Sunday, March 24, 2013

Sakit itu tanda ALLAH sayang

Assalamu'alaikum

Muqaddimah saya kali ni, saya nak minta doa dari sahabat-sahabat semua untuk ibu saya yang sedang sakit dan sekarang sedang berada di wad Hospital Kajang. Mohon doa dari sahabat-sahabat untuk kesembuhan ibu saya dari penyakitnya.

Kita selalu mengeluh bila kita sakit. Tapi, sedar tak kenapa kita sakit??

"ALLAH..sakitnya kepala aku."
"Adoi..apahal perut aku sakit sangat ni??"
"Aduh,kenapalah aku demam pulak hari ni? Tak larat aku nak buat apa-apa. Dah lah kerja bertimbun."


Sakit itu nikmat
Sakit itu penghapus dosa
Sakit itu bukti cinta ALLAH
Sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu

Tapi..ramai yang tak memahami hakikat sebenar ALLAH memberikan penyakit pada kita. Ramai yang menganggap sakit itu satu malapetaka, penghalang dalam membuat pekerjaan. Tapi..sedar atau tidak, penyakit itu sebenarnya merupakan petanda bahawa ALLAH itu selalu memerhatikan kita dan selalu ingat pada kita. Kerana itu DIA menurunkan sakit supaya kita juga perlu lebih mengingatiNYA. Ramai yang tak faham kasih sayang ALLAH ni. Tapi, bagi mereka yang memahami, sakit merupakan penghapus kepada dosa-dosa kecil mereka. Rugilah mereka yang menganggap sakit itu satu bala dan malapetaka.

Semoga sakit yang ibu saya alami menjadi nikmat buatnya. Amin..





Read more...

Sunday, March 17, 2013

MENJADI SOLEHAH


Menajadi solehah itu tidak mudah
Perlu ketabahan
Perlu kesabaran
Perlu kekuatan
Dan perlu hati yang kental
Kerana menjadi solehah itu
Banyak ujian dan dugaannya
Banyak pula cabaran dan rintangannya
Namun begitu
Tabahkan hati
Kuatkan iman
Kawal nafsu
Dan istiqamahlah dalam jihadmu
Kerana kata Nabi S.A.W. 
'Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah'

Aku? Aku belum mampu..ah, bukan aku cuma masih belum lagi menjadi solehah apalagi bergelar perhiasan tercantik di dunia. Diriku masih lagi terpalit dengan dosa-dosa dan noda hitam yang kadangkala aku sedar dan kadangkala aku tidak sedar. Selalu sahaja terdetik rasa cemburu di hatiku melihat wanita solehah yang terus istiqamah dalam menjaga kesolehah mereka sedangkan aku masih lagi terasa terumbang-ambing mencari arah. 

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.

Ah..mana mungkin aku sehebat mereka,kan? Tetapi..aku punya impian untuk menjadi seperti mereka. 

Read more...

Thursday, March 14, 2013

BERSYUKURLAH~


Pandanglah mereka di atas untuk kamu belajar apa itu erti kejayaan
Dan pandanglah mereka yang berada di bawah untuk kamu belajar apa itu erti kemanusiaan

Untuk apa kamu mengeluh di atas satu kekurangan sedangkan kamu tidak pernah bersyukur di atas seribu nikmat dan kelebihan yang telah dikurniakan

Oleh itu..bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang kerana boleh jadi, ada yang sedang mengimpikan apa yang sedang kita miliki..:)



"Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH (yang dikurniakan kepada kamu) nescaya tiadalah kamu dapat menghitungnya satu-persatu.."surah An.Nahl:18

Kita sering mengeluh dengan tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki. Kita sering sahaja cemburu dan iri hati melihat orang lain memiliki lebih daripada apa yang kita miliki. Itulah manusia..tidak pernah menyedari bahawa nikmat yang ALLAH berikan padanya itu sudah terlalu banyak dan tidak terhitung tetapi masih lagi tidak tahu untuk belajar mensyukurinya. 

Nikmat sihat..
Nikmat iman..
Nikmat keluarga..
Nikmat kawan..
Nikmat anggota tubuh badan..
Nikmat matahari..
Nikmat udara..
Nikmat, nikmat dan nikmat..
Kita jarang sekali menghitungnya tetapi sering sekali sibuk menghitung nikmat yang orang lain miliki.

Jom baca kisah Rasulullah  S.A.W. dan sahabatnya

Dikisahkan pada suatu hari, baginda keluar dari rumah dan pergi ke sesuatu tempat. Di tengah jalan, baginda bertemu dengan sahabatnya Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab lalu baginda bertanya mengapa mereka berdua keluar daripada rumah. Mereka menjawab:"tidak ada sebab yang menyebabkan kami keluar daripada rumah melainkan kerana rasa lapar." Baginda sendiri keluar daripada rumahnya kerana rasa lapar. Lalu baginda mengajak mereka mengunjungi seorang sahabat bernama Abu Ayyub Al-Ansari. Sebagai tuan rumah, Abu Ayyub berasa sangat gembira menerima kedatangan tetamu mulia itu lalu dia menghidangkan tetamunya roti, daging, kurma basah dan tamar kering. Selepas bagindan sahabat menikmati hidangan tersebut, baginda dengan mata yang berkaca-kaca bersabda:"Kenikmatan yang dirasai ini akan ditanya oleh ALLAH di akhirat kelak." (Hadis riwayat Muslim,Tabrani & Baihaqi)

Nah..itu baru nikmat makanan yang sedikit,belum lagi nikmat lain. Rasulullah s.a.w. sendiri merasa khuatir tetapi kita?? Terlalu banyak nikmat yang ALLAH beri pada kita, bersyukurlah. Jangan asyik melihat pada orang yang lebih atas daripada kamu tetapi lihatlah mereka yang berada di bawahmu maka saat itu barulah kamu sedar bahawa kamu sangat beruntung. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Barangkali ALLAH ingin menguji kita dengan nikmat yang sedikit daripada orang lain dan barangkali juga ALLAH sedang menguji kita dengan memberi nikmat yang banyak pada kita. Maka..bersyukurlah dengan apa yang ada.:)



Insan ini kurang anggota badan..tetapi dia tetap bersyukur. Kita??



Insan ini tidak mampu melihat cahaya tetapi dia juga bersyukur. Kita??




Insan ini makan dari atas tanah yang penuh kotoran tetapi dia tetap bersyukur kerana masih mampu hidup. Kita??



Read more...