Monday, January 18, 2010

Lelaki Acuan AL-QURAN

assalamualaikum
JEDDAH- Untuk mendapat calon suami yang tidak tamak, seorang gadis Arab Saudi, yang memiliki simpanan tujuh juta riyal (sekitar 7 juta ringgit) sengaja mengaku sebagai wanita biasa yang miskin.

Tidak sekadar itu, si gadis juga mengaku berparas tidak cantik dan berkulit hitam dengan tujuan mendapatkan calon suami yang benar-benar menyintainya secara jujur.

“Tujuan menyembunyikan jatidiri sebenarnya bertujuan agar si gadis mendapat suami yang benar-benar menyintainya dengan tulus. Bukan kerana hartanya,” kata harian Al-Madinah.

Jatidiri palsu tersebut ditulis dalam borang. Akhirnya, calon suami, yang tulus menerima apa adanya sesuai dengan pengakuan dalam borang itu. Lelaki tersebut tidak menyangka mendapatkan “bidadari” yang hampir sempurna.

Hakikatnya, selain kaya, gadis itu juga berparas cantik, berkulit putih dengan budi pekerti mulia, di samping berasal dari keturunan terhormat.

Mingguan Wasilah, 7 Safar 1428H/ 25 Februari 2007, h. 19

Cuba tanya diri kita: apakah kita mampu menjadi pemuda yang menang seperti contoh realiti di atas? Menang melawan nafsu sendiri. Musuh utama kita ialah syahwat yang sering mengajak ke arah kejahatan yang hidup sejasad dan senyawa dengan kita.

IKHLAS adalah sumber energy terpenting dalam melakukan apa perkara sekalipun. Ia berfungsi menjadi benteng paling ampuh berdepan tribulasi dunia yang semakin mencabar dan menikam IMAN dan TAQWA.

Apabila Kamu Mengejar Dunia, Dunia Lari Meninggalkan Kamu.
Apabila Kamu Mengejar Akhirat, Dunia Datang Mengejar Kamu.

Selain faktor dalam kisah realiti di atas iaitu cantik, berharta dan berketurunan mulia, termasuk dalam skop duniawi ini ialah betapa ramai para pemuda, bapa dan datuk mengejar perempuan bagi melengkapkan cawangan kedua, ketiga dan keempat namun wanita itu lari daripadanya. Tambahan pula, tata susila melamar atau dalam proses ke arah tercapai akad yang sah dicemari virus yang tidak diredai Allah SWT.

Sama ada Allah menjauhkan apa yang kita buru dari digapai atau kita berjaya mendapatnya tanpa diiringi barakah dari Allah SWT. Mana pilihan kita? Kalau Allah SWT keutamaan kita, kita sangat bersyukur apabila ditakdirkan perkara pertama kerana ia akan mengembalikan kita kepada Allah. Kalau perkara kedua, dibimbangi menjadi ‘istidraj’ . Istidraj ialah nikmat yang dikurniakan Allah bertujuan menjauhkan manusia dari rahmat Ilahi. Semakin bertambah nikmat, bertambah kekufurannya kepada Allah. Na’uzubillah minzalik.

Lihatlah pula, para lelaki yang benar-benar memelihara hatinya untuk Allah SWT, para wanita atau wali kepada wanita berebut-rebut mengejarnya. Bukan kerana handsomenya dia, bukan kerana kaya dan berjawatan tinggi atau berpengaruh dalam masyarakat tapi semata-mata kerana hati sejuk mendengar perihal akhlaknya.

Masih ramaikah lelaki berkualiti sebegini pada hari ini?

Dewasa ini, ramai para suami berbangga apabila memperkenalkan isterinya sebagai seorang yang jelita, kaya, berjawatan dan bergaji tinggi. Namun malu-malu dan segan bila isteri tidak secantik mana, hanya tinggal di rumah jaga anak-anak, bukan pula keturunan berpangkat dan kaya.

Nilai iman dan taqwa sudah jatuh ke ranking paling bawah kerana ia tidak akan menjadi topik perbualan utama.

Kita hampir lupa atau langsung tidak ingat siapakah tokoh penghulu wanita syurga?

Kaya atau miskin puteri kesayangan Rasulullah SAW? Apa kerjaya dia? Apa jawatan dia? Kalau pun ada berita menyifatkan Fatimah al-Zahra sebagai rupawan, berapa banyak hadis atau athar yang membesar-besarkan paras beliau berbanding kisah-kisah penyubur iman dan taqwa?

Cubalah tanya kepada para pemuda kita, apabila kita mahu padankan dengan mana-mana muslimah kita (atau dia cari sendiri), apakah soalan pertama yang terpacul dari lidahnya?
“ Comel ke? Putih ke hitam? Kerja apa?….”

Berapa kerat pemuda yang bertanya “Apakah si gadis seorang yang berakhlak mulia?”

“Apakah symptom iman muslimah tersebut? ”

“ Apakah si gadis pencinta kebenaran? Atau gigih mempertahankan maruah diri dan agamanya?”

Asas pembinaan Baitul Muslim di kalangan umat Islam akan menjadi penentu kualiti individu dan rumahtangga masyarakat Islam.

Ulasan ini berdasarkan cerita di atas. Sekadar memanaskan semula pesanan Nabi SAW mengenai kriteria utama memilih pasangan. Bagi yang muslimah, harus difahami sebaliknya.

Pemuda dalam kisah di atas telah mendapat bonus di dunia hasil keikhlasannya; Sudahlah sang bunga cantik berkembang, berbau wangi (berakhlak mulia), berketurunan mulia dan berharta pula.

Wa la hawla wala quwwata illa billah al-‘aliyy al-azhim.

Moga Allah mengampunkan kelemahan kita, memberi kekuatan dan senantiasa memandu kita hingga selamat sampai ke destinasi abadi. Amin.
Read more...

Tuhan tu 'BAIK'??

Assalamualaikum,

sekadar berkongsi

"KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"



Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun
Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut/mendadak di tempat perniagaan dan kompleks jual beli-belah, untuk memastikan para pekerja di berkenaan/setempat menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan/aturan yang ditetapkan.

Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda lah...

Setelah surat diberikan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung/jilbab. .

Ustaz tu terkedu/terkejut sekejap. “Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.”

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen/rupiah sangat gaji saya sekarang. Lebih baik saya jadi tokey/bandar judi, atau bapa/sabung ayam. Hidup senang, lepas/setelah mati pun tak risau sebab gerenti/dijamin masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga/ terheran- heran dengan muka confused..

Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik?

Jadi orang jahat lebih seronok/senang. . Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma/gratis. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.

Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa/korban rogol disyurga, lepas/setelah itu boleh rogol lagi kalau dia nak/mau. Takde/tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak/mau? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut/gerutu si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -----
SALING INGAT MENGINGATI SESAMA INSAN, DAKWAHKANLAH MESKI CUMA 1 AYAT SAHAJA, MULAKAN DARI REKAN & SODARA SEPUTAR KITA.

GUNA SMUA UNTUK KEJAYAAN ISLAM, TERMASUK FB INI, JEMPUT/UNDANG RAKAN MENGHAMPIRI KUMPULAN/GROUP: "MENG-INGAT AKHERAT"

BIAR TAHU SEDIKIT CUMA 1 AYAT, TAPI SAMPAIKAN LEBIH BAIK DARIPADA TAHU SEGUNUNG TAPI CUMA UNTUK DIRI SENDIRI SAHAJA.
Read more...

Saturday, January 9, 2010

Finding True Love

Assalamu'alaikum sahabat2 semua..ape khabar? harap2 sahabat2 semua berbahgia di bawah naunganNYA. Hari ni..saya nak berkongsi sesuatu dgn sahabat2 semua. Sesuatu yg saya dpt hasil drpd sebuah program yg saya ikuti. Sebuah program ilmiah yg membincangkan tentang cinta sejati. Penceramahnya adalah kak fatimah syarha dan ustaz pahrol. Kedua-duanya adalah nama yg tidak asing lagi dlm bidang penulisan. Mereka mengupas isu cinta iaitu isu yg cukup sinonim dgn remaja. Betul x?? Hihi..jangan nafikan. Kehadiran muslimat mengatasi muslimin. Mengapa? Fikir2kanlah..

PANDANGAN CINTA
Bila menyentuh persoalan cinta, apa yg bermain dlm fikiran anda? Couple? Dating? Pakwe? Makwe? Kahwin? Cinta bermula di syurga. Cinta adalah sesuatu yg membina. Cinta adalah memberi. Cinta adalah tanggungjawab. Jadi, apa pandangan anda tentang cinta?

'What u are determine what u see'

Contoh, laut..kalau anda seorang nelayan, anda melihat laut sebagai rezeki. Kalau anda adalah pelancong, anda melihat laut sebagai indah. Kalau anda adalah pengutip mutiara, anda melihat laut sebagai permata. Siapa anda menentukan apa yg anda lihat. Jadi, anda melihat cinta sebagai apa?? Ada beberapa pandangan cinta:
1.biasa-ia adalah pandangan seorang remaja
2.akal-pandangan secara psikologi.
3.nafsu-seks. Ia adalah cinta yg diilhamkan oleh ALLAH kepada haiwan.
4. mata hati-agungkan pemberi bukan pemberian

Jadi, gunakan mata hati utk menilai cinta. Tetapi,agungkan pemberi cinta itu terlebih dahulu. Bukan gembira dengan pemberian semata-mata. Cinta itu dikurniakan ALLAH. Maka, berterima kasihlah padaNYA.


CINTA FITRAH VS CINTA FITNAH

"LOVE IS NOT WORD BUT IT IS A VERB"

Apabila kita mencintai seseorang, kita seharusnya memberi bukan menerima atau meminta. Jadi, siapa sebenarnya yg paling mencintai kita?? ALLAH! Kenapa? Kerana DIA yg paling banyak memberi. DIA memberi tanpa meminta apa2 balasan. Ada pepatah mengatakan 'cintailah seseorang yg menyayangi kita bukan cintai orang yang kita sayangi' Dalam maksudnya 2..remaja memang tidak dapat lari drpd perasaan cinta. Ia adalah fitrah. Apa itu fitrah?? Fitrah adalah sesuatu yg telah diinstall oleh ALLAH dalam hati kita. Ia adalah sesuatu yg perlu wujud dlm hidup kita. Ia tidak dapat dihapuskan dan seandainya ia tiada, hidup kita tidak akan sempurna. Fitrah cinta adalah sesuatu yg indah yg dikurniakan oleh ALLAH. Cinta itu fitrah tetapi ia juga boleh menjadi fitnah. Bagaimana? Saya rasa semua orang dah tahu pasal ni. Bagaimana cinta fitrah boleh menjadi fitnah? Seorang jejaka jatuh hati pada seorang gadis. Itu fitrah. Ttetapi apabila jejaka itu mula mencari jalan merapati si gadis dgn sms, call..ia adalah fitnah. Bagaimana mengelakkan drpd cinta fitrah menjadi fitnah?? Disebabkan remaja tidak dapat lari dr perasaan menyukai seseorang, maka terciptalah 'PERATURAN CINTA'.

PERATURAN CINTA
Hmm..nak bercinta pun kene ada peraturan ke?? Lecehnya..hihi=) ok, peraturan itu seperti lampu isyarat. Ia digunakan utk mengawal bukan menyekat. Boleh bezakan?? Menyekat bermaksud, tak boleh! Tapi, mengawal bermaksud boleh tapi ada hadnya. Apa peraturan cinta??
1.dasar cinta ALLAH
2.Ikut syariat
3.tidak mengatasi cinta ALLAH

Jadi, boleh ke bercinta. Boleh..lepas kahwin! Tetapi, tidak salah menyimpan perasaan cinta itu.
Kerana orang yg memendam perasaan cinta terhadap seseorang dan meninggal, dia akn dianggap mati syahid. Seronok kan mati syahid?? Simpanlah dulu perasaan tu..bila tiba saat yg sesuai, salurkan ia dgn cara yg lebih mulia iaitu pernikahan. Elakkan dr melakukan perkara2 yg menjurus kpd zina. Ingatlah..dosa itu sesuatu yg manis tetapi apabila dilakukan akan membawa penyesalan.
"PAY NOW, PLAY LATER"

Relakanlah diri kita bersusah-susah menjaga nafsu. Bersusah-susah menjaga mata. Bersusah-susah menjaga hati. Bersusah-susah menjaga rahsia. And play later..kecapilah nikmat kesusahan itu kelak di mana manisnya akan kekal selamanya. Jangan jadikan perkahwinan sebagai pusara kepada percintaan. Bercintalah selamanya..

Ada 2 kata hikmah yg ingin saya kongsikan..
" DOSA YANG MEMBUAT KITA MENANGIS LEBIH BAIK DARI KEBAIKAN YANG MEMBUAT KITA TAKBUR" dan " ALLAH LEBIH SUKA TANGISAN ORANG YANG BERDOSA DARIPADA ZIKIR PARA WALI"

WALLAHUALAM..

Read more...

Wednesday, January 6, 2010

Mein Ana Ain

Assalamua'laikum pd sahabat2 semua..pertama dan selamanya kita mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan nikmat iman dan islam dalam hidup kita semua. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih pd para sahabat ats kesudian kalian mengikuti perkembangan blog ini. Saya berharap sedikit sebanyak blog ini dapat memberi input yg dapat membantu kalian dlm menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dan muslimah yang baik. Sekali lagi, buat pengetahuan shbt2..kandungan di dalam blog ini bukanlah sepenuhnya drpd sy tp ia adalah hasil perkongsian, pembacaan, penyelidikan dan pengalaman dari saya bersama teman2.

Kehidupan sebagai seorang remaja islam sememangnya bukanlah mudah, lebih2 lagi dalam menghadapi cabaran dunia moden hari ini. Di mana2 pd hari ini, kita dapat lihat maksiat berleluasa. Tiada lagi perasaan malu dan segan utk melakukan maksiat. Lihat sahaja pd malam tahun baru. Berapa ramai pasangan2 muda yg telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Astaghfirullahal'azim..itu yg berjaya ditangkap, bagaimana dgn yg terlepas. Saya yakin masih ramai lagi di luar sana pasangan2 muda yg seronok meraikan tahun baru. Tetapi, bukan ini isu yg ingin sy timbulkan. Isu yg ingin diketengahkan supaya kita sama2 dpt berfikir dan bermuhasabah diri..di mana peranan kita sebagai saudara mereka?? Adakah kita hanya mampu melihat, mengutuk di belakang tanpa apa2 tindakan?? Memang benar bukan mudah utk kita menegur seseorang..saya sendiri tidak begitu yakin utk berdakwah dihadapan umum. Sekadar menyuarakan pandangan dan menyalurkan dakwah di alam maya. Dan saya yakin sahabat2 yg mengikuti blog sy ini juga ada yg berada di medan yg sama. Sy ingin menyeru pd diri sy sendiri dan pd shbt2 semua supaya kita boleh sama2 berganding bahu menegakkan islam. Jangan hanya islam pd nama. Tapi tampilkan ia pd peribadi kita. Suarakan ia pd saudara kita. Sama2 kita cuba utk meningkatkan mutu dakwah kita. Bergerak ke hadapan!

Pd sahabat2 semua..sy ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini. Kekurangan idea dan kesibukan sebagai pelajar menyukarkan sy utk duduk dihadapan laptop menaip kalimah demi kalimah sebagai tatapan sahabat. Justeru, harapan saya..seandainya ada sahabat2 yg ingin memberikan pandangan, artikel atau apa2 post yg boleh kita kongsikn bersama, bolehlah menghantar email atau ym pd sy di muslimahsejati_ain90@yahoo.com Kisah "asrar hidup" juga sy akan postkan dr semasa ke semasa. Harap sahabat2 dpt terus mengikutinya. Majulah islam utk semua!!!
Read more...