Bismillahirrahmanirrahim..
Lama sungguh rasanya saya tidak berlayar ke alam maya. Kesibukan bersama adik-adik agak menghadkan waktu untuk saya bermanja dengan laptop kesayangan saya ini. Alhamdulillah, cuti semester selama lebih kurang sebulan ini saya habiskan dengan menyertai satu program iaitu Daurah Penghayatan Remaja Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Pelbagai kisah suka duka, pengalaman dan pengajaran yang saya peroleh di sini.
Suka untuk saya kongsikannya bersama sahabat-sahabat semua apa yang kami jalani di sana. Nah, saya hidangkan kisah kami di MSSAAS selama 2 minggu yang pertama. Selamat menjamu selera!(^_^)
Minggu pertama
Saya, dan 2 orang sahabat saya, Syida dan Isya menapak dari rumah sewa kami di Jati ke perhentian bas menunggu kedatangan bas Usim yang akan membawa kami ke MSSAAS. Saat menunggu kami tidak sia-sia apabila di tepi jalan itu menjadi saksi perkenalan kami dengan Kak Huda dan Kak Ina yang turut serta dalam daurah tersebut. Chewah~
Kami tiba di MSSAAS saat fajar mula menampakkan wajahnya. Subhanallah~ MSSAAS memang sebuah masjid yang sangat besar. Saya terpegun melihatnya walaupun ini bukanlah kali pertama saya ke sini. Sesungguhnya ALLAH itu Maha Hebat kerana menciptakan manusia yang mampu membina masjid sehebat itu. Di hati saya terdetik, harap-harap jangan cantik sahaja yang lebih. Cantik pun tak guna juga jika tiada insan yang memakmurkannya. Alhamdulillah~ MSSAAS ini ramai jemaahnya dan pelbagai aktiviti keagamaan ada di dalamnya.
Selepas solat maghrib, kami makan malam dan kami dibawa ke tempat penginapan kami yang bertaraf 'hotel 5 bintang'. Haha..begitulah menurut sahabat-sahabat kami yang lebih berpengalaman di sini. Baiti jannati~
Kami berkenalan dengan fasilitator-fasilitator yang lain. Ternyata bukan Usim sahaja yang menyertai, rupa-rupanya ada sahabat-sahabat dari Uitm Shah Alam juga. Subhanallah~ Saya sangat kagum dengan sahabat-sahabat dari Uitm ini. Ramai sahabat-sahabat yang baru kami kenali di sini..Kak Siti, Kak Sal, Kak Dayang, Kak Kome, Kak Dah, Kak Midah, Kak Sha, Kak Min,Kak Syikin, Kak Wani Ustaz Rahmat, Ustaz Firdaus, Shahir, Najmuddin, Jamhuri, Zulhisham, Hafizi dan ramai lagilah! Tak terdaya nak sebut semua. Sahabat-sahabat FEM pun ramai rupanya, ingatkan kami bertiga plus Amirul je. Ada Zulhilmi, Zulqarnain, Hafiz Ehsan, Biha, Baihaqi dan seorang lagi, saya tak ingat nama dia tapi saya panggil dia little dub dab,haha..mokcik ea? Tak reti eja ah~
Ketua kami, Ustaz Mahmud. Syida kata macam pernah tengok dia. Ish, bila masa pulak pernah nampak dia?? Syida kata dia pernah buat program kat Nilam. Yeke ustaz??? OOhh..rupa-rupanya, Ustaz Mahmud ni ex-Usim. Dia bekas pelajar FPQS. Baru ku tau..huhu
Then sesi briefing bermula. Pelajar dibahagikan pada 3 kategori iaitu menengah, rendah atas dan rendah bawah. Along, angah dan ucu. Saya masuk kategori ucu, rendah bawah means saya akan berhadapan dengan kerenah adik-adik yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 9 tahun. Saya ada pengalaman mengajar budak-budak dan saya tau betapa hyper aktifnya mereka pada umur-umur ini. Huhu..Esok bermulalah cabaran kami semua pada hari yang pertama.
Ada debaran terasa. Saat bertemu adik-adik pada pagi Isnin itu, saya dapat rasakan pelbagai jenis pandangan dari mereka. Uhuu..dik, jangan tengok akak camtu. Akak pun manusia gak. Ada pandangan pelik, ingin tahu, excited dan macam-macam lagi. Relaxlah ain..macam tak biasa dengan budak-budak.
Aktiviti pertama pada pagi itu adalah solat dhuha. Alhamdulillah~ Masa kecik-kecik ni lah nak didik adik-adik kita ni supaya solat sunat. Then adik-adik ini dibahagikan dalam kumpulan. Saya dapat adik-adik perempuan berumur 8 tahun yang sangat comel dan sangat aktif. Macam-macam kerenah yang saya hadapi. Ada yang suka bertanya, ada yang manja, ada yang pendiam, ada yang suka main, ada yang suka menyanyi. Haish~memang banyak songeh korang semua ni. Sayang lebih ah~
Saya bergabung kelas dengan Kak Dah. Bila dah gabung kelas ni, makin banyak kerenah yang terlihat. Mujur Kak Dah yang merupakan pelajar kaunseling banyak membantu. Thanks Kak Dah~ Ada seorang adik ni,haish..manjanya terlampau. Mungkin sebab familynya bermasalah. Kalau boleh, dia nak saya layan dia seorang je. Tapi, kalau layan dia seorang yang lain marah, layan yang lain, dia pulak yang jadi tak nak ikut arahan. Susahnyaa~
Untuk minggu pertama ni adalah sesi berkenalan dan bermesra dengan adik-adik ni. Jadi, modul kami lebih kepada permainan dan perkenalan sahaja. Paling banyak soalan yang ditanyakan selain nama adalah "ustazah dah kawin?" Haha..rasa nak jawab dah je~=P
Ni Irdina..nakal~
Hari kedua, saya mula kepenatan. Mungkin sebab kami membawa mereka berjalan di luar. Ada seorang adik ni yang agak kekurangan dari segi fizikalnya, Aqilah,kesian dia..penat berjalan. Saya pun dukunglah dia, ada adik-adik lain yang jeles.Haha..korang beratlah, tak larat nak dukung..dia ringan je. Terserempak dengan ustaz Mahmud masa dukung adik tu, ingatkan dia nak marah ke tegur ke..hihi, nasib baik dia tak cakap apa-apa.
Petang hari kedua tu, saya memang rasa penat sungguh. Ehee~ Tengah penat-penat tu, tiba-tiba ustaz Rahmat datang jenguk kelas kami dan dia handle adik-adik kami yang sangat comel ni. Terima kasih ustaz, sorry ustaz..saya penat sangat~ Dan masa post mortem malam tu, ustaz rahmat buat teguran pada kami. Katanya, penat jaga budak-budak ni kalau tak dicampurkan dari segi umur dan jantina. Tak larat nak layan. Mengata sayalah tu. Haha =D Then, dia cadangkan supaya kitorang rombak balik kumpulan. Campurkan mereka ikut umur dan jantina.Ok~
So..hari ketiga dan keempat, saya dapat adik-adik baru. Ramai juga yang merungut tak nak tukar. Mungkin dah mula jatuh sayang dan terbiasa dengan kami dalam tempoh 2 hari sebelum tu. Kesian adik-adik..tak apa, nanti ustazah datang jenguk korang kat kelas ye.
So..kali ni, ada adik lelaki dan ada adik perempuan. Lagi banyak kerenah! Saya akan ingat budak sorang ni. Dia perlekeh saya ambil degree..haish~ Sabar je laa..nasib baik budak-budak lagi. Kali ni, saya bergabung dengan Biha. Adik-adik lelaki yang paling susah nak handle. Kalau suara tak kuat, jangan haraplah nak handle kelas ni. Ada yang berlari, ada yang menangis, ada yang menyorok, ada yang bergaduh. Hah..macam-macam ada! Nak menenangkan mereka dan mengalih perhatian mereka pada kami memang memerlukan suara dan tenaga yang kuat. Dan hasilnya..suara saya jadi macam budak lelaki baru baligh. Haha=D Dan satu saya ingat, adik-adik saya ni suka main ABC!
Adik-adik ni, walaupun nakal tapi hati diorang lembut sebenarnya. Yang lelaki dan perempuan sama je. Usap-usap sikit, peluk-peluk sikit, cakap nak jadi anak soleh tak..haaa,baiklah diorang. Tapi baik kejap je lah, lepas tu nakallah balik. Haha..biasalah tu, budak-budak. Kita pun macam tu jugak dulu. Tapi, bila hati diorang dah terikat pada kita, tegur sikit je dah cukup. InsyaALLAH diorang akan sentiasa ingat. Yang penting, ikat dulu hati adik-adik ni pada kita.
Masa sesi post mortem, selalu kene tegur. Jadi seorang yang fleksibel, jangan malu-malu dan sentiasalah tersenyum. Haish~ Jangan risau ustaz, saya ni nampak je malu-malu kat depan korang. Tapi kat depan budak-budak, saya tak malu-malu pun. Saya pun dah macam diorang cuma matured sikit je dari diorang.Huhu..
Itulah sikit sebanyak kisah-kisah masa minggu pertama. Seriously saya cakap, saya rasa tak sabar nak habis minggu tu. Rasa tak larat sangat. Balik rumah, saya demam dan batuk. Sampai sekarang batuk saya belum hilang dan suara saya masih ala-ala sengau gitu. Hihi..
Minggu kedua..nanti sambung
No comments:
Post a Comment