Sunday, October 3, 2010

Seindah Mawar Berduri


Mawar berduri..
Harummu menarik si lebah terbang mendekati
Lenggokmu menggoda si kumbang datang menghampiri
Warnamu memikat si rerama menari
Tetapi, duri berbisamu setia di sisi melindungi
Bukan sembarangan lebah yang berjaya mendekati
Bukan mudah si kumbang mahu mendekati
Perlu cukup mantap utuk terbang di sisi

Mawar berduri..
Harummu kerana tinggi ilmu agamamu
Pesonamu kerana luhur peribadi akhlakmu
Anggunmu kerana perhiasan indah malumu
Durimu yang tajam itu..
Tajam kerana teguh dirimu menjaga maruah
Tajam kerana manis bicara bermadah
Tajam kerana damai nyaman pada wajah
Tajam kerana keras iman di asah

Mawar berduri..
Cantik dilihat dan dipandang
Indahnya mampu membunuh sang lebah andai salah aturannya
Pesonanya mampu menjatuhkan sang kumbang tidak terbang semula
Cintanya mampu melemahkan sang rerama tidak berdaya
Tetapi bagi mawar berduri
Kasihnya hanya untuk Illahi
Cintanya hanya untuk dia yang mencintaiNYA
Durinya mampu menjadi penguat sayap bagi perjuangan sang kekasih yang teguh jiwanya berpasak atas nama ALLAH

Mawar berduri..
Awaslah dengan racun-racun yang bisa melenturkan durimu
Awaslah dengan bisikan-bisikan mesra tentang kecantikanmu
Awaslah dengan pujuk rayu yang akan menjatuhkan kelopakmu
Jangan biarkan tangan-tangan yang tidak berhak memetikmu
Jangan biarkan kelopakmu gugur di tangan manusia durjana
Jangan biarkan madumu dihisap mereka yang hina
Jadilah mawar berduri yang tajam
Yang hanya sekadar mampu dipandang
SEINDAH MAWAR BERDURI

3 comments:

surf-fix @ ibnu marzuki.. said...

hehe...^_^

ainul mardhiyah said...

ya Allah jadikan aku bak mawar berduri yang tajam yang hanya mampu dipandang,dan janganlah jadikan aku bak pepasir di pantai yang bebas dipijak sesiapa sahaja...

Unknown said...

indah bait-bait katanya... mawar berduri itu, pastinya merujuk kepada kaum wanita... anggun... menggamit perhatian... biarlah duri-duri (iman) tajam menjadi pendinding buatnya...

harap sudi singgah semula... bacekan dan komen kan...http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/kian-melayu.html

Zulkifli Sa'don a.k.a Sam Banjamin
(Pengasas Gerila Penulisan Kreatif)