda. Bukanlah hijrah kerana dikejar oleh musuh durjana. Bukanlah juga hijrah yang memerlukan kita berjalan di padang pasir yang panas membara. Tetapi, hijrah kita adalah hijrah hati, ubah sikap dan baiki diri kita kepada yang lebih baik dari yang sebelumnya. Saya? Adakah saya sudah berhijrah? Saya mencuba untuk menjadi Muslimah yang lebih baik setiap hari. Mohon doa dari sahabt-sahabat semua....




Ramai insan-insan di sekeliling saya yang tidak sedar mereka sedang berhijrah. Tetapi, bukanlah hijrah kepada yang lebih baik bahkan hijrah kepada sesuatu yang lebih buruk. Yang bercouple, keluar dating malam-malam. Yang tak pernah bercouple, dah mula bercouple. Yang tak pernah berbual mesra dengan lelaki, dah pandai bergurau senda dengan lelaki. Yang sebelum ini menjaga ikhtilatnya, dah mula terabai ikhtilatnya. Astaghfirullahal'azim..saya malu. Sebab saya tak mampu mencegah perkara ni dari terjadi. Bukan saya tak cuba, mungkin usaha saya belum cukup. ALLAH..bantulah hambaMU.

Ramai juga insan-insan yang tidak langsung mengambil tahu tentang hijrah ini. Kalau ditanya apa peristiwa yang terjadi pada tarikh ini, belum tentu mereka mampu menjawabnya. Saban hari hanya diisi dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Berchatting, berjalan ke sana ke mari..lupa dengan tanggungjawab yang tergalas di bahu kanan dan kiri. Malam Maal Hijrah, couple berada di kiri dan kanan saya. Tidakkah mereka sedar pada tarikh mereka asyik bercanda dan bercumbu mesra itu, Nabi Muhammad dan para sahabat sedang menggadai nyawa berhijrah dari Mekah ke Madinah demi untuk menyebarkan Islam ke pelusuk dunia. Jika saat itu nabi dan para sahabat leka seperti kita pada masa ini, adakah kita akan bergelar seorang Muslim?? Adakah kita akan dapat mengecap nikmat Islam yang sebenar?? Adakah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?? Adakah kita akan lahir sebagai seorang Islam????

Sahabat-sahabatku..ingatlah, dunia ini hanya sementara. Tiada apa yang akan kekal di dunia ini. Sebelum hijrah yang fana, hijrah dari dunia ke akhirat itu tiba marilah sama-sama kita berusaha menjadi hamba ALLAH yang lebih baik. Ambillah peluang yang masih ALLAH beri pada kita pada hari ini, peluang untuk kita bernafas di atas muka bumi. Manfaatkan sepenuhnya. Saat nyawa bercerai dari badan, tiada apa lagi yang mampu kita kesalkan. 

p/s: hijrah status..hihi 







Read more...

Friday, October 19, 2012

Keinginan Terbesar Seorang Wanita


"Keinginan Terbesar Seorang Wanita"

Keinginan terbesar bagi seorang wanita adalah untuk menjadi isteri yang terbaik buat suaminya
Dia ingin dirinya isteri yang menjadi penyejuk mata dan pendamai jiwa sang suami
Dia ingin dirinya isteri yang menjadi tulang belakang perjuangan sang suami
Dia ingin dirinya isteri yang menjadi tempat mengadu dan tempat berkongsi sang suami
Yang pada akhirnya akan membawa dirinya menjadi ibu kepada anak-anak dari orang yang dicintainya
Itulah salah satu alasan mengapa wanita begitu merindukan apa yang disebut-sebut sebagai PERNIKAHAN

Wanita tidak sama sekali merindukan seseorang yang datang hanya untuk memuji kecantikannya
Wanita tidak sama sekali merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujuk rayu dengan kata-kata manisnya
Wanita tidak sama sekali merindukan seseorang yang datang hanya untuk menjadi kekasihnya
Dan wanita tidak sama sekali merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya bahkan menjauhkan dirinya dari redha ALLAH

Akan tetapi...

Wanita sangat merindukan seorang lelaki yang benar-benar ada komitmen yang jelas untuk menjadi imamnya
Yang mahu memimpin dirinya menjadi seorang wanita yang solehah dan menyempurnakan sebahagian daripada imannya
Yang mampu menjadikan dirinya seorang wanita yang mulia di mata ALLAH
Yang mampu menjadikan dirinya seorang wanita yang taat kepada imamnya

Kerna dia yakin bahawa itulah jalan terbaik yang mampu mebawa kepada REDHANYA...


Read more...

Saturday, October 13, 2012

Dugaan itu Tanda DIA Sayang

Angin malam yang sekali-sekala bertiup menaikkan bulu roma. Aku mengurut-ngurut belakang leherku. Seram. Teringat kisah-kisah angker yang sering diceritakan oleh teman-temanku. Meskipun tidak pernah walau sekali aku bertemu dengan makhluk yang dipanggil 'hantu' itu, perasaan takut itu tetap ada. Aku bangun dan menutup tingkap ruang tamu yang terbuka. Ku lihat ke luar. Tiada apa yang kelihatan di mataku melainkan warna hitam pekat yang menghiasi malam nan sunyi itu. 

Aku kembali melabuhkan punggung di atas kerusi menghadap laptop kesayanganku. Satu keluhan halus terlepas jua dari mulutku. Penat.

" Hmm..banyak lagi kerja tak siap ni. Tapi mata dah mengantuk laa..". Aku berpaling melihat temanku, Aisyah yang sudah terbaring berbantalkan buku.

" Tidoq dulu lah. Aku dah mengantuk tahap maksima dah. Mata aku dah macam kena gam uhu ni."

Aku tergelak kecil mendengar ulah temanku dengan matanya terpejam rapat. Betullah tu dah kene gam uhu.

" Tidurlah dulu. Aku nak berjiwang jap."

" Aku tidoq kat sini jah. Hang kejut aku sat lagi nah."

" InsyaALLAH." Aku mengangguk perlahan.

Jejariku pantas menekan kekunci laptop. Mencari-cari berita semasa yang menarik. Ku jenguk sebentar ruang sosial Facebook yang sudah lama ku biar sepi. Mungkin ada sesuatu yang aku ketinggalan.

'Innalillah..ada kawan hilang motor. Kesian dia. Hmm..tanah runtuh, banjir, kemalangan jalan raya. Innalillahiwainnailaihiroji'un. Sabarlah saudara-saudaraku. Sesungguhnya dugaan itu petanda ALLAH sayang pada kita.'

Dalam menjalani liku-liku kehidupan sebagai seorang hamba ALLAH, kita pasti tidak akan lari daripaa ujian dan dugaan. Ujian dan dugaan itulah nanti yang akan menjadikan kita seorang yang tegar dan kuat semangat. Ujian dan dugaan itu jualah yang meletakkan kita pada satu kedudukan yang istimewa di mata ALLAH kelak. Masakan tidak? Orang beriman yang diuji adalah orang yang disayangi olehNYA.

'Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan (Al-Anbiyaa':35) '

Ayat ini menerangkan bahawa setiap insan itu akan diuji sama ada dalam bentuk kesusahan atau kesenangan untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran dan keimanannya. Siapa yang bersyukur, siapa yang kufur. Siapa yang sabar dan siapa yang putus harap.

Ada yang akan diuji dengan kesusahan seperti kematian orang yang tersayang, jatuh miskin dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan ujian kesenangan. Ujian kesenangan inilah yang sering membuatkan kita tertewas. Saat kita dalam kesusahan, kita akan mula mendekati ALLAH tetapi saat kita dalam kesenangan, hati kita mudah alpa dan leka. Kita lupa bahawa nikmat kesenangan itu juga sebenarnya adalah satu ujian buat kita untuk melihat sama ada kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur ataupun kufur dengan nikmatNYA. Justeru, hati-hati apabila anda tidak diuji dengan sesuatu yang membuatkan air mata anda mengalir. Mungkin ALLAH sedang menguji dengan nikmat yang membuatkan hati gembira.

Ada orang yang diuji dengan ujian yang berat dan ada juga yang diuji dengan ujian yang kecil dan ringan. Mengapa begitu? ALLAH sudah pun memberikan jawapannya.

' ALLAH tidak memberi kesusahan kepada seorang hamba melainkan yang terdaya olehnya ( Al-Baqarah : 286) '


Lihat tu. Betapa adilnya ALLAH pada hamba-hambaNYA. DIA tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapi. Justeru itu, seberat mana pun ujian yang perlu kita hadapi, pasti kita akan tetap mampu mengharunginya kerana itu janji ALLAH pada kita dan ujian itulah nanti yang akan menjadikan kita lebih dekat padaNYA.

' Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya ALLAH itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diberi dugaan. Oleh sebab itu, barang siapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan ALLAH dan barangsiapa yang tidak padanya kemurkaan ALLAH. (Hadis riwayat Al-Tarmidzi) '

Nah..sering kita mendengar ungkapan ada hikmah disebalik setiap dugaan yang menimpa. Memang benar dan tepat sekali ungkapan tersebut. Mana mungkin ALLAH menguji hamba-hambaNYA tanpa ada ganjaran dan hikmah yang menanti mereka. Yakinlah pada janji ALLAH dan bersabarlah atas setiap dugaan yang menimpa. Pasti akan ada sesuatu yang istimewa menanti kelak di dunia atau di akhirat.

Aku menyandarkan tubuhku ke kerusi. Ku pusing tubuhku ke kanan dan ke kiri. Berketup-ketup bunyi tulangku berlaga antara satu sama lain. Ku paling ke arah temanku yang masih ketiduran. Tersedar bahawa aku sudah mengabaikan nikmat tidur yang ALLAH kurniakan padaku. Kasihan tubuhku yang memerlukan rehat setelah seharian melaksanakan tugasannya untukku.

Laptop kesayanganku segera ku tutup. Aku bangun dan melangkah menghampiri temanku yang sedang belayar di alam mimpi.

" Aisyah, bangunlah. Tidur dalam bilik."

Aisyah membuka matanya perlahan kemudian ditutup semula. 

" Sat, sat..5 minit jah lagi."

" 5 minit, 5 minit..nak tidur 5 jam pun tak apa. Bangunlah, tidur dalam bilik. Esok je sambung buat kerja."

" Boleh tidur dalam bilik? Hihi..ok."

Aisyah segera bangundan berlari masuk ke dalam kamarnya. Aku tergelak kecil melihat ulahnya. Kakiku juga turut melangkah menuju ke kamarku. Aku merebahkan diriku di atas katil. Mengenangkan masih banyak tugasan yang harus aku selesaikan, mataku seakan enggan terkatup. Tetapi, memikirkan tubuhku yang sudah kepenatan, ku cuba juga untuk lena walau sebentar. Ini ujian untukku dan teman-temanku sebagai seorang pelajar. Semoga kami semua tabah menghadapinya.











Read more...

Thursday, July 19, 2012

Cerpen: Dakwah


Aku berjalan menuju ke sebuah tasik yang terletak berhadapan dengan rumahku. Bayu petang malu-malu menyapa wajahku. Terasa nikmat yang ALLAH berikan begitu berharga. Aku meneruskan langkahku menuju ke sebuah pondok kayu yang memang disediakan khas untuk para pengunjung lalu melabuhkan punggung di situ. Mataku liar memerhati kawasan sekelilingku. Pelbagai gelagat manusia yang dapat ku lihat. Aku memang gemar memerhati gelagat-gelagat insan di sekelilingku sebagai bahan dan idea untuk membuat cerpen dan novel. Kelihatan beberapa orang gadis seumurku turut bersiar-siar di tasik tersebut sambil bergelak ketawa. Kelihatan juga pasangan-pasangan muda asyik berpegangan tangan dan bermesra. Entahkan sudah halal entahkan tidak.

Aku menghembuskan nafas perlahan. Komputer riba yang aku bawa bersama ku pandang sepi. Niatku untuk menyambung penulisan novelku. Paling kurang aku ingin menulis sebuah artikel untuk dimuatkan ke dalam blogku. Tapi entah kenapa aku seakan-akan kehilangan idea. Kehilangan semangat. Sudah berbulan blogku dibiar sepi lantaran aku sibuk dengan imtihan. Beberapa orang pembaca setia sudah mula bertanya kerana aku terus menyepi tanpa khabar. Novelku juga sudah sekian lama tergendala. Aku seakan-akan kehilangan semangat untuk menulis. Entahlah.

" Assalamu'alaikum Iman..", Pantas aku menoleh mendengar suara wanita yang menegurku.

" Wa'alaikumussalam, eh..Kak Mai! Buat apa kat sini?" Aku bangun menghampiri Kak Humairah, seniorku di universiti. Aku menyalaminya dan kami berpelukan seketika. Terasa hangatnya ukhuwah setelah sekian lama tidak bertemu muka.

" Akak buat apa kat sini??"

" Amboi..macam tak suka je akak datang sini?? Bukannya nak tanya khabar ke apa ke."Aku tersengih mendengar kata-kata Kak Humairah.

" Tak ada la..bukan tak suka. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je muncul. Terkejutla.Tu yang tak sempat tanya khabar tu. Hihi..akak sihat?" Satu cubitan halus singgah di pipiku. Aku mengaduh perlahan.

" Alhamdulillah, akak sihat je. Tadi akak pergi rumah Iman. Kawan-kawan Iman kata, Iman keluar jalan-jalan kat tasik. Tu yang akak datang sini. Dari jauh akak nampak Iman termenung sorang-sorang. Macam ada masalah je?"

" Tak adalah, kak. Iman ok je. Ni akak datang sini ni mesti ada apa-apa ni. Takkan datang saja-saja, kan? Nak hantar kad jemputan ke? Hihi.."

" Ha'ah, memang akak nak hantar kad jemputan pun."

" Serius, kak?? Wah..tahniah! Siapa jejaka bertuah yang dapat Kak Mai yang cantik, jelita lagi solehah ni??"

" Pandailah Iman tu nak membodek akak. Rahsialah siapa jejaka tu. Iman kena datang tengok sendiri. Ni kadnya. Datang tau. Tak datang, siaplah!"

" InsyaALLAH, kak.."

Aku menatap kad jemputan berwarna biru itu. Ringkas sahaja tetapi cantik. Aku tersenyum menatap wajah Kak Humairah. Ada sinar bahagia di wajahnya. Aku tumpang gembira untuknya.

" Akak tengok Iman macam ada masalah je? Ceritalah kat akak. Mana tahu akak boleh tolong."

Aku tunduk memandang kakiku. Serba-salah aku dibuatnya apabila Kak Humairah memndang tepat ke anak mataku. Seakan-akan sedang cuba membaca isi hatiku. Sejujurnya, aku sendiri tidak tahu apa masalahku. Tetapi kebelakangan ini aku seakan-akan hilang roh dalam berdakwah. Hilang semangat dalam berjuang.

" Hm..entahlah kak. Iman pun tak tahu apa masalahnya. Kebelakangan ni, Iman rasa macam malas sangat. Semua benda malas nak buat. Blog Iman tu akak nak tau, dah berbulan-bulan Iman tak update."

" Lah..kenapa macam tu? Setahu akak, dulu Iman cakap Iman nak gunakan blog tu untuk berdakwah dengan cara Iman sendiri. Dengan tulis artikel, cerpen, novel. Kenapa dah tak update?"

" Busylah, kak.."

" Busy sangat ke sampai lalai dengan tanggungjawab Iman sebagai khalifah ALLAH?"

Aku mendiamkan diri. Aku tahu. Kak Humairah marah dan kecewa denganku. Salah aku sendiri yang tidak bijak menguruskan masa.

" Iman, Iman tahu kan tanggungjawab kita semua dalam berdakwah?"

" Tahu, kak."

" Jadi, Iman tak boleh bagi alasan busy dan sibuk dengan belajar, exam sebagai penyebab untuk Iman lupakan tanggungjawab Iman tu. ALLAH dah bagi kita semua 24 jam. 24 jam tu banyak, dik. Cuma kita yang tak tahu nak membahagi dan menghargai."

" Memang salah Iman. Iman tahu, kak. Maafkan, Iman."

" Bukan pada akak yang Iman patut mintak maaf tapi pada ALLAH."

" Akak..nasihatkanlah Iman. Iman rasa macam tak ada semangat sangat sekarang ni. Terangkanlah pada Iman tentang dakwah, kak. InsyaALLAH hati Iman akan kuat semula nanti."

" Dakwah seperti yang Iman tahu adalah tugas suci dan tanggungjawab yang ALLAH amanahkan pada kita semua sebagai khlaifah ALLAH di atas muka bumi ni. Tugas kita adalah untuk menyampaikan dan menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran kepada masyarakat. Ada macam-macam kaedah dakwah yang boleh kita gunakan dan yang Iman pernah bagitahu akak dulu adalah melalui blog. Bagi akak, cara tu sangat bagus sebab sekarang zaman IT dan zaman teknologi di mana kebanyakan orang menghabiskan bayak masa dengan internet. Itu adalah satu peluang untuk kita menyebarkan dakwah."

Aku mengangguk perlahan.

"Dalam Surah Ali Imran ayat 104,


dan hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya

Cuba Iman tengok di sekeliling Iman. Maksiat merata-rata, dik. Kalau bukan kita yang menegur mereka, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan di sini, di mana lagi?"

"Dalam situasi masyarakat masa kini yang mengharungi pelbagai cabaran dan dalam era globalisasi, dakwah perlu digerakkan sebagai membimbing manusia ke jalan yang betul. Oleh yang demikian, setiap individu Muslim perlu berganding bahu untuk sama-sama melaksanakan usaha dakwah, menyampaikan ajaran Islam serta memberi kesedaran mengenai ketinggian Islam bagi mewujudkan masyarakat Muslim yang terbaik.

Untuk itu, setiap Muslim perlu sedar dan perlu membabitkan diri dalam dakwah, sesuai dengan potensi atau keupayaan diri masing-masing. Terbinanya diri, keluarga dan masyarakat yang Islamik merupakan matlamat utama dalam dakwah.

Matlamat dan harapan ini tidak dapat dicapai sekadar menerusi ceramah dan khutbah tetapi melalui pelbagai bidang serta potensi yang ada. Oleh itu, perlu kita sedar bahawa segala potensi dan kemampuan yang kita ada atau miliki, perlu digunakan untuk kepentingan Islam dan dakwah Islamiah.

Sampaikanlah walau satu ayat.  Menunjukkan bahawa kewajipan berdakwah itu bukan pada ustaz atau ustazah atau ulama sahaja tetapi pada semua umat Islam. Dan kita sebagai insan-insan yang lebih terpilih, yang dah belajar agama sejak kecil, masuk sekolah agama dan ambil jurusan agama di universiti, tanggungjawab kita lebih besar lagi untuk menyampaikan pemahaman tentang Islam kepada masyarakat. Iman sendiri, berada dalam bidang perakaunan di mana bidang ni melibatkan pengurusan wang yang betul dan juga memerlukan kejujuran dalam melaksanakan tugas. Iman boleh berdakwah sebagai akauntan. Jangan sempitkan pemikiran bahawa dakwah itu hanya untuk mereka yang belajar agama. Salah persepsi tu."

" Betul tu, kak. Dulu Iman selalu fikir yang accounting ni tak penting sebab Iman pelajar sekolah agama. Iman nak ambil bidang agama. Tapi bila dah belajar, baru Iman sedar yang accounting tu pun ada dalam Islam bahkan sekarang dah ada unsur-unsur Islam dalam pembelajaran akaun. Bank-bank pun dah mula amalkan prinsip-prinsip Islam dalam pengurusan. Bila Iman tengok, ramai orang-orang bukan Islam je yang memonopoli bidang ni, Iman makin semangat nak belajar akaun. Iman nak betulkan semua prinsip-prinsip akaun konvensional yang salah tu nanti."

" Hah..bagus adik akak. Macam tu lah baru betul. Lagi satu, Iman ada bakat dalam penulisan. Gunakan bakat yang ALLAH bagi tu untuk salurkan dakwah melalui penulisan. Macam Kak Fatimah Syarha yang Iman minat sangat tu."

" Iman memang minat menulis. Kalau boleh satu hari nanti Iman nak terbitkan novel Iman sendiri."

" InsyaALLAH, dik. Usaha yang baik tu takkan disia-siakan oleh ALLAH."

" Tapi kan, kak. Iman selalu dengar orang cakap, dakwah melalui blog ni dakwah picisan. Dakwah yang tak berkualiti. Dakwah yang tak mampu mengubah orang."

" Siapa kata? Iman sendiri, bila membaca karya-karya motivasi, adakah Iman termotivasi untuk berubah menjadi lebih baik?"

Aku mengangguk.

" Haa..sama juga dengan blog. Mungkin tak semua tapi akak yakin ada yang termotivasi untuk berubah lebih baik bila membaca penulisan Iman. Akak sendiri termotivasi bila baca cerpen Iman dulu tau."

Aku sekadar tersenyum mengingat kembali kali pertama aku menulis cerpen.

" Biasalah tu, dik. Kita nak buat benda baik ni, memang akan adalah yang akan cuba nak melemahkan semangat kita, menjatuhkan kita. Syurga tu manis, sebab tulah perjuangan tu pahit. Kalau dua-dua manis, kencing manislah jawabnya!"

" Hihi..akak ni."

" Nabi Muhammad sendiri menghadapi cabaran yang tidak sedikit apabila dia menyampaikan dakwah. Dalam surah al-Hijr ayat 6,

Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): “Wahai orang yang kepadanya. diturunkan Al-Qur’an, sesungguhnya engkau adalah orang gila”.

Nabi kita dituduh dengan bermacam-macam tohmahan. Tapi dia terus sabar, tabah dan terus menyampaikan dakwah Islam. Kalaulah masa tu nabi berputus asa, Iman rasa kita boleh kenal Islam macam sekarang ni?"

" Cabaran yang Iman kena hadapi ni tak seberapa berbanding dengan apa yang nabi pernah hadapi dulu. Hmm..lemahnya Iman. Baru sikit kene kutuk dah mula rasa putus asa. Baru busy sikit dengan tugas-tugas sebagai pelajar, dah mula alpa."

" Jangan cepat putus asa, dik. Kuatkan semangat, kukuhkan iman, maju ke hadapan! Ingat firman ALLAH dalam surah Ali Imran ayat 110

Kamu(umat Muhammad, adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kamu meyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah serta kamu pula beriman kepada ALLAH.

Dan dalam ayat 195 ALLAH menceritakan ganjaran bagi mereka yang beriman dan berusaha dalam menyampaikan dakwah

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, samada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)."

"Sayangnya ALLAH pada kita kan, kak? Emm..terima kasih, kak sebab dah bagi banyak nasihat pada Iman. InsyaALLAH Iman akan sentiasa cuba perbaiki diri Iman lepas ni. Akak doakan Iman, ye?"

" InsyaALLAH, dik. Akak tak pernah lupa doakan Iman. Hmm..dah petang sangat ni, akak kena balik dulu. Jangan lupa datang tau minggu depan. Ajaklah kawan-kawan rumah nanti."

" InsyaALLAH, kak. Hihi..nanti cari-carikanlah untuk saya sekali. Mana tahu habis belajar ni boleh terus kahwin. Haha.."

" Amboi, gatal. Oklah, akak gerak dululah, ye? Jaga diri baik-baik tau. Rajin-rajinlah call akak nanti."

"Mana boleh kacau akak dah lepas ni. Nanti cik abang marah."

" Ada-ada je kamu ni, Iman."

Aku mencium tangan Kak Humairah. Lama kami berpelukan seakan-akan tidak sanggup berpisah. Sesungguhnya sahabat yang baik itu adalah permata yang sangat berharga. Aku tidak akan sanggup kehilangannya.

" Akak balik dulu ye, assalammu'alaikum."

" Wa'alaikumussalam."

Aku melambaikan tangan sambil memerhati kelibat Kak Humairah yang semakin menjauh. Sayu dan sebak menikam hati. Terlalu banyak yang aku pelajari dari insan bernama Humairah itu. Aku semakin bersemangat setelah mendapat makanan rohani sebentar tadi. Aku berazam untuk terus berjuang dan berdakwah melalui blog. Pedulikan mereka yang mencerca. ALLAH tahu itu salah satu usahaku untuk menegakkan Islam.

Aku membuka komputer riba yang sedari tadi dibiar sepi. Microsoft Word menjadi sasaran dan tanganku mula pantas menaip sebuah cerpen bertajuk 'Kerana Dakwah'.


Read more...

Friday, January 27, 2012

Tautan Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada ILLAHI kerana dengan izinNYA kita masih menikmati indahnya hari ini. Apa khabar iman sahabat-sahabat pada hari ini? Semoga kita semua akan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan cintaNYA.

Lama rasanya saya tak belayar ke alam maya. Kesibukan melampaui batasan! Hihi..saya harap entry kali ini memberi manfaat pada sahabat-sahabat semua. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah!Saya nak kongsi tentang sebuah novel ilmiah yang menjadi kegemaran saya. Biarlah walaupun novel ni dah lama, saya tetap nak kongsi jugak. Hihi..tak salah kan?(^_^)

'Tautan Hati'. Saya rasa ramai sahabat-sahabat yang dah baca novel Kak Fatimah Syarha ni kan? Sebuah novel yang sarat dengan pengisian untuk rohani kita. Saya sendiri baru sahaja menghabiskan pembacaan untuk kali yang ke berapa entah. Hihi..



Suka ingin saya kongsikan sedikit sebanyak dengan sahabat-sahabat semua apa yang saya perolehi dari novel ilmiah ini. Jadi pengulas novel tak bertauliah sekejap ye.


Watak utama dalam novel ini sendiri, Asiah Yusra, cukup memberi kesan kepada saya. Perwatakannya, bahasa puitisnya, akhlaknya, sifatnya dan segala-gala tentang dirinya amat saya kagumi sehinggakan saya berharap untuk bertemu dengan insan sepertinya. Saya ingin punya sahabat sejati seperti Asiah Yusra yang bersahabat bukan kerana yang lain tetapi kerana ALLAH. Masih adakah gadis seperti Asiah Yusra? InsyaALLAH.. ada, dan sama-sama kita berdoa agar kita mampu mencontohinya.

Sebagai seorang muslimah, sifat-sifat yang ditonjolkan dalam novel ini sangat wajar kita contohi terutamanya buat gadis-gadis di luar sana dan buat saya juga. Menutup aurat, sesuatu yang sering dipersoalkan oleh kebanyakan wanita. Kenapa? Apa relevannya?

Contoh yang diberikan di dalam novel ini, jam. Saya berikan contoh lain dengan konsep yang sama. Antara coklat Ferrero Rocher dan coklat harga RM0.20. Kalau anda diberi pilihan untuk memilih, bukan untuk dibeli, sekadar memilih, yang mana satu akan menjadi pilihan anda? Saya yakin anda akan menjawab coklat Ferrero Rocher. Dahlah mahal, sedap, bungkus cantik-cantik pula tu. Siapa yang tak nak, kan? Tapi hanya yang mampu sahaja yang layak memilikinya. Begitulah wanita. Sangat mahal dan cukup istimewa sehinggakan hanya lelaki sejati sahaja yang mampu memiliki dan menikmati keindahannya.

Sifat tawaduk, rendah hati, tegas dan romantis turut disampaikan melalui perwatakan Asiah Yusra. Kita patut contohi sikapnya yang bersungguh, tidak jemu dan romantis dalam bersahabat. Satu sms rindu yang kita ucapkan buat sahabat tersayang pasti akan mampu membuatkan senyuman terukir di bibirnya. Ini salah satu sikap yang saya sangat kagumi pada Asiah Yusra.




Dalam novel Kak Fatimah ini juga ada menyelitkan tentang betapa pentingnya tarbiah dan halaqah atau usrah. Inilah yang telah mencipta insan-insan hebat seperti Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Mereka sentiasa hidup dalam tarbiah dan saling ingat-memperingati antara satu sama lain. Tarbiah dan usrah bukan sahaja merangkumi perihal agama bahkan memenuhi semua aspek kehidupan. Berada di dalam usrah mampu menjauhkan kita daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ahli-ahli usrah sentiasa mengambil berat di antara satu sama lain dan dalam masa yang sama tarbiah yang diterima menjadikan usrah itu lebih bermakna.

Dan salah satu lagi yang ingin saya sentuh dalam novel ini adalah tentang cinta. Indahnya cinta bila ia bersulamkan syariat. Indahnya cinta bila ia berpaksikan dakwah. Indahnya cinta bila ia dibawah lembayung redha ALLAH. Indah kan? Itulah konsep cinta yang disampaikan melalui watak Asiah Yusra dan Umar Al-Mujahid. Emm..saya mengimpikan zauj seperti Umar. Hihi..

Setakat itu sahaja yang ingin saya kongsikan. Tak mampu nak bercerita panjang-panjang. Terlalu banyak kekangan. Semoga ada manfaat yang dapat diperolehi dari entry kali ini. Nak lagi jelas, baca novel tu sendiri. Hihi..

p/s: saya sedang berusaha untuk menjadi penulis novel seperti Kak Fatimah. Berkarya sambil berdakwah. Mohon doa dari sahabat-sahabat semua!

Read more...