Monday, February 22, 2010

Kaedah 'Dating' dalam Islam

Hubungan sebagai pasangan kekasih dan hubungan pertunangan tidak sama dengan perkahwinan. Pertunangan tidak menghalalkan apa-apa hubungan. Ia sekadar perjanjian untuk mereka berkahwin sahaja. Ramai juga yang kurang faham konsep pertunangan ini atau buat-buat tak faham. Mereka melancong ke sana-sini berdua-duaan, menunaikan umrah bersama tanpa ditemani mahram dan sebagainya. Dating dengan makna dan gambaran yang wujud pada hari ini seperti berdua-duaan, berpegang tangan, menonton wayang bersama, si gadis membonceng motosikal tunangnya dan sebagainya adalah dating yang menyalahi hukum agama.

Tetapi Islam bukanlah agama jumud/beku. Ia membenarkan pertemuan yang baik dan harmoni dengan syarat-syarat tertentu. Antaranya :
1) Menjaga pandangan mata
2) Percakapan yang baik
2) Pakaian yang menutup aurat dan sopan
3) Tempat pertemuan yang tidak menimbulkan fitnah

Menjaga pandangan mata

1. Ketika berbual, pandangan mata hendaklah dijaga agar tidak memandang dengan nafsu syahwat. Pandangan mata adalah satu senjata sulit Iblis dan Syaitan bagi merosakkan anak Adam. Oleh kerana itu, Quran menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan. Firman Allah yang bermaksud :

“ Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menahan pandangan mereka… dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menahan pandangan mereka…” (Surah an-Nur :30-31).


2. Tidak melihat aurat orang lain atau berusaha melakukannya. Jika terpandang aurat, maka hendaklah cepat-cepat mengubah pandangan mata.


Percakapan yang baik

1. Suara yang lunak dan menggoda akan menarik antara satu sama lain ke arah melakukan maksiat. Oleh itu, dalam aspek bercakap, Islam membenarkan lelaki dan wanita berkomunikasi antara satu sama lain dengan syarat percakapan itu tidak menggoda. Quran menyebut syarat ini dalam wahyu yang bermaksud

“Maka janganlah kamu kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan berkatalah akan perkataan yang baik”. (Surah al-Ahzab : 32).


2. Tajuk perbualan hendaklah tajuk yang serius atau agak serius. Tidak wajar untuk berbicara tentang perkara-perkara lucah, tentang anggota seksual sendiri dan seumpamanya. Mungkin tidak wajar juga berbual perkara-perkara yang remeh-temeh seperti pertanyaan tentang mandi, makanan, masakan hari ini dan sebagainya.

3. Tidak mengandungi unsur-unsur mengumpat, menghina orang lain, mencerca dan sebagainya.

Ciri pakaian yang menutup aurat

1. Pakaian mestilah pakaian yang menutup aurat.

2. Aurat wanita ketika bertemu lelaki ajnabi (bukan mahram iaitu lelaki yang boleh menjadi suaminya) ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Pergelangan kaki juga dikira sebagai aurat. Ada sebahagian ulama berpendapat ia tidak aurat. Oleh itu adalah baik jika wanita memakai stoking. Pakaian yang elok dipakai adalah baju kurung dan tudung kepala.

3. Pakaian juga mestilah tidak nipis sehingga menampakkan kulit seseorang pemakainya.

4. Pakaian juga mestilah tidak ketat hingga menampakkan bentuk tubuh seseorang pemakainya. Kebiasaannya seluar jeans adalah seluar yang ketat. Baju kebaya juga biasanya dibuat daripada kain yang nipis dan ketat. Namun jika baju kebaya dibuat dengan kain yang tidak nipis dan tidak ketat, maka ia boleh dipakai.Ada sesetengan remaja wanita suka memakai seluar. Ini tidaklah menjadi kesalahan dalam agama selagi ia tidak nipis dan tidak ketat serta menutup aurat.

5.Tudung kepala hendaklah menutup rambut dan tengkuk/leher. Pemakaian skaf untuk tudung kepala adalah tidak sempurna kerana masih nampak leher. Tudung juga hendaklah labuh agar menutup bahagian depan dada wanita.

Firman Allah yang bermaksud:

“dan hendaklah mereka menutup kain kerudung mereka ke dadanya” (Surah an-Nur :31).


Fesyen tudung seperti tudung labuh, tudung tiga segi, tudung ‘wardina', tudung bawal, tudung ‘mawi' dan sebagainya adalah baik selagi ia menutup aurat.

8. Fesyen pakaian hari ini seperti menampakkan pusat, ketat dan sebagainya adalah jelas haram.

9. Pakaian wanita tidaklah menyerupai pakaian lelaki dan pakaian lelaki tidaklah menyerupai pakaian wanita. Hadis menyebut bahawa Saidina Abu Hurairah berkata :


“Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).


Tiru ini termasuk dalam banyak aspek. Antaranya aspek pakaian. Islam bukan anti-fesyen bahkan Islam mengalu-alukan setiap fesyen yang baik. Islam anti-dedah aurat dalam berfesyen.


Tempat pertemuan

1. Jauhi tempat-tempat yang banyak hiburan, maksiat dan fitnah. Disko, bar, kelab malam (dalam pengertian sekarang) adalah tempat yang tidak wajar dikunjungi oleh setiap muslim.

2. Tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi orang adalah tempat yang tidak sesuai untuk bertemu. Pertemuan di kelas-kelas yang terpencil pada waktu petang mesti dielakkan.

3. Alangkah elok jika tempat bertemu itu tempat yang terbuka seperti restoran, kedai makan, pejabat, bank dan sebagainya. Dalam hadis diceritakan bahawa seorang wanita Ansar datang kepada Nabi s.a.w. maka Nabi pun bersunyian dengan wanita tersebut. (Mafhum HR Bukhari).

Ada riwayat menyebut bahawa bersama wanita tersebut seorang budak lelaki. Maksud ‘bersunyian' dalam hadis bukan bermakna Nabi s.a.w. bersama dengan wanita itu di tempat tertutup. Maksudnya ialah Nabi bercakap dengan wanita tersebut di tempat yang jauh sedikit daripada orang lain sehingga mereka tidak mendengar perbualan Nabi, tetapi orang ramai masih melihat Nabi dan wanita Ansar tersebut.

Adat yang berlaku dewasa ini di mana seseorang bersama tunangnya ke sana-ke mari adalah adat yang bertentangan dengan Islam. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidak boleh bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan ada mahramnya”. (Mafhum HR Bukhari).


Tujuan Islam adalah bagi menjaga agama dan maruah diri agar terhindar daripada fitnah. Jika pantang larang ini tidak dipatuhi, akan berlaku fitnah dan keburukan seperti khalwat, berdua-duaan dan zina.

8 comments:

atiqasyahira said...

ain,best~
means bley dating ke?

Si Pengemis Iman said...

hoho..dating kat cni bkn dating yg slalu kite tgk org wat 2..tp dating yg ni adlh dating yg dbenarkn..cthnye,ada laki ngn pmpuan ni mrncg nak mnikah..maka xsalah kalu diorang nak bjumpe utk bncg pasal 2 asalkn ada mahram dn mnepati syarat2 dlm artikel td..soo,kalu yg dating kkasih2 2 mmgla xleh..wlupun xlakukn ape2 yg salah tp still xleh kalu skadar bjumpe nak lepaskn rndu ke,saje2 jmpe ke..ape2la sbb musabab yg xpntg..wallahualam

atiqasyahira said...

hooo.means xley dating ar kan?
thanks for the answer.kalo tgk nak lepaskan rndu pon xleykan?

Si Pengemis Iman said...

hmm..xsalah mnyimpan prasaan pd sseorg..
sbb 2 adlh fitrah yg mmg ALLAH kurniakn pd mnusia..
tp pstikn prassan kte 2 xblandaskn hawa nafsu..
cintailah dia krn cintanya..
bacalah sajak berikan cintanya kerana cintaMU

Mira Aida said...

Assalamu'alaikum w.b.t..

saya mahu brtanya sama ada couple itu haram atau tidak??


p/s: sila respon kat chatbox di blog sayabila awk dh reply comment nie

Si Pengemis Iman said...

wa'alaikumussalam w.b.t.
salam ziarah pd saudari mira aida..
tntg soalan yg saudari tnye pd sy..
sy tegaskn di sini..couple mmg haram dlm islam. Tiada istilah couple dlm islam krn couple 2 sndiri mbawa byk kburukan pd kita. Islam tlh mggariskn cara yg halal utk kita mluahkan prasaan kita sesama mnusia iaitu dgn cara pnikahan. Perasaan cinta 2 adlh satu fitrah dr DIA. Sesuatu yg suci seandainya ia disalurkan dgn cra yg betul. Kalau dtakdirkn kita jatuh cinta,biarlah ia bkn blandaskn hawa nafsu. Couple 2 walupun x melakukn pkara mcm pegang2 tgn, jln bdua-duaan..tp tetap x boleh sbb sy pasti ia akn mlibatkn zina hati. Kita mnusia biasa..xkn tlepas dr perasaan alpa dan leka. So,conclusionnya..couple haram. Wallahualam..

Mira Aida said...

terima kasih krn sudi menjawab..

jika seorg prmpuan menyukai seorg llaki, tidak salah bukan?

apa contoh zina hati??

adakah patut melupakan seseorg jika mengingatinya membuatkan seseorang itu berasa sedih n tertekan?


maaf la..byk sgt soalan

Si Pengemis Iman said...

xpe,maaf sbb lmbt..byk kekangan yg mghalang sy berada di alam maya,hihi..

ok,xsalah soerang prmpuan myukai lelaki,mcm 2 jge sbalinye..krn itu smmgnye fitrah yg ALLAH kurniakn..tp,ats dasar ape ske pd lelaki 2? kalau ats dasar nafsu,itu da salah..tp kalu ske pd lelaki 2 dgn ikhlas,krn agmanya..dn ada niat utk mjadikn sbg suami..xsalah,ble da tbe masanye..bleh btau kuarga agr dsatukn dgn ikatan yg suci..dn elakknlah mgadakn hbgn sblm mnikah,,agak bhaye krn bleh mbawa pd zina hati..kalu nak jgk ckp pd sseorg 2 kite ske kat die,sbb takut ada org len rebut die dlu..bleh,tp pstikn slps 2 jge ikhtilat..jgn slalu bhubung..itu akn mbawa pd zina hati,akak hrp adik bleh phm..

cnth zina hati,sgt simple..RINDU
cube fikir scare logik,kenape ALLAH kate,"jgn mghampiri zina"
kenape ALLAH x kate "jgn bzina" sdgkn kite tau zina 2 mmg haram..
kenape?
sbb dr pbuatan mghampiri zina itu akn mbawe pd zina yg dlaknat..
cnth pkare yg mbawe pd zina adlh..couple

ok,soalan ni susah sket nak jwb sbb akak pun xde pglmn bab2 ni..
tp,ni msti pasal cinta kn? akak sarankn..lupakn,tmpukn pd pljrn..
sbg sorg plaja,kita mggalas tggungjwb yg sgt besar..
lupakn dlu soal hati dan prasaan..akn tiba masanye nnt..
yakinlah dgn jnji ALLAH..
perempuan yg baik utk lelaki yg baik,dan lelaki yg baik utk perempuan yg baik..wallahualam

p/s:btol akak pggil adik kn? muda dr akak kn?? bleh contact akak kat cni..muslimahsejati_ain90