Sunday, March 17, 2013

MENJADI SOLEHAH


Menajadi solehah itu tidak mudah
Perlu ketabahan
Perlu kesabaran
Perlu kekuatan
Dan perlu hati yang kental
Kerana menjadi solehah itu
Banyak ujian dan dugaannya
Banyak pula cabaran dan rintangannya
Namun begitu
Tabahkan hati
Kuatkan iman
Kawal nafsu
Dan istiqamahlah dalam jihadmu
Kerana kata Nabi S.A.W. 
'Seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah'

Aku? Aku belum mampu..ah, bukan aku cuma masih belum lagi menjadi solehah apalagi bergelar perhiasan tercantik di dunia. Diriku masih lagi terpalit dengan dosa-dosa dan noda hitam yang kadangkala aku sedar dan kadangkala aku tidak sedar. Selalu sahaja terdetik rasa cemburu di hatiku melihat wanita solehah yang terus istiqamah dalam menjaga kesolehah mereka sedangkan aku masih lagi terasa terumbang-ambing mencari arah. 

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong dikala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Sanggupkah aku menjadi ibu seperti Khansa'?
Rela menyerahkan anak-anaknya ke medan pertempuran,
Biarpun darah menjadi penggantinya,
Asalkan syahid menjadi habuan.

Ah..mana mungkin aku sehebat mereka,kan? Tetapi..aku punya impian untuk menjadi seperti mereka. 

No comments: