Saturday, December 31, 2011

Ada apa pada Tahun Baru??

Situasi 1
''Sayang, jom kita dating malam ni. Malam ni kan tahun baru. Boringlah duduk rumah je."
"Ok, jom. Kita pergi tengok bunga api tau. Mesti cantik kan, baby?"
" Cantik lagi sayang baby ni. Hihi.."

Euww..jangan ada yang muntah.

Situasi 2
"Pukul berapa nak gerak pergi KL neh??"
"Petanglah..awal sikit.Ustaz Azhar nak turun KL. Conform jammed malam ni,kalau lambat..silap-silap kita dengar ceramah ustaz kat atas jalan je."
" Ok, apa-apa hal pun tak boleh miss malam ni. Pertama kali dalam sejarah Malaysia, malam tahun baru ada ceramah besar-besaran kat KL. Alhamdulillah.."

Perubahan baru pada tahun baru..

Situasi 3
" Dah tahun baru hari ni. YA ALLAH..semakin bertambah umur aku. Semakin dekat aku pada kematian. Semakin dekat kami semua dengan hari kiamat. YA ALLAH..golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang beriman."

Muhasabah diri..

Situasi 4
" Malam ini kita akan adakan operasi selepas tengah malam sehingga subuh. Kita tak nak ada bayi-bayi yang tak bersalah lahir atau dibunuh selepas 9 bulan nanti."
" Baik ustaz. ALLAHUAKBAR!!!"

Operasi amar ma'aruf nahi munkar..
* * * * *

Jadi, yang mana satu pilihan anda? Pilihan saya..rahsia~hihi..

Pada malam tahun baru, manusia berbondong-bondong keluar untuk merayakannya. Tidak kiralah walau di mana. Di tempat saya sendiri, Dataran Nilai dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat. Ada yang bersama keluarga, ada yang bersama rakan-rakan, ada yang berniaga dan tak lupa yang bersama teman maksiat. Couple laa...hmm, dah jadi macam trend pulak keluar dating pada malam tahun baru ni. Huhu..perlu ke???

Selepas 9 bulan dari tarikh hari ini, akan terpampanglah berita-berita yang kurang menyenangkan di kaca tv dan akhbar. Bayi dibuang di dalam semak, bayi dibuang di dalam lubang tandas, pelajar sekolah menengah lahirkan anak luar nikah,macam-macam..muak dah rasanya. Walaupun pelbagai operasi pencegahan dilakukan, masalah ini masih tetap berleluasa. Maksiat tahun baru! Kita tengoklah nanti, adakah statistik pembuangan bayi pada tahun ini akan meningkat atau berkurang. Wait and see~

Alhamdulillah, tahun ini sejarah tercipta pada malam tahun baru. Tempat yang selama ini dipelopori oleh artis-artis maksiat tanah air akhirnya tersergam gah menanti kedatangan Ustaz Azhar Idrus. Malam tahun baru tidak lagi dihiasi dengan pesta maksiat tetapi dihiasi dengan solat berjemaah dan ceramah. Subhanallah..syukur alhamdulillah.

Inilah yang kita mahukan. Semoga selepas ini akan lebih baik lagi.

Tiada apa lagi yang ingin saya coretkan. Coretan kali ini pun sekadar memenuhi permintaan sahabat-sahabat yang ingin menatap hasil karya saya yang tak seberapa ini. Maaf buat sahabat-sahabat semua, sekadar coretan ringkas sahaja untuk entry kali ini.

Semoga kita semua akan sentiasa berada dalam lembayung rahmat dan hidayahNYA. Amin..

p/s: saya tengah sibuk dengan final paper. Mohon doa daripada sahabat-sahabat semua. Semoga segalanya dipermudahkan.





Read more...

Sunday, November 27, 2011

Hijrah Karina

Cerpen ringkas sempena Maal Hijrah. Buat dalam keadaan tergesa-gesa. Hihi..enjoy~


Namaku Karina, Karina Lee a/p Krishnan. Aku berketurunan India Cina dan beragama Kristian. Hari ini, 1 Muharram. Bersempena hari yang amat bersejarah bagi umat Islam ini, aku turut berhijrah. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Kini, namaku Aisyah, Aisyah Maisarah Binti Abdullah Aku berketurunan India Cina dan aku beragama Islam.

* * * * * *

Karina atau Aisyah memberanikan diri melangkah masuk ke dalam rumahnya. Sepi yang bertamu menambahkan debar di hati. Baru sebentar tadi dia bergelar seorang Muslimah. Baru sebentar tadi dia mengucap kalimah syahadah. Baru sebentar tadi dia belajar membaca al-fatihah. Dan, dia tidak tahu sama ada keluarganya maklum akan perkara tersebut.

Perlahan kakinya memijak permaidani mewah yang terbentang di ruang tamu rumah banglo keluarganya itu. Dia berdiri tegak di situ. Memerhati sekeliling. Tiada apa yang mencurigakan. Tiada beg pakaian yang dicampak keluar. Tiada wajah papa dan mummy yang bengis. Tiada wajah granny yang merenung penuh benci. Tiada. Tiada apa-apa yang berubah.

Papanya sedang duduk membaca akhbar New Straits Time sambil ditemani secawan teh cina yang masih berasap. Di sisinya kelihatan granny yang ralit menyulam corak bunga di atas sehelai sapu tangan. Mummynya? Entah di mana.

“ Karina honey..why you standing here like a robot?? Here..ambil dulang ni ke ruang tamu. Your papa is waiting for you.”

“ Papa..tengah tunggu Karina??”

Puan Cecilia mengangguk perlahan. Dia menghulurkan dulang berisi sepinggan pau panas berintikan kacang kegemaran suaminya, Encik Krishnan.

“ Yes, he has something to discuss with you. Go..”

Aisyah@Karina menelan air liurnya. Terasa kelat tersekat di kerongkong. Kakinya masih lagi kaku seakan terpaku di atas permaidani mewah itu.

‘ALLAH..help me. I hope my papa doesn’t know about it. Please..I’m scared.’

Perlahan Aisyah@Karina melangkah menghampiri Encik Krishnan. Dia berdiri membelakangkan bapanya. Neneknya begitu asyik menyulam dan langsung tidak menyedari kehadirannya.

“ Papa..”

Encik Krishnan pantas menoleh. Dia tersenyum lebar apabila figura Aisyah@Karina terpampang di matanya. Pantas dia bangun lalu mengambil dulang di tangan Aisyah@Karina dan memeluk anak tunggalnya itu.

Aisyah@Karina terkaku. Dia tidak mengerti untuk apakah pelukan yang diterimanya itu. Setelah beberapa saat, fikirannya kembali ke alam nyata. Dia membalas lembut pelukan bapanya itu.

“ Papa..why are you so happy??”

“ I’m so happy today, darling. And semua tu adalah kerana kamu, Karina.”

“ Because of me?? Maksud papa??”

“ Karina sayang..Karina dah diterima masuk ke Yayasan Pendidikan Kristen Gereja Batak di Indonesia. I’m very proud of you, darling!”

“ What?!”

Aisyah@Karina melepaskan pelukan bapanya. Dia terkejut bukan kepalang mendengar perkataan ‘gereja’ yang keluar dari bibir bapanya. Terasa seakan seketul batu jatuh dan memberat di atas kepalanya.

“ Papa..I’ve told you. I don’t wan to..”

“ Why??”

Aisyah@Karina meraup wajahnya perlahan. Dia terduduk lesu di atas sofa di sebelah neneknya. Neneknya yang mengalami masalah pendengaran dan nyanyuk itu memandangnya tidak berkelip.

“ Karina, why are you crying?? Krish, what happen??”

Encik Krishnan menggeleng-geleng kepalanya perlahan.

“ Nothing, mom. Come..I’ll take you upstairs. Mama berehat di bilik, ok?”

“ What???? You said I’m naughty?? And you want the itik?? For what??”

Aisyah@Karina tersenyum dalam tangisnya mendengar kata-kata neneknya yang lucu. Memek muka neneknya yang berkerut-kerut menambah rasa geli hati padanya. Encik Krishnan sekadar menggelengkan kepalanya lalu menghampiri ibunya dan memimpinnya menuju ke kamarnya di tingkat dua.

Sebelum kakinya melangkah ke tingkat atas, kedengaran suaranya berbicara kepada Aisyah@Karina.

“ Karina..you must go! It’s an order!”

Aisyah@Karina mengeluh perlahan. Tangisnya kembali bertamu. Bibirnya menggumam perlahan.

“ I don’t want. I’m Islam now.I don’t want..”

* * * * * *

“ Ain, macam mana ni?? Papa I nak hantar I belajar di Indonesia. ALLAH..Ain,you don’t know that place. Very scary! Kristian all the time. They even teach us how to become a priest!”

Mereka sedang duduk berehat di sebuah taman permainan di taman perumahan mereka tinggal. Bayu petang terasa lembut menampar wajah membawa aroma rumput yang menyegarkan.

“ What? Ajar jadi paderi?? Paderi bukan untuk lelaki je ke??”

“ Yah..I mean for the guys.”

Aisyah@Karina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Habis kusut rambut panjangnya yang tidak diikat.

“ Karina..sorry, I mean Aisyah..apa kata you tell them the truth?”

“ Gila..”

Nurain menjongketkan sebelah keningnya mendengar jawapan Aisyah@Karina.

“ I bagi cadangan je..”

“ Mampos I kalau family I tahu pasal ni. Mesti I kena halau dari rumah.”

Tumbuh rasa simpati di dalam hati Nurain mendengar keluhan sahabatnya itu. Dia sendiri tidak punya kudrat untuk membantu. Dia menghampiri Aisyah@Karina lalu duduk di sebelahnya. Dia memeluk Aisyah@Karina dan menggosk-gosok belakang sahabatnya itu. Seketika terdengar tangis halus di telinganya.

“ Aisyah, jangan menangis. You ada I. Jangan risau.”

Nurain melepaskan pelukannya pada Aisyah@Karina. Tangannya mencapai sebuah mushaf al-quran tafsir yang terletak di atas meja berhampiran mereka. Dia menyelaknya perlahan sehingga tiba ke surah Al-Mukminun.

“ Aisyah..you tengok ayat ni. Ini janji ALLAH pada hambaNYA.”

Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)

“ I don’t understand.”

Nurain tersenyum. Dia memegang tangan Aisyah@Karina lalu mengusapnya perlahan.

“ Maksud ayat ni, ALLAH berkata kepada kita bahawa dia takkan sesekali menguji kita lebih daripada apa yang kita mampu. Maksudnya, setiap ujian yang kita hadapi pasti kita akan mampu mengharunginya dan menambah iman kita kepada ALLAH. Remember, HE is the MOST MERCIFUL. HE loves you, that’s why HE choose you to faced all this. HE knows that you will accept it with redha.”

“ Redha? What is redha?”

Nurain berfikir sejenak. Mencari-cari ayat yang mampu menterjemahkan maksud redha dengan bahasa yang mudah.

“ Hmm..redha ye? Ermm..redha tu maksudnya, bila awak diuji, awak terima ujian tu dengan hati yang rela.”

“ You mean accept it with open heart?”

“ Yes, with open heart.”

Aisyah@Karina termenung sambil menatap ayat-ayat di dalam tafsir al-quran itu. Jiwanya terasa sedikit lapang mendengar penjelasan daripada Nurain.

“ Thanks. But why me?”

“ Because you’re the choosen one. You anggaplah diri u seorang yang beruntung because the reason HE choose you to faced all this because HE loves you and HE want you to become a good muslimah. Just remember that.”

Nurain mencuit hidung kecil milik Aisyah@Karina. Gadis kacukan itu memang comel orangnya. Matanya bulat, hidungdan bibirnya kecil seperti orang Korea, kulitnya mulus dan bersih.

“ Aisyah, you dah jadi orang Islam. Why don’t you cover your hair? I mean, bertudung.”

Aisyah@Karina tersengih mendengar kata-kata Nurain. Dia tahu, lambat-laun pasti Ain akan bertanyakan soalan itu padanya. Bukan dia tidak mahu tetapi perasaan takut dipinggir oleh keluarganya sendiri mengatasi segala-galanya.

“ I bukan tak nak. Hmm..tapi I belum bersedia lagilah. I need time.”

“ It’s ok. I faham.”

Nurain kembali menyelak mushaf tafsir al-quran itu. Dia cuba mengingat-ingat ayat yang menerangkan tentang kewajipan menutup aurat.

“ Haa..ini dia.”

Dan hendaklah mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya” (an-nur:31)

Aisyah@Karina mengerutkan dahinya.

“ What is aurat?”

“ Aurat, it is something that you should care and covers from others. Rambut you, tubuh badan you..that’s aurat. And sebagai Islam, you perlu menutup aurat. You mesti pakai tudung and pakai baju-baju yang tak menampakkan bentuk tubuh badan you. Got that?”

“ Ok, I can understand that because I can see that you’re practicing it, right? But, can I ask you something? You said, I kena bertudung kan? And I can see banyak sangat tudung-tudung kat market sekarang ni. And those are so beautiful and attractive. Tapi, apa yang I nampak pada you tak sama. Tudung you besar sangat and don’t even have corak-corak. Kenapa you tak pakai macam kawan-kawan you? I pernah nampak you pakai tudung corak-corak tapi still too bigger from the others. Why?”

Nurain tersenyum menampakkan barisan giginya yang teratur sambil itu jemarinya kembali menyelak-nyelak mushaf al-quran di tangannya.

Hai nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin semua, hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas(muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali sebagai wanita Islam( al-ahzab:59)

“ Haa..ayat ni dah pun menjawab persoalan Aisyah tadi. ALLAH berpesan kepada kita supaya bertudung dengan tudung yang labuh which mean yang menutup dada. Tak kisahlah macam mana sekalipun bentuk tudung tu, as long as ianya menutup dada kita. And for me, I selesa bertudung macam ni.”

“ Tapi kenapa ALLAH suruh kita buat macam tu? Kan cantik tudung-tudung yang they all pakai tu?”

Nurain sekali lagi tersenyum. Dia mengerti gelojak perasaan ingin tahu di dalam hati Aisyah@Karina. Dan dia tidak merasa penat dan lelah untuk menjawab soalan-soalan sahabatnya itu selagi dia mampu. Seboleh mungkin dia ingin Aisyah@Karina benar-benar memahami erti Islam.

“ Ok, I bagi you satu contoh. Bila kita naik motor, apa yang mesti kita pakai?”

“ Helmet?”

“ Yes, helmet. Why?”

“ So, kalau accident nanti kita punya kepala akan terlindung daripada kecederaan yang teruk.”

“ Adakah ianya bermakna yang kita akan accident kalau pakai helmet??”

“ Of course not. Untuk langkah berjaga-jaga. Nonsense la you ni. Kalau pakai helmet means kita akan accident, nobody will use it.”

Nurain ketawa kecil.

“ That’s the same concept bila I bertudung labuh.”

“ Heh??”.

Aisyah@Karina mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Wajahnya berkerut seribu. Dia tidak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh Nurain.

“ Maksud I, I pakai tudung labuh ni sebagai langkah berjaga-jagalah. You pun tahu kan zaman sekarang ni, ladies terdedah dengan macam-macam bahaya. So, dengan berpakaian macam ni lah I boleh elakkan semua tu. You tengok diorang yang pakai tudung pendek-pendek tu. Tutup dada tak? Tak, kan? And you know lelaki, kan? Bukan semua lelaki baik dalam dunia ni. You dapat tak apa yang I cuba nak sampaikan ni?”

“ Ok, I think I understand what you mean. Maksud you, bertudung labuh ni dapat mengelakkan lelaki berniat buruk terhadap you kan sebab you dah tutup semua badan you dengan tudung labuh tu. Tapi, kalau yang pakai tudung pendek tu and lelaki nampak tubuh badan diorang, diorang maybe terdedah dengan bahaya macam rogol or something like that, kan??”

“ Pandai pun..”

Aisyah@Karina tersenyum manis mendengar pujian daripada Nurain.

“ And another one thing, you pakai tudung labuh ni kan Ain..that kind of guy, what we call it yah? Ustaz..yes, ustaz, diorang suka pada you. I can see it at the way they act in front of you. Orang macam tu mesti baik, kan? I nak pakai tudung labuhlah. Nanti mesti ada ustaz yang jatuh cinta dengan I, kan? Hihi..”

“ Amboi, tak baik tau. You nak pakai tudung labuh mesti ikhlas kerana ALLAH bukan kerana nak ustaz jatuh cinta pada you. Naughty tau Aisyah ni.”

“ Hihi..just kidding. But tak salah kan? Err..sambil menyelam minum air, betul kan peribahasa tu??”

“ Hihi..ada-ada je lah you ni tau. Dahlah, jom balik rumah I. Ibu I tengah tunggu you. Dia nak belanja you makan makanan favourite you hari ni. Hadiah untuk you jadi saudara baru kami.”

“ Wow..really??”

“ Yelah..dah, jom.”

Nurain bangkit daripada duduknya. Dia melangkah diikuti oleh Aisyah@Karina di belakangnya. Tiba-tiba Aisyah@Karina memegang tangannya. Pantas dia menoleh ke belakang.

“ Kenapa?”

“ Thanks..thanks a lot.”

Nurain tersenyum.

“ That’s what friends for.”

Nurain mengenyitkan matanya lalu mereka bersama-sama melangkah ke rumah Nurain.

* * * * * *

Pangggg!!!

Penampar sulung yang diterima oleh Aisyah@Karina dari bapanya menyebabkan dia jatuh terduduk ke lantai. Darah merea mengalir dari tepi bibirnya. Dia cuba menahan tangis tapi ia tetap menghambur keluar. Dia tidak menyangka bapanya akan bersikap sekasar itu terhadapnya.

“ Papa..”

Aisyah@Karina cuba meraih simpati.

“ Shut up!!! I’m not your papa anymore!!! Get out from my house!!! I don’t have any daughter like you!!! Get out!!!!!”

Tengkingan bagaikan kilat menyambar bumi itu menyebabkan Aisyah@Karina terus bangun. Dia gerun dan takut melihat wajah bengis bapanya. Saat itu, bapanya kelihatan seperti seekor singa yang sedang marah kerana makanannya dirampas. Bila-bila masa sahaja dia kan menerkam. Dia tidak ingin menerima penampar buat kali kedua.

Aisyah@Karina melangkah ke muka pintu. Wajah sayu ibunya menyebabkan tangisnya kembali berlagu. Pantas dia memeluk erat ibunya.

“ Honey, why are you doing all this?? Sampai hati Karina buat mummy macam ni. Karina dah tak sayang mummy ke??”

“ Mummy..don’t say that. I love you with all my heart. I’m sorry but this is the road that I choose. Please give me your blessing, mummy.”

“ Go..may God bless you my daughter.”

Aisyah@Karina mencium tangan dan pipi ibunya. Dia memeluk ibunya seerat mungkin.

“ Mummy..please don’t tell granny. She’ll hate me if she knows.”

Aisyah@Karina melepaskan pelukannya. Berat sungguh hatinya untuk melangkah pergi namun apakan daya, tempatnya kini bukan lagi di banglo mewah itu. Dia telah dihalau keluar oleh bapanya sendiri. Dia belajar untuk redha.

Sehelai sepinggang dia melangkah menuju ke rumah Nurain. Hanya Nurain sahaja yang berada di dalam fikirannya saat itu. Hanya Nurain sahajalah harapannya saat itu. Hanya Nurain sahajalah tempat dia meminta pertolongan saat itu. Dia terlupa, dia ada ALLAH.

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR..

Tersentak Aisyah@Karina saat telinganya menangkap suara azan tersebut. Dirinya bagaikan terkena kejutan elektrik. Pantas dia tersedar.

“ Oh, ALLAH..I’m sorry that I forget about you. I forget that you’re always with me. I’m sorry.”

Langkah kakinya yang menuju ke rumah Nurain segera dibatalkan lalu kakinya ringan menuju ke sebuah surau kecil. Kelihatan sudah ramai jemaah yang berada di dalamnya.

Dia menuju ke tempat mengambil wudhu perempuan. Pantas dia berwudhu. Terasa segar saat air wudhu membasahi wajahnya. Kakinya menghala masuk ke dalam ruangan solat wanita. Jemaah wanita di situ memandangnya dengan sebuah pandangan yang menghairankan. Mungkin mereka hairan melihat seorang gadis berbaju ketat dan berseluar pendek masuk ke dalam surau.

Aisyah@Karina tidak menghiraukan mereka. Dia mencapai sehelai telekung lalu terus masuk ke dalam saf.

“ YA ALLAH..help me. Show me the way.”

* * * * * *

“ Cik..cik, bangun cik.”

Nurain menyentuh perlahan bahu seorang jemaah wanita yang tertidur di penjuru surau. Dia menggerakkan tubuh itu perlahan-lahan. Tiba-tiba tubuh itu memusingkan wajah padanya.

“ YA ALLAH! Aisyah! Aisyah..Aisyah, bangun. Kenapa tidur kat sini ni?? Aisyah, Aisyah..”

Terpisat-pisat mata Aisyah@Karina saat mendengar namanya dipanggil-panggil. Sangkanya dia sedang bermimpi apabila melihat wajah Nurain di hadapannya.

Usai solat tadi, dia mengambil tempat di penjuru surau. Hajatnya sekadar ingin berehat melepaskan lelah. Dia bersandar di dinding. Entah bila dia tertidur, dia sendiri tidak pasti.

Aisyah@Karina bangun sambil menggosok-gosok matanya. Dia tersenyum pada Nurain yang kelihatan garis-garis kerisauan pada wajahnya.

“ Aisyah..kenapa you tidur kat sini?? Apa dah jadi??”

Pantas kesedihan bergayut di tangkai hatinya. Teringat insiden di rumahnya tadi menyebabkan air mata kembali ingin mengalir keluar.

“ Eh, kenapa menangis ni? Aisyah..”

Nurain kaget melihat Aisyah@Karina yang tiba-tiba teresak-esak. Hairan. Apa yang sudah terjadi pada sahabatnya itu. Diperhatikan wajah Aisyah@Karina lama. Ada kesan merah pada pipinya dan ada kesan luka yang masih baru di hujung bibir gadis itu. Dia cuba untuk menyentuh.

“ Auww..sakitlah Ain.”

“ Sorry..dahlah, cabut telekung tu. Jom ikut saya balik rumah.”

Aisyah@Karina akur mendengar arahan Nurain. Dia sendiri sudah tidak tahu ke mana harus dia pergi. Dia kini sudah sebatang kara. Tiada lagi tempat bermanja. Sekelip mata dia bagaikan anak yatim piatu di dunia ini.

“ Ain..I..”

“ Sudahlah, don’t say anything. Kita balik rumah I dulu. You mandi, berehat and then baru you cerita apa yang sebenarnya terjadi pada you. Ok?”

Aisyah@Karina mengangguk perlahan. Buntu.

* * * * * *

Seminggu sudah berlalu sejak dirinya menjadi penghuni di rumah Nurain. Bererti seminggu sudah dia keluar daripada rumah keluarganya. Rindu. Dia sangat merindui kedua orang tuanya. Selama ini dia tidak pernah berjauhan daripada mereka. Tetapi kini, bukan hanya jasadnya sahaja yang jauh daripada mereka tetapi hatinya juga telah dicampak jauh oleh mereka.

“ Assalamu’alaikum..termenung jauh nampak? Teringatkan ustaz manalah tu?”

Aisyah@Karina pantas mengukirkan senyuman, cuba untuk menutup kepiluan hatinya sebentar tadi.

“ Wa’alaikumussalam. Ain ni..mana ada I termenung. I tengah tengok burung tu. Bahagia je mereka memadu kasih. Seronok kan kalau ada pasangan hidup yang membahagiakan kita?”

Sepasang burung pipit yang sedang menari di awan menjadi tumpuan mereka. Kelihatan mesra dan riang sungguh sepasang burung itu berkongsi cinta dan kasih antara mereka.

“ Naughty betul. Dah tak sabar nak kahwin, ya?”

Aisyah@Karina tergelak kecil. Sering benar dia mendengar perkataan ‘naughty’ dari bibir Nurain yang ditujukan untuknya.

“ Bukan naughtylah. I serius ni. I think, I better get married. It’s better than I stay here and menyusahkan you sekeluarga. Sampai bila, kan? Kalau I kahwin, at least I ada seseorang yang boleh bimbing I sepenuhnya. Betul, tak?”

Nurain sekadar mendiamkan diri menanti bicara seterusnya dari bibr Aisyah@Karina.

"I pernah baca ayat ni..”

Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui(Surah An-Nur 24:32)

“ Kekayaan there doesn’t mean money, right? I rasa kekayaan tu maksudnya ALLAH akan merahmati orang yang berkahwin, ALLAH akan memberi rezeki pada orang yang berkahwin, ALLAH akan meredhai orang yang berkahwin keranaNYA. It is, right? And I want to feel that. I want to feel the rahmat and redha from ALLAH. I need someone that can guide me to ALLAH.”

Nurain menarik nafas lalu menghembusnya perlahan. Kata-kata Aisyah@Karina menyentuh hatinya. Dia sama sekali tidak menyangka Aisyah@Karina akan berfikir sejauh itu. Dia akui sebagai sahabat, tidak banyak yang mampu untuk dibantu. Dia sendiri punya kehidupan yang perlu diuruskan dan dia akui Aisyah@Karina memerlukan seseorang yang mampu membimbingnya secara berterusan. Seseorang yang dekat dengannya. Bukan saja pada jasad tetapi pada roh dan hatinya. Hanya insan yang bergelar suami yang mampu melaksanakan tanggungjawab itu.

“ Aisyah..”

Aisyah@Karina menoleh ke arahnya. Nurain menatap wajah itu penuh kasih. Wajah itu kini bersinar cahaya iman. Tiada lagi rambut panjang yang dibiar bebas. Kini hanya tudung labuh dan baju kurung yang menjadi pakaian seharian. Tafsir al-alquran menjadi makanan rohaninya setiap hari. Dia kagum dengan kesungguhan sahabatnya itu.

“ Ya, Ain? What’s wrong?”

Nurain pantas menggelengkan kepalanya.

“ Nothing..”

Azamnya untuk merealisasikan harapan sahabatnya itu tersimpan kukuh di dada. Dia berjanji pada dirinya untuk membantu sahabatnya itu menjadi insan yang dirahmati dan diredhai oleh ALLAH.

* * * * * *

“ Jemputlah masuk, ustaz.”

Khairil melangkah masuk ke dalam rumah gadis bernama Nurain itu. Ada debar bertamu di hati.

“ Duduklah dulu, ustaz. Saya ke dapur sekejap.”

Nurain pantas melangkah ke dapur. Di dapur, Aisyah@Karina sedang sibuk membancuh the buat tetamu mereka.

“ Aisyah, just leave it to me. You hantarkan kuih ni dulu ke depan.”

Nurain mengarahkan Aisyah@Karina untuk menghantarkan sepinggan karipap yang baru dibelinya sebentar tadi. Tanpa rasa syak wasangka, Aisyah@Karina akur. Dia tidak tahu bahawa ada agenda tersembunyi di antara Nurain dan pemuda bernama Khairil itu.

“ Assalamu’alaikum, ustaz..please, have some.”

Terkedu Khairil mendengar bicara lunak itu. Dia mencuri pandang wajah gadis yang sedang meletakkan sepinggan karipap di atas meja di hadapannya.

‘ Cantik..fuh, cakap BI!’

“ Ain mana?”

Pantas Khairil mencelah sebelum sempat Aisyah@Karina berlalu pergi. Sengaja. Dia memerlukan sedikit waktu untuk meneliti gadis bernama Aisyah itu.

“ Ain? She’s in the kitchen. Sekejap lagi dia keluar. Emm..ustaz ni boyfriend Ain ke?”

Khairil tergelak kecil mendengar soalan jujur daripada Aisyah@Karina itu. Dia berdehem sambil mengambil seketul karipap lalu disuap ke mulutnya.

“ Emm..sedap karipap ni. Awak yang masak ke?”

Aisyah@Karina mengangkat sebelah keningnya. Hairan melihat perilaku pemuda di hadapannya itu.

“ Err..I minta diri dulu.”

Khairil sekadar menganngguk. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman. Dari pengamatannya, benarlah seperti kata Nurain, Aisyah masih banyak yang kurang dan masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang muslimah sejati.

Nurain muncul semula bersama dulang berisi seteko teh dan 2 biji cawan. Dia tersenyum melihat ulah seniornya yang dipanggil ustaz itu. Serba tak kena. Sekejap dia duduk, sekejap dia bangun. Sekejap dia membaca akhbar, sekejap dia termenung.

“ Hai, ustaz..macam kucing hilang anak je gayanya? Macam mana? Apa pendapat ustaz?”

“ Ish..enti ni, lama betul kat dapur. Sengaja kan? Hmm..sekali tengok ana dah berkenan tapi tunggu ana istikharah dulu. Dalam masa 3 hari ana akan bagi jawapan pada enti.”

“ Ana ok je. Jemputlah minum, ustaz.”

“ Ya, syukran.”

Khairil mengambil cawan berisi air teh itu lalu menghirupnya perlahan. Dadanya terasa panas sebaik sahaja air itu masuk ke tubuhnya. Lega. Jauh di sudut hatinya dia berharap gadis tadi adalah jodohnya. Dia ingin menjadi seperti Rasulullah yang menikah dengan seorang wanita bukan kerana rupanya tetapi dengan niat untuk membantunya. Tetapi, dia sedar hatinya yang berdebar saat dia melihat Aisyah@Karina. Sehingga saat ini hatinya masih lagi tidak keruan. Entah kenapa.

‘ YA ALLAH..bantulah aku. berilah aku petunjukMU.’

* * * * * *

“ Pendapat Ain macam mana? I don’t know what to say. It’s just too sudden.”

“ Eh, eh..tanya I pulak, bukan I yang nak kahwin. You, ok? And tak ada sudden-sudden. Hari tu you yang nak sangat kahwin, kan? Ni I dah carikan calon untuk you.”

Aisyah@Karina mengambil bantal lalu menekupkan wajahnya dengan bantal tersebut. Tiba-tiba dia menjerit. Suaranya tenggelam.

“ Aaaahhhh…tapi dia nak ke kat I???”

Nurain ketawa kuat melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Aisyah@Karina. Lucu sungguh sahabatnya itu. Macam orang dilamun cinta sedang menanti jawapan sama ada cintanya diterima ataupun tidak.

“ You’re so funny! Hello..kalau dia tak nak kat you, takkanlah I tanya you nak kat dia ke tak. Hmm..listen, he likes you and he want to marry you. Kalau you setuju, next week dia datang dengan keluarga dia. Merisik and then bertunang sekaligus.”

“ Merisik? What merisik??”

“ Err..merisik tu..ahh, abaikan je lah. Yang penting sekarang, you setuju ataupun tak??”

Aisyah@Karina menatap wajah Nurain. Lama. Tidak berkelip matanya. Nurain memain-mainkan sebelah keningnya tanda dia sedang menanti jawapan.

“ Setuju…..”

Aisyah@Karina menggumam perlahan sambil mengerdipkan matanya beberapa kali. Senyumnya nakal.

“ Naughty!”

Nurain menjerit kecil sambil membaling sebiji bantal berbentuk hati ke arah Aisyah@Karina. Mereka sama-sama ketawa dalam bahagia.

* * * * * *

“ Cantiknya Aisyah. Cantik sangat!”

Nurain memuji-muji Aisyah@Karina yang sudah siap didandan. Dia sedang duduk berteleku di atas katil sambil menundukkan wajahnya.

Nurain segera menghampirinya dan duduk di sebelahnya. Dia memegang bahu Aisyah@Karina. Aisyah@Karina pantas memeluknya. Dia menangis.

“ Eh, kenapa menangis ni? You nak kahwin dah kejap lagi. You should be happy. Janganlah menangis sayang ooii. Habis mekap you nanti.”

Aisyah@Karina menumbuk-numbuk perlahan bahu Nurain. Dia masih lagi teresak-esak.

“ Stop it, ok? What’s wrong with you? Look at me!”

Nurain memegang kedua-dua belah bahu Aisyah@Karina dan memaksa sahabatnya itu supaya melihat wajahnya. Sahabatnya itu cuba menyembunyikan wajahnya daripada Nurain.

“ Aisyah..you teringat parents you ke?”

Aisyah@Karina menyapu air mata yang masih lagi bersisa di wajahnya. Dia mengangguk perlahan.

“ I..I rindukan diorang. I tak sangka I akan kahwin tanpa kehadiran diorang.”

Nurain pantas memeluknya. Cuba untuk meredakan perasaan hiba bakal pengantin itu.

“ Don’t worry. I dah hantar kad jemputan ke rumah you. They’ll come. Trust me!”

“ Really??”

“ InsyaALLAH..dah la tu. Come..pengantin lelaki dah tunggu kat masjid. Kita perlu ke sana.”

* * * * * *

Terketar-ketar tangannya sewaktu dia menyalami tangan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Ada air mata bahagia yang mengalir di pipinya. Dia menghadiahkan sebuah kucupan hangat di tangan suaminya itu.

Khairil tersenyum melihat wajah isteri yang baru dinikahinya itu. Sebaik sahaja lafas nikah disahkan, segunung cinta dan kasih buat Aisyah@Karina meresap masuk ke dalam hatinya. Saat ini dirasakan dia benar-benar menyayangi gadis suci itu.

Khairil mengucup dahi Aisyah@Karina penuh syahdu. Dia berbisik di telinga isterinya itu,

“ Abang berjanji, abang akan didik sayang jadi isteri solehah. Kita akan sama-sama berada dalam rahmat dan redha ALLAH.”

“ Thanks, honey.”

Khairil terasa ingin ketawa mendengar panggilan ‘honey’ yang terbit dari bibir isterinya itu.

‘ Honey pun honeylah. Haha..’

Setelah selesai segalanya, rombongan pernikahan itu melangkah keluar daripada masjid. Selepas ini, upacara di rumah pengantin perempuan pula.

Nurain menghampiri Aisyah@Karina yang berjalan di belakang Khairil. Pantas dia memaut lengan pengantin baru itu. Lagaknya girang mengalahkan pengantin.

“ Aisyah..how do you feel? Seronok tak jadi wife orang?? Hihi..”

Aisyah@Karina mencubit lengan Nurain. Nurain mengaduh kecil sambil tertawa.

“ I ada hadiah untuk you.”

“ Hadiah? Hadiah apa? I don’t need hadiah dari you, ok.”

“ Mengadalah. Biarlah I nak bagi. Hmm..you tengoklah kat luar. Hadiah you tengah tunggu you kat luar tu.”

Aisyah@Karina segera melihat ke luar. Dihadapan matanya kelihatan figura insan-insan yang dirinduinya selama ini. Kedua orang tuanya sedang menunggunnya di luar masjid dengan sekuntum senyuman yang mekar di bibir mereka. Langkahnya terhenti. Kakinya seakan terpaku di lantai masjid. Dadanya sebak tidak tertahan.

“ Papa..mummy..”

Selangkah kakinya melangkah ke hadapan. Selangkah dan selangkah lagi. Akhirnya dia berlari mendapatkan kedua orang tuanya. dia kaku dalam dakapan insan-insan yang dinantinya selama ini. Tangisannya bagaikan enggan berhenti. Dia tersedu-sedu dalam pelukan mereka.

“ Karina, anak mummy. You look so beautiful. I’m happy for you honey.”

“ Mummy..”

Tiada bicara yang terluah. Hanya tangisan sahaja yang bisa menggantikan kata-kata. Encik Krishnan mengusap lembut kepala anak tunggalnya itu.

“ Karina, I’m sorry. Papa menyesal dengan apa yang papa buat pada Karina. Maafkan papa, sayang.”

“ Papa..”

Nurain menyaksikan adegan syahdu itu dengan linangan air mata. Tidak sia-sia usahanya selama ini untuk menyatukan kembali keluarga itu. Dia bahagia melihat kebahagiannya yang dikecapi oleh sahabatnya itu. dia teringat sepotong hadis nabi.

‎...barangsiapa hijrahnya kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada keredhaan Allah dan RasulNya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang diinginkannya, atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijranya dinilai sebagaimana yang diniatkan…

Subhanallah. Terbukti sudah apa yang dikatakan oleh nabi. Andai seseorang itu berhijrah kerana sesuatu tapi bukan kerana ALLAH, dia hanya akan mendapat apa yang dia hajatkan tetapi andainya seseorang itu berniat hijrah kerana ALLAH, ALLAH akan menganugerahkannya sesuatu yang sangat bernilai dalam hidupnya. Itulah apa yang dapat disaksikan terjadi pada sahabatnya itu. Kerana dia ikhlas berhijrah kerana ALLAH, bukan sahaja dia mendapat jodoh seorang suami yang soleh bahkan keluarganya akhirnya dapat menerima pengislamannya dengan hati yang terbuka.

Dia teringat gurauan Aisyah@Karina suatu waktu dahulu.

“I nak pakai tudung labuhlah. Nanti mesti ada ustaz yang jatuh cinta dengan I, kan? Hihi..”

Nurain ketawa kecil sambil menyapu air mata di pipinya.

“ Naughty..”


Read more...

Monday, November 7, 2011

Mahar Cinta Seutas Tasbih ( bahagian akhir )


Pagi itu, seperti biasa. Bayu dhuha menghembus lembut mengalunkan melodi pagi nan merdu. Dedaunan meliuk-lentok menari mengikut rentak irama sang bayu. Burung-burung riang menyanyi sambil mencari rezeki di bumiNYA. Indahnya alam ciptaan ALLAH bagi mereka yang menghayatinya. Di sebalik keriangan itu, sebuah peristiwa bersejarah sedang berlaku dalam sebuah keluarga sakinah.

“ Aku terima nikahnya Nur Iman Binti Ahmad Zaki dengan mas kahwinnya RM80 dan seutas tasbih, tunai.”

“ Sah?”

“ Sah.”

“ Sah.”

“ Sah.”

“ Alhamdulillah.”

Semua menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi. Nur Iman menitiskan air mata bahagia. Hari ini, dia selamat bergelar isteri kepada pemuda bernama Amir Hazwan.

“ Amin..”

Nur Iman menghampiri Amir yang terbaring di atas katil. Amir menghulurkan tangannya dan disambut oleh Nur Iman. Cincin cinta mereka disarungkan ke jari manisnya. Nur Iman menyalami tangan suaminya dan mengucupnya perlahan. Amir dengan penuh rasa cinta mengucup dahi Nur Iman yang telah sah menjadi isterinya. Suasana di dalam wad itu terasa syahdu. Syahdu tetapi bahagia. Sama ada Amir ataupun Nur Iman, kedua-duanya tidak menyangka bahawa akhirnya mereka akan disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan. Walaupun pernikahan mereka tidak seperti pasangan-pasangan lain, mereka bahagia.

Fauzi tersenyum melihat pasangan pengantin baru itu. Dadanya terasa lapang. Beban yang selama ini memberat di bahunya terasa ringan. Dia ikhlas. Dia benar-benar ikhlas untuk membahagiakan sahabatnya itu. Dia lega kerana rancangannya itu menyatukan Amir dan Nur Iman direstuiNYA.

Puan Khadijah menghampiri Nur Iman dan memeluknya. Nur Iman tersedu di dalam pelukan ibunya.

“ Iman, kamu dah jadi isteri orang. Kamu jaga baik-baik suami kamu, taat pada dia..ingat tu?”

“ InsyaALLAH, Iman ingat semua tu.”

Suhaila menitiskan air mata. Zulaikha juga. Mereka turut berkongsi rasa bahagia melihat wajah ceria yang terpamer pada Amir dan Nur Iman. Keadaan Amir semakin tenat dari hari ke hari. Tetapi, hari ini dia kelihatan segar sesuai dengan statusnya sebagai pengantin baru.

“ Hah, Mir! Kau dah jadi suami orang sekarang. Besar tanggungjawab tu. Cepat-cepatlah sihat tau! Anak bini kau ni nak kena bagi makan nanti.”

Razif seperti biasa cuba membawa suasana ceria buat insan-insan di sekelilingnya. Amir hanya mampu tersenyum kelat. Matanya menatap wajah Nur Iman yang telah pun sah menjadi isterinya. Dia rasa bagaikan bermimpi. Mimpi yang sangat indah. Mimpi yang membuatnya tidak ingin bangun lagi.

Namun, semua itu bukan mimpi. Bahkan ia adalah kenyataan yang harus dia terima. Dirinya kini adalah suami kepada Nur Iman, gadis yang selama ini didambakan untuk menjadi sayap perjuangannya.

Sebuah keluhan terlepas dari bibirnya.

‘ YA ALLAH, mampukah aku memikul tanggungjawab ini???’

* * *

“ Cukuplah ni, abang dah kenyang.”

Amir menolak perlahan tangan Nur Iman yang ingin menyuapnya makan. Perutnya terasa sebu. Tidak mampu lagi rasanya untuk diisi walaupun tadi sekadar menerima 2 suapan dari Nur Iman.

Nur Iman menyuakan gelas ke bibir Amir. Amir meminumnya perlahan. Tangan Amir cuba untuk memegang gelas tersebut namun ia hanya sebentar. Segera tangannya terjatuh kehilangan kudrat. Nur Iman mengetap bibir menahan tangis yang ingin menghambur keluar.

“ Sikit sangat abang makan.”

Nur Iman berbicara lembut sambil menyapu sisa-sisa makanan di bibir Amir.

“ Tu je yang abang mampu terima. Nak termuntah dah rasanya.”

“ Emm..Iman pergi basuh bekas sekejap.”

Nur Iman bangkit sambil menatang bekas makanan. Sedaya mungkin dia cuba menyembunyikan kesedihannya. Kolam air mata yang bertakung sedari tadi tidak mampu lagi dibendung.

“ Iman, tunggu sekejap. Abang ada sesuatu nak cakap.”

Nur Iman kembali duduk sambil menundukkan kepalanya.

“ Iman menangis?”

Pantas Iman menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ Pandang abang, sayang.”

Perlahan Nur Iman mengangkat kepalanya. Mata mereka bertemu. Suasana sepi. Hanya mata mereka yang berbicara meluahkan perasaan masing-masing.

Amir mengangkat tangannya perlahan. Cuba untuk memegang wajah isteri kesayangannya. Tangis Nur Iman tidak lagi mampu ditahan. Pantas dia mencapai jemari Amir dan mengucupnya penuh kasih. Diletakkan jari Amir di wajahnya.

“ Kenapa menangis ni? Baru sehari menikah, isteri abang ni dah menangis. Suami apalah abang ni yang buat isteri dia menangis masa malam pertama. Maafkan abang ya, sayang?”

Semakin kuat tangisan Nur Iman mendengar kata-kata yang terluah dari bibir Amir.

“ Iman, abang bukanlah suami yang baik. Abang dah tak mampu lagi nak jadi Mujahid yang selalu Iman inginkan. Abang tak mampu, sayang. Apa yang abang boleh bagi untuk Iman adalah sekadar sebuah kasih sayang dan cinta keranaNYA. Abang tak mampu nak tunaikan tanggungjawab abang sebagai seorang suami sepenuhnya. Sanggup ke Iman teruskan hidup dengan insan yang tak sempurna macam abang ni?”

“ Abang..tolong, jangan cakap macam tu.”

Air mata Amir mengalir laju di wajahnya. Ini malam pertama mereka. Dan dia ingin mereka berterus-terang tentang hati dan perasaan mereka selama ini.

“ Sayangku Iman, sayang tak menyesal jadi isteri abang?”

Pantas Nur Iman menggeleng-gelengkan kepalanya. Wajahnya basah dengan air mata.

“ Sayang, abang mungkin tak mampu membahagiakan sayang di dunia ni tapi abang harap abang dapat jadi suami sayang di akhirat nanti. Sudi tak sayang jadi ketua bidadari abang di syurga nanti?”

Nur Iman pantas menganggukkan kepalanya. Amir tersenyum manis. Perlahan jarinya menyapu air mata di wajah Nur Iman.

“ Abang, Iman tak pernah meyesal jadi isteri abang. Inilah anugerah terbaik dari ALLAH yang pernah Iman terima. Iman bahagia sangat, abang!”

“ Terima kasih, sayang. Sayang, abang rasa mengantuk sangat. Abang nak tidur. Nanti kita bangun tahajud sama-sama, ya? Maafkan abang atas segala salah silap abang pada sayang, ya?”

“ Abang tak salah. Maafkan Iman kalau Iman tak jadi isteri yang baik untuk abang.”

Perlahan Amir memegang kepala Nur Iman.

“ Abang halalkan segala perbuatan sayang pada abang sepanjang kita bergelar suami isteri. Abang redha pada sayang.”

“ Terima kasih, abang.”

Nur Iman mengambil tangan Amir di mengambil tangan Amir di kepalanya lalu dia mengucupnya perlahan. Dia membetulkan kedudukan Amir agar dia tidur dalam keadaan yang selesa. Selembut mungkin dia memperlakukan suaminya itu agar tidak menyakitinya. Tangan Amir disilangkan seperti orang sedang membaca al-fatihah dalam solat lalu diselimutkan. Perlahan dia mengucup dahi suaminya.

“ Selamat malam, abang.”

* * *

Jam berbunyi 4 kali menandakan waktu sudah menganjak ke jam 4 pagi. Nur Iman bangkit dari kerusi. Dia menggosok-gosok lehernya yang terasa lenguh kerana tidur dalam keadaan duduk. Dia menghampiri Amir yang masih lena.

“ Abang..bangun. Kita tahajud sama-sama. Abang..”

Nur Iman menggerak-gerakkan tubuh Amir perlahan. Tiada reaksi. Wajah Amir masih lagi tenang dalm perbaringannya.

Nur Iman kaget. Degupan jantungnya mula berubah rentak. Gementar. Fikirannya mula membayangkan sesuatu telah pun terjadi kepada suaminya itu. Takut-takut dia menyentuh dahi Amir. Sejuk.

“ Abang…”

Jari telunjuknya didekatkan pada hidung Amir. Terketar-ketar tubuhnya saat mendapati tiada lagi hembusan nafas yang keluar dari hidung Amir. Tubuhnya terasa lembik. Pantas dia berpaut pada birai katil.

“ ALLAH..ALLAH..ALLAH..abang,innalillahiwainnailaihiraji’un..”

* * *

Nur Iman berteleku di sisi kubur suaminya. Wajahnya tenang. Tiada lagi air mata yang menjadi teman. Dia redha dengan pemergian Amir. Walaupun hanya sehari mereka bergelar suami isteri, itu sudah cukup menjadi kenangan yang tersemat di hatinya buat selamanya.

Dia bersyukur urusan pengebumian suaminya berjalan dengan lancar. Sebelum Zohor, segalanya telah pun selesai.

Arwah Amir dikebumikan di taman perkuburan berhampiran rumah kedua orang tuanya. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu lama duduk berteleku di sisi kubur arwah suaminya itu. Kitab surah Yassin di tangannya dikucup perlahan. Dia bangkit dari duduknya lalu berjalan menghampiri keretanya yang diparkir di luar kawasan tanah perkuburan.

Istikharah cinta memanggilku..

Telefon bimbit yang berbunyi di dalam tas tangannya segera dicapai.

“ Assalamu’alaikum. Ya, umi? Dah ada? Alhamdulillah. Ok, ok..Iman pergi sekarang.”

Langkah kakinya semakin laju menghampiri kereta.

“ YA ALLAH..terima kasih.”

* * *

“ Alhamdulillah, pembedahan sangat berjaya. Jannah berada dalam keadaan stabil sekarang. Kami akan pindahkan dia ke wad biasa sekejap lagi.”

Serentak ucapan syukur terbit dari bibir insan-insan yang selama ini mengharapkan kesembuhan Nur Jannah. Spontan Encik Zaki melakukan sujud syukur setelah mendengar khabar gembira tersebut. Nur Iman pantas memeluk Puan Khadijah. Tangisan air mata gembira bersahut-sahutan. Zulaikha dan Suhaila turut berpelukan. Fauzi dan Razif yang turut berada di situ juga gagal menahan tangis gembira mereka. Semuanya bersyukur dengan kurniaanNYA Yang Maha Pengasih.

* * *

“ Iman, boleh saya bercakap dengan awak sekejap?”

Doktor Hafiz memanggil Nur Iman yang baru sahaja selesai menyiapkan Jannah untuk solat zohor. Dia menganggukkan kepalanya perlahan.

“ Kita bercakap di luar.”

Doktor Hafiz melangkah keluar didikuti oleh Nur Iman. Dia menutup pintu wad perlahan, tidak ingin menganggu Jannah yang sedang mendirikan solat zohor.

“ Ya, ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

“ Ehem, saya Hafiz..doktor yang selama ni merawat arwah Amir. Sebelum meninggal, Amir menitipkan amanah untuk saya dan alhamdulillah amanah itu telah pun sempurna saya laksananakan. Dan dia juga turut mengamanahkan saya untuk menyerahkan surat ini pada puan.”

Doktor Hafiz menyerahkan sepucuk surat bersampul merah jambu kepada Nur Iman. Nur Iman menyambutnya perlahan. Terketar-ketar tangannya saat membuka surat tersebut. Doktor Hafiz melangkah perlahan meninggalkannya sendirian.

Assalamu’alaikum

Buat isteriku tersayang, hiasan terindah di dunia..

Sayang apa khabar? Saat surat ini sayang terima, itu bererti abang sudah pun pergi menghadap Yang Maha Esa. Sayang rindukan abang tak? Abang tunggu sayang di syurga, ya? Haa..tu kenapa mata dah merah tu? Jangan menangis, abang tak suka.

Pantas Nur Iman menyeka air matanya. Dia menyambung semula pembacaannya.

Sayang, tanpa pengetahuan sesiapa selain Doktor Hafiz, abang dah pun tandatangan surat kebenaran untuk mendermakan organ abang setelah abang meninggal dunia. Jangan terkejut, sayang. Abang dermakan jantung abang kepada Jannah. Abang harap, jantung abang sesuai untuk Jannah. Abang ikhlas. Sayang jangan marah pada Jannah, ya? Kalau sayang rindukan abang, peluklah Jannah. Sebahagian dari diri abang ada pada dia. Abang harap, Jannah dapat membesar sempurna macam gadis-gadis lain. Sayang jaga dan didik dia tau, supaya jadi srikandi agama macam sayang.

Sayang, sayang isteri terbaik di dunia ni. Abang tak mampu tunaikan kewajipan abang sebagai suami pada sayang. Abang redha kalau sayang menikah setelah abang meninggal dunia. Abang tunggu sayang di syurga.

Salam sayang dari Mujahidmu..

Nur Iman jatuh terduduk. Surat dari arwah Amir dipeluk kemas di dadanya. Bahunya terhenggut-henggut menahan tangis. Permainan takdir ini sangat menguji ketabahan hatinya. Kesembuhan adiknya adalah penderitaan suaminya. Kegembiraannya melihat adiknya sihat adalah di atas kedukaan kerana pemergian suaminya.

“ YA ALLAH, aku berlindung dari perasaan sangka buruk terhadapMU. Aku yakin dengan ketentuanMU. Tabahkan hatiku, ALLAH..”

Nur Iman melangkah menuju ke wad adiknya. Kelihatan Jannah baru sahaja selesai mendirikan solat Zohor. Dia memandang penuh kasih pada adik bongsunya itu.

“ Mana mungkin aku membenci adik kandungku sendiri. Abang, terima kasih. Tunggu sayang di syurga nanti.”

* * *

“ Adoi, Farhan, degil ya? Cubit kang..”

Nur Iman menjerit kecil apabila si kecil Farhan yang berusia 5 tahun itu menganggunya yang sedang menumbuk bawang di dapur. Anak kecil itu sengaja menghampirinya lalu menarik rambutnya yang disanggul.

“ Nak kena tau budak ni. Jagalah..”

Nur Iman pantas bangun lalu melangkah ke ruang tamu. Kelihatan Farhan sedang menyorok di belakang Zulaikha.

“ Haa..Farhan ni memang nak kena tau.”

Nur Iman mengacahnya. Terkekeh-kekeh Farhan ketawa mempamerkan giginya yang baru tumbuh dua. Zulaikha yang berada di antara mereka menggeleng-gelengkan kepala.

“ Haish..Kak Iman ni macam budak-budak je. Haa..anak umi kacau Mak Long, ya? Tak baik tau. Mak Long tengah masak tu. Dah, jom kita pergi main dengan Mak Cu.”

Zulaikha memimpin tangan Farhan ke luar. Nur Iman memandang sayu ke arah mereka. Jauh di sudut hatinya betapa dia berharap dia mampu mempunyai zuriatnya sendiri. Matanya mula berkaca-kaca.

“ Iman..”

Nur Iman tersentak. Pantas dia menyeka air mata yang ingin mengalir keluar. Razif memandangnya tanpa berkelip.

“ Kau nangis, ke?”

“ Mana ada. Tengah tumbuk bawang tadi. Pedihlaa..”

“ Eleh, tipu. Ayat macam dalam novel. Piirah..”

Nur Iman tersengih. Jarinya masih mengusap-usap matanya perlahan. Sengaja. Cuba untuk menyembunyikan hakikat. Kakinya segera melangkah ke dapur untuk menyambung semula kerjanya yang tergendala. Razif mengekorinya dari belakang.

“ Kau dah kenapa ikut aku ke dapur? Nak tolong aku masak ke?”

“ Hihi..boleh jugak nak suruh aku tolong, tapi tolong tengok je la..”

Nur Iman menjeling tajam. Sahabatnya itu, walau sudah bergelar suami namun sifat kenak-anakannya masih ada.

“ Iman..kau tak nak menikah lagi, ke? Fauzi masih tunggu kau tau.”

Nur Iman berdehem mendengar nama Fauzi disebut-sebut.

“ Apa kau-kau? Kak Imanlah. Sedar sikit yang awak tu adik ipar saya.”

Razif mencebikkan bibirnya.

“ Tak kuasa I panggil u kakak. Eeeuuwww~ Pleaselah..”

Nur Iman ketawa kecil melihat reaksi Razif.

“ Abang, oo..abang”

Suara Zulaikha yang separuh berteriak memanggil Razif membantutkan perbualan mereka. Segera Razif melangkah ke ruang tamu. Nur Iman sekadar menghadiahkan sekuntum senyuman apabila rasa menunjukkan wajah bahawa dia tidak berpuas hati dan bakal kembali bertanya nanti.

Nur Iman mengeluh kecil. Persoalan yang ditimbulkan oleh Razif dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sedikit pun tidak mampu mengubah pendiriannya.

* * *

Nur Iman menghadiahkan bacaan surah al-fatihah kepada arwah suaminya. Dia membersihkan daun-daun kering yang berguguran di atas tanah perkuburan arwah Amir. Sayu rasa hatinya. Sudah hampir 5 tahun pemergian arwah Amir dan dia masih lagi pengunjung setia perkuburan itu.

“ Abang..Fauzi masih tunggu sayang. Dia baru habiskan Master dia di UKM. Sayang ingat dia akan jumpa jodoh dia kat sana. Tak sangka dia masih belum berpunya lagi. Dia masih menunggu sayang. Tapi, sayang tak bolehlah abang. Abang pernah suruh sayang kahwin lagi, kan? Sayang bukan tak nak tapi sayang tak boleh. Sayang tak mampu lupakan abang. Walaupun kita cuma bersama sekejap tapi kesan yang abang tinggalkan terlalu kuat. Sayang tak mampu terima lelaki lain dalam hidup sayang. Abang tak marah kan sayang macam ni? Sayang bahagia sendiri, bang. Abang tunggu sayang di syurga, ya? Abang bina mahligai yang paling indah untuk sayang kat sana tau. Abang, sayang harap abang bahagia berada di sisiNYA. Tunggu sayang…”

THE END..

p/s: Mahar Cinta Seutas Tasbih(FULL) DI SINI- 1, 2, 3


Read more...

Thursday, October 27, 2011

Wanita dan Rama-rama



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat semua~
Huhu..dah bersarang blog saya ni. Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang sering mengunjungi blog Si Pengemis Iman ini dengan harapan ada entry baru yang dimasukkan. Harapan tinggal harapan..huhu, maaf ye~ Kepada sahabat-sahabat yang masih menunggu sambungan cerpen Mahar Cinta Seutas Tasbih, saya harap kalian dapat menunggu untuk sedikit masa lagi. Sebagai pengubat rindu, saya sediakan sebuah entry ringkas untuk sahabat-sahabat semua.

Rama-rama dan Wanita

Kalau tidak silap saya, entry yang seumpama ini pernah saya masukkan lama dahulu. Tak apalah, anggaplah ia sebagai tazkirah harian kita.


Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

p/s: saya nak kahwin~hihi


Read more...

Saturday, August 20, 2011

Puasa Adik-adik

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, kita dah memasuki fasa terakhir dalam bulan Ramadhan di mana di sepuluh malam terakhir ini akan munculnya satu malam yang digelar lailatul qadr. Err..entah-entah semalam,hihi..wallahua'alam~

Macam mana dengan puasa sahabat-sahabat semua? Masih penuh setakat ni? Alhamdulillah~ Hari ni, tak ada apa-apa pengisian berat yang ingin saya coretkan untuk sahabat-sahabat semua. Sekadar ingin berkongsi gelagat adik saya yang berusia 7 tahun berpuasa. Nama gelarannya Iyah. Semoga ada iktibar yang dapat diambil.

Sempena kehadiran bulan Ramadhan, pelajar-pelajar sekolah diberi cuti jadi, hari pertama adik saya berpuasa di rumah. Pagi..ok lagi~ Tengahari..

Iyah: mak..Iyah laparlah~
Mak: sabarlah. Iyah kan puasa, mana boleh makan.
Iyah: Iyah bukan nak makan, Iyah nak minum je..
Mak: Ish..budak ni~

Haha..tak nak makan tapi nak minum. Petang tu, saya bawa dia bermain di taman permainan supaya dia tak terlalu memikirkan tentang perut dia yang lapar tu.

Masa buka puasa, dialah yang paling lahap.Saya tak pernah tengok adik saya makan macam tu. Dasyat, dasyat..hihi.

Hari-hari seterusnya dia lalui puasanya dengan baik. Mungkin sebab berada di sekolah, jadi dia terasa masa berlalu dengan cepat. Balik rumah, mandi dan waktu berbuka pun dah nak tiba. Saya kagum dengan dia. Usianya baru 7 tahun tapi semangatnya kuat. Tapi, bila tengok akhbar, hari-hari ada tangkapan dibuat bagi orang yang tak berpuasa. Ish, ish, ish..malulah sikit kat adik saya ni.

Ada satu gelagat dia berpuasa yang menyebabkan kami sekeluarga ketawa. Saya tak pasti hari ke berapa tapi masih di awal Ramadhan lagi. Seharian di sekolah membuatkan dia kepenatan. Balik dan terus mandi. Sementara menunggu waktu berbuka, dia berbaring dan tertidur. Kesian dia, penat.

Waktu berbuka dah hampir, jadi saya pun pergilah kejutkan dia.

Saya: Iyah..Iyah, bangun, dah nak buka dah.
Iyah: Taknak..Iyah ngantuk.
Saya: Eh, bangun, bangun..dah nak buka dah ni. Tu, tv dah nak keluar azan tu. Haa..mak masak karipap. Iyah kan suka karipap. Bangun....

Saya tepuk-tepuk pipi dia supaya dia bangun. Dia bangun dan terus duduk tegak. Terkejut saya. Tiba-tiba dia berdiri dan terus pergi ke dapur. Dia terus duduk di meja makan dan...ngap! Dia gigit karipap.

Saya: Iyah...belum bukak puasa lagilah!

Nak tahu apa jadi?? Dia terus letak karipap tu dan menangis. Hahaha..satu keluarga ketawakan dia. Kelakar~

Iyah: Kak In kata dah buka..
Saya: Kak In kata dah nak buka, belum buka lagi. Haha..tak apa, Iyah tak sengaja. Tak batal pun.
Iyah: Eeee..Kak In ni!

Lama dia menangis dan saya memang tak tahan asyik nak ketawa je tengok dia. Haha..

Tengok, adik saya baru 7 tahun tapi menangis kalau tak cukup puasa! Tapi yang dah besar-besar tu tak sedih, tak malu nak ponteng puasa. Haish~

Ni lah Iyah..^_^


Rasulullah bersabda:
Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keikhlasan dan keimanan nescaya akan diampuni segala dosanya yang telah lalu.

Selamat meneruskan perjuangan di bualn Ramadhan ini!!!







Read more...

Wednesday, August 17, 2011

Mahar Cinta Seutas Tasbih ( bahagian akhir(1) )

“ Syukran, ustaz. Kami balik kelas dulu. Assalamu’alaikum.”

“ Wa’alaikumussalam.”

Amir menghantar langkah anak-anak muridnya dengan sekuntum senyuman. Dia puas dapat bergelar seorang pendidik. Itulah kerjaya yang dirasakan sangat mulia dan serasi dengan jiwanya. Setiap insan yang berjaya di dunia ini pasti ada pendidik yang pernah mendidiknya. Setidak-tidaknya ibu bapa insan itu sendiri.

Tugasnya sebagai guru syariah di sekolah itu dijalankan sebaik mungkin. Dia ingin memberikan yang terbaik buat pelajar-pelajarnya. Dia ingin melahirkan anak bangsa yang bukan sahaja hebat akademiknya tetapi hebat juga sahsiah dan peribadi murninya.

Amir menyambung kembali tugasnya menyiapkan laporan pengajaran dan pembelajaran harian. Itulah satu-satunya tugas seorang guru sekolah yang sangat tidak disukainya namun itu adalah tanggungjawabnya dan dia harus tetap melaksanakannya.

Fauzi berada di meja di hadapan Amir. Lama dia memerhati sahabatnya itu. Jarinya memusing-musingkan batang pen, tanda dia berada dalam keadaan yang gelisah. Langit yang mendung dan suram seakan seiring dengan hatinya yang terasa kelam.

‘ Nak tanya, tak nak? Nak tanya, tak nak? Ish..’

Hati Fauzi masih terus berbolak-balik. Ingin bertanya tetapi khuatir Amir tersinggung. Tapi kalau tidak bertanya hatinya pula yang merana. Parah, parah..

“ Kau kenapa, Zi? Lain macam je aku tengok. Kau ada masalah ke?”

Tersentak Fauzi apabila ditegur oleh Amir. Rupa-rupanya Amir memerhati tingkah lakunya sedari tadi.

“ Aku..aku sebenarnya ada benda penting nak tanya kat kau.”

“ Hah..tanyalah.”

Fauzi menarik nafas panjang. Mahu atau tidak, dia tetap harus bertanya. Kebenaran harus dia ketahui. Lelah rasanya hidup dalam keadaan penuh tanda tanya.

“ Aku nak tanya tentang seorang pemuda bernama Mujahid. Kau kenal??”

Amir menelan air liurnya. Terasa seakan tersekat di kerongkong. Dia tahu, lambat laun Fauzi pasti akan bertanya juga. Sudah beberapa kali nama ‘Mujahid’ itu terlepas keluar di hadapan Fauzi.

Fauzi menyedari perubahan pada riak wajah Amir. Tekaannya bahawa Amir adalah Mujahid dirasakan tepat. Dia terus sabar menunggu butir-butir bicara dari Amir.

“ Mujahid tu..emm, dia..”

“ Mujahid tu cinta pertama Iman, kan? Mujahid tu rijal pilihan Iman, kan? Mujahid antara penyebab Iman lambat terima lamaran aku, kan? Mujahid tu antara penyebab Iman putuskan pertunangan kami, kan? Dan..Mujahid tu..”

Bertubi-tubi soalan yang keluar daripada mulut Fauzi. Amir terasa seakan kepalanya ditembak peluru berkali-kali. Terasa seakan hatinya ditusuk sembilu. Pedih sekali. Bibirnya tidak mampu mengatakan apa-apa. Dia sekadar tunduk. Diam seribu bahasa. Sakit kepalanya menghadapi situasi menjerat seperti itu.

“ Dan Mujahid tu kau, kan??”

Gang!!!

“ YA ALLAH..Amir!!!”

Petir menyambar seiring dengan rebahnya Amir daripada kerusinya. Dia terjelepuk jatuh dan dahinya terkena bucu meja di sebelahnya.

Fauzi pantas berdiri dan meluru ke arah Amir. Dia memangku kepala Amir yang berlumuran dengan darah di dahinya. Dia terkejut apabila gumpalan rambut Amir melekat di tangannya. Wajah Amir pucat lesi seakan darah tidak lagi mengalir dalam urat nadinya.

“ Amir! Amir!”

Tubuh Amir mula bermandikan peluh. Fauzi hilang punca. Cuma dia dan Amir yang berada di dalam bilik guru tersebut. Kepalanya tertoleh ke kiri dan ke kanan. Buntu. Dia benar-benar tidak tahu untuk berbuat apa saat itu.

Dia lah permata yang dicari selama ini baru ku temui..

Telefon bimbit yang berada di atas meja Amir tiba-tiba berbunyi. Pantas Fauzi mengangkatnya. Tertulis nama Razif di skrin telefon bimbit.

“ Hoi, kata nak lunch sama-sama! Aku dah sampai ni. Cepatlah turun!”

“ Razif! Aku ni, Fauzi. Amir pengsan! Cepat tolong aku bawak dia ke hospital.”

“ Amir pengsan?! Cepat bawak dia turun. Sekejap lagi aku naik atas. Cepat!”

Fauzi pantas menggendong Amir di belakangnya. Mujur bilik guru mereka cuma di tingkat satu. Dia telah pun keluar daripada bilik guru dan berdiri di hadapan tangga. Dia tidak berani membawa Amir menuruni tangga sendirian. Khuatir dia dan Amir akan jatuh. Dari jauh dia dapat melihat Razif yang berada di bawah dan tercari-cari arah.

“ Razif! Sini! Cepat tolong aku!”

Razif pantas berpaling dan meluru menaiki tangga apabila mendengar namanya diteriak oleh Fauzi.

“ Amir, maafkan aku. Bertahan, ya..”

* * *

“ Macam mana Amir boleh jadi macam tu??”

“ Aku..aku tak tau. Aku cuma tanya. Tiba-tiba dia pengsan. Lepas tu kepala dia terhantuk bucu meja. Aku tak ada niat nak buat dia macam tu. Aku cuma nak tau je..”

Razif menepuk perlahan belakang Fauzi. Dia kelihatan kusut dan tidak tentu arah. Mungkin merasa dirinya adalah punca Amir cedera.

“ Sabarlah, bukan salah kau. Dah takdir. Ermm..kau tanya apa pada Amir?”

“ Mujahid..aku tanya tentang Mujahid.”

Razif mengangkat sebelah keningnya. Hairan.

“ Mujahid? Kenapa kau tanya pasal tu?”

“ Emm..betul ke Mujahid tu, Amir??”

“ Laa..kau tak tahu ke? Mujahid tu memanglah Amir. Eh, aku ingat kau dah tau. Mujahid tu gelaran Amir waktu dia kat sekolah dulu. Kami, kawan-kawan sekolah dia ni biasa panggil dia Mujahid.”

“ Ooh..macam tu.”

“ Kenapa?”

“ Tak ada apa..”

Benarlah sangkaannya selama ini bahawa Amir dan Mujahid adalah orang yang sama. Air mata seakan ingin keluar dari tubir matanya. Hatinya sakit dan kecewa. Tetapi dia keliru adakah dia kecewa kerana Amir adalah pilihan Nur Iman atau dia kecewa kerana merampas kebahagiaan yang sepatutnya milik Amir.

Namun, saat ini itu semua bukanlah perkara pokok. Keadaan Amir lebih membimbangkan dirinya. Amir masih lagi sedang dirawat.

“ Zif, kau dah telefon mak ayah Amir?”

“ Mak ayah?? Fauzi, kau tak tahu ke yang Amir tu anak yatim piatu??”

Fauzi membulatkan matanya. Dia benar-benar terkejut. Sama sekali dia tidak menyangka sahabatnya itu seorang yatim piatu.

“ Patutlah kalau aku tanya je pasal mak ayah dia, mesti dia mengelak.”

“ Mak ayah dia meninggal masa dia umur 8 tahun lagi. Kemalangan kalau tak silap aku. Sejak tu, dia duduk dengan nenek dia tapi sekarang nenek dia pun dah tak ada. Dia ada seorang kakak. Juliana namanya. Kak Ju sekarang kat Australia, belajar kat sana plus menikah dengan orang sana.”

Fauzi mengangguk.anggukkan kepalanya perlahan. Hampir 3 tahun mengenali Amir, baru saat inilah dia mengetahui latar belakang sahabatnya itu. Selama ini, Amir sering sahaja berdolak-dalik apabila ditanyakan tentang keluarganya.

“ Emm..kau tau tak yang Amir ada sakit serius?”

“ Sakit serius? Maksud kau?”

“ Dia ada barah otak.”

“ Barah otak??”

“ Ya, sejak dia umur 12 tahun. Dia ada cakap yang barah tu dah berhenti merebak masa kami tingkatan 3 dulu. Tapi, aku tak pastilah apa yang dia cakap tu betul ke tak.”

Fauzi tersandar di dinding hospital. Banyak sungguh rahsia yang dipendam oleh Amir. Dia meraup wajahnya sambil beristighfar perlahan. Terbayang di matanya gumpalan rambut Amir yang melekat di tangannya dan wajah pucat Amir sewaktu dalam perjalanan ke hospital tadi. Tiba-tiba ada perasaan takut yang singgah di hatinya. Takut kehilangan sahabat yang disayangi.

“ Dia takkan ada apa-apa, kan?”

Razif mengeluh.

“ InsyaALLAH, mudah-mudahan Amir tak apa-apa. Berdoalah.”

“ Zif..”

Razif menoleh.

“ Amir dengan Iman, betul ke?”

“ Maksud kau?”

“ Adik Iman, Ika pernah ceritakan pada aku tentang seorang lelaki bernama Mujahid yang pernah muncul dalam hidup Iman. Lelaki tu hadiahkan seutas tasbih biru pada Iman. Ika kata, Iman sayang sangat pada lelaki tu dan berharap lelaki tu jadi suami dia. Dia tolak banyak pinangan sebab mengharapkan lelaki tu akan datang meminang dia satu hari nanti. Lelaki tu, betul ke Amir??”

Razif mendiamkan diri. Saat itu, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia perkatakan. Adakah perlu dia membongkar segala-galanya atau adakah rahsia itu masih perlu terus disimpan selamanya?

“ Zif, tolong..aku perlu tahu kebenarannya.”

“ Bismillah, aku harap apa yang bakal aku perkatakan ni akan beri kebaikan pada semua pihak. Memang betul apa yang kau katakan tadi. Amir atau Mujahid adalah lelaki yang selama ni ada dalam hati Iman. Memang Iman dan Amir pernah mengikat janji masa dulu tapi janji tu dah pun diputuskan oleh Mujahid waktu kami di kolej. Mujahid berhenti belajar dan tup-tup aku dengar dia ke Mesir. Kami terputus hubungan dan bila kami berjumpa semula, kau dah pun bertunang dengan Iman. Mujahid memang berniat nak kembali menyambung janjinya dengan Iman tapi tak mungkin kan untuk dia meruntuhkan mahligai yang bakal dibina oleh sahabatnya sendiri? Dia redha dengan takdir. Begitu jugak dengan Iman.”

“ ALLAH, ALLAH, ALLAH..”

Razif menepuk perlahan belakang Fauzi yang sudah terduduk lemah. Matanya merah.

“ Itu semua cerita lama. Sekarang, tak ada lagi Mujahid dan Iman. InsyaALLAH, Fauzi dan Iman.”

“ Kami..dah putus.”

Razif terkejut.

“ Dah putus??”

“ Ya, Iman minta tangguhkan pernikahan kami.”

“ Emm..mungkin dia perlukan waktu. Bersabarlah..”

Razif menatap sayu pintu wad kecemasan yang tertutup rapat. Ada sahabatnya yang sedang bertarung nyawa di dalam. Jururawat keluar dan masuk silih berganti tetapi tiada yang membawa khabar tentang Mujahid. Dia menghembus nafas perlahan. Dalam hatinya berdoa semoga sahabatnya itu selamat. Jauh di sudut hatinya merasakan penyakit barah yang dihidapi oleh Mujahid masih bersarang di dalam tubuhnya. Jika tidak, mana mungkin sekadar terhantuk di meja perlu dirawat di wad kecemasan.

Razif menoleh ke arah Fauzi yang kelihatan lemah tidak bermaya di sebelahnya. Ada sendu di wajah itu. Sekali lagi dia mengeluh. Segala rahsia yang dipendam selama ini telah pun dibongkar. Amir pernah mengingatkannya agar tidak memberitahu Fauzi tentang sejarahnya dengan Iman tetapi hakikatnya Fauzi telah pun tahu walaupun dalam keadaan tidak pasti. Dia juga tidak menyangka bahawa Fauzi tidak mengenali Amir sebagai Mujahid. Jika Fauzi tahu, mungkin Fauzi sendiri yang akan membatalkan pertunangannya dengan Iman. Ah, kedua-dua lelaki itu sama baik dan sama soleh. Mana mungkin antara mereka tegar untuk menikahi gadis yang dicintai sahabatnya sendiri.

Lampu wad kecemasan yang tadinya menyala kini terpadam. Seorang lelaki berbaju putih keluar. Pantas Razif dan Fauzi menghampirinya.

“ Doktor, macam mana dengan kawan saya??”

* * *

Nur Iman tersenyum manis sambil membelek-belek seutas tasbih di jarinya. Tasbih yang dahulunya terpisah kini kembali bersatu dalam satu untaian cinta. Dia telah mengikat kembali tasbih biru yang pernah terputus itu.

“ Amboi, kak. Senyum lebar nampak? Dah nak koyak mulut akak tu Ika tengok.”

Zulaikha menghampiri Nur Iman yang masih berbaring-baring di atas katil. Kakaknya itu sekadar tersenyum mendengar usikannya.

“ Emm..Kak Iman.”

Nur Iman mengangkat sebelah keningnya. Hairan dengan intonasi suara adiknya itu. Bagaikan ada sesuatu yang amat berat yang ingin diluahkan. Segera dia bangun dan bersila di sebelah Zulaikha.

“ Kenapa?? Lain macam je ni..Ada orang masuk meminang Ika ke??”

“ Ish..ke situ pulak akak ni. Apalah..”

“ Dah tu??”

“ Emm..ayah kata, akak dah batalkan pertunangan akak dengan Abang Fauzi. Ye ke??”

“ Bukan batal, cuma mintak tangguh nikah je.”

“ Alah, samalah tu. Kenapa, kak? Sebab Abang Amir ke??”

Nur Iman menatap lama wajah mulus adiknya itu. Hairan kerana nama Amir yang dikaitkan.

“ Ika dah tau lah. Abang Amir tu Abang Mujahid, kan?”

Nur Iman melepaskan keluhan. Perlahan.

“ Emm..bukan sebab dia. Tak ada sebab siapa-siapa. Baik Fauzi ataupun Mujahid, akak takkan pilih antara mereka. Diorang sahabat baik dan akak tak nak disebabkan akak diorang ada simpan perasaan sakit hati antara satu sama lain.”

“ Tapi, Ika tengok Abang Mujahid macam dah redha je.”

“ Itu luaran. Dalaman kita tak tau. Fauzi pun sama. Akak rasa dia dah tau yang Amir tu Mujahid. Ika bayangkan kalau kami menikah, dalam hati dia akan tetap tersimpan sedikit perasaan curiga pada akak dan Mujahid. Dan katakan kalau akak pilih Mujahid, tak mustahil hubungan antara mereka putus kan?? Jadi, akak dah buat keputusan. Akak..takkan pilih antara mereka. Akak rasa inilah yang terbaik. Mungkin belum sampai jodoh akak lagi.”

Zulaikha pantas memaut pinggang Nur Iman dan memeluknya erat sambil menghamburkan tangisannya.

“ Ika harap akak akan dapat seorang suami yang soleh untuk jaga akak, sayang akak dunia dan akhirat!”

“ Amin..Yang Ika menangis ni, kenapa? Akak tak ada apa pun. Cengeng betullah budak kecik ni. Hahah..”

Istikharah cinta memanggilku..

Nur Iman mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja di sebelah katilnya. Zulaikha melepaskan pelukan sambil mengesat air matanya.

“ Assalamu’alaikum, hah..Zif, ada apa? Apa?? Mujahid masuk hospital?? Ya, ya..aku datang sekarang!”

Nur Iman pantas bangun dan mencapai sehelai tudung yang tersangkut di dinding.

“ Ika, Mujahid masuk hospital. Kita pergi sana sekarang.”

Zulaikha mengangguk dan pantas keluar dari kamar Nur Iman. Sempat dia mengkhabarkan berita tersebut kepada kedua orang tuanya sebelum dia menghilang ke kamarnya.

Nur Iman kaget. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Kunci kereta yang biasanya ada di dalam beg tangannya entah ke mana. Dia hilang punca. Tasbih biru masih kejap di genggamannya. Dia kembali menyelongkar beg tangannya.

‘ YA ALLAH, macam mana boleh tak jumpa tadi??’

Pantas Nur Iman mengeluarkan kunci kereta yang sebenarnya ada di dalam beg tangannya itu dan memasukkan tasbih biru ke dalamnya. Sarung kaki dicapai dan pantas kakinya melangkah keluar.

“ Iman, Iman pergi dulu dengan Ika dan Jannah. Nanti abi dengan umi menyusul.”

Nur Iman mengangguk.

‘ YA ALLAH, selamatkan Mujahid..’

* * *

“ Aku terima nikahnya Nur Iman Binti Ahmad Zaki dengan mahar RM80 dan seutas tasbih, tunai.”

“ Astaghfirullahal’azim..aku mimpi rupanya. Adoi, gatal betullah..mimpi nikah dengan Mujahid pulak, ish!”

Nur Iman menanggalkan telekung dari tubuhnya. Dia duduk termenung di atas sejadah. Naskhah al-quran yang berada di tangannya dipeluk kemas. Usai solat sunat tahajud dan hajat tadi dia tertidur di atas sejadah dan bermimpikan pernikahannya dengan Mujahid. Seulas senyuman kecil terukir di bibirnya. Nur Iman malu sendiri apabila memikirkan mimpinya itu.

Mimpinya menerbangkan ingatannya kepada Mujahid atau Amir yang kini masih dalam keadaan koma sejak 3 hari yang lepas. Pemuda itu terbaring lemah dan tidak berdaya. Dia bergantung hidup sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR..

“ Dah subuh..”

Nur Iman bangkit dan melangkah keluar dari kamarnya menuju ke kamar mandi. Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.

Istikharah cinta memanggilku..

“ Assalamu’alaikum..apa? Mujahid dah sedar? Alhamdulillah..ya, ya..insyaALLAH aku datang melawat pagi ni. Wa’alaikumussalam.”

Ada air jernih yang mengalir keluar dari kelopak matanya. Panggilan dari Razif itu benar-benar menggembirakan hatinya. Tidak sia-sia doanya setiap hari untuk pejuang islam itu. Betapa tinggi harapannya setiap hari agar pemuda itu membuka kelopak matanya dan kembali berjuang sebagai khalifah islam. ALLAH telah pun memakbulkan doanya.

‘ Terima kasih, YA ALLAH..’

* * *

“ Sampai hati kau tak bagitahu aku yang kau sakit, kan?”

Amir tersenyum mendengar kata-kata Fauzi. Fauzi sengaja memasamkan wajahnya.

“ Dah kau tak tanya, aku tak bagitahulah.”

“ Laa..takkan kau nak aku tanya, Mir..kau ada barah ke?? Hish..tak pernah dibuat orang.”

Bergema ketawa Amir di dalam wad tersebut. Dalam keadaan tubuhnya yang masih lemah, dia masih mampu ketawa. Sesungguhnya itulah sikap orang-orang yang sabar. Ikhlas dalam menerima ujian kerana yakin ada ganjaran pahala yang sangat besar menanti di syurga.

Fauzi tersenyum kelat. Lawaknya sendiri tidak membuatkan dia ketawa bahkan dia terasa ingin menghamburkan tangisan di hadapan sahabatnya itu. Lawaknya itu sekadar topeng yang menyembunyikan rasa hatinya yang sebenar. Betapa hatinya pilu melihat keadaan Amir yang lemah. Rambutnya hampir tinggal separuh. Tubuhnya kurus dan matanya cengkung.

Razif menyendiri di tepi dinding. Matanya tajam menatap Amir yang masih galak ketawa. Hatinya hiba. Dia tidak seceria hari-hari biasa. Kebiasaannya dialah yang menjadi penghibur suasana tetapi hari ini dirinya sedang berduka.

Dia teringat perbualannya sebentar tadi dengan doktor yang merawat Amir selama ini merangkap sahabat mereka berdua, Doktor Hafiz.

“ Semangat dialah yang membuat dia mampu bertahan sampai ke hari ini. Aku cuma boleh katakan, terpulang kepada dia sendiri nak bertahan sampai bila. Penyakitnya dah pun berada di tahap terakhir selama lebih kurang setahun. Ia memang satu keajaiban dari ALLAH. Jarang ada kes macam ni. Aku tak syorkan pembedahan. Risikonya terlalu tinggi. Barah dah merebak dan kalau dibedah juga, mungkin dia akan pergi lebih awal. Berdoalah pada DIA.”

“ Zif..”

Razif tersentak daripada lamunannya. Amir sedang menatapnya sambil tersenyum.

“ Kau kenapa? Aku tengok macam ayam berak kapur je.”

Razif sekadar berdehem. Dia membuang pandang ke luar jendela. Hatinya terusik. Bibirnya ingin menuturkan sesuatu tetapi tiada bicara yang terluah. Dia menahan sebak.

“ Relaxlah, Zif. Aku belum nak mati lagilah.”

Amir cuba bergurau. Ternyata gurauannya disambut hambar. Dia tahu, Razif sedang bersedih. Dia memahami sikap sahabatnya itu.

“ Kakak kau dah on the way balik Malaysia. Flight dia malam tadi.”

Amir mengangguk perlahan mendengar kata-kata Razif yang tidak bernada itu. Lama benar dia tidak bertemu muka dengan kakaknya. Sejak menyambung pelajaran di Australia, hanya sekali sahaja kakaknya itu pulang ke Malaysia.

“ Assalamu’alaikum..”

Suara orang memberi salam menghidupkan suasana hambar di dalam wad tersebut. Encik Zaki sekeluarga datang melawat.

“ Wa’alaikumussalam.”

Encik Zaki menghampiri katil Amir dan menghulurkan tangannya untuk bersalam. Puan Khadijah dan Zulaikha sekadar memerhati. Nur Iman menyonsong perlahan kerusi roda yang diduduki Jannah menghampiri mereka. Adiknya itu masih tidak kuat untuk berjalan selepas pengsan dan masuk wad sebelum ini.

“ Sihat, pakcik?”

Amir mencium tangan Encik Zaki. Syahdu.

“ Ish..kamu ni, patut pakcik yang tanya kamu sihat ke tak. Ada pulak kamu yang tanya pakcik.”

“ Hihi..saya ni dah sah-sahlah sakit, pakcik. Tengok pun dah tahu. Kepala pun nak botak dah.”

Amir berlucu sambil memegang kepalanya yang hampir botak. Beberapa helai rambut gugur lagi. Amir sekadar tersenyum memerhatikan helaian rambut dalam genggamannya.

“ Kamu sakit apa, Mir?”

“ Tak ada sakit apalah. Sakit biasa-biasa je. “

“ Biasa-biasa apa sampai 3 hari kamu tak sedarkan diri.”

Puan Khadijah turut mencelah.

“ Cuba cerita pada kami, mana tahu kalau-kalau kami boleh tolong.”

Amir menggeleng perlahan.

“ Betul pakcik, makcik. Saya tak apa-apa. Saya dah biasa dah sakit macam ni. Tak lama lagi boleh keluar wad. Jangan risau.”

Razif yang sedari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara.

“ Mujahid, sudah-sudahlah. Cukuplah berbohong pada kami. Sampai bila kau nak sembunyikan penyakit kau ni??”

Suara Razif yang tinggi mengejutkan semua yang berada di situ. Semua mata tertumpu pada Razif yang kelihatan sedang menahan sebak. Dadanya berombak keras. Amir sekadar tunduk.

“ Dia sakit barah otak. Dah peringkat akhir. Doktor kata, terpulang pada dia sama ada nak bertahan atau nak berputus asa. Selama ni, semangat dialah yang membuatkan kita masih dapat tengok dia pada hari ini.

Bagaikan halilintar menyambar bumi saat Razif mengkhabarkan perkra tersebut. Masing-masing terkejut. Nur Iman memegang kemas kerusi roda Jannah. Bibirnya diketap menahan tangis. Zulaikha menghampirinya lalu menggenggam tangannya perlahan.

“ Maafkan saya sebab sembunyikan perkara ni. Maafkan saya..”

Suasana hiba dan pilu menyelubungi wad kecil tersebut. Masing-masing mendiamkan diri. Sesungguhnya setiap ujian itu adalah petanda ALLAH masih ingat dan sayang kepada kita. Ujian itu pahit kerana syurga itu manis. Hanya mereka yang benar-benar bertaqwa yang dapat merasai kemanisan syurga itu.

* * *

“ Maafkan aku, Zi. Aku tak berniat nak sembunyikan perkara ni daripada kau. Memang ada sejarah antara aku dan Iman. Tapi, perkara tu dah lama berlalu. Kami cuma sahabat je sekarang. Tak ada apa yang lain. Dia tunangan kau. Tak mungkin aku nak rampas tunang sahabat aku sendiri.”

Fauzi menghembus nafas perlahan. Hari ini terluah segala apa yang dipendamkan olehnya terhadap Amir. Dia tidak berniat untuk menyalahkan Amir lebih-lebih lagi dalam keadaan Amir yang sakit.dia cuma ingin meleraikan kekusutan dalam jiwanya. Selepas mengetahui kebenaran tentang identiti Mujahid, dia membuat sebuah perancangan demi melihat sahabat baiknya itu bahagia.

“ Hmm..dahlah, kita lupakan hal ni. Aku cuma nak tahu je. Aku tak salahkan kau. Biasalah, setip orang ada sejarah hidup masing-masing.”

Fauzi menolak perlahan kerusi roda yang diduduki oleh Amir. Mereka berjalan-jalan di taman yang berada di dalam kawasan hospital tersebut. Ramai pesakit lain yang turut mengambil peluang menghirup udara segar pada waktu petang setelah seharian terperuk di dalam wad. Bayu petang terasa lembut mengusap wajah. Daun-daun pokok menari mengikut irama angin yang berlagu tenang. Kicauan burung turut menghiasi suasanana petang nan indah itu.

“ Amir, kau..nak kahwin tak?”

Amir ketawa kecil mendengar solan daripada Fauzi.

“ Kahwin? Dalam keadaan aku macam ni, buat naya anak dara orang je kalau jadi isteri aku. tak sampai seminggu dah jadi janda berhias. Haha..”

Amir ketawa sendiri dengan kata-katanya.

“ Tak kelakarlah. Aku tanya betul-betul ni, kau nak kahwin tak?”

“ Zi, aku ni tunggu masa je nak jumpa dia. Tak mungkin aku akan kahwin dalam keadaan aku macam ni. Jangan nak mengarutlah. Lagipun, manalah ada anak dara yang nak kat aku ni. Kepala pun dah botak licin dah ni.”

Fauzi menggosok-gosok kepala Amir sambil ketawa.

“ Haha..tak licin lagi. Ada sikit lagi rambut ni.”

Mereka berdua ketawa besar. Hakikatnya masing-masing berpura-pura. Ketawa dalam duka. Masing-masing cuba menyembunyikan tangisan yang berlagu di dalam hati.

“ Macam mana dengan Iman?”

“ Iman? Kenapa?”

“ Buat-buat tak tahu pulak.”

Fauzi menolak kerusi roda Amir menghampiri sebuah bangku kayu di bawah sebatang pokok yang rendang. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Kerusi roda Amir dipusing menghadapnya.

“ Kau macam mana? Kau sayangkan dia, kan? Kau impikan dia untuk jadi sayap kiri dalam perjuangan kau, kan?”

Soalan bertalu-talu daripada Amir hanya dijawab dengan sebuah keluhan oleh Fauzi. Dia menggeleng lemah.

“ Aku..dah tak simpan harapan apa-apa lagi pada Iman. Mungkin jodoh kami hanyalah sekadar sebagai sahabat saja. Aku redha. Walaupun dia kata cuma nak tangguhkan majlis pernikahan kami, aku tak yakin dia ada niat nak menikah dengan aku. aku sendiri cakap pada orang tua aku yang kami nak batalkan pernikahan. Sepatutnya keluarga aku datang rumah dia minggu lepas. Tapi, macam-macam hal yang berlaku. Akhirnya, terbatal macam ni je lah.”

Amir sekadar mendiamkan diri. Tiada kata yang terluah. Tiada bicara yang terucap.

“ Aku tahu, dia masih mengharapkan kau. Zulaikha sendiri ceritakan pada aku. aku yakin, dia mengimpikan seorang ‘Mujahid’ seperti kau.”

“ Hmm..apalah yang ada pada seorang ‘Mujahid’ yang dah patah sayapnya ni? Srikandi seperti Iman berhak mendapat seorang suami yang lebih baik daripada aku. aku tak nak menganiayai dia. Masa aku dag suntuk, Zi.”

“ Jangan cakap macam tu.”

“ Aku tahu setakat mana aku boleh bertahan.”

“ Kau akan bertahan! Mir, jujur..dalam hati kau, masih ada Nur Iman ataupun tidak?”

Fauzi merenung tepat ke dalam anak mata Amir. Pantas Amir melarikan pandangannya. Dia merenung jauh ke hadapan. Cuba membayangkan masa depannya yang tidak pasti. Wajah Nur Iman menari-nari dalam matanya. Hanya satu yang dia harapkan, Nur Iman akan menjadi ketua bidadari buatnya di syurga nanti.

Fauzi menatap lama pada sahabatnya itu. Dalam benak fikirannya, dia berjanji bahawa dia akan membahagiakan saat-saat terakhir hayat sahabatnya itu.

‘ Mir, aku janji..kau akan ‘pergi’ dengan bahagia.’

* * *

“ Kak Ju, itulah Nur Iman. Yang pakai tudung labuh biru tu.”

Juliana, kakak sulung Amir mencari-cari gadis yang dikatakan oleh Fauzi dan Razif itu. Pandangannya menangkap kelibat seorang gadis bertudung biru yang sedang berjalan ke arahnya.

“ Betul ni, Fauzi? Kamu dah fikir masak-masak? Tak menyesal?”

“ InsyaALLAH, kak. Inilah yang terbaik.”

Juliana mengangguk perlahan.

“ Assalamu’alaikum semua.”

“ Wa’alaikumussalam.”

Nur Iman memberi salam dan menyalami Juliana.

“ Ni..”

“ Saya Juliana. Kakak pada Amir. Panggil je Kak Ju. Ni Iman ke?”

“ Ohh..Kak Ju, ah..ye, saya Iman. Emm..macam mana dengan Amir hari ni?”

“ Alhamdulillah, dia tengah tidur. Baru lepas makan ubat.”

Razif dan Fauzi sekadar memerhatikan perbualan dua orang muslimah itu.

“ Emm..kalau macam tu, saya mintak diri dululah. Ni ada sikit buah tangan untuk Amir.”

“ Aii..dengar Amir tidur je terus nak blah ea?”

Razif mula mengusik. Pantang nampak peluang.

“ Ish..bukanlah. aku nak pergi tengok Jannah pulak.”

“ Jannah??”

Nur Iman tersenyum.

“ Adik saya, Kak Ju. Dia pun pesakit kat hospital ni.”

“ Oh, macam tu. Boleh akak melawat sekali?”

“ Boleh sangat, hihi..”

“ Korang berdua tunggu Amir kat sini, ya? Akak nak ikut Iman.”

“ Baik, mem!”

Juliana ketawa mendengar jawapan dari mulut Razif. Ada-ada saja idea pemuda itu untuk menceriakan suasana.

Nur Iman dan Juliana menapak menuju ke arah lif. Juliana memerhati Nur Iman. Bicaranya, senyumannya dan sikapnya memikat hati. Wajarlah jika adiknya itu jatuh cinta dengan gadis bernama Nur Iman ini.

“ Iman, akak ada sesuatu nak bincangkan dengan awak sebenarnya.”

“ Apa dia, kak? Macam serius je bunyinya?”

“ Kita duduk dulu, boleh?”

“ Emm..kalau macam tu, kita ke tamanlah. Lepas bincang hal yang akak cakap tu, saya bawak akak pergi ke wad adik saya.”

Juliana menganggu tanda bersetuju. Mereka seiringan menuju ke taman di kawasan hospital tersebut. Sebuah bangku kosong menjadi pilihan untuk mereka duduk.

“ Apa dia yang akak nak bincangkan dengan saya?”

“ Sebelum tu, akak minta maaf banyak-banyak dan akak harap Iman tak salah faham dengan apa yang bakal akak perkatakan ni.”

“ InsyaALLAH, kak..”

“ Emm..Iman tau kan yang adik akak, Amir sekarang ni sakit dia dah tenat sangat?”

“ Tau, kak.”

“ Dan sebagai kakak kepada Amir, akak berharap sangat yang dia akan bahagia di saat-saat terakhir hayatnya. Selama ni, Amir selalu hidup berseorangan. Kami kehilangan orang tua dalam usia yang sangat muda dan bagi Amir kehilangan tu adalah satu memori yang sangat memeritkan dalam hidup dia. Dia terlalu muda pada waktu tu untuk memahami erti sebuah kehilangan. Lepas tu, kami tinggal dengan nenek. Setahun lepas tu, nenek meninggal dan akak pulak pergi ke asrama penuh. Umur dia masa tu 11 tahun. Masa tu lah dia disahkan mengidap barah otak. Terlalu banyak episod duka dalam hidup Amir.”

Nur Iman menahan sebak mendengar kata-kata Juliana. Dia mengetap bibirnya perlahan.

“Akak dapat rasakan masa dia dah suntuk. Dia asyik bercakap tentang mati pada akak. Akak betul-betul nak dia bahagia. Iman boleh tolong akak bahagiakan Amir?”

“ Maksud akak??”

Juliana berdehem. Berat hatinya ingin meluahkan hasratnya itu namun demi melihat Amir bahagia dia akan mencuba yang terbaik.

“ Iman masih sayangkan Amir, kan??”

“ Saya..saya..”

Juliana mencapai tangan Nur Iman dan menggenggamnya perlahan.

“ Akak tau Amir masih sayangkan Nur Iman. Satu-satunya novel yang dia hasilkan adalah tentang Iman. Tentang kisah awak berdua. Masa akak di Australia, dia pernah suarakan hasratnya supaya akak meminang Iman untuk dia. Tapi masa tu akak ada masalah di sana dan akak tak sempat balik ke Malaysia.”

“ Dia mintak akak masuk meminang saya?”

“ Ya, tapi tup-tup dia dapat tau Iman dah bertunang dengan Fauzi. Jadi dia batalkanlah.”

“ Kami dah putus.”

“ Akak tau, sebab tu akak ceritakan semua ni pada Iman. Iman..kalau Amir melamar Iman sekarang, Iman akan terima??”

“ Saya..saya..tak tahu.”

“ Iman, fikirkanlah apa yang akak katakan tadi. Akak tahu, keadaan Amir yang serba tak sempurna sekarang ni mungkin membuat Iman ragu-ragu. Akak tak memaksa.”

Nur Iman kelu. Dia tidak pasti apakah perasaannya saat itu. Debaran jantungyang berirama dalam dirinya menyesakkan nafas. Sesaat bunga-bunga bahagia kembang mekar di dalam hatinya tetapi sesaat bunga itu layu apabila mengingatkan keadaan Amir pada masa itu. Dia keliru.

“ Iman..Iman tak apa-apa?”

Nur Iman tersentak. Pantas seulas senyuman diukir di bibirnya.

“ Saya ok. Jomlah, kak..saya bawa akak melawat adik saya.”

* * *

“ Kak Ju! Apa akak mengarut ni?? Menganiayai orang namanya tu. Mir tak naklah!”

Amir memegang perlahan kepalanya. Sakit. Bertambah sakit lagi apabila mendengar kata-kata kakaknya.

“ Akak tak mengarutlah. Apa salahnya Mir menikah dengan Iman sekarang ni?? Selama ni Mir memang nak dia jadi isteri Mir, kan? Akak dah cakap pada dia. Dia setuju kalau Mir masuk melamar dia.”

“ Iman setuju??”

“ Ya, dia setuju. Dia dah berbincang dengan orang tua dia. Mereka pun dah setuju. Jadi sekarang ni cuma kamulah yang nak perlu melamar Iman secara rasmi. Hari tu akak cakap guna air liur je.”

Amir menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ Tak mungkin, kak. Akak tengoklah keadaan Amir sekarang ni. Nak berjalan pun tak berdaya. Entah esok atau lusa Amir dah tak ada. Betul, memang Mir nak Iman jadi isteri Mir tapi bukan dalam keadaan Mir macam ni. Dia akan merana nanti, kak. Mir redha kalau memang kami tak ada jodoh di dunia ni. Mir harap dia jodoh Mir di syurga nanti.”

“ Mir, akak nak tengok Mir bahagia.”

“ Mir takkan bahagia kalau tengok Iman terseksa, kak.”

“ Dia takkan! Dia sayangkan kamu.”

“ Saya pun sayangkan dia dan saya nak dia dapat suami yang lebih baik dari saya. Yang boleh jaga dia dan bahagiakan hidup dia. Bukan yang melarat macam saya ni. Saya tak sanggup dia menangis bila saya dah tak ada nanti.”

“ Jangan cakap macam tu, dik.”

“ Saya tahu kudrat saya setakat mana boleh bertahan, kak.”

“ Ajal maut di tangan ALLAH, Mir.”

Amir membuang pandang ke luar jendela. Tiba-tiba pintu wad ditolak perlahan dari luar. Kelibat Nur Iman kelihatan. Wajahnya sembap menandakan dia baru sahaja menangis.

“ Kalau ana yang melamar enta, enta terima??”


Read more...