Saturday, March 6, 2010

KAU pemilik sekeping hatiku

Tuhan,sesungguhnya aku amat menghargai fitrah yang KAU kurniakan padaku
Sesungguhnya ia teramat indah dan mempesonakan
Tetapi..adakah fitrah ini milikku selamanya?
Adakah fitrah ini akan menemaniku melalui perjalanan hidupku?
Dan..adakah fitrah ini akan bersamaku di syurgaMU?
KAU adalah pemilik sekeping hatiku
Dan KAU menciptakannya untuk memiliki secebis dari sekeping hatiku
Tanpa secebis hatiku ini, aku akan menjadi lemah..kuatkanlah aku
Tanpa secebis hatiku ini, aku akan merasa lelah..sembuhkanlah aku
Dan tanpa secebis hatiku ini, aku akan merasa keseorangan..temanilah aku
Secebis hatiku ini adalah miliknya..fitrah yang KAU kurniakan padaku
Jadikanlah dia pemilik secebis hatiku ini untuk selamanya..dunia dan akhirat
Kerana aku amat menyayanginya
Kerana aku ingin menjadi tulang rusuk kirinya
Kerana aku ingin menjadi isteri solehah untuknya

Nukilan dari seorang muslimah yg ingin menjadi isteri solehah sebelum kematian datang menjemputnya
..
Fitrahku..aku harap kau memahami

2 comments:

atiqasyahira said...

suka suka suka~
thanks ain.
tqa repost ye?
(:

Si Pengemis Iman said...

hihi..ok
bleh je..