Friday, March 12, 2010

Sampaikan walau sepotong ayat..

Bismillahirrahmanirrahim..apa khabar sahabat-sahabat semua? Macam mana dengan dua sajak yang saya postkan baru-baru ni?? Ada rasa macam berhubung kait dengan diri sahabat-sahabat tak?? Terutamanya sahabat-sahabat yang sedang meniti usia remaja tu. Dua buah sajak tu adalah khusus untuk sahabat-sahabat semua.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

“ Sampaikan ajaran agama daripadaku walaupun sepotong ayat”

Apa maksudnya? Hari ni saya nak bincangkan tentang sesuatu yang menjadi asbab kepada terciptanya blog saya ni.

“DAKWAH”

Apa yang tercetus di minda sahabat-sahabat semua apabila saya menyebut tentang dakwah. Mungkin ada yang terfikir dakwah adalah untuk orang –orang yang tahu agama. Dakwah adalah untuk orang-orang alim. Dakwah adalah untuk lelaki yang sentiasa berjubah dan berkopiah, untuk perempuan berjubah dan bertudung labuh. Tapi, betul ke???

“Slap your chest, ask your faith” ( Term ni saya dapat dari seorang pakcik yang bekerja di hostel saya duduk sekarang ni)

Berdakwah itu sebenarnya adalah satu kewajipan kepada semua umat islam. Ia adalah sesuatu yang menjadi tanggungjawab kita. Allah dan rasulNYA menggalakkan semua orang islam agar berdakwah.

Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 125:

“Serulah manusia ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan mauizah. Hendaklah bertukar-tukar pendapat dengan mereka dengan cara yang paling baik”

Dalam surah al-Imran ayat 110:

“Kamu adalah umat yang terbaik apabila kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran”

Justeru dakwah itu tidak hanya wajib ke atas orang-orang yang belajar ilmu agama bahkan semua orang dan tidak hanya boleh disampaikan dengan kata-kata. Ada pelbagai bentuk dakwah. Tanpa sepatah kata juga seseorang itu boleh berdakwah. Biar saya ceritakan satu kisah di sini di mana tanpa sebarang kata-kata yang menjurus ke arah dakwah, muslimah ini berjaya merubah sahabatnya menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Mashitah merupakan bekas pelajar sekolah agama yang kini belajar di sebuah ipta di Malaysia. Pada hari pertama dia mendaftar di hostel, dia bertemu dengan roommatenya yang bernama Balqis. Balqis merupakan seorang gadis yang bertudung labuh. Mashitah agak kekok pada mulanya tetapi ternyata Balqis seorang gadis yang sangat peramah bahkan boleh dikatakan agak gila-gila. Keletahnya nakal dan menyebabkan orang ketawa. Tidak seperti gadis bertudung labuh lain yang pendiam. Sikap itu menyebabkan Mashitah dan Balqis dengan segera menjadi sahabat karib. Di mana ada balqis, di situ ada Mashitah. Suatu hari, Mashitah menyuarakan hasratnya yang ingin bertudung labuh.

“Balqis, aku teringinla nak pakai tudung labuh. Tapi aku taknak pakai tudung labuh macam kau. Aku nak pakai tudung tiga segi yang bidang 60 tu”

“ Pakailah, kompom cun! Tak berkelip diorang tengok kau nanti”

Suatu pagi, sebelum pergi ke kuliah Mashitah telah meminjam sehelai tudung labuh daripada teman serumahnya. Pagi itu, dia ke kuliah dengan bertudung labuh.

“ Mak aaaiiii, gadis ayu dari mana ni?? Feewwiiittt,comellah Mashitah..”

Mashitah tersenyum simpul mendengar usikan dari Balqis. Pada hari tiu, Balqis tidak henti-henti ingin bergambar dengannya. Pantang ada masa terluang, pasti Balqis akan mengambil gambar dengannya. Mashitah benar-benar merasa dirinya dihargai.

Suatu petang selepas kuliah, Mashitah mengajak Balqis menemaninya membeli tudung. Dia membeli tudung tiga segi bidang 60 sebanyak tiga helai. Putih, hitam dan krim.

“ Oooii, makcik. Banyak beli tudung. Ptptn baru masuk ke??”

Mashitah tersengih. Balqis langsung tidak bertanya mengapa dia membeli tudung labuh itu. Hairan juga.

Sejak hari itu, Mashitah berubah 100%. Tiada lagi tudung pendek. Hanya tudung labuh yang tersarung di kepalanya. Bila teman-teman lain bertanya tentang perubahannya, katanya pengaruh Balqis. Balqis pula sekadar ketawa. Katanya dia tidak berbuat apa-apa. Semuanya kerana kemahuan Mashitah. Tapi, kata Mashitah..

“ Memang Balqis tak buat apa-apa, but the way she act..the way she appreciate me..Balqis puji saya cantik kalau pakai tudung labuh..”

Balqis ketawa terkekek-kekek. Kelakar katanya..THE END

Simple je ceritanya kan? Gadis bernama Balqis tu cuma memuji dan mengambil gambar bersama sahabatnya Mashitah apabila bertudung labuh. Tanpa kata-kata berupa dalil, tidak perlu bercakap soal dosa pahala atau aurat, dia berjaya merubah sahabatnya dalam masa singkat.

Mudah kan? Tidak perlu berhujah dengan macam-macam dalil. Cukup sekadar yang termampu. Orang yang mengetahui sedikit ilmu wajar menyampaikan ilmu itu mengikut kemampuannya. Allah tidak akan membebankan hambaNYA lebih dari apa yang mampu dipikul oleh hambaNYA. Tetapi kita wajib mencari ilmu selagi kita mampu. Dan orang yang mempunyai banyal ilmu, tanggungjawabya lebih besar. Ilmu itu haruslah disampaikan dan diamalkan. Jangan jadi seperti pohon tidak berbuah.

Aktiviti dakwah itu sebenarnya boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ia boleh dimulakan di rumah sendiri, dalam kalangan keluarga sendiri.


“Mulakan dengan diri kamu, dan ajaklah orang lain”

“ Laksanakan islam dalam diri kamu, nescaya ia akan tertegak dengan sendirinya di muka bumi ini”

Oleh itu, kita di seru supaya berdakwah dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah dengan memperlihatkan keindahan islam itu sendiri sama ada melaui percakapa atau perlakuan. Berapa ramai orang-orang islam masa kini yang tidak bersikap seperti orang islam?? Itulah salah satu factor yang menyebabkan orang bukan islam memandang hina pada orang islam. Bukan kerana islam itu tetapi kerana penganut islam itu sendiri yang tidak menampilkan cirri-ciri seorang islam.

Semua orang boleh menjadi pendakwah dan pejuang..


No comments: