Saturday, March 27, 2010

Mayat bayi digonggong anjing

2010/03/27

PETALING JAYA: Dengan salah satu tangannya putus dipercayai digigit anjing liar, mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan cukup menyayat hati berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang, di sini petang semalam.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui seorang penduduk setempat pada jam 4 petang selepas melihat seekor anjing liar menggonggong objek menyamai tangan manusia di kawasan timbunan sampah di situ.Curiga terhadap apa dilihatnya, penduduk terbabit kemudian bergegas memeriksa bungkusan plastik yang dikerumuni sekumpulan anjing liar di tempat kejadian dan mendapati ia mengandungi mayat bayi yang masih bertali pusat. “Ingatkan patung tapi memang betul mayat bayi sebab ada kesan darah dan masih bertali pusat. Tidak tahulah apa dosa bayi itu sehingga tergamak si ibu membuangnya di situ dan menjadi `hidangan’ anjing liar.



“Keadaan mayat amat menyedihkan. Ada banyak kesan kecederaan di badannya, malah salah satu tangannya juga putus dipercayai dimakan kumpulan anjing liar itu,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi berkenaan dan memaklumkan sepasukan anggota, termasuk unit forensik dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

“Siasatan tidak menolak kemungkinan bayi itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat sewaktu ditemui Ia dipercayai dibuang di tempat sekitar pagi tadi sejurus dilahirkan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

sumber: berita harian

p/s: apa salah bayi 2 smpai diperlakukn cm2? mnusia skrg da x mcm mnusia..

No comments: