Saturday, May 1, 2010

Apa ertinya ISLAM dalam diri anda? (Bahagian 2)

sambungan daripada post sebelum ni^_^

Seorang ISLAM itu perlu beriman bahawa setiap manusia itu melakukan kajahatan dan kebaikan adalah atas pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun begitu, kebaikan yang dilakukan itu tidak akan berlaku melainkan dengan taufiq dan hidayah daripada ALLAH. Dan kejahatan itu pula bukanlah suatu paksaan tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinan dan kehendaknya.

Dan jiwa serta penyempurnaannya, maka ALLAH mengilhamkan kamu kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorinya..Surah As-Syams:7-10

Kita juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak milik mutlak ALLAH, dan tidak boleh sama sekali hambanya mendahului atau membelakangiNYA. Apa yang dibolehkan adalah, para ulama' dan ilmuan islam berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas syariat berdasarkan batas-batas yang diizinkan.

Tentang sesuatu apa pun yang kamu berselisih, maka keputusannya terserah pada ALLAH, itulah Tuhanku kepadaNYAlah aku bertawakal dan kepadaNYAlah aku kembali..Surah As-Syura:10


Seorang ISLAM itu mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat ALLAH yang layak bagi kemuliaanNYA.

Sebagai seorang ISLAM, kita mestilah berfikir dan merenungi kejadian-kejadian alam dan kebesaran ALLAH bukan memikirkan ZatNYA yang berada diluar jangkauan pemikiran kita.

Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan ALLAH bukan memikirkan tentang zatNYA kerana kamu tidaklah mengetahui hakikat sebenarnya.


Seorang ISLAM mestilah mengabdikan diri hanya kepada ALLAH dan tidak menyekutukanNYA dengan sesuatu yang lain. Seorang ISLAM juga mestilah hanya takut pada ALLAH dan bukan pada yang lain.

Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannyayang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperolehi ampunan dan ganjaran yang besar..Surah Al-Mulk:12


Orang ISLAM juga wajib mencintai ALLAH dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang sentiasa menjadikan hati kita rindu dan terikat denganNYA. Cinta yang menyebabkan bertambah amal ibadah padaNYA.

Kita juga mestilah bertawakkal sepenuhnya pada ALLAH setelah mencuba sedaya upaya dan sepenuh usaha. Sifat tawakkal inilah yang akan membangkitkan kekuatan zahir dan batin dan segala kesusahan akan dapat dihadapi dengan mudah.

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya akan diberikan segala kecukupan padanya..Surah Al-Thalaq:3

Serang ISLAM juga mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan padanya. Bersyukur adalah suatu adab dan tanda kemuliaan dari seorang penerima pada pemberi. Dan perlulah sentiasa beristighfar memohon ampun dan rahmat dari ALLAH kerana istighfar dapat membersihkan diri daripada dosa dan memperbaharui taubat dan iman.

Dan akhir kalam..sebagai ISLAM kita mestilah sentiasa merasai berada di bawah pengawasan ALLAH meskipun kita tidak mampu melihatNYA, samada di dalam terang mahupun gelap.

WALLAHUALAM..continued: Mestilah Muslim dari segi IBADAH

2 comments:

Unknown said...

antara doa Imam Syazuli R.A:
"Wahai Tuhanku, Kau jadikanlah kebaikan ku, bukan kebaikan orang yang Engkau murkai. Dan Kau jadikanlah kejahatan ku, kejahatan orang yang Engkau redhai"..

dijemput ke www.cahaya-penyuluh.blogspot.com untuk sama-sama mempelajari ilmu fardhu 'ain ^_^..

Si Pengemis Iman said...

insyaALLAH..
^_^