Monday, May 31, 2010

Bangkitlah wahai umat ISLAM!!!!

ALLAHUAKBAR!!!!

Info terkini mengatakan bahawa angka yang terkorban meningkat kepada 20 orang. ALLAH~
Mohon doa dari semua umat ISLAM. Kita solat hajat malam ni mohon bantuan dari ALLAH.

Read more...

Sunday, May 30, 2010

Pendriveku='(

='(
Pendrive saya masuk virus..
8G..
Ada ayat-ayat Quran, tazkirah, gambar, lagu, video..dan='(
NOVEL SAYA!!!
Sedihnyaaaaa....
Sahabat-sahabat..
kalau pendrive dah masuk virus memang tak boleh elok balik ke??
Kenapa semua file tak boleh bukak?
Tapi..masa scan ada je file tu
Tak ada harapan ke saya nak dapat balik file dalam tu??
='(

Read more...

Friday, May 28, 2010

Nikmat atau Istidraj?

" Ish, aku pelik tengok si Faris tu. Dahlah terang-terang tak pernah solat, clubbing siang malam, belum kira berapa ramai perempuan dia bawak balik banglo dia tu. Tapi, tengoklah..duit dalam bank berkepuk-kepuk, rumah macam istana, kereta 5,6 biji, gaji pula puluh-puluh ribu sebulan. Apsal murah rezeki sangat dia tu?? Padahal dia selalu buat maksiat. Aku ni yang hari-hari solat dekat masjid pun tak pernah dapat merasa mewah macam dia"

" Ish, aku kesian betul tengok si Dollah tu. Orangnya baik, soleh, kaki masjid, rajin kerja pulak tu. Tapi, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Susah sungguh dia. Hai, kenapalah orang baik macam dia tu hidup susah kat dunia ni??"

*************************************************************************************
Mungkin ada di antara kita yang pernah terlintas fikiran-fikiran seperti di atas. Orang yang hidupnya penuh dengan maksiat tetapi dikurniakan oleh ALLAH dengan rezeki yang banyak dan melimpah ruah sedangkan orang yang taat kepada perintahNYA pula hidup dalam keadaan susah. Kedengaran seolah-olah ALLAH itu tidak adil, bukan??

" Sesungguhnya ALLAH tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya ALLAH akan melipatgandakan dan memberikan dari sisiNYA pahala yang besar"

" Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita-berita gembira kepada orang-orang yang sabar" ( surah Al-Baqarah: 155 )

Nah, kalau dilihat dari ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa bukanlah ALLAH itu tidak adil dalam membahagikan nikmat pada hambanya bahkan ALLAH itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Setiap ketentuannya ada hikmah disebaliknya yang perlu kita singkap dan kaji.

Jadi, apa tujuannya ALLAH membeza-bezakan pembahagian nikmat pada hamba-hambaNYA?? Mengapa mereka yang takbur dan kufur itu mendapat nikmat yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang taat dan patuh pada perintah ALLAH?? Kita renung-renungkan..

Adakah Firaun dan Qarun yang hidupnya penuh dengan nikmat dan harta dunia itu mendapat nikmat yang sama di akhirat??

Adakah Nabi Muhammad yang merupakan Kekasih ALLAH itu hidup dalam limpahan harta dan kekayaan dunia??

Jika dilihat secara menyeluruh, kebanyakan mereka yang taat dan patuh pada ALLAH itu tidak akan hidup dilimpahi kemewahan. Hidup mereka sederhana tetapi mereka bahagia kerana rezeki sedikit itu adalah rezeki yang berkat. Ada juga mereka yang beriman dan dikurniakan dengan harta yang banyak tetapi mereka menggunakannya pada jalan kebaikan bahkan tidak berasa risau seandainya nikmat itu ditarik kembali. Berbeza dengan mereka yang kufur, sentiasa berasa risau dengan harta yang banyak. Bimbang dirompak dan hidup dalam ketakutan. Itulah istidraj.

Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Nikmat atau Istidraj??

Apakah itu Istidraj??

Istidraj adalah pemberian nikmat oleh ALLAH kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNYA. Maka, dari ketidakredhaan ALLAH itulah timbul perasaan riak, angkuh, bongkak serta kehidupan yang diselubungi ketakutan kerana terlalu sayang pada harta dunia itu.

Itulah cara ALLAH berurusan dengan hamba-hambaNYA yang enggan akur dan patuh pada perintahNYA. Maka tidak hairanlah jika ALLAH masih memberi tetapi ALLAH tidak redha.

" Apabila kamu melihat bahawa ALLAH memberikan nikmat kepada hamba-hambaNYA yang selalu berbuat maksiat, maka ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh ALLAH" ( Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi )

Pemikiran manusia zaman kini sama sekali sudah jauh berubah. Dahulu, para Nabi dan Rasul serta hamba-hamba yang soleh sangat takut dengan nikmat harta dunia. Mereka rela hidup dalam keadaan miskin daripada hidup dilimpahi kekayaan tetapi tidak mendapat keredhaan ALLAH. Ada yang sanggup memberikan seluruh hartanya demi untuk mendapat keredhaan ALLAH seperti Siti Khadijah dan Salman AL-Farisi.

Sajak rintihan umat Islam di zaman Nabi:

" RedhaMU yang selalu kami rindukan dan marahMU yang sangat kami takuti. Tuhan, lebih baik kami hidup miskin asal dalam redhaMu. Kami tidak ingin kepada kekayaan , di dalam marahMU"

Kebanyakan manusia masa kini sering tertipu dan sangat mudah terpedaya dengan wang dan harta. Mata mereka dikaburi dengan ketamakan dan kerakusan. Mereka tidak sedar bahawa wang yang banyak itulah yang akan menyesatkan mereka dan membawa mereka meniti titian sirat menuju ke neraka. Mereka keliru dengan nikmat yang ALLAH berikan kepada hambaNYA yang taat dan hambaNYA yang ingkar.

Lebih dasyat lagi, ada manusia yang hidup bertopengkan syaitan. Mereka menggunakan nikmat pemberian ALLAH itu dengan baik. Mereka sering membantu anak-anak yatim, bersedekah bahkan membina masjid menggunakan wang mereka sendiri. Tetapi di sebalik itu, tersimpul niat lain di hati mereka. Mereka ingin dikenali sebagai orang yang dermawan. Mereka ingin mendapatkan penghormatan dari orang ramai. Mereka sebenarnya tidak ikhlas. Sumbangan yang diberikan dinyatakan secara terang-terangan bahkan dengan mengadakan sidang media dengan tujuan mengkhabarkan pada semua..

" Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Polan kerana telah berbesar hati menyumbangkan wang sebanyak RM50 000 kepada rumah anak yatim ini"

Kembang-kempis hidung si polan yang mendengar. Angkuh mula ke langit. Riak bertamu. Bangga..

Sabda Rasulullah:

" Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan"

Maka, janganlah kita memandang hina pada insan-insan yang hidup susah dan merempat. Mungkin tempat mereka di sisNYA lebih mulia dari kita. Kita sering memandang hina pada mereka yang bekerja sebagai pencuci tandas, pengutip sampah, pembuat kasut dan lain-lain. Sekuarang-kurangnya mereka melakukan kerja yang halal dan rezeki yang diperoleh itu adalah rezeki yang diredhai berbanding mereka yang bekerja sebagai pegawai, peniaga tetapi sering terlibat dengan rasuah dan riba'.

Dan bagi mereka yang hidupnya susah tu, ketahuilah bahawa ALLAH mencintaimu. Beruntung sungguh mereka kerana terhindar dari sifat riak dan takbur. Dan bagi mereka yang hidup bagai raja, berhati-hatilah. Gunakan hartamu di jalan yang betul. Mungkin kamu salah seorang yang diistidrajkan oleh ALLAH. Nauzubillah..

Read more...

Saturday, May 22, 2010

Puisi untukmu SAHABAT


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.

Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.

Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata "Tidak" di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata "Ya".

Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;

Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.

Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.

Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.

Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?

Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!

Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.

Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..

Karena dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

UKHUWAH ITU MANIS KERANA ALLAH..AKU MENCINTAI DAN MENYAYANGIMU KERANA ALLAH..SAHABATKU~



Read more...

Wednesday, May 19, 2010

Perit


ALLAH~
Peritnya rasa..
Pedih..pilu..
Tabahkan aku..


Read more...

Friday, May 14, 2010

Anak Derhakakah kita??

"Rambut fesyen apa kau buat ni, Angah??"

Si ibu bertanya apabila melihat kelibat anaknya keluar dari bilik dengan berpakaian kemas dan harum semerbak. Tetapi rambutnya yang panjang dan didandan seperti orang Barat itu cukup menyakitkan pandangan.

Zainal hanya tersengih memandang ibunya. Malas mahu menjawab. Ibunya sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya.

Pelik aku dengan budak-budak zaman sekarang ni..fikirnya

* * * * * * * * *
Esoknya juga begitu, kali ini fesyen lain pula. Ala-ala Korea.

Si ibu dan ayah hanya mampu melihat. Sudah acap kali menegur. Sudah acap kali dibebelkan. Mulut sudah berbuih, lidah sudah tergeliat menyebut hal yang sama setiap hari. Bukan melarang anaknya berfesyen tapi biarlah fesyen yang sopan. Bukan fesyen Barat yang diagung-agungkan.

Si bapa sekadar berdehem apabila melihat anaknya seperti itu. Mahu ditegur lagi, bimbang anaknya terasa hati. Bukan dia tidak tahu perangai anaknya itu. Pantang ditegur, mulalah dia mengamuk sendiri.

" Abang, abang tengoklah anak kita tu. Ina risaulah. Sejak dia habis sekolah ni, lain macam je perangai dia. Ke masjid pun dah jarang. Tengoklah rambutnya tu"

Si bapa termenung seketika. Mahu tidak mahu, anaknya itu harus ditegur secara serius dan bersemuka. Bukan lagi teguran biasa.

* * * * * * * * *
" Angah, sini kejap. Ayah nak cakap"
" Alaa..Angah dah lambat ni, ayah. Nak jumpa kawan ni"
" Sekejap je. Tak lari ke mana kawan Angah tu"

Zainal mengalah. Dia menghampiri ayahnya lalu duduk di sebelahnya. Hari ini, rambutnya dibuat ala-ala punk. Tercacak. Cicak jatuh pun mati.

" Ayah tengok, Angah sekarang ni dah jarang ke masjid. Subuh pun selalu terlajak. Kau ada masalah ke, Angah? Ni, rambut Angah ni. Fesyen apa ni?? Dah macam perempuan je ayah tengok"

Zainal diam. Wajahnya kelat.

" Ayah bukan apa. Bukan tak bagi kau berfesyen tapi berpada-padalah. Biarlah kemas, ni ayah tengok macam artis luar negara tu je. Serabut! Mak kamu pun tak suka tengok"

Si ibu pula datang menyampuk.

" Angah, mak ayah tegur ni bukan sebab benci kamu. Tapi untuk kebaikan kamu jugak. Mak tengok, sejak bekerja ni, kamu lain benar. Kamu jangan terikut dengan kawan-kawan kamu yang tak senonoh tu."

Bebelan demi bebelan meyakitkan telinga dan hati Zainal. Darahnya mendidih. Dia paling tidak suka di bebel. Tanpa sepatah kata, dia bangun. Memandang tajam pada kedua orang tuanya lalu masuk ke bilik dan menghempas pintu dengan kuat. Di dalam bilik terdengar bunyi bising. Zainal mengamuk melepaskan perasaan. Tiba-tiba dia keluar sambil mulutnya terkumat-kamit memarahi kedua orang tuanya dan terus menghidupkan motor lalu meninggalkan rumahnya tanpa sepatah kata.

Adik Zainal, Suraya masuk ke bilik abangnya. Barangnya bersepah. Dinding penuh dengan kesan conteng. Kedua orang tua Zainal menjenguk. Mengalir air mata seorang ibu dan ayah. Suraya hanya mampu melihat. Dia juga tidak mampu berkata apa-apa.

* * * * * * * * *

Malam itu..jam 1 pagi

" YA ALLAH!!! Apa dah jadi dengan kau ni, Angah?!"

Si ibu segera meluru ke arah Zainal di pintu pagar. Zainal berlumuran darah. Baju dan seluarnya koyak. Topi keledarnya pecah dan kepalanya berdarah. Dia segera dipapah masuk ke dalam rumah.

Si ibu dan ayah dengan penuh kasih sayang membersihkan luka anaknya. Sudah lupa dengan semua sikap-sikap anaknya sebelum ini. Itulah ibu dan ayah..

* * * * * * * * *

Itu antara serba sedikit kisah tentang anak derhaka pada zaman serba moden ini. Anak derhakakah Zainal? Sedangkan dia tidak memaki atau memukul kedua orang tuanya. Ya, tetapi dia memaki dan memukul hati kedua orang tuanya sehingga mereka mengalirkan air mata kerananya. Dan balasannya, tunai!!! Mujur dia masih selamat. Mujur dia masih diberi peluang untuk bertaubat. Kesalahannya berfesyen cuma kecil tetapi kesalahannya kerana menyakitkan hati kedua orang tuanya itu adalah kesalahan besar. Kisah ini benar-benar berlaku, bukan rekaan semata.

Itu baru mengamuk dan memaki secara senyap. Bagaimana pula dengan anak-anak yang lebih berani? Memukul dan mencaci ibu bapa mereka secara terang-terangan! Astaghfirullahal'azim..

Janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya (ibu bapa) dengan perkataan ah, dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia...surah Al-isra',ayat 23

Berkata "AH" terhadap mereka pun tidak boleh, inikan pula mencaci dan memaki mereka. Ibu bapa adalah orang yang melahirkan dan menjaga kita sejak kecil Kerana merekalah kita wujud di dunia ini. Kerana merekalah kita menjadi seorang insan. Kerana merekalah kita dapat melihat dunia. Segalanya kerana mereka. Tanpa mereka, siapalah kita?? Dan adakah kita berhak untuk memaki dan mencaci orang yang melahirkan dan menjaga kita??!

Sabda Nabi, yang bermaksud: Semua dosa ditangguhkan oleh Allah (seksaannya) mana-mana yang dikehendaki-Nya sehingga ke hari kiamat, melainkan dosa kerana menderhaka dua ibu bapa. Maka sesungguhnya, Allah akan segerakan seksaan dan a zab ke atas pelakunya ketika hidupnya, sebelum mati. (Hadis riwayat Tabrani dan Hakim)

Lihat kisah tadi. Dia kemalangan setelah mengamuk memarahi kedua orang tuanya. Banyak lagi kisah-kisah lain yang mungkin berlaku tetapi kita tidak tahu. Redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Berbahagialah kita seandainya ibu bapa kita redha terhadap kita. Balasan menderhaka pada mereka akan dibayar secara tunai di dunia bahkan di akhirat nanti balasan lain sedia menanti.

Sebesar-besar dosa (dosa besar) ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu. (Hadis riwayat Imam Bukhari).



Sahabat-sahabatku..ingatlah,mungkin kita tidak memaki atau memukul ibu bapa kita. Tetapi, mungkin tanpa kita sedar kita pernah menyakiti hati mereka. Kita insan biasa, begitu juga dengan mereka. Kita punya hati dan perasaan, begitu juga dengan mereka. Janganlah menunggu sehingga mereka tua untuk meminta maaf pada mereka. Selagi mereka masih hidup, berbaktilah pada mereka. Dan apabila mereka tiada, jadilah anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.

Read more...

Aku Tinggalkanmu..

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa

Hadirlah dalam hidupku
sebagai yang halal buatku
aku ingin mencintaimu keranaNYA

~
Read more...

Tuesday, May 11, 2010

Salam Maaf

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum pada sahabat-sahabat semua. Semoga para sahabat sentiasa di bawah payung rahmat dan hidayahNYA. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana dalam beberapa hari ini tiada post baru dari saya. Kesibukan berpindah ke rumah baru dan ketiadaan kemudahan internet menyukarkan saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat semua. Permintaan dari beberapa orang sahabat agar saya menghantar post baru di blog tidak dapat saya tunaikan. Justeru saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan pemberitahuan bahawa saya akan mengurangkan penghantaran post buat masa ini. Pada sahabat-sahabat yang ingin terus berblogging, menambah ilmu..bolehla berkunjung ke blog sahabat-sahabat blogger yang lain. Salam maaf dari saya..wassalam
Read more...

Friday, May 7, 2010

Aisyah Humaira'

Dikau lah puteri ayu
sahabat terbilang
menjadi penyeri hidup khatimul anbiya'
sifat taqwa padamu menghias peribadimu
oh siti aisyah
humaira..

ooh humaira kau penawar
tika nabi kehilangan khadijah
ooh humaira kaulah contoh
sehingga digelar ummul mu'minin
ohh humaira serikandi
bersama rasul menyebar ajaran mulia
ohh humaira kau penghibur
setia bersama rasulullah tercinta



Bersabar duhai isteri-isteri (& bakal menjadi isteri....mehnah kehidupan takkan terhenti selagi kita tak dijemput Ilahi)

puteri ayu sahabat terbilang
menjadi penyeri hidup khatimul anbiya'
sifat taqwa padamu
menghias peribadi mu oh siti aisyah
humaira..

ooh humaira kau penawar
tika nabi kehilangan khadijah
ooh humaira kaulah contoh
sehingga digelar ummul mu'minin
ohh humaira serikandi
bersama rasul menyebar ajaran mulia
ohh humaira kau penghibur
setia bersama

ooh humaira kau penawar
tika nabi kehilangan khadijah
ooh humaira kaulah contoh
sehingga digelar ummul mu'minin
ohh humaira serikandi
bersama rasul menyebar ajaran mulia
ohh humaira kau penghibur
setia bersama rasulullah

ohh aisyah..dikaulah serikandi...

Read more...

Wednesday, May 5, 2010

Dilema Seorang Mualaf ( Bahagian 1 )

" Feewitt, Winnie dah jadi ustazahla sekarang! Cayalah Winnie!!! "

" Assalamu'alaikum ustazah Winnie, boleh berkenalan? Hihi.. "


" Hai Winnie, seronok pakai tudung?? "


Itulah antara suara-suara sumbang yang kedengaran setiap kali seorang gadis manis bertudung labuh melalui koridor-koridor kelas.
' Winnie'. Nama itu cukup sinonim dengannya dahulu. Seorang gadis lincah, seksi dan gemar bersosial. Menjadi rebutan pelajar lelaki di sekolahnya kerana keramahan dan keunikan wajah Pan Asian yang dimilikinya. Tetapi, itu dahulu. Kini, dia bukan lagi ' Winnie ' yang seksi tetapi kini dia adalah Nur Iman Zawani Abdullah yang bertudung litup.

**********
Nur Iman Zawani mengucup Muqaddam yang baru dibacanya. Dia menyimpannya di atas rak. Sebagai saudara baru dalam Islam, banyak perkara baru yang harus dipelajarinya. Seba
gai permulaan, dia sedang mempelajari asas-asas dalam Islam dan sedang melancarkan bacaan arabnya. Mujur dia pernah belajar jawi sewaktu di sekolah dahulu. Agak mudahlah baginya untuk melancarkan lidahnya menuturkan ayat-ayat ALLAH. Dia sedang cuba menghadam sebuah buku agama karangan Fathi Yakan berjudul 'Apa Ertinya Anda Menganut Islam'.

Segalanya bermula kerana satu peristiwa. Hidupnya berubah 100% selepas peristiwa tersebut. Peristiwa dimana dia dipilih untuk menerima hidayah daripada ALLAH.

**********
Winnie membandingkan fakta-fakta di dalam Bible dengan Al-Quran tafsir yang sedang dikajinya. Ternyata terdapat banyak percanggahan. Dan percanggahan itu lebih memihak kepada Al-Quran. Winnie mendengus kasar. Dia sama sekali tidak akan terpengaruh dengan ajaran Islam. Namun, kajian demi kajian yang dilakukan membawanya ke jalan buntu untuk membuktikan bahawa Kristian adalah agama yang benar.


Winnie memandang unggun api yang sedang marak dihadapannya. Kedinginan malam tidak terasa dengan kehangatan yang terhasil darinya. Dia sedang mengikuti satu kem perkhemahan yang dianjurkankan oleh Kelab Sains Semulajadi di sekolahnya. Dia ingin lari sebentar dari kesibukan kota sambil meneruskan kajian tentang agama Islam yang sedang dijalankannya itu.

Dia membelek-belek sebuah buku yang digunakan untuk mencatat segala hasil dari kajian yang sedang dijalankannya itu.

Dalam Bible menerangkan tentang konsep Trinity iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Qudus sedangkan Al-Quran pula menerangkan konsep Unity yang bermaksud ALLAH itu satu, tiada dua dan DIA YANG MAHA ESA.

'Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia' ( Al-Ikhlas )

Jika mengikut logik akal, apabila sebuah negara makmur diperintah oleh seorang raja itu bererti dia sangat hebat dan berkuasa berbanding negara makmur yang diperintah oleh beberapa orang raja. Ertinya setiap dari raja ada kelebihan dan kelemahan masing-masing serta memerlukan pertolongan untuk berjaya.

Samalah konsepnya dengan Trinity dan Unity itu tadi. Bermakna ALLAH lebih berkuasa berbanding tuhan-tuhan Kristian kerana ALLAH tidak memerlukan sesiapa untuk membantunya mentadbir dunia. Bahkan ALLAH yang memberi pertolongan pada hamba-hambaNYA.

Winnie menarik nafas panjang. Matanya dipejamkan sebentar. Lega. Dia menyambung kembali bacaannya.

Di dalam Al-Quran jelas menunjukkan bahawa ALLAH itu tidak beranak dan diperanakkan. Jadi, bagaimana dengan omongan-omongan paderi yang sering disogok dalam kotak pemikirannya yang mengatakan bahawa Isa itu adalah Anak Tuhan?? Dan ada juga yang mengatakan bahawa Isa itu adalah jelmaan tuhan yang turun ke bumi untuk menebus dosa hamba-hambanya. Maka kerana itulah dia disalib sebagai penebus segala dosa. Mengapa dalam Bible sendiri adanya percanggahan? Di mana kebenarannya?

'Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang y ang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ( An-Nisa')

Dia menatap sayu ayat demi ayat di dalam tafsir Al-Quran itu. Puas dicari namun setiap baris ayat dalam Al-Quran itu begitu cantik dan tersusun. Tiada percanggahan bahkan ia merungkai segala persoalan yang selama ini tidak berjaya dijawab oleh paderi Kristian.

Dia sering tertanya-tanya, jika benar Nabi Isa adalah tuhan, mengapa dia membiarkan dirinya disalib? Bukankah tuhan itu sangat berkuasa? Antara ketiga-tiga tuhan, siapakah yang paling berkuasa? Isa dilahirkan tanpa bapa manakala Adam pula dilahirkan tanpa ibu dan bapa. Mengapa mereka tidak menyembah Adam??

Winnie mengeluh. Batinnya bertarung. Kebenaran melawan kedustaan. Hak melawan batil. Yang mana akan berjaya memenangi hati dan jiwanya?

Kusut. Winnie mula bertindak agresif. Dia mencampakkan kedua-dua kitab agama itu ke dalam unggun api yang sedang marak menyala. Lalu dia segera bangun dan masuk ke dalam khemahnya. Dia be rbarin g sambil mindanya terus berfikir tentang ayat-ayat yang ditemuinya di dalam Al- Quran. Dia cuba untuk tidur. Matanya dipejam rapat. Tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan kecil di luar. Pantas Winnie bangki t dari perbaringannya dan berlari ke luar.

Di hadapannya, dia melihat dengan mata kepalanya sendiri. ALLAH telah membuka hijabNYA dan memperlihatkan kekuasaanNYA di hadapan Winnie. Kaki Winnie menjadi lemah dan tak berdaya. Dia jatuh terduduk sambil matanya tidak lepas dari memandang unggun api yang hanya tinggal abu yang masih berbara. Di atas abu itu, terletak elok kitab suci Al-Quran yang dicampaknya tadi tanpa terjejas dengan api sedikit pun sedangkan kitab Bible itu pula sudah separuh hangus dimamah api. Dan lebih menakjubkan, bara api yang tinggal itu seakan-akan membentuk kalimah suci ' ALLAH ' . Menyala-nyala.

Tiba-tiba angin bertiup kencang. Habis semuanya. Hilang segalanya. Hanya sekejap cuma keajaiban itu diperlihatkan. Ada air mata jernih yang mengalir di pipinya. Hangat. Winnie segera bangun dan memungut kembali Al-Quran tadi. Dia mengucupnya penuh kasih.

" Apa yang meletup tadi?? "

Winnie pantas menoleh apabila mendengar suara itu. Cikgu Nurhawa sedang berdiri sambil memandangnya penuh tanda tanya. Di belakangnya Cikgu Maisarah yang kelihatan masih belum sedar sepenuhnya, terpisat-pisat memandangnya.

Winnie ingin mengucapkan sesuatu. Tetapi dia teragak-agak. Lidahnya seakan kelu.

" Ada apa? Apa yang kamu buat kat luar malam-malam buta ni? " tanya Cikgu Nurhawa.

" Saya..saya..saya naik saksi bahawa ALLAH itu tuhan semesta alam dan Nabi Muhammad itu adalah rasul terakhir. Saya nak jadi orang Islam, cikgu."

Kedua-dua orang guru itu benar-benar kaget mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Winnie. Cikgu Nurhawa segera merapati Winnie yang sedang tertunduk memandang tanah lalu segera memluknya penuh kasih sayang. Winnie teresak-esak di dalam pelukannya.

" Subhanallah..."

**********
Mata Nur Iman Zawani berkaca setiap kali mengenang peristiwa yang mengubah hidupnya itu. Sejak saat itu, dia adalah seorang Muslimah. Dia menukar namanya kepada Nur Iman Zawani Abdullah. Dia kini bertudung labuh. Perubahan yang agak drastik pada pandangan orang lain.

Namun, jalan yang perlu dilaluinya tidak mudah. Pelbagai tohmahan yang diterima terutamanya dari keluarganya sendiri yang selama ini berpegang kuat dengan ajaran Kristian. Dia disisihkan. Mujur abang sulungnya, Duan, memihak padanya. Duan beragama Kristian tetapi dia lebih bersikap terbuka. Menurutnya, setiap manusia mempunyai kebebasan untuk beragama. Kalau tidak kerana Duan, pasti Nur Iman Zawani telah dihalau dari rumah. Duanlah yang bermati-matian membela dirinya.

Kejian dan cacian dari teman-teman sekolah juga tidak terkecuali. Setiap hari, Nur Iman Zawani terpaksa menadah telinganya mendengar kata-kata nista dari teman-teman sekelasnya. Tiada yang mahu menyokong. Tiada kata-kata semangat dari teman-temannya yang beragama Islam. Bahkan dia disindir dengan kata-kata yang benar-benar melemahkan semangatnya.

" Eleh, jadi orang Islam konon. Siap pakai tudung labuh. Apa kau ingat, kau pakai tudung labuh tu kau dapat masuk syurga? Kau ingat senang ke nak jadi orang Islam, hah??"

Pedih jiwanya. Ngilu dihatinya. Bukankah mereka sepatutnya meraikan saudara baru dalam Islam? Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka bahkan seolah-olah ingin dia kembali kepada agama asalnya. Sikap mereka sama sekali tidak mencerminkan ajaran Islam.

Nur Iman Zawani mengambil mushaf Al-Quran yang terletak elok di atas meja tulisnya.
Mushaf itu dihadiahkan oleh Cikgu Nurhawa. Guru kesayangannya itulah satu-satunya yang gembira dan meraikan pengislamannya. Beliaulah yang telah banyak membantunya mendalami Islam. Tetapi, kini dia ditinggalkan terkapai-kapai.

Cikgu Nurhawa telah berpindah ke sekolah lain kerana mengikut suaminya bekerja. Hanya mushaf itu sahajalah yang tinggal sebagai tanda kenangan dari beliau. Dia memeluk mushaf itu penuh kasih. Sebak tidak dapat ditahan. Dia menangis teresak-esak.

Dia buntu. Pada siapa lagi dia harus meminta pertolongan. Kaum keluarga tidak memahami. Teman-teman pula tidak menyokong. Lantas pada ALLAH sahajalah dia meminta agar dipertemukan dengan seorang insan yang akan membantunya mencari sekelumit sinar dalam kehidupan.

'Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu'( Ar-Ra'du)

Nur Iman Zawani yakin dan pasrah dengan segala ketentuanNYA. Dia yakin, suatu hari nanti ALLAH akan membantunya dan memudahkan segala urusannya.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Kepala Duan terjengul dari celahan pintu. Segera disembunyikan mushaf yang sedang dipeluknya. Duan hanya tersengih.

" Come, sis. Breakfast. Mummy's waiting for you."

Nur Iman Zawani hanya mengangguk lesu. Pasti ibunya akan cuba mempengaruhi dirinya agar kembali pada Kristian. Dia mengeluh. Dia khuatir seandainya dia akan akur pada akhirnya. Dia tahu, hatinya masih belum kuat. Dia tahu akidahnya masih terumbang-ambing. Dia telah menemui sedikit ketenangan dalam Islam. Dan dia ingin terus mendapatkan lebih ketenangan. Selama dia menjadi seorang Kristian, dia tidak pernah merasa tenang. Benaknya sering sahaja dihujani dengan pelbagai persoalan tentang agama lamanya itu. Dia menemui pelbagai kekeliruan sehingga akhirnya membawa dirinya menemui kebenaran dalam Islam.

Mahu tidak mahu, Nur Iman Zawani bangun juga. Dia menyimpan mushaf Al-Quran i
tu di dalam laci meja tulisnya. Tangannya pantas mencapai sehelai tudung lalu disarungkan. Dia masih ingat kata-kata Cikgu Nurhawa bahawa aurat antara orang Islam dengan orang bukan Islam adalah sama dengan aurat wanita Islam dengan lelaki bukan mahram iaitu semua kecuali muka dan tapak tangan.

" Cikgu.."

**********
Sang Suria masih malu-malu menebarkan cahayanya. Semilir pagi bertiup perlahan sambil membawa suara-suara merdu Sang Pipit yang sedang berkicau sambil mencari rezeki. Tetapi, keindahan pagi itu dicemari dengan asap-asap kenderaan yang seawal jam 6 sudah membanjiri jalan raya. Bunyi hon yang saling bersahut-sahutan menggambarkan ketidaksabaran manusia yang ingin segera tiba ke destinasi.

Riuh-rendah suasana sebuah sekolah menengah yang terletak di Bangi itu dengan suara para pelajar yang baru tiba. Masing-masing berpusu-pusu menuju ke kelas. Ada yang menaiki motosikal, ada yang berkereta dan ada yang berjalan kaki. Masing-masing dengan lagak tersendiri. Ada yang berjalan berkumpulan, ada yang berjalan sendirian dan ada yang berjalan perpasang-pasangan. Sekolah itu menempatkan pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Yang menjadi keistimewaan sekolah itu adalah aliran Arab yang turut disediakan bagi para pelajar. Pelajar yang mengambil aliran Arab ini pula memakai pakaian yang berbeza dari pelajar lain.

Nur Iman Zawani menapak perlahan menuju ke kelasnya. Terasa setiap langkahnya diperhati oleh mata-mata yang penuh dengki dan benci. Dia kekok. Ini merupakan minggu kedua dia datang ke sekolah sebagai seorang Muslimah. Minggu lepas, dia hanya bertudung mini. Itupun telah mengundang pandangan-pandangan sinis dari teman-teman sekelasnya. Dan minggu ini dia memberanikan diri bertudung labuh. Tudung itu juga hadiah daripada Cikgu Nurhawa. Sebaik sahaja dia melangkahkan kaki masuk ke dalam kelas, beberapa orang pelajar lelaki mula mengusik. Mereka bersorak melihat penampilan baru Nur Iman Zawani.

" Pergh, pakai tudung labuh. Bakal wanita solehah, bah"

" Ala, Winnie. Kau pakai tutup dari atas sampai bawah pun, tak guna. Kami dah tahu la rahsia-rahsia kau, luar dan dalam! Hahaha!!!"

" Wei, kau salah kelas ni. Sekarang subjek Syariahla. Kau pergilah kelas Moral!"

Nur Iman Zawani memekakkan telinganya. Dia sekadar berdiam diri di tempat duduknya. Manusia-manusia seperti inilah yang mencemarkan kemuliaan Islam, Dahulu, dia kurang yakin dengan Islam kerana melihat teman-teman yang beragama Islam sama sekali tidak mengamalkan ajaran tersebut. Mereka tidak solat, tidak menutup aurat dan tidak menjaga batas pergaulan. Jadi, apa bezanya mereka dengan penganut agama lain?

Tetapi, kini dia tahu. Bukan Islam yang patut dipersalahkan tetapi mereka sendiri yang bersalah kerana ingkar dengan ajaran Islam. Mereka kufur dengan nikmat ALLAH. Islam itu syumul dan sesuai sepanjang zaman. Manusia sahaja yang tida
k tahu untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan.

'Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)'( Surah Ibrahim)

Nur Iman Zawani berfikir tentang teman-temannya itu. Mereka sepatutnya bersyukur kerana lahir sebagai seorang Islam. Berbeza dengannya yang perlu mencari untuk mendapatkan sinar Islam itu. Dia benar-benar bersyukur dipilih oleh ALLAH untuk menerima hidayahNYA. Jika tidak, pasti sampai saat ini hidupnya bergelumang dengan dosa dan noda. Tetapi, dia dalam dilema kini. Dia buntu. Pada siapa dia harus meminta pertolongan. Dia masih perlukan tunjuk ajar dari seseorang yang memahami Islam. Masih banyak yang dia tidak tahu. Hatta tentang urusan solat pun dia masih terkapai-kapai. Dia cuma tahu solat Subuh sahaja. Bacaannya Muqaddamnya masih banyak yang perlu diperbetulkan. Akhlak-akhlak seorang Muslim juga masih banyak yang harus dipelajari. Asasnya tentang Islam masih belum kukuh. Dia khuatir dia akan mengalah sebelum berjuang.

Seorang lelaki tiba-tiba masuk ke dalam kelas tersebut. Secara automatik, semua pelajar terdiam dan mengambil tempat duduk masing-masing. Penampilannya kelihatan tenang. Wajahnya bersih dengan janggut nipis di dagunya. Kaca mata yang dipakai menyerlahkan lagi ketampanannya. Songkok yang dikepala menambah segak dan wibawa pada dirinya.


Ahmad Hafi zul memandang pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut seorang demi seorang. Matanya terhenti pada Nur Iman Zawani. Gadis itu segera tunduk apabila ma ta mereka bertemu.


' Hmm, ada juga yang pakai tudung labuh rupanya. Tapi, kenapa muka dia macam mix je??'

Ahmad Hafizul melarikan pandangannya daripada Nur Iman Zawani. Dia memandang ke hadapan.

" Assalamu'alaikum w.b.t. Saya guru baru yang akan menggantikan Cikgu Nurhawa untuk subjek Syariah Islamiah dan Quran Sunnah. Kamu boleh panggil saya Ustaz Hafizul"

Pelajar-pelajar di dalam kelas itu mula berbisik-bisik. Suasana seakan-akan ada sekumpulan langau sedang terbang di dalam kelas tersebut.

" Ustaz, ustaz dah kahwin?"

Ahmad Hafizul tersenyum mendengar pertanyaan dari seorang pelajar perempuan itu. Zarina namanya. Dia sudah menduga, pasti soalan itu akan ditanyakan.

" Baiklah, buka buku Syariah. Kita sambung pada tajuk terakhir yang kamu dah belajar sebelum ni"

Zarina menarik muka masam apabila pertanyaannya tidak dijawab. Ahmad Hafizul sekadar tersenyum. Malas melayan.

**********
Nur Iman Zawani berlegar-legar berhampiran Kelas Arab 1. Dia bertekad untuk meminta tolong daripada salah seorang pelajar aliran Arab, Qurratul Ain. Gadis itu merupakan pelajar yang aktif di sekolahnya. Terkenal kerana kepetahannya berhujah dalam pertandingan debat.

Seorang gadis manis bertudung labuh hijau keluar dari kelas tersebut. Nur Iman Zawani segera menghampirinya.

" Assalamu'alaiki"

Sedikit aneh dia rasakan perkataan itu keluar dari dua ulas bibirnya. Qurratul Ain pantas menoleh. Dia memandang Nur Iman Zawani dengan pandangan yang agak jengkel.

" Wa'alaikissalam. Ya, ada apa?"

Nur Iman Zawani tersenyum.

" Maaf kalau saya mengganggu awak. Awak ni Qurratul Ain, kan?"

Qurratul Ain tidak memberi sebarang reaksi. Dia memandang Nur Iman Zawani dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Nur Iman Zawani meneruskan bicaranya apabila pertanyaannya tidak dijawab.

" Saya Iman, Nur Iman Zawani. Saya dari kelas Sains 1. Saya nak minta tolong dengan awak. Saya harap awak tak keberatan. Boleh kita berbincang sekejap?"

Qurratul Ain mengangguk. Nur Iman Zawani melangkah menuju ke sebuah pondok yang disediakan khusus untuk para pelajar istirehat. Qurratul Ain mengekorinya dari belakang.

" Awak ni Winnie kan? Pelajar yang masuk Islam tu, kan?"

Qurratul Ain terus sahaja mengajukan soalan sebaik sahaja punggung mereka mencecah tempat duduk. Nur Iman Zawani tersenyum mendengar soalan dari gadis itu. Nampaknya, dirinya merupakan bahan gosip paling panas pada masa ini.

" Ya, itu saya. Tapi, sekarang saya bukan Winnie. Saya Iman. Dan tujuan saya nak berjumpa awak ni ada kaitan dengan hal tu"

" Apa yang boleh saya tolong?"

" Sejujurnya, saya masih lemah dan masih banyak yang saya perlu pelajari tentang Islam. Saya nak jadi seorang Islam yang baik, jadi saya harap awak dapat bantu saya"

Qurratul Ain diam. Dia mula berasa serba salah dengan permintaan dari Nur Iman Zawani. Dia memandang gadis itu dengan pandangan jengkel. Baginya, Nur Iman Zawani itu kotor dan tidak layak untuk Islam. Nur Iman Zawani sebelum ini merupakan gadis yang sangat sosial. Dia merasakan pengislaman Nur Iman Zawani itu adalah satu penghinaan.

Qurratul Ain segera bangkit dari duduknya. Dia menatap wajah Nur Iman Zawani. Tajam.

" Perempuan murahan macam kau tak layak masuk Islam! Kau ni cuma akan mengotorkan kesucian Islam! Kau tak perlu berpura-pura dengan aku. Aku tahu kau sengaja buat-buat masuk Islam supaya kau dapat kaji agama kami dan jatuhkan kami, kan?!"

Nur Iman Zawani terkedu mendengar kata-kata kesat yang keluar dari mulut gadis bernama Qurratul Ain itu. Dia sama sekali tidak menyangka Qurratul Ain akan bersikap sebegitu terhadapnya.

Qurratul Ain mendengus kasar. Kakinya pantas meninggalkan Nur Iman Zawani berseorangan di pondok itu. Dia benar-benar menganggap Nur Iman Zawani hanya berpura-pura ingin meminta pertolongan darinya.

Ada manik-manik jernih yang gugur dari mata bundarnya. Sebegini berat dugaan dan cubaan yang harus diterimanya untuk menjadi Muslimah yang baik. Sebegini mahal harga yang harus dibayarnya untuk mengecap sedikit ketenangan. Sebegini sukar jalan yang harus ditempuhnya untuk mencari sinar kebenaran.

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya' ( Surah Al-Baqarah )

Nur Iman Zawani teringat sepotong ayat yang sering dilafazkan oleh Cikgu Nurhawa setiap kali dia merasa putus asa dan lemah semangat. Hiba terasa. Rindu berduka. Sungguh dia rindu pada cikgu kesayangannya itu. Namun adat pertemuan pasti berlaku perpisahan. Dia pasrah. Jodoh mereka hanya sekejap cuma.

Nur Iman Zawani mengesat air mata yang masih mengalir di pipinya. Sungguh dia berasa lemah dan lelah bersendirian mencari sinar kebenaran. Tiada yang sudi membantu. Tiada yang sudi menolong. Dia seperti seorang pengemis yang mengemis demi meneruskan kehidupan.

Langkah kakinya perlahan menuju ke kelasnya. Dia sudah putus harapan. Buntu. Dia tidak tahu pada siapa lagi dia harus mengadu. Dia cuma ada DIA. Tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk mengadu pada DIA.

Dari kejauhan, Ahmad Hafizul memerhatikan langkah longlai Nur Iman Zawani. Benaknya memuntahkan 1001 persoalan. Wajah sayu gadis itu di kelasnya dan kini air mata yang seakan air mengalir di wajahnya.

' Kenapa dengan dia? Ada masalah ke? '

Ahmad Hafizul berteka teki sendirian. Dia nekad untuk menyiasat. Sebagai guru, dia berasa bertanggungjawab untuk membantu pelajarnya yang menghadapi masalah.

bersambung.." Dilema Seorang Mualaf ( bahagian 2 )















Read more...

Tuesday, May 4, 2010

Duhai Puteriku


DUHAI PUTERIKU………
Keremajaanmu menyegarkan pandangan, melimpahkan nyaman pada malam..
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan….
Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati
adalah suara-suara lembut sang gadis…
Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan….

PUTERIKU…..
Dengan keremajaanmu…kau bisa menakluk dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kesedaran ….

DUHAI PUTERIKU….
Balikkanlah cermin di hadapanmu barang seketika …palingkanlah wajahmu
barang sejenak…
Berkatalah dalam diri…Kau bukan dilahirkan sebgai penggoda yang melekakan
dunia…
Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..
Balutan gemerlap permata intan hanyalah hiasan…
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang-bintang nun di langit…
Sedarlah…hidupmu ini hanya cebisan dari erti kehidupan…
Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan apa-apa…

PUTERIKU…
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna agar seisi dunia merasakan
rahmat kehadiranmu…

WAHAI PUTERI MUSLIMAH SEJATI …
Salutilah tubuhmu dengan iman…kerana ia sangat manis pada pandangan jua
perhiasan…
Usah merasa resah lalu menyolek diri …inginkan wajah yang lebih indah…
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah
SWT…

DUHAI MUSLIMAH TERPUJI…
Renung dan resaplah kekaguman serta kekuatan keyakinan bahawa hayatmu setiap
detik di bawah naungan Allah SWT…
Kecintaan Ilahi melimpah dan melaut di segenap penjuru alam walaupun pada
yang alpa erti kehidupan…

GADISKU…
Bersihkanlah hatimua…kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan…
Jannah itu bukan mimpi tapi realiti…
Dunia hanyalah persinggahan… akhirat itu kekal abadi…."


Read more...

Layakkah aku?


"..Andainya dialah jodohmu yang tertulis di Lauhul Mahfudz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hati dia juga hatimu.." ♥♥

Layakkah aku mendapat cinta seorang mujahid islam sedangkan aku hanyalah gadis biasa yang tidak punya apa-apa..
Layakkah aku mendapat cinta seorang perindu syahid di jalanMU sedangkan aku hanya gadis biasa yang tidak punya apa-apa..
Layakkah aku mendapat cinta seorang pemuda yang sentiasa menghayun pedang untuk menegakkan agamaMU sedangkan aku hanya gadis biasa yang tidak punya apa-apa..
Layakkah aku mendapat cinta seorang da'ie yang berjuang demiMU sedangkan aku hanya gadis biasa yang tidak punya apa-apa..
ALLAH~Layakkah aku untuknya??

p/s: ada sahabat sy yg dilamar oleh seorang pemuda..dia merasakan dirinya tidak layak utk pemuda itu dan sajak ini sy tujukan utknya atas permintaannya..hmm,mungkin terkena pd batang hidung anda sendiri, sama-sama hayati

Read more...

Monday, May 3, 2010

Permaisuri Hatiku

video

SELAMAT BERHIBUR^_^

Read more...

Bagaimana akhirnya 'Aku' bertudung labuh.

Aku mengurut-urut keningku perlahan-lahan. Penat. Aku baru sahaja selesai mengulangkaji sebahagian buku subjek Muamalat. Ku tutup buku itu lalu aku bangun dan melangkah keluar dari bilik. Aku menuju ke ruang tamu. Kosong. Di mana semua orang. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar menghirup udara petang. Aku segera mencapai sehelai tudung dan menyarungkannya di kepala. Stoking juga ku ambil lalu ku pakai.

Aku melangkahkan kakiku ke luar rumah. Tetapi hasrat untuk berjalan-jalan ku batalkan lalu aku mengambil keputusan untuk naik ke bumbung rumah. Di atas bumbung rumahku ada sebuah bahagian seakan-akan balkoni yang dibina oleh ayahku sebagai tempat istirehat pada waktu-waktu senggang. Ada sebuah meja dan beberapa kerusi buatan sendiri di situ.

Aku melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang menghadap ke jalan raya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tudungku turut terbuai ditiup angin semilir petang. Ada anak-anak kecil yang sedan berkejaran. Ada yang sedang berbasikal dan ada yang sedang bermain badminton. Aku tersenyum melihat anak-anak kecil ini. Indahnya alam kanak-kanak.

Di sudut lain pula ada anak-anak remaja yang sedang berkumpul di atas motosikal masing-masing. Mungkin menunggu waktu yang sesuai untuk merempit. Ada juga anak-anak gadis berpakaian kurang sopan sedang berjalan-jalan. Aku mengeluh. Sebagai seorang gadis, aku turut merasa malu melihat mereka berpakaian seperti itu. Ya, lebih memalukan kerana mereka bertudung. Tudung yang bukan tudung dengan pakaian yang ketat dan sendat.

Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Hatiku sayu mengenangkan umat Islam kini yang semakin rapuh imannya. Dan aku? Tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Aku bermonolog sendirian. Dahulu, aku juga seperti mereka. Bertudung sekadar syarat. Bagiku, asalkan bertudung itu sudah cukup. Tetapi segala-galanya berubah kerana suatu peristiwa. Aku termenung mengingat kembali peristiwa itu.

************************************************

Kisah itu bermula ketika aku berusia 13 tahun. Aku mula menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Aku bersekolah di sebuah sekolah menengah agama yang terkemuka di Hulu Langat. Hari pertama persekolahanku, aku berkenalan dengan ramai teman baru dan ada juga teman-teman dari sekolah rendah yang turut menyambung pelajaran di situ sepertiku.


Ingin aku ceritakan betapa indahnya suasana masyarakat di situ. Gadis-gadisnya bertudung labuh dan pemuda-pemudanya segak berkopiah. Suasananya tenang dengan pokok-pokok rendang yang menghijau, kicauan burung dan ikan-ikan yang sedang bermain di kolam. Tetapi, itu adalah perasaan yang ku rasakan kini iaitu saat aku telah menginjak dewasa. Itu perasaan yang aku rasakan kini saat aku mengenangkannya. Saat suasana itu sedang ku alami, hatiku remajaku memberontak. Mengapa aku harus bertudung labuh ke sekolah? Hodohnya! Itulah yang ku fikirkan saat itu. Aku gadis bertudung tetapi aku bukan gadis bertudung labuh.

Hari-hari persekolahanku ku lalui seperti biasa. Aku mula dapat menyesuaikan diri. Sehinggalah pada suatu hari, kami semua dikehendaki hadir ke sekolah pada hari Sabtu untuk membersihkan kelas sempena Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas. Di rumah, aku mula gelisah. Apa yang harus ku pakai untuk ke sekolah??

'Ish, nak pakai apa ni?? Takkan nak pakai tudung pendek ni kot?? Malulah!'

Aku benar-benar bingung. Aku tidak mungkin akan hadir ke sekolah dengan tudung pendekku. Aku malu kerana selama ini semua teman-temanku hanya pernah melihatku bertudung labuh sekolahku itu. Pasti mereka akan menganggapku sebagai seorang yang hipokrit. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meminjam sehelai tudung labuh ibuku. Walaupun ibuku tidak bersekolah agama, tetapi dia bertudung labuh. Mungkin kerana dia mengajar di sekolah agama atau mungkin kerana itu adalah keinginannya sendiri. Aku juga tidak tahu.

'Mak, nak pinjam tudung labuh sehelai'
'Nak buat apa?'
'Esok Along kena pergi sekolah'
'Laa..pakai je la tudung yang Along biasa pakai tu'
'taknak, Along malulah. Nanti apa pulak kata kawan-kawan Along kalau tengok Along pakai tudung pendek'
'Hah, yelah. Ambillah yang mana Along nak'

Aku segera mengambil sehelai tudung ibuku yang berwarna krim. Hatiku melonjak girang. Bolehlah aku ke sekolah dengan bertudung labuh nanti. Tidak perlulah aku berasa malu dengan teman-temanku lagi.

Esoknya, aku memakai sehelai t-shirt dengan tudung labuh tersebut. Agak lucu kerana tudung itu agak besar denganku. Ah, aku tidak peduli asalkan aku ke sekolah dengan bertudung labuh. Ibuku menghantarku ke sekolah. Saat aku tiba ke sekolah, aku terkedu. Teman-temanku sudah sampai. Ramai. Lelaki dan perempuan semuanya sudah berada di dalam kelas. Tetapi bukan itu yang membuatku terkedu.

'Tengok, kawan-kawan kamu tu tak ada pun yang pakai tudung labuh. Tu lah, mak cakap pakai tudung biasa je kamu takanak dengar. Degil'

Aku hanya mendiamkan diri. Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta. Kakiku melangkah lesu keluar dari perut kereta. Terasa seakan-akan semua orang memandangku. Saat itu, aku rasa seperti ingin menangis. Terasa seakan-akan semua orang sedang ketawa melihatku.

Mataku liar memandang sekeliling. Ya, ada yang turut berpakaian sepertiku. Aku lega. Sekurang-kurangnya aku tidak berseorangan. Tetapi, teman-teman rapatku semuanya bertudung pendek. Dan mereka berlagak seolah-olah tidak mengenaliku. Aku hanya melangkah lesu masuk ke dalam kelas.

Aku tersenyum mengenangkan kembali kerenahku. Bertudung labuh kerana malu. Ah, naifnya aku saat itu. Aku kembali semula ke zaman persekolahanku.

'Bagusnya kau pakai tudung labuh'

Kata seorang temanku. Lelaki. Aku sekadar mendiamkan diri. Sebetulnya aku malu. Mereka tidak tahu bahawa aku memakainya kerana terpaksa. Kerana malu dan khuatir dikatakan hipokrit.

Sejak saat itu, aku sentiasa memakai tudung albuh apabila perlu ke sekolah pada bukan hari persekolahan. Ya, masih kerana aku malu. Aku tidak ikhlas memakainya. Bahkan aku merasakan aku sangat hodoh memakai tudung labuh. Tetapi aku tetap memaksa diriku untuk bertahan. Ibuku pula kurang memberikan sokongan. Dia tidak kisah samada aku bertudung labuh ataupun tidak. Baginya, cukup sekadar tudungku itu menutup aurat. Labuh menutupi dada. Walaupun ibu bapaku tidak bersekolah agama, mereka amat menitikberatkan ajaran agama dalam keluarga. Aku dilarang sama sekali berpakaian tidak menutup aurat di luar. Walaupun aku bertudung pendek, auratku terjaga. Mungkin kerana tubuhku yang kecil pada masa itu lalu walaupun bertudung pendek, perhiasan wanitaku terjaga.

Suatu hari, aku keluar ke Pekan Kajang bersama kawan-kawanku. Tetapi, kali ini aku bertudung pendek. Ah, aku lebih malu memakai tudung labuh kalau di Kajang. Di situ, orang-orangnya bergaya. Pasti aku akan kelihatan aneh dengan tudung labuh apabila berada dalam kalangan mereka. Malahan aku berbaju ketat dan tudungku silang sehingga nampak perhiasan wanitaku. Aku bersikap berani kerana ibuku dan ayahku tiada di rumah. Mereka hanya akan pulang pada waktu malam.

Aku berpisah dengan kawan-kawanku apabila mahu pulang. Aku pulang dengan menaiki bas. Saat aku masuk ke dalam perut bas, ku lihat hanya tinggal satu tempat duduk di sebelah seorang makcik. Aku segera mengambil tempat. Penat berdiri.

Di pertengahan jalan, makcik yang duduk di sebelahku turun lalu tempatku diambil oleh seorang lelaki muda. Botak. Berpakaian aneh dengan corak tengkorak pada bajunya.Aku mengengsot sedikit lalu memandang kosong ke luar tingkap. Tidak selesa. Tiba-tiba terasa ada tangan seseorang di pinggangku. Aku tersentak tetapi aku tidak segera melatah. Aku menjeling pada pemuda di sebelahku. Matanya tertutup rapat. Sangkaku dia tertidur dan tangannya tidak sengaja menyentuhku. Lalu ku alihkan tangannya dan kembali memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba ia berlaku sekali lagi. Kali ini ku rasakan tangan itu bergerak-gerak menandakan kali ini perbuatan itu disengajakan. Pantas aku mengambil begku dan diletakkan di antara aku dengannya. Kalau ikutkan hatiku yang baran, nahas lelaki ini ku kerjakan. Tetapi, keadaan sesak di dalam bas membantutkan niatku. Aku menudukkan tubuhku dan menongkat dagu memandang lagi ke luar. Dan tak ku sangka lelaki tiu berani meletakkan tangannya di bahuku.

'Hoi!!!'

Tanpa perasaan malu aku bangun dan berteriak. Aku tidak peduli dengan mata-mata yang sedang memandangku. Lelaki ini harus ku ajar. Tetapi dia sekadar membatu di tempatnya tanpa sedikit pun terkuit.

'Kau ni apahal?! Jangan nak kurang ajar dengan aku!'
'Apa?? Apa aku buat kat kau??'

Dia memandangku sinis.

'Apa??'
'Kau..kau..urgh, tepilah, aku nak keluar! Pakcik, berhenti! Saya nak turun!'

Aku berteriak kepada pemandu bas agar segera berhenti. Sakit hatiku melihat wajah pemuda itu. Sebelum aku turun, aku memijak kaki pemuda itu sekuat hatiku. Dia terjerit. Puas hatiku.

'Padan muka, jangan nak main-main dengan aku!'

Aku pulang dengan menaiki bas lain selepasnya. Di rumah, apabila ibuku pulang aku menceritakan peristiwa tersebut pada ibuku. Dia memarahiku. Katanya, aku tidak berhati-hati sehingga ada orang yang mengambil kesempatan terhadapku.

Wajahku berkerut apabila mengingati peristiwa hitam itu. Itu pertama kali dalam hidupku peristiwa sedemikian terjadi padaku. Sejak itu, aku jadi trauma untuk menaiki bas. Tetapi, ada peristiwa selepas itu yang telah mengubahku menjadi seperti aku sekarang ini.

Petang itu, aku baru sahaja selesai menghadiri kelas tambahan di sekolah. Kebiasaannya ibuku akan datang mengambilku tetapi petang itu ibuku tidak dapat datang kerana kereta ibuku rosak dan berada di bengkel kereta. Itu bermakna aku harus menaiki bas untuk pulang.

Suasana di Pekan Kajang seperti biasa. Penuh sesak dengan manusia. Aku mula terbayang peristiwa hitam yang pernah terjadi padaku di dalam bas. Mataku meliar mencari bas yang kosong. Aku tidak mahu mengambil risiko menaiki bas yang penuh sesak. Khuatir peristiwa itu akan berulang lagi.



Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Aku duduk seorang diri. Begku letakkan di kerusi sebelahku. Sengaja. Aku tidak mahu ada orang duduk di situ. Tiba-tiba..

'Kak, boleh saya duduk kat sini?'

Seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an menegurku. Aku memandangnya sekilas.

'Suka-suka je panggil aku kakak. Mentang-mentang aku pakai tudung labuh. Tak nampak ke aku bawa beg sekolah ni?'

Aku serba-salah. Aku bimbang peristiwa itu akan berulang lagi. Tanganku perlahan-lahan mengambil beg di sebelah tempat dudukku. Pemuda itu juga kelihatan teragak-agak untuk duduk. Dia sekadar duduk di hujung kerusi. Langsung tidak bersentuh bahu denganku. Aku tersenyum. Lega.

'Sekolah lagi ke?'

Aku tersentak apabila suara lelaki itu menegurku. Aku menoleh dan mengangguk.

'Sekolah agama ke? Kat mana?'
' A'ah, sekolah agama kat Langat'
'Ooh..yeke. Baguslah adik pakai macam ni bila keluar. Jangan pakai tudung labuh kat dalam sekolah je. Orang yang pakai tudung labuh ni, maruahnya terjaga. Bila pakai tudung labuh, orang tak berani mengurat. Hihi..'

Aku terdiam mendengar kata-katanya. Terasa kata-kata itu benar-benar tepat menikan di hatiku.

'Abang turun dulu. Kalau nak tahu, abang ni ex sekolah adik'

Pemuda sopan itu berlalu keluar. Aku menghantar langkahnya dengan pandangan kosong. Sekumpulan anak muda masuk ke dalam perut bas. Bising. Mereka berpakaian serba hitam dengan rambut tercacak berwarna-warni. Aku kembali teringat peristiwa itu. Belum sempat berbuat apa-apa, salah seorang dari mereka mengambil tempat di sebelahku. Tetapi, dia juga seperti pemuda sopan tadi. Sekadar duduk di hujung kerusi. Aku terkesima. Kata-kata pemuda tadi kembali terngiang-ngiang di telingaku. Bayangan peristiwa hitam itu bermain di mindaku. Ya, saat itu aku berpakaian kurang sopan. Tudungku pendek menampakkan perhiasanku. Bajuku ketat dan tidak menutup aurat.

Aku kembali ke alam nyata. Bayangan peristiwa lau itu hilang dari mindaku. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah. Aku bersyukur kerana diganggu oleh pemuda kurang sopan itu dan aku bersyukur dipertemukan dengan pemuda sopan yang menasihatiku itu. Jika tidak kerana mereka, pasti aku semakin jauh tersesat. Pasti aku akan sentiasa bertudung labuh kerana malu bukan kerana ALLAH.

Sejak peristiwa itu, aku mula mengikhlaskan diri dalam bertudung labuh. Aku tidak lagi memakainya hanya untuk ke sekolah. Aku memakainya di mana-mana sahaja apabila aku keluar dari rumah. Dan segalanya benar, bertudung labuh secara automatik membuatku terjaga. Maruahku terpelihara dan tidak dipermainkan. Tiada orang yang berani menggangguku bahkan dengan bertudung labuh juga, aku jadi lebih berhati-hati dengan sikapku kerana aku tahu ada banyak mata yang memerhati langkahku.

Aku bangun lalu turun ke bawah. Rupa-rupanya adik-adikku keluar bermain di taman. Aku tersenyum melihat adik-adik perempuanku yang turut manis bertudung labuh. Aku ingin mereka menjadi gadis solehah. Kini, aku bertudung labuh kerana ALLAH bukan lagi kerana malu dengan teman-temanku. Walaupun bukan tudung labuh seperti waktu aku bersekolah, ia masih lagi labuh dan menutup auratku. Aku akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diriku menjadi gadis yang solehah.


p/s: Kisah ini adalah kisah benar seorang gadis. Kisahnya simple tetapi boleh dijadikan pengajaran untuk semua. Saya gunakan bahasa diri aku agar pembaca mudah untuk memahaminya. Semoga kita diberi peluang untuk berubah seperti gadis ini dan kita sama-sama doakan agar dia istiqamah dengan perubahannya itu.

Read more...