Friday, March 26, 2010

Ada apa dengan nombor?

ada apa dengan nombor...

percaya atau tidak nombor amat mempengaruhi kehidupan seseorang..
malah ada yang begitu taksub dengan nombor..
ramai yang suka lambangkan kehidupan mereka dengan nombor..
contohnya dengan nombor tarikh lahir, nombor ic dan sebagainya…

senang citer macam orang nak kahwin.. tarikh mesti pilih kaitan dengan number yang comel-comel… hantaran nak semua number sama la, nak ikut tarikh lahir kedua pasangan la.. dan sebagainya..
contohnya cerita yang dulu-dulu kahwin tarikh 07/07/07 dan wang hantarannya RM77,777.77…
gempak kan??

percaya atau tidak!!!
tak kira kecil, tua, muda sebenarnya kita mempunyai nombor yang tersendiri...
nak tau.. kena baca sampai habis...

"dan segala sesuatu pada sisiNYA ada ukuranNYA" (surah AR-RA'DU 13:8)
Kata ‘ukuran’ disini membawa kita kepada pengiraan. Manakala di dalam ilmu pengiraan kita akan bertemu dengan simbol nombor atau angka. Tidak kiralah apa bentuk ‘bahasa’ sesuatu angka itu tertulis, setiap simbol angka ini merujuk kepada sejumlah bilangannya.
Tidak kiralah ‘bahasa’ apa sebutan yang digunakan untuk memanggil angka ini, ia merujuk kepada ‘perkara’ (jumlah) yang sama. Samada anda menamakan ia SATU atau WAHIDUN atau ONE atau EIN (bahasa Jerman) atau UNO (bahasa Itali), UNE (bahasa Perancis) atau berbagai bahasa-bahasa lainya yang ada dalam dunia ini; ia merujuk kepada maksud bilangan jumlah yang sama iaitu 1 (satu). Ia adalah simbol universal. Ia adalah BAHASA ALAM.

MASIH INGATKAH kita ketika disaat mula-mula kita belajar membilang cikgu atau ibu mengajar kita membilang bermula dengan nombor 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10....
bila meningkat sekolah rendah kita mula mengenal nombor 0,1,2....
dan bila masuk sekolah menengah kita jumpa lagi dengan nombor ...-2,-1,0,1,2....
begitula seterusnya sampai la ke infiniti...

sedarkah kita sebenarnya kita hanya mengulang numbor yang sama...
Menariknya, pengkaji-pengkaji ilmu nombor rata-rata bersetuju bahawa SIMBOL NOMBOR hanya ada Sembilan Angka kesemuanya iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.
Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9...

sekali lagi terungkai...AMAZING..
betul tak tipu nie...nak tahu kena baca sampai habis...
TAHUKAH kita yang sebenarnya...

Allah mengajar ILMU NOMBOR kepada kita di dalam SURAH PERTAMA (Al-Fatihah) ini. Umumnya, walaupun sejarah menyatakan bahawa ayat 1-5 surah AL-ALAQ merupakan WAHYU PERTAMA untuk Rasulullah SAW namun di dalam penyusunan Al-Quran, Al-Fatihah dijadikan UMMUL QURAN atau sebagai PEMBUKA Al-Quran.
Surah inilah yang bakal ditemui oleh sesiapa juga yang memulakan bacaan kitab Al-Quran ini. Jika diamati, surah ini nyata unik dan berbeza dengan surah-surah yang lain dimana ayat pertamanya adalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Walaupun kita bakal bertemu kalam Bismillah di permulaan seluruh surah (kecuali surah Al-Taubah), namun Bismillah tersebut bukanlah ayat yang bertanda. Ini bermaksud, ia bukanlah sebahagian dari ayat-ayat dalam surah-surah yang diawalinya.
Ia adalah ‘adab’ membaca ayat-ayat Al-Quran. Berbeza dengan Bismillah di surah Al-Fatihah, ia adalah ayat pertama di surah pertama ini. Tidak membacanya bermaksud gugurlah surah (tidak lengkap) yang seterusnya akan mengugurlah ibadah yang didirikan (contohnya solat).
**tak percaya cuba bukak al-quran cek betul-betul**

Adakah fenomena ini kebetulan atau ada ‘ilmu’ yang tersirat di sebaliknya? Mengapa Bismillah di surah Al-Fatihah ini bertanda ‘ayat 1’ manakala Bismillah pada awal surah yang lain tidak bertanda??

tengok betul-betul erk...


Allah seolah memberi PERTUNJUK PERTAMA di AYAT PERTAMA dalam SURAH PERTAMA ini.
Tatkala diteliti kalimah Bismillah di dalam susunan huruf-huruf arab, ia terbina dengan 19 huruf. Fenomena angka 19 dan kelipatannya di dalam Al Quran memang sudah cukup lama dibicarakan namun tidak semua ‘minda muslim’ mahu melihatnya dan menghayatinya.
**itulah silap kita sebenarnya**sekadar membaca tetapi tidak menghayati**

seperti yang kita ketahui tadi asas nombor Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9.
Maka, MESEJ ALLAH melalui kod metamatik 19 huruf yang membina kalimah Bismillah ini seolah menggambarkan SEGALANYA DI ANTARA 1 dan 9, yakni “DIALAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR” sejajar dengan firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang bermaksud:

"Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” QS 57:3"

Kod metamatika 19 pada Bismillah ini juga memperlihatkan suatu formula metamatik agung yang membuktikan MUKJIZAT Al-Quran yang dipenuhi dengan KERANGKA KEKUNCI METAMATIKA ULUNG yang tak mampu dicipta oleh manusia. Jika dicampurkan angka yang kelihatan ini (iaitu 1 dan 9) ia akan membawa kita ke satu nilai akhir iaitu SATU (1+9 = 10 seterusnya 1+0= 1). Bukankah ayat Bismillah merupakan AYAT PERTAMA (SATU) yang tersusun di dalam Al-Quran??!.

Tidak cukup dengan itu, penemuan-penemuan oleh mereka yang mengkaji al-Quran telah menemui berbagai Rahsia Keajaiban yang membukti ALLAH adalah GURU METAMATIK melalui kitabnya Al-Quran. Antaranya:
  • AL-QURAN mengandungi 114 surah iaitu 19X6
  • Ada 6346 rangkap ayat (termasuk 112 Bismillah yg tidak bertanda iaitu 19X334 (menariknya 6+3+4+6 = 19)
  • BISMILLAH disebut 114 kali, walaupun ianya mudah dilihat ketiadaannya disurah 9 (ianya disebut dua kali didalam surah 27) & menjadikan 114 =19 x 6.
  • Dari surah 9 yang tidak ada Bismillah sampai kesurah 27 yang mempunyai ekstra Bismillah, jaraknya genap 19 surah surah.
  • dan banyak lagi….
RAHSIA METAMATIKA DALAM AL-QURAN
KERANGKA KEKUNCI METAMATIK ini tidak habis hanya pada angka 19. Banyak pertunjuk-pertunjuk lain yang jelas dan tersembunyi. Contoh lainnya adalah; perkataan-perkataan yang memiliki maksud yang berlawanan di bawah ini ditemui dalam al-Quran pada JUMLAH YANG SAMA.

AL-HAYAH (HIDUP)
145X
MAWT (MATI)
AN NAF’ (MANFAAT)
50X
AL MADHARRAH (MUDARAT)
AL HAR (PANAS)
4X
AL BARD (DINGIN)
AS SHALIHAT (KEBAJIKAN)
167X
AS SAYYI’AT (KEBURUKAN)
AL THUMA’NINAH (KETENANGAN)
13X
AL DHIQ (KESEMPITAN)
AR RAHBAH (CEMAS)
8X
AL RAGHBAH (HARAP)
AL KUFR (KEKUFURAN)
17X
AL IMAN (KEIMANAN)


Jumlah yang seimbang di atas menggambarkan suatu kerangka kekunci metamatik yang begitu unik. Ia juga BUKTI bahawa Al-Quran bukanlah dogengan Rasulullah SAW seperti yang dituduh oleh kaum Quraisy pada masa hayat baginda. Banyak lagi contoh yang lain. Semuanya ini akan membukakan JENDELA PEMAHAMAN bahawa Al-Quran juga memiliki ILMU METAMATIKA yang tinggi. Rahsia di sebalik Nombor di dalam ISLAM ternyata mampu memberi MAKNA dalam pengibadatan sekiranya dihayati dan difahami.

Contohnya, apabila kita menghitung ruas tulang jari-jari tangan dan kaki kita maka masing-masing memiliki 19 ruas tulang. Kita memiliki dua tangan dan dua kaki, jumlah ruas tulang tersebut adalah 19 x 4 = 76. Adapun surat ke-76 di dalam Al-Quran adalah Surah Al Insan yang bererti manusia. Adakah ini kebetulan atau “BERADA DALAM UKURAN-NYA”??.

Contoh lain pula, apabila kita perhatikan kembali fenomena al-Fatihah dengan 7 ayat yang akan di baca berulang-ulang kali, kita akan bertemu dengan RAHSIA 7 lainnya.

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. Al Baqarah 2: 29)

Di dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang adanya tujuh langit. Dan ternyata ayat yang membicarakan tentang tujuh langit di dalam Al Quran jumlahnya juga tujuh ayat iaitu dalam surah:
  1. Al Baqarah 2: 29,
  2. Al Mukminuun 23: 17,
  3. Fushshilat 41: 12,
  4. Ath-Thalaq 65: 12,
  5. Al Mulk 67: 3,
  6. Nuh 71: 15, dan
  7. An Naba’ 78: 12.
Persoalan RAHSIA NOMBOR dalam Islam tidak hanya terhenti dalam meneliti ayat-ayat Al-Quran. Islam diwarnai dengan ILMU NOMBOR. Lihat sahaja contoh-contoh ini:
  • 5 Rukun Islam
  • 6 Rukun Iman
  • 5 Rukun Umrah
  • 6 Rukun Haji
  • 5 X Solat
  • 7 X tawaf
  • 7 X larian Sa’ie
  • 30 Juzuk
  • 114 Surah
  • 17 Rakaat
  • 17 X Ruku
  • 34 X Sujud
  • 4 Kitab Allah
  • 99 Nama Allah
  • 99 Nama Rasul
  • 20 Sifat Allah
  • 25 Rasul
  • dan sebagainya…
Cabaran untuk kita adalah untuk terus membongkar rahsia-rahsia tersebut demi mencapai MAKSUD & MAKNA dalam pengabdian kepada yang SATU

credit: www.cenkodokmasin.blogspot.com

No comments: