Monday, March 29, 2010

ISTERI CURANG

assalamualaikum

Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga

Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.

Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:

“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.

Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.

Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.

Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.

Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.

Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.

Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak.

Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.

Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”


kredit: hamba ALLAH
Read more...

Mahligai Kasih

Duhai kasih cuba kau dengarkan

Isi hati penuh kejujuran

Dengan sepenuh keikhlasan

Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia

Kerna ianya dusta semata

Menghancurkan kesucian

Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa

Sinar cahaya yang gemilang

Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan

Cinta berlandas keimanan

Dan kasih suci kita kan diberkati

Tuhan berikanlah

Ketabahan hatiku

Untuk membina impian kasihku

Bersama mengharapkan

Ketulusan cinta ini

Hingga terbina mahligai bahgia

Ku cuba sedaya

Agar dirahmati

Perhubungan yang telah terbina

Kerna pasti aku

Yang akan merasa

Pedihnya kehilangan insan

Sepertimu..





Read more...

Saturday, March 27, 2010

Mayat bayi digonggong anjing

2010/03/27

PETALING JAYA: Dengan salah satu tangannya putus dipercayai digigit anjing liar, mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang, di sini petang semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui seorang penduduk setempat pada jam 4 petang selepas melihat seekor anjing liar menggonggong objek menyamai tangan manusia di kawasan timbunan sampah di situ.Curiga terhadap apa dilihatnya, penduduk terbabit kemudian bergegas memeriksa bungkusan plastik yang dikerumuni sekumpulan anjing liar di tempat kejadian dan mendapati ia mengandungi mayat bayi yang masih bertali pusat. “Ingatkan patung tapi memang betul mayat bayi sebab ada kesan darah dan masih bertali pusat. Tidak tahulah apa dosa bayi itu sehingga tergamak si ibu membuangnya di situ dan menjadi `hidangan’ anjing liar.



“Keadaan mayat amat menyedihkan. Ada banyak kesan kecederaan di badannya, malah salah satu tangannya juga putus dipercayai dimakan kumpulan anjing liar itu,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi berkenaan dan memaklumkan sepasukan anggota, termasuk unit forensik dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

“Siasatan tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat sewaktu ditemui Ia dipercayai dibuang di tempat sekitar pagi tadi sejurus dilahirkan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

sumber: berita harian

p/s: apa salah bayi 2 smpai diperlakukn cm2? mnusia skrg da x mcm mnusia..
Read more...

Friday, March 26, 2010

Ada apa dengan nombor?

ada apa dengan nombor...

percaya atau tidak nombor amat mempengaruhi kehidupan seseorang..
malah ada yang begitu taksub dengan nombor..
ramai yang suka lambangkan kehidupan mereka dengan nombor..
contohnya dengan nombor tarikh lahir, nombor ic dan sebagainya…

senang citer macam orang nak kahwin.. tarikh mesti pilih kaitan dengan number yang comel-comel… hantaran nak semua number sama la, nak ikut tarikh lahir kedua pasangan la.. dan sebagainya..
contohnya cerita yang dulu-dulu kahwin tarikh 07/07/07 dan wang hantarannya RM77,777.77…
gempak kan??

percaya atau tidak!!!
tak kira kecil, tua, muda sebenarnya kita mempunyai nombor yang tersendiri...
nak tau.. kena baca sampai habis...

"dan segala sesuatu pada sisiNYA ada ukuranNYA" (surah AR-RA'DU 13:8)
Kata ‘ukuran’ disini membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah bilangannya.
Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini, ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu). Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.

MASIH INGATKAH kita ketika disaat mula-mula kita belajar membilang cikgu atau ibu mengajar kita membilang bermula dengan nombor 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10....
bila meningkat sekolah rendah kita mula mengenal nombor 0,1,2....
dan bila masuk sekolah menengah kita jumpa lagi dengan nombor ...-2,-1,0,1,2....
begitula seterusnya sampai la ke infiniti...

sedarkah kita sebenarnya kita hanya mengulang numbor yang sama...
Menariknya, pengkaji-pengkaji ilmu nombor rata-rata bersetuju bahawa SIMBOL NOMBOR hanya ada Sembilan Angka kesemuanya iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.
Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9...

sekali lagi terungkai...AMAZING..
betul tak tipu nie...nak tahu kena baca sampai habis...
TAHUKAH kita yang sebenarnya...

Allah mengajar ILMU NOMBOR kepada kita di dalam SURAH PERTAMA (Al-Fatihah) ini. Umumnya, walaupun sejarah menyatakan bahawa ayat 1-5 surah AL-ALAQ merupakan WAHYU PERTAMA untuk Rasulullah SAW namun di dalam penyusunan Al-Quran, Al-Fatihah dijadikan UMMUL QURAN atau sebagai PEMBUKA Al-Quran.
Surah inilah yang bakal ditemui oleh sesiapa juga yang memulakan bacaan kitab Al-Quran ini. Jika diamati, surah ini nyata unik dan berbeza dengan surah-surah yang lain dimana ayat pertamanya adalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Walaupun kita bakal bertemu kalam Bismillah di permulaan seluruh surah (kecuali surah Al-Taubah), namun Bismillah tersebut bukanlah ayat yang bertanda. Ini bermaksud, ia bukanlah sebahagian dari ayat-ayat dalam surah-surah yang diawalinya.
Ia adalah ‘adab’ membaca ayat-ayat Al-Quran. Berbeza dengan Bismillah di surah Al-Fatihah, ia adalah ayat pertama di surah pertama ini. Tidak membacanya bermaksud gugurlah surah (tidak lengkap) yang seterusnya akan mengugurlah ibadah yang didirikan (contohnya solat).
**tak percaya cuba bukak al-quran cek betul-betul**

Adakah fenomena ini kebetulan atau ada ‘ilmu’ yang tersirat di sebaliknya? Mengapa Bismillah di surah Al-Fatihah ini bertanda ‘ayat 1’ manakala Bismillah pada awal surah yang lain tidak bertanda??

tengok betul-betul erk...


Allah seolah memberi PERTUNJUK PERTAMA di AYAT PERTAMA dalam SURAH PERTAMA ini.
Tatkala diteliti kalimah Bismillah di dalam susunan huruf-huruf arab, ia terbina dengan 19 huruf. Fenomena angka 19 dan kelipatannya di dalam Al Quran memang sudah cukup lama dibicarakan namun tidak semua ‘minda muslim’ mahu melihatnya dan menghayatinya.
**itulah silap kita sebenarnya**sekadar membaca tetapi tidak menghayati**

seperti yang kita ketahui tadi asas nombor Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9.
Maka, MESEJ ALLAH melalui kod metamatik 19 huruf yang membina kalimah Bismillah ini seolah menggambarkan SEGALANYA DI ANTARA 1 dan 9, yakni “DIALAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR” sejajar dengan firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang bermaksud:

"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” QS 57:3"

Kod metamatika 19 pada Bismillah ini juga memperlihatkan suatu formula metamatik agung yang membuktikan MUKJIZAT Al-Quran yang dipenuhi dengan KERANGKA KEKUNCI METAMATIKA ULUNG yang tak mampu dicipta oleh manusia. Jika dicampurkan angka yang kelihatan ini (iaitu 1 dan 9) ia akan membawa kita ke satu nilai akhir iaitu SATU (1+9 = 10 seterusnya 1+0= 1). Bukankah ayat Bismillah merupakan AYAT PERTAMA (SATU) yang tersusun di dalam Al-Quran??!.

Tidak cukup dengan itu, penemuan-penemuan oleh mereka yang mengkaji al-Quran telah menemui berbagai Rahsia Keajaiban yang membukti ALLAH adalah GURU METAMATIK melalui kitabnya Al-Quran. Antaranya:
  • AL-QURAN mengandungi 114 surah iaitu 19X6
  • Ada 6346 rangkap ayat (termasuk 112 Bismillah yg tidak bertanda iaitu 19X334 (menariknya 6+3+4+6 = 19)
  • BISMILLAH disebut 114 kali, walaupun ianya mudah dilihat ketiadaannya disurah 9 (ianya disebut dua kali didalam surah 27) & menjadikan 114 =19 x 6.
  • Dari surah 9 yang tidak ada Bismillah sampai kesurah 27 yang mempunyai ekstra Bismillah, jaraknya genap 19 surah surah.
  • dan banyak lagi….
RAHSIA METAMATIKA DALAM AL-QURAN
KERANGKA KEKUNCI METAMATIK ini tidak habis hanya pada angka 19. Banyak pertunjuk-pertunjuk lain yang jelas dan tersembunyi. Contoh lainnya adalah; perkataan-perkataan yang memiliki maksud yang berlawanan di bawah ini ditemui dalam al-Quran pada JUMLAH YANG SAMA.

AL-HAYAH (HIDUP)
145X
MAWT (MATI)
AN NAF’ (MANFAAT)
50X
AL MADHARRAH (MUDARAT)
AL HAR (PANAS)
4X
AL BARD (DINGIN)
AS SHALIHAT (KEBAJIKAN)
167X
AS SAYYI’AT (KEBURUKAN)
AL THUMA’NINAH (KETENANGAN)
13X
AL DHIQ (KESEMPITAN)
AR RAHBAH (CEMAS)
8X
AL RAGHBAH (HARAP)
AL KUFR (KEKUFURAN)
17X
AL IMAN (KEIMANAN)


Jumlah yang seimbang di atas menggambarkan suatu kerangka kekunci metamatik yang begitu unik. Ia juga BUKTI bahawa Al-Quran bukanlah dogengan Rasulullah SAW seperti yang dituduh oleh kaum Quraisy pada masa hayat baginda. Banyak lagi contoh yang lain. Semuanya ini akan membukakan JENDELA PEMAHAMAN bahawa Al-Quran juga memiliki ILMU METAMATIKA yang tinggi. Rahsia di sebalik Nombor di dalam ISLAM ternyata mampu memberi MAKNA dalam pengibadatan sekiranya dihayati dan difahami.

Contohnya, apabila kita menghitung ruas tulang jari-jari tangan dan kaki kita maka masing-masing memiliki 19 ruas tulang. Kita memiliki dua tangan dan dua kaki, jumlah ruas tulang tersebut adalah 19 x 4 = 76. Adapun surat ke-76 di dalam Al-Quran adalah Surah Al Insan yang bererti manusia. Adakah ini kebetulan atau “BERADA DALAM UKURAN-NYA”??.

Contoh lain pula, apabila kita perhatikan kembali fenomena al-Fatihah dengan 7 ayat yang akan di baca berulang-ulang kali, kita akan bertemu dengan RAHSIA 7 lainnya.

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. Al Baqarah 2: 29)

Di dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang adanya tujuh langit. Dan ternyata ayat yang membicarakan tentang tujuh langit di dalam Al Quran jumlahnya juga tujuh ayat iaitu dalam surah:
  1. Al Baqarah 2: 29,
  2. Al Mukminuun 23: 17,
  3. Fushshilat 41: 12,
  4. Ath-Thalaq 65: 12,
  5. Al Mulk 67: 3,
  6. Nuh 71: 15, dan
  7. An Naba’ 78: 12.
Persoalan RAHSIA NOMBOR dalam Islam tidak hanya terhenti dalam meneliti ayat-ayat Al-Quran. Islam diwarnai dengan ILMU NOMBOR. Lihat sahaja contoh-contoh ini:
  • 5 Rukun Islam
  • 6 Rukun Iman
  • 5 Rukun Umrah
  • 6 Rukun Haji
  • 5 X Solat
  • 7 X tawaf
  • 7 X larian Sa’ie
  • 30 Juzuk
  • 114 Surah
  • 17 Rakaat
  • 17 X Ruku
  • 34 X Sujud
  • 4 Kitab Allah
  • 99 Nama Allah
  • 99 Nama Rasul
  • 20 Sifat Allah
  • 25 Rasul
  • dan sebagainya…
Cabaran untuk kita adalah untuk terus membongkar rahsia-rahsia tersebut demi mencapai MAKSUD & MAKNA dalam pengabdian kepada yang SATU

credit: www.cenkodokmasin.blogspot.com

Read more...

Awas!!! Mungkin anda makan seekor babi secara syubhah..

-IN THE NAME OF ALLAH-

sahabat...sedarlah kita umat islam pada hari ini semakin tertipu dan diperbodohkan oleh pihak yang tertentu..
ayuh bangkitlah sahabat jangan biarkan mereka terus menindas mereka..
kita sengsara mereka bergelak ketawa..
INILAH PUNCA SEBENARNYA KENAPA UMAT ISLAM PADA HARI INI SEMAKIN MUNDUR!!!!!

kerana faktor makanan yang semakin menjadi darah daging..
menyebabkan kita lupa bahawa hidup ini adalah MILIK ALLAH..
kita lupa matlamat kita
apa yang kita makan akan mempengaruhi ibadat kita.
"ALLAH tidak akanterima dan memakbulkan doa kita selagi kita tidak berubah"
Produk paling LARIS tetapi TIDAK HALAL

1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3..Lychee NARCISSUS

KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

* Di atas adalah barang2 keluaran Narcissus
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as;
whole mushrooms,
asparagus spears,
lychees,
spiced pork cubes,
stewed pork chops etc.

The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
AWAS !!! Ada di jual di 7-11

Jangan Minum AIR KICKAPOO dan Coca-cola

Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:
Jolly Shandy
Arak Alaf Baru yang mengelirukan!! PERHATIAN SEMUA!!!
Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .
Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.
kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut.
Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.
Green Soy Drink
air kotak ni mngandungi emulsifier (E471) - Mono-and Diglycerides of Fatty Acids....

Pineapple Flavoured Twisties? You Bet!


KEROPOK UDANG ROTA CHILDREN FOOD


sausage
Sausage_Lattice_IngredientsSausage_Lattice_Front

Tesco sausage & onion lattice contains the following ingredients: pork (31%), wheat flour, vegetable oil, water, onion (5%), pork fat, potato starch, salt, yeast extract, sage, milk proteins, yeast, pepper, colour (plain caramel), glucose syrup, sage extract, black pepper extract, mace extract, nutmeg extract.

McVitie’s Milk Chocolate Digestives
McVities_frontMcVities_ingredients
McVitie’s Milk Chocolate Digestives contain the following ingredients: Wheat flour (39%), milk chocolate (29%) [sugar, cocoa butter, cocoa mass, dried skimmed milk, dried whey, butter oil, vegetable fat, emulsifiers, (soya lecithin, E476), Natural vanilla flavouring], vegetable oil, wholemeal (9%), sugar, glucose-fructose syrup, raising agents (sodium bicarbonate, tartaric acid, malic acid), salt.
Pringles Salt & Vinegar
Pringles_frontPringles_Ingredients

Pringles Salt & Vinegar contain the following ingredients: Dehydrated potatoes, vegetable oil, corn flour; salt and vinegar flavour (barely malt vinegar flavouring, lactose, acidity regulators, sodium diacetate, tridsodium citrate, malic acid), wheat starch, maltodextrin; emulsifier: E471, salt, rice flour, dextrose.

coklat cardbury
"Awak pernah makan coklat cardbury???
"Anda pernah makan kek pandan atau kek coklat Apollo? London Swiss Roll?"


macam mana sahabat????
"....adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun,...kalau dihitung ....mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!!!"

"...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA...ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH...

" ...masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ??? "....marilah bersama-samakita sama-sama berjamaah mencari, mempromosi & mengguna produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim....
.demi masa depan anak bangsa kita... MELAYU & ISLAM...INSYAALLAH"
Read more...

Mimpi bertemu Rasulullah

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan
sebuah pengalaman yg amatberharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan.

Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana .

Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja.

Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda.Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)... Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w.berkata: QalAllahuta' ala;"InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak. Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi.. Rasulullah s.a.w sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri,Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.'maka mereka mempelajari dari keduanya(malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini,beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah.. dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini.

Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian?Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah s.a.w. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! rindu sangat2...

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam...

sumber: http://mizaofluv.blogspot.com/

Read more...

Friday, March 19, 2010

WARNA-WARNA CINTA



DIA
PILIHANKU..
Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melaw
an nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terp
esona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya l
agi pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari
Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pen
tas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya y
ang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan ke
kal abadiIaitu ALLAHURABBI
Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki
Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia
Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..
Dia..............=(

Read more...

Tuesday, March 16, 2010

Kisah Adam dan Hawa

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua keinginan pasti tertunai. Tanpa perlu bersusah payah untuk memperolehinya. Sesungguhnya ia suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Itulah syurga.

Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah). Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian dan kesunyian. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang boleh diajak berbual dan bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?Apalah ertinya kenikmatan itu andai dinikmati sendirian? Apalah erti kesenangan andai tiada teman? Apalah erti keseronokan andai keseorangan?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi kasihan…bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta’ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. ALLAH itu Maha Mengetahui. Oleh itu Allah Ta’ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, dia duduk termenung di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, tiba-tiba rasa mengantuknya datang dan terus membawanya berlayar ke alam mimpi nan indah.

Adam a.s tertidur nyenyak, langsung tidak menyedari segala hal yang berlaku di sekelilingnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Seperti orang yang telah disuntik ubat bius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s. Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.Hawa sebagai pelengkap fitrah yang dikurniakan oleh ALLAH kepada Adam.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.Dia merenung wajah itu.

Adam terjaga….! Alangkah terkejutnya ia ketika melihat ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ada tangan , kaki, mulut dan sempurna sepertinya bahkan sangat cantik pada pandangan matanya. Ia seolah tak percaya pada apa yang dilihat olehnya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memusingkan tubuhnya. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza jantinanya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, kejelitaannya mengalahkan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menumbuhkan perasaan cinta murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa….tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku….aku….aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cinta juga datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam….tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai datanglah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami. Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup. Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”. “Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan. “Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”. Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.

(Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Al-Baqarah: 38)



Read more...

Saturday, March 13, 2010

Fitrah


Sahabatku..
Apakah istilah cinta menurutmu?
Adakah perlu cinta itu dengan keluar berdua-duaan?
Adakah perlu cinta itu dengan berpegangan tangan?
Adakah perlu cinta itu bergayut dalam telefon di tengah malam?
Adakah perlu semua itu?
Adakah perlu cinta itu kau menyerahkan mahkotamu yang paling berharga??
Aku kira semua itu tidak perlu..
Cinta itu terlalu suci bagiku
Ia adalah fitrah yang hanya dikurniakan untuk manusia
Mengapa kau perlu mengotorkan cinta itu dengan tingkahmu yang tidak bermaruah?
Cinta itu terlalu subjektif
Cintaa bukan hanya untuk insan berbeza jantina
Cinta juga wujud antara hamba dan pencipta
Antara umat dan rasul
Antara ibu bapa dan anak-anak
Antara adik-beradik
Antara sahabat dan teman
Dan cinta paling kudus
Yang hanya akan dicapai setelah cinta ALLAH, Rasul dan ibu bapa
Iaitu cinta suami dan isteri
Sahabatku..
Luaskan pemikiranmu
Jangan kau katakan cinta itu salah
Tidak..!!!
Cinta itu tidak salah sama sekali
Tetapi kitalah yang telah menampakkan cinta itu salah
Kitalah yang telah mengotorkan nilai cinta itu
Kitalah yang telah meletakkan cinta itu di tahap terendah
Semuanya adalah kerana kita
Ingat sahabatku..
Kau wujud di dunia kerana cinta
Nabi Muhammad menitiskan air mata kerana cinta
Sumayyah syahid kerana cinta
Aisyah cemburu kerana cinta
Bilal terseksa kerana cinta
Semuanya kerana cinta..
Ingatan dariku buatmu sahabatku..
Carilah cinta YANG MAHA ESA
Dan DIA akan memberikanmu cinta insan yang sangat istimewa
Itulah yang aku inginkan
Itulah yang sedang ku cari sekarang
Tetapi..
Aku khuatir melihat sahabat-sahabatku
Yang menilai cinta bukan dengan mata hati
Kerana itu sajak ini ku tulis
Khusus buat sahabat-sabatku tersayang
YA ALLAH..
Ini doaku..
Ini pintaku..
Ini Impianku..
Kurniakan aku cintanya kerana cintaMU

P/S: aku ingin menjadi temanmu di medan jihad.. kau membawa amanah agama di atas bahumu..kau memegang pedang ALLAH dalam perjuangan menegakkan syiar islam..


Read more...