Friday, December 24, 2010

Daurah Penghayatan Remaja Islam 2

Minggu kedua

Saya rasa tak sabar.Hihi..rasa excited pulak minggu ni walaupun demam saya tak berapa nak elok lagi. Batuk pun tak hilang lagi ni. Ayah saya tak benarkan saya pergi sebenarnya tapi rasa sayang pulak nak tinggalkan. Ada rasa rindu bertamu di hati. Aiceh~

So..macam biasalah, petang tu kami bertolak dan tiba di MSSAAS saat azan maghrib berkumandang. Kali ni, saya hanya berdua dengan Isya. Syida ada keperluan yang mendesak di rumahnya. Kak Huda dan Kak Ina pun join untuk minggu pertama je.

Seriously, rasa rindu nak jumpa adik-adik. Walaupun penat melayan kerenah diorang ni, tapi manisnya ukhuwah tu dah terasa. Bila balik,saya peluk dan cium pipi adik-adik saya. Mula-mula tu ramai yang malu-malu tapi mahu. Haha..dan saya rasa rindu nak buat semua tu lagi.

Minggu ni kami mulakan dengan modul berkaitan dengan rukun Islam. Hari Isnin, kami ajar dan uji mereka dengan rukun Islam yang pertama serta beberapa doa harian. Seronok sungguh diorang dapat main kotak beracun, bina menara, kapal karam, goreng pisang. Kami pun sama dah macam budak-budak. Bila duduk dengan diorang, dah tak nampak mana satu ustazah mana satu budak-budak. Hari selasa pulak, kami buat modul wuduk. Alhamdulillah kebanyakan dari adik-adik ni dapat berwuduk dengan baik tetapi masih ada beberapa orang dari mereka yang perlu diberi lebih perhatian.

Ini masa diorang tengah bina menara dengan straw~

Masa main kapal karam, kelakar sungguhla adik-adik ni. Masing-masing terjerit macam betul-betul atas kapal. Haha..dan ada satu lagi game yang saya rasa nak ketawa bila ingat. Game 'saya suka minum susu lembu' haha..last-last jadi 'lembu suka minum susu saya' dan 'saya lembu'. Haha..diorang gelak sakan.

Minggu ni hujan lebat tiap-tiap petang. 2 kali kelas kami blackout. Adik-adik ni menjerit dan berlari tak tentu arah. Kelam-kabut sungguh! Bila dah ada lampu, pakat ketawa ramai-ramai..haish~

Nak cerita sikit kerenah beberapa orang adik-adik ni. Yang pertama, Aniq namanya. Aniq ni memang lain dari yang lain. Speaking, fikiran macam orang dewasa dan ada aura tersendiri. Dia suka bertanya soalan-soalan yang melampaui batasan fikiran. Susah kalau dia dah mula bertanya, tergeliat lidah nak jawab. Last-last tau apa dia cakap? 'saya saja je tanya, nak tengok ustazah boleh jawab ke tak..' kuang asam punya budak,haha.

Yang kedua, Syafik. Nakal yang amat. Asyik nak main je. Tapi hati dia lembut. Pujuk sikit je dah cair. Hihi..baik budaknya. 'syafik..syafik anak soleh kan, syafik sayang ustazah kan'..kompom lepas tu dia dengar cakap..dengar kejap je laa,hihi..

Then, Ammar..umur dia baru 6 tahun. Comel sesangat! Geram bila dia nakal, rasa nak cubit je pipi dia tu. Bila kita marah sikit, dia sengih..haish~terus tak jadi marah.

Yang sorang ni Adam namanya. Langsung tak nak join dengan kawan-kawan. Asyik buat hal sendiri je. Penat dah pujuk..malas ah~

Ni la Ammar..baru 6 tahun umur dia

Lagi..Dini, manja teramat! Asyik nangis je. Kalah budak perempuan.Hihi..

Yang adik-adik perempuan, biasalah. Manja, suka mengadu. Haish~ kadang-kadang tu bila dah penat sangat nak layan, saya angguk je laa.Hihi..Izzati, Rabiatul, Khaleeda, Irdina, Syima, Rina..semua comel!

Ni Irdina dengan Rina..comel~

Hari Rabu tu kami adakan imtihan untuk menguji setakat mana yang diorang dah belajar di sekolah dan belajar bersama fasi-fasi sebelum ni. Alhamdulillah~ Ada yang dapat jawab dengan baik. Tapi masih ada yang tak dapat menulis pun. Risau juga dibuatnya. Masa imtihan dijalankan, macam-macam kerenah diorang. Mintak klu la, suruh nyanyila, puji-puji la..macam-macam! Banyak cantik muka korang, jawab sendiri!Hihi..

Hari Khamis ada sesi ceramah dengan Uncle Kam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada waktunya, adik-adik ni tak dapat dikawal.

Sekarang saya di rumah. Tak sabar nak tunggu hari Isnin..minggu ni minggu terakhir, rasa sedih nak tinggalkan diorang. Mesti saya akan teringat dengan lagu Demi Matahari, Mari sembahyang dan qasidah burdah diorang. Hmm..

Wahai purnama..




Read more...

Daurah Penghayatan Remaja Islam









Bismillahirrahmanirrahim..

Lama sungguh rasanya saya tidak berlayar ke alam maya. Kesibukan bersama adik-adik agak menghadkan waktu untuk saya bermanja dengan laptop kesayangan saya ini. Alhamdulillah, cuti semester selama lebih kurang sebulan ini saya habiskan dengan menyertai satu program iaitu Daurah Penghayatan Remaja Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Pelbagai kisah suka duka, pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh di sini.

Suka untuk saya kongsikannya bersama sahabat-sahabat semua apa yang kami jalani di sana. Nah, saya hidangkan kisah kami di MSSAAS selama 2 minggu yang pertama. Selamat menjamu selera!(^_^)

Minggu pertama

Saya, dan 2 orang sahabat saya, Syida dan Isya menapak dari rumah sewa kami di Jati ke perhentian bas menunggu kedatangan bas Usim yang akan membawa kami ke MSSAAS. Saat menunggu kami tidak sia-sia apabila di tepi jalan itu menjadi saksi perkenalan kami dengan Kak Huda dan Kak Ina yang turut serta dalam daurah tersebut. Chewah~

Kami tiba di MSSAAS saat fajar mula menampakkan wajahnya. Subhanallah~ MSSAAS memang sebuah masjid yang sangat besar. Saya terpegun melihatnya walaupun ini bukanlah kali pertama saya ke sini. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Hebat kerana menciptakan manusia yang mampu membina masjid sehebat itu. Di hati saya terdetik, harap-harap jangan cantik sahaja yang lebih. Cantik pun tak guna juga jika tiada insan yang memakmurkannya. Alhamdulillah~ MSSAAS ini ramai jemaahnya dan pelbagai aktiviti keagamaan ada di dalamnya.

Selepas solat maghrib, kami makan malam dan kami dibawa ke tempat penginapan kami yang bertaraf 'hotel 5 bintang'. Haha..begitulah menurut sahabat-sahabat kami yang lebih berpengalaman di sini. Baiti jannati~

Kami berkenalan dengan fasilitator-fasilitator yang lain. Ternyata bukan Usim sahaja yang menyertai, rupa-rupanya ada sahabat-sahabat dari Uitm Shah Alam juga. Subhanallah~ Saya sangat kagum dengan sahabat-sahabat dari Uitm ini. Ramai sahabat-sahabat yang baru kami kenali di sini..Kak Siti, Kak Sal, Kak Dayang, Kak Kome, Kak Dah, Kak Midah, Kak Sha, Kak Min,Kak Syikin, Kak Wani Ustaz Rahmat, Ustaz Firdaus, Shahir, Najmuddin, Jamhuri, Zulhisham, Hafizi dan ramai lagilah! Tak terdaya nak sebut semua. Sahabat-sahabat FEM pun ramai rupanya, ingatkan kami bertiga plus Amirul je. Ada Zulhilmi, Zulqarnain, Hafiz Ehsan, Biha, Baihaqi dan seorang lagi, saya tak ingat nama dia tapi saya panggil dia little dub dab,haha..mokcik ea? Tak reti eja ah~

Ketua kami, Ustaz Mahmud. Syida kata macam pernah tengok dia. Ish, bila masa pulak pernah nampak dia?? Syida kata dia pernah buat program kat Nilam. Yeke ustaz??? OOhh..rupa-rupanya, Ustaz Mahmud ni ex-Usim. Dia bekas pelajar FPQS. Baru ku tau..huhu

Then sesi briefing bermula. Pelajar dibahagikan pada 3 kategori iaitu menengah, rendah atas dan rendah bawah. Along, angah dan ucu. Saya masuk kategori ucu, rendah bawah means saya akan berhadapan dengan kerenah adik-adik yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 9 tahun. Saya ada pengalaman mengajar budak-budak dan saya tau betapa hyper aktifnya mereka pada umur-umur ini. Huhu..Esok bermulalah cabaran kami semua pada hari yang pertama.

Ada debaran terasa. Saat bertemu adik-adik pada pagi Isnin itu, saya dapat rasakan pelbagai jenis pandangan dari mereka. Uhuu..dik, jangan tengok akak camtu. Akak pun manusia gak. Ada pandangan pelik, ingin tahu, excited dan macam-macam lagi. Relaxlah ain..macam tak biasa dengan budak-budak.

Aktiviti pertama pada pagi itu adalah solat dhuha. Alhamdulillah~ Masa kecik-kecik ni lah nak didik adik-adik kita ni supaya solat sunat. Then adik-adik ini dibahagikan dalam kumpulan. Saya dapat adik-adik perempuan berumur 8 tahun yang sangat comel dan sangat aktif. Macam-macam kerenah yang saya hadapi. Ada yang suka bertanya, ada yang manja, ada yang pendiam, ada yang suka main, ada yang suka menyanyi. Haish~memang banyak songeh korang semua ni. Sayang lebih ah~

Paling manja..

Saya bergabung kelas dengan Kak Dah. Bila dah gabung kelas ni, makin banyak kerenah yang terlihat. Mujur Kak Dah yang merupakan pelajar kaunseling banyak membantu. Thanks Kak Dah~ Ada seorang adik ni,haish..manjanya terlampau. Mungkin sebab familynya bermasalah. Kalau boleh, dia nak saya layan dia seorang je. Tapi, kalau layan dia seorang yang lain marah, layan yang lain, dia pulak yang jadi tak nak ikut arahan. Susahnyaa~

Untuk minggu pertama ni adalah sesi berkenalan dan bermesra dengan adik-adik ni. Jadi, modul kami lebih kepada permainan dan perkenalan sahaja. Paling banyak soalan yang ditanyakan selain nama adalah "ustazah dah kawin?" Haha..rasa nak jawab dah je~=P


Ni Irdina..nakal~

Hari kedua, saya mula kepenatan. Mungkin sebab kami membawa mereka berjalan di luar. Ada seorang adik ni yang agak kekurangan dari segi fizikalnya, Aqilah,kesian dia..penat berjalan. Saya pun dukunglah dia, ada adik-adik lain yang jeles.Haha..korang beratlah, tak larat nak dukung..dia ringan je. Terserempak dengan ustaz Mahmud masa dukung adik tu, ingatkan dia nak marah ke tegur ke..hihi, nasib baik dia tak cakap apa-apa.

Petang hari kedua tu, saya memang rasa penat sungguh. Ehee~ Tengah penat-penat tu, tiba-tiba ustaz Rahmat datang jenguk kelas kami dan dia handle adik-adik kami yang sangat comel ni. Terima kasih ustaz, sorry ustaz..saya penat sangat~ Dan masa post mortem malam tu, ustaz rahmat buat teguran pada kami. Katanya, penat jaga budak-budak ni kalau tak dicampurkan dari segi umur dan jantina. Tak larat nak layan. Mengata sayalah tu. Haha =D Then, dia cadangkan supaya kitorang rombak balik kumpulan. Campurkan mereka ikut umur dan jantina.Ok~

So..hari ketiga dan keempat, saya dapat adik-adik baru. Ramai juga yang merungut tak nak tukar. Mungkin dah mula jatuh sayang dan terbiasa dengan kami dalam tempoh 2 hari sebelum tu. Kesian adik-adik..tak apa, nanti ustazah datang jenguk korang kat kelas ye.

So..kali ni, ada adik lelaki dan ada adik perempuan. Lagi banyak kerenah! Saya akan ingat budak sorang ni. Dia perlekeh saya ambil degree..haish~ Sabar je laa..nasib baik budak-budak lagi. Kali ni, saya bergabung dengan Biha. Adik-adik lelaki yang paling susah nak handle. Kalau suara tak kuat, jangan haraplah nak handle kelas ni. Ada yang berlari, ada yang menangis, ada yang menyorok, ada yang bergaduh. Hah..macam-macam ada! Nak menenangkan mereka dan mengalih perhatian mereka pada kami memang memerlukan suara dan tenaga yang kuat. Dan hasilnya..suara saya jadi macam budak lelaki baru baligh. Haha=D Dan satu saya ingat, adik-adik saya ni suka main ABC!

Hihi..

Adik-adik ni, walaupun nakal tapi hati diorang lembut sebenarnya. Yang lelaki dan perempuan sama je. Usap-usap sikit, peluk-peluk sikit, cakap nak jadi anak soleh tak..haaa,baiklah diorang. Tapi baik kejap je lah, lepas tu nakallah balik. Haha..biasalah tu, budak-budak. Kita pun macam tu jugak dulu. Tapi, bila hati diorang dah terikat pada kita, tegur sikit je dah cukup. InsyaALLAH diorang akan sentiasa ingat. Yang penting, ikat dulu hati adik-adik ni pada kita.

Masa sesi post mortem, selalu kene tegur. Jadi seorang yang fleksibel, jangan malu-malu dan sentiasalah tersenyum. Haish~ Jangan risau ustaz, saya ni nampak je malu-malu kat depan korang. Tapi kat depan budak-budak, saya tak malu-malu pun. Saya pun dah macam diorang cuma matured sikit je dari diorang.Huhu..

Itulah sikit sebanyak kisah-kisah masa minggu pertama. Seriously saya cakap, saya rasa tak sabar nak habis minggu tu. Rasa tak larat sangat. Balik rumah, saya demam dan batuk. Sampai sekarang batuk saya belum hilang dan suara saya masih ala-ala sengau gitu. Hihi..

Minggu kedua..nanti sambung

Read more...

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat sahabat-sahabat semua..
Semoga kita semua dapat berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik dalam mencari mardhotillah..







Read more...

Friday, December 3, 2010

Dilema Seorang Mu'alaf(bahagian 4)

Khadijah Maisarah memerhatikan Nur Iman Zawani yang sedang bersiap di hadapan cermin di dalam biliknya. Terkial-kial Nur Iman membetulkan tudung di wajahnya. Kekok. Gadis itu bertegas ingin pulang ke rumah walaupun dipelawa untuk bermalam di rumahnya. Ada sinar di wajah gadis Pan Asian itu. Sinar meminta simpati agar dirinya diberi peluang untuk mengecap ketenangan.

Khadijah Maisarah bangkit lalu menghampiri Nur Iman Zawani. Tangan halusnya menarik tubuh Nur Iman Zawani agar menghadapnya. Penuh kelembutan seorang wanita, dia membantu gadis itu bersiap.

Nur Iman Zawani tersenyum malu apabila Khadijah Maisarah membantunya memakai tudung. Dia menatap lembut wajah di hadapannya itu.

“ Iman ni cantiklah. Iman kacukan ye?”

“ Hmm..ye, daddy saya orang Australia. Mummy saya kenal dengan dia masa belajar.”

“ Ohh..macam tu. Patutlah muka Iman macam mat salleh. Emm..boleh akak tanya Iman sesuatu?”

Nur Iman Zawani mengangguk.

“ Macam mana Iman boleh masuk Islam. Iman baru 17 tahun kan? Mummy dengan daddy Iman tak kesah ke?”

Nur Iman Zawani terdiam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Dia tahu, pengislamannya itu tidak sah di sisi undang-undang. Namanya masih lagi Winnie di kad pengenalannya. Seorang Kristian. Tetapi, dia tahu dari segi undang-undang Islam dia adalah seorang muslim yang sebenar. Lafaz dua kalimah syahadah itulah bukti dirinya seorang muslim.

“ Saya..emm, saya tak tahu nak cakap macam mana. Keluarga saya penganut Kristian yang sangat kuat. Mummy saya selalu cakap, orang Islam ni jahat, penipu, pemalas. Bila saya masuk sekolah menengah, saya berkenalan dengan ramai orang Islam. Memang betul macam mummy saya cakap. Tapi, bukan semua. Ada juga yang baik. Macam orang kristian jugak, ada yang baik dan jahat. Jadi, bermula dari situ saya buat kajian. Saya beli kitab Al-Quran. Saya bandingkan dengan Injil yang selama ni saya pegang. Makin lama kajian yang saya buat, makin buntu saya rasakan untuk buktikan Injil tu benar. Segalanya berpihak pada kitab Al-Quran. Sampailah suatu saat bila ALLAH tunjukkan keajaibanNYA di hadapan mata saya. Saat tu saya dah tak mampu nafikan bahawa Islam itu agama yang benar.”

“ Siapa yang ajar Iman mengucap?”

“ Cikgu sekolah saya tapi sekarang dia dah tak ada. Dia berpindah mengajar di sekolah lain. Bila cikgu dah tak ada, saya rasa macam kehilangan sangat sebab dah tak ada yang nak tolong saya mengenali Islam. Bila saya minta tolong pada orang lain, semuanya salah sangka pada saya. Mereka ingat saya sengaja masuk Islam untuk musnahkan Islam. Saya tak salahkan mereka. Saya tahu selama ni saya terlalu banyak buat dosa. Mungkin ini balasan atas dosa-dosa yang pernah saya buat sebelum ni.”

Khadijah Maisarah mendengar tutur kata yang keluar dari mulut gadis itu. Jelas dirinya sedang kecewa. Dia mengusap perlahan pipi gadis manis itu.

“ Tak baik cakap macam tu tau. Iman bukan sedang dihukum tapi sedang diuji adakah benar Iman ikhlas untuk menjadi seorang muslim. Dalam Islam, seorang yang baru memeluk agama Islam adalah seperti seorang bayi yang baru lahir. Maknanya, orang yang baru peluk Islam ni dirinya suci tanpa noda dan dosa. Segala dosanya yang lampau tu telah terhapus dengan sendirinya sebaik sahaja dia memeluk agama Islam. Ingat Iman, ALLAH itu tidak zalim. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia sangat mencintai hamba-hambaNYA lebih-lebih lagi yang turut mencintaiNYA. Selalulah berdoa. ALLAH akan sentiasa mendengar doa hamba-hambaNYA ynag ikhlas.”

Nur Iman Zawani terasa tenang mendengar tutur bicara lembut yang keluar dari bibir Khadijah Maisarah. Hatinya terasa lapang seolah-olah tanah yang selama ini gersang disirami dengan air hujan. Jiwanya merasakan ketenangan yang selama ini dicari. Ada sendu yang bertamu.

Khadijah Maisarah memimpin tangan Nur Iman Zawani lalu mereka duduk di atas sebuah sofa yang tersedia di dalam kamar tersebut.

“ Seorang muslim itu bukan sahaja pada nama tetapi pada setiap tingkah dan akhlaknya itu perlulah mencerminkan keperibadian seorang muslim. Memang bukan mudah menjadi muslim yang sejati tetapi ALLAH akan sentiasa menunjukkan jalan kepada hamba-hambaNYA yang mencari kebenaran. Dalam diri seorang manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya. Dan jika buruk daging itu maka buruklah semuanya. Iman tahu daging tu apa?”

Nur Iman Zawani mengangguk.

“ Hati..cikgu pernah ajar saya dulu. Dia kata, kalau nak jadi muslim yang baik perlu bermula dari hati yang ikhlas kerana dari hati yang ikhlas akan lahirlah peribadi yang indah.”

“ Bagus..macam tu lah. Iman perlu selalu didik hati Iman dengan zikrullah. Iman selalukanlah dengar ayat-ayat suci Al-Quran. InsyaALLAH jiwa yang gundah dan resah akan kembali tenang. Sekejap ye..”

Khadijah Maisarah bangun lalu menghampiri sebuah rak buku. Tangannya mengambil sebuah beg yang terletak di bahagian atas rak.

“ Ini..akak bagi pada Iman. Dalam ni ada kaset-kaset alunan ayat suci Al-Quran dari Juz 1 sampai Juz 30. Balik rumah nanti, bolehlah Iman dengar selalu.”

Mata Nur Iman bersinar melihat susunan kaset-kaset di dalam beg tersebut. Khadijah Maisarah tersenyum.

“ Terima kasih, kak!”

Tok..tok..tok..

Tiba-tiba pintu kamar diketuk.

“ Kak..dah siap ke? Apis kena balik cepat ni. Petang ni Apis ada hal kat surau.”

Suara Ahmad Hafizul memanggil mematikan perbualan mesra dua orang gadis itu. Segera mereka bangkit lalu keluar dari kamar.

“ Iman balik dengan adik akak ye. Kalau senang-senang nanti, Iman datanglah rumah akak. Suruh je Apis hantar Iman ke sini ye.”

Ahmad Hafizul berkerut wajahnya mendengar bicara Khadijah Maisarah.

‘ Eh..eh kakak aku ni. Pandai-pandai je. Aii..dia tak nak ikut sekali ke? Takkan aku dengan budak ni je kot?’

Ahmad Hafizul menghampiri Khadijah Maisarah lalu dia menyiku lembut bahu kakaknya itu. Bibirnya menggumam perlahan.

“ Akak..akak ikutlah sekali. Takkan saya seorang je hantar dia. Dah tengah malam ni. Kang kena tangkap basah kang tak pasal-pasal dapat adik ipar mat salleh kang..”

Khadijah Maisarah tergelak kecil mendengar kata-kata Ahmad Hafizul. Suaranya perlahan khuatir didengari oleh Nur Iman Zawani.

“ Apa salahnya dapat adik ipar mat salleh. Kan Iman kan?? Hihi..”

Sengaja Khadijah Maisarah menguatkan suaranya. Nur Iman Zawani tidak berubah riak. Mungkin kurang memahami maksud kata-kata Khadijah Maisarah itu. Ahmad Hafizul pula sengaja berdehem sekuat hatinya dengan harapan Nur Iman Zawani tidak mendengar kata-kata kakaknya itu. Lega hatinya melihat wajah Nur Iman Zawani yang kosong.

“ Akak ni..saja je kan? Dahlah..jom, akak kena ikut sekali. Kalau tak Apis tak nak hantar.”

“ Hihi..yela, yela.”

********************

“ Terima kasih cikgu, Kak Dijah..sebab hantar saya ke rumah. Emm, cikgu dengan akak nak masuk dulu tak?”

Nur Iman Zawani teragak-agak mempelawa Ahmad Hafizul dan Khadijah Maisarah untuk masuk ke rumahnya. Khuatir mereka tidak selesa.

Ahmad Hafizul memerhatikan segenap kawasan rumah anak muridnya itu. Sebuah banglo mewah berdiri megah dan tersergam indah bagaikan sebuah istana zaman silam. Pagarnya sahaja dihiasi dengan ukiran makhluk yang dipanggil ‘Cupid’ oleh orang-orang Kristian. Makhluk bersayap yang tidak berpakaian bersama dengan panah dan busurnya. Kononnya makhluk itulah yang menyebarkan cinta dalam hati mereka. Lamannya pula terpamer sebuah ukiran berbentuk seorang rahib yang sedang memegang salib. Penuh dengan ciri-ciri seorang Kristian sejati.

‘Patutlah Iman tertekan. Keluarganya memang pengamal sejati Kristian.’

Ahmad Hafizul memandang wajah Nur Iman Zawani yang masih menuggu jawapan pelawaannya dari mereka. Baru sahaja dia ingin membuka mulutnya, kakaknya terlebih dahulu bersuara.

“ Tak apalah Iman, lain kali je..lagipun dah lewat malam ni. Kami balik dulu ye. Kalau Iman ada masa, singgahlah ke rumah akak ye. Ni alamat rumah akak. Kalau segan nak suruh Apis hantarkan, Iman datanglah sendiri ye. Rumah akak sentiasa terbuka untuk Iman.”

Nur Iman Zawani tersenyum. Tangannya mencapai cebisan kertas yang dihulurkan oleh Khadijah Maisarah lalu dimasukkan ke dalam poket baju sekolahnya.

“ Kami balik dulu ye, Assalamu’alaikum.’’

‘’ Wa’alaikumussalam, hati-hati ye..’’

Nur Iman Zawani memandang sayu ke arah kereta mereka yang berlalu pergi. Ada rasa kasih yang menjalar di lubuk hatinya buat adik-beradik yang mesra itu. Ada harapan yang ingin disandarkan pada mereka.

Nur Iman Zawani mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Dia menyelongkar beg sekolahnya mencari kunci rumah. Ditolak pagar kecil rumahnya.

“ Eh, pagar tak kunci? Mummy terlupa kunci agaknya..”

Nur Iman Zawani masuk lalu mengunci pintu pagar kecil rumahnya itu. Dia berjalan masuk ke perkarangan. Perhiasan dan pemandangan rumahnya yang selama ini dibanggakan tidak lagi menarik perhatian.

“ Kereta mummy tak ada laa..”

Nur Iman Zawani menghampiri pintu rumahnya yang terbuka. Hairan. Kebiasaannya pintu rumahnya akan dikunci selepas tengah malam. Pembantu-pembantu rumahnya pula pulang selepas jam 10 malam setiap hari. Nur Iman Zawani mula berasa tidak sedap hati. Khuatir ada sesuatu yang buruk berlaku pada keluarganya.

Nur Iman Zawani menolak pintu rumahnya perlahan. Ada bau yang kurang enak menusuk hidungnya. Di ruang tamu kelihatan abangnya, Duan sedang terbaring di atas lantai dengan botol arak di tangannya. Nur Iman Zawani menutup hidungnya. Dia kurang senang dengan bau najis syaitan itu. Walaupun semasa dia masih lagi seorang Kristian, dia memang tidak suka dengan bau arak. Dia tidak pernah meneguk arak sepanjang hidupnya.

“ Duan, are you okay?”

Duan membuka matanya perlahan apabila mendengar suara adiknya menegurnya. Matanya menangkap kelibat Nur Iman yang sedang berdiri menatapnya. Adiknya itu kelihatan sangat cantik di matanya. Ada gelojak nafsu yang bertamu di dadanya kesan daripada alcohol yang diteguknya. Dia berdehem.

“ Why you are so late tonight? You pergi mana, Winnie? Mummy dengan daddy dah keluar. I tak tahu diorang pergi mana. Just lock the door.”

Nur Iman Zawani mengikut arahan Duan. Ada rasa kurang selesa di dalam hatinya apabila mengetahui hanya dia dan Duan sahaja di rumah besar itu. Kakinya pantas melangkah ke tangga untuk naik ke kamar tidurnya.

“ I’m going upstairs. Kalau ada apa-apa, I dalam bilik.”

Duan memandang tajam langkah Nur Iman yang pantas menaiki tangga. Nafsunya bergelojak deras lebih-lebih lagi apabila sebahagian betis adiknya kelihatan di sebalik kain sekolahnya yang terselak apabila dia berlari menaiki tangga. Dia bangkit.

Duan duduk sambil memandang botol arak di tangannya. Bayang adiknya dalam keadaan tidak bertudung menerjah mindanya. Dia meraup wajahnya. Pantas diteguknya najis syaitan itu dengan harapan bayangan adiknya itu hilang dari mindanya. Dia mendengus kasar.

********************
Nur Iman Zawani mengunci pintu biliknya. Nafasnya laju. Ada rasa takut yang menerpa di hatinya apabila teringat pandangan mata Duan terhadapnya tadi. Tudung labuhnya ditanggalkan. Panas. Badannya terasa rimas. Pantas dia mencapai tuala lalu melangkah ke kamar mandi.

Tiba-tiba..

“ Gang..gang..gang..!!!”

bersambung..

Read more...

Mr Panadol

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya...


"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol... Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller", semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

Sesungguhnya segala penyakit Allah lah yang Maha Berkuasa berhak menyembuhkannya... Bi Iznillah...

credits to: encik Go @ facebook

Read more...