Friday, December 3, 2010

Dilema Seorang Mu'alaf(bahagian 4)

Khadijah Maisarah memerhatikan Nur Iman Zawani yang sedang bersiap di hadapan cermin di dalam biliknya. Terkial-kial Nur Iman membetulkan tudung di wajahnya. Kekok. Gadis itu bertegas ingin pulang ke rumah walaupun dipelawa untuk bermalam di rumahnya. Ada sinar di wajah gadis Pan Asian itu. Sinar meminta simpati agar dirinya diberi peluang untuk mengecap ketenangan.

Khadijah Maisarah bangkit lalu menghampiri Nur Iman Zawani. Tangan halusnya menarik tubuh Nur Iman Zawani agar menghadapnya. Penuh kelembutan seorang wanita, dia membantu gadis itu bersiap.

Nur Iman Zawani tersenyum malu apabila Khadijah Maisarah membantunya memakai tudung. Dia menatap lembut wajah di hadapannya itu.

“ Iman ni cantiklah. Iman kacukan ye?”

“ Hmm..ye, daddy saya orang Australia. Mummy saya kenal dengan dia masa belajar.”

“ Ohh..macam tu. Patutlah muka Iman macam mat salleh. Emm..boleh akak tanya Iman sesuatu?”

Nur Iman Zawani mengangguk.

“ Macam mana Iman boleh masuk Islam. Iman baru 17 tahun kan? Mummy dengan daddy Iman tak kesah ke?”

Nur Iman Zawani terdiam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Dia tahu, pengislamannya itu tidak sah di sisi undang-undang. Namanya masih lagi Winnie di kad pengenalannya. Seorang Kristian. Tetapi, dia tahu dari segi undang-undang Islam dia adalah seorang muslim yang sebenar. Lafaz dua kalimah syahadah itulah bukti dirinya seorang muslim.

“ Saya..emm, saya tak tahu nak cakap macam mana. Keluarga saya penganut Kristian yang sangat kuat. Mummy saya selalu cakap, orang Islam ni jahat, penipu, pemalas. Bila saya masuk sekolah menengah, saya berkenalan dengan ramai orang Islam. Memang betul macam mummy saya cakap. Tapi, bukan semua. Ada juga yang baik. Macam orang kristian jugak, ada yang baik dan jahat. Jadi, bermula dari situ saya buat kajian. Saya beli kitab Al-Quran. Saya bandingkan dengan Injil yang selama ni saya pegang. Makin lama kajian yang saya buat, makin buntu saya rasakan untuk buktikan Injil tu benar. Segalanya berpihak pada kitab Al-Quran. Sampailah suatu saat bila ALLAH tunjukkan keajaibanNYA di hadapan mata saya. Saat tu saya dah tak mampu nafikan bahawa Islam itu agama yang benar.”

“ Siapa yang ajar Iman mengucap?”

“ Cikgu sekolah saya tapi sekarang dia dah tak ada. Dia berpindah mengajar di sekolah lain. Bila cikgu dah tak ada, saya rasa macam kehilangan sangat sebab dah tak ada yang nak tolong saya mengenali Islam. Bila saya minta tolong pada orang lain, semuanya salah sangka pada saya. Mereka ingat saya sengaja masuk Islam untuk musnahkan Islam. Saya tak salahkan mereka. Saya tahu selama ni saya terlalu banyak buat dosa. Mungkin ini balasan atas dosa-dosa yang pernah saya buat sebelum ni.”

Khadijah Maisarah mendengar tutur kata yang keluar dari mulut gadis itu. Jelas dirinya sedang kecewa. Dia mengusap perlahan pipi gadis manis itu.

“ Tak baik cakap macam tu tau. Iman bukan sedang dihukum tapi sedang diuji adakah benar Iman ikhlas untuk menjadi seorang muslim. Dalam Islam, seorang yang baru memeluk agama Islam adalah seperti seorang bayi yang baru lahir. Maknanya, orang yang baru peluk Islam ni dirinya suci tanpa noda dan dosa. Segala dosanya yang lampau tu telah terhapus dengan sendirinya sebaik sahaja dia memeluk agama Islam. Ingat Iman, ALLAH itu tidak zalim. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia sangat mencintai hamba-hambaNYA lebih-lebih lagi yang turut mencintaiNYA. Selalulah berdoa. ALLAH akan sentiasa mendengar doa hamba-hambaNYA ynag ikhlas.”

Nur Iman Zawani terasa tenang mendengar tutur bicara lembut yang keluar dari bibir Khadijah Maisarah. Hatinya terasa lapang seolah-olah tanah yang selama ini gersang disirami dengan air hujan. Jiwanya merasakan ketenangan yang selama ini dicari. Ada sendu yang bertamu.

Khadijah Maisarah memimpin tangan Nur Iman Zawani lalu mereka duduk di atas sebuah sofa yang tersedia di dalam kamar tersebut.

“ Seorang muslim itu bukan sahaja pada nama tetapi pada setiap tingkah dan akhlaknya itu perlulah mencerminkan keperibadian seorang muslim. Memang bukan mudah menjadi muslim yang sejati tetapi ALLAH akan sentiasa menunjukkan jalan kepada hamba-hambaNYA yang mencari kebenaran. Dalam diri seorang manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya. Dan jika buruk daging itu maka buruklah semuanya. Iman tahu daging tu apa?”

Nur Iman Zawani mengangguk.

“ Hati..cikgu pernah ajar saya dulu. Dia kata, kalau nak jadi muslim yang baik perlu bermula dari hati yang ikhlas kerana dari hati yang ikhlas akan lahirlah peribadi yang indah.”

“ Bagus..macam tu lah. Iman perlu selalu didik hati Iman dengan zikrullah. Iman selalukanlah dengar ayat-ayat suci Al-Quran. InsyaALLAH jiwa yang gundah dan resah akan kembali tenang. Sekejap ye..”

Khadijah Maisarah bangun lalu menghampiri sebuah rak buku. Tangannya mengambil sebuah beg yang terletak di bahagian atas rak.

“ Ini..akak bagi pada Iman. Dalam ni ada kaset-kaset alunan ayat suci Al-Quran dari Juz 1 sampai Juz 30. Balik rumah nanti, bolehlah Iman dengar selalu.”

Mata Nur Iman bersinar melihat susunan kaset-kaset di dalam beg tersebut. Khadijah Maisarah tersenyum.

“ Terima kasih, kak!”

Tok..tok..tok..

Tiba-tiba pintu kamar diketuk.

“ Kak..dah siap ke? Apis kena balik cepat ni. Petang ni Apis ada hal kat surau.”

Suara Ahmad Hafizul memanggil mematikan perbualan mesra dua orang gadis itu. Segera mereka bangkit lalu keluar dari kamar.

“ Iman balik dengan adik akak ye. Kalau senang-senang nanti, Iman datanglah rumah akak. Suruh je Apis hantar Iman ke sini ye.”

Ahmad Hafizul berkerut wajahnya mendengar bicara Khadijah Maisarah.

‘ Eh..eh kakak aku ni. Pandai-pandai je. Aii..dia tak nak ikut sekali ke? Takkan aku dengan budak ni je kot?’

Ahmad Hafizul menghampiri Khadijah Maisarah lalu dia menyiku lembut bahu kakaknya itu. Bibirnya menggumam perlahan.

“ Akak..akak ikutlah sekali. Takkan saya seorang je hantar dia. Dah tengah malam ni. Kang kena tangkap basah kang tak pasal-pasal dapat adik ipar mat salleh kang..”

Khadijah Maisarah tergelak kecil mendengar kata-kata Ahmad Hafizul. Suaranya perlahan khuatir didengari oleh Nur Iman Zawani.

“ Apa salahnya dapat adik ipar mat salleh. Kan Iman kan?? Hihi..”

Sengaja Khadijah Maisarah menguatkan suaranya. Nur Iman Zawani tidak berubah riak. Mungkin kurang memahami maksud kata-kata Khadijah Maisarah itu. Ahmad Hafizul pula sengaja berdehem sekuat hatinya dengan harapan Nur Iman Zawani tidak mendengar kata-kata kakaknya itu. Lega hatinya melihat wajah Nur Iman Zawani yang kosong.

“ Akak ni..saja je kan? Dahlah..jom, akak kena ikut sekali. Kalau tak Apis tak nak hantar.”

“ Hihi..yela, yela.”

********************

“ Terima kasih cikgu, Kak Dijah..sebab hantar saya ke rumah. Emm, cikgu dengan akak nak masuk dulu tak?”

Nur Iman Zawani teragak-agak mempelawa Ahmad Hafizul dan Khadijah Maisarah untuk masuk ke rumahnya. Khuatir mereka tidak selesa.

Ahmad Hafizul memerhatikan segenap kawasan rumah anak muridnya itu. Sebuah banglo mewah berdiri megah dan tersergam indah bagaikan sebuah istana zaman silam. Pagarnya sahaja dihiasi dengan ukiran makhluk yang dipanggil ‘Cupid’ oleh orang-orang Kristian. Makhluk bersayap yang tidak berpakaian bersama dengan panah dan busurnya. Kononnya makhluk itulah yang menyebarkan cinta dalam hati mereka. Lamannya pula terpamer sebuah ukiran berbentuk seorang rahib yang sedang memegang salib. Penuh dengan ciri-ciri seorang Kristian sejati.

‘Patutlah Iman tertekan. Keluarganya memang pengamal sejati Kristian.’

Ahmad Hafizul memandang wajah Nur Iman Zawani yang masih menuggu jawapan pelawaannya dari mereka. Baru sahaja dia ingin membuka mulutnya, kakaknya terlebih dahulu bersuara.

“ Tak apalah Iman, lain kali je..lagipun dah lewat malam ni. Kami balik dulu ye. Kalau Iman ada masa, singgahlah ke rumah akak ye. Ni alamat rumah akak. Kalau segan nak suruh Apis hantarkan, Iman datanglah sendiri ye. Rumah akak sentiasa terbuka untuk Iman.”

Nur Iman Zawani tersenyum. Tangannya mencapai cebisan kertas yang dihulurkan oleh Khadijah Maisarah lalu dimasukkan ke dalam poket baju sekolahnya.

“ Kami balik dulu ye, Assalamu’alaikum.’’

‘’ Wa’alaikumussalam, hati-hati ye..’’

Nur Iman Zawani memandang sayu ke arah kereta mereka yang berlalu pergi. Ada rasa kasih yang menjalar di lubuk hatinya buat adik-beradik yang mesra itu. Ada harapan yang ingin disandarkan pada mereka.

Nur Iman Zawani mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Dia menyelongkar beg sekolahnya mencari kunci rumah. Ditolak pagar kecil rumahnya.

“ Eh, pagar tak kunci? Mummy terlupa kunci agaknya..”

Nur Iman Zawani masuk lalu mengunci pintu pagar kecil rumahnya itu. Dia berjalan masuk ke perkarangan. Perhiasan dan pemandangan rumahnya yang selama ini dibanggakan tidak lagi menarik perhatian.

“ Kereta mummy tak ada laa..”

Nur Iman Zawani menghampiri pintu rumahnya yang terbuka. Hairan. Kebiasaannya pintu rumahnya akan dikunci selepas tengah malam. Pembantu-pembantu rumahnya pula pulang selepas jam 10 malam setiap hari. Nur Iman Zawani mula berasa tidak sedap hati. Khuatir ada sesuatu yang buruk berlaku pada keluarganya.

Nur Iman Zawani menolak pintu rumahnya perlahan. Ada bau yang kurang enak menusuk hidungnya. Di ruang tamu kelihatan abangnya, Duan sedang terbaring di atas lantai dengan botol arak di tangannya. Nur Iman Zawani menutup hidungnya. Dia kurang senang dengan bau najis syaitan itu. Walaupun semasa dia masih lagi seorang Kristian, dia memang tidak suka dengan bau arak. Dia tidak pernah meneguk arak sepanjang hidupnya.

“ Duan, are you okay?”

Duan membuka matanya perlahan apabila mendengar suara adiknya menegurnya. Matanya menangkap kelibat Nur Iman yang sedang berdiri menatapnya. Adiknya itu kelihatan sangat cantik di matanya. Ada gelojak nafsu yang bertamu di dadanya kesan daripada alcohol yang diteguknya. Dia berdehem.

“ Why you are so late tonight? You pergi mana, Winnie? Mummy dengan daddy dah keluar. I tak tahu diorang pergi mana. Just lock the door.”

Nur Iman Zawani mengikut arahan Duan. Ada rasa kurang selesa di dalam hatinya apabila mengetahui hanya dia dan Duan sahaja di rumah besar itu. Kakinya pantas melangkah ke tangga untuk naik ke kamar tidurnya.

“ I’m going upstairs. Kalau ada apa-apa, I dalam bilik.”

Duan memandang tajam langkah Nur Iman yang pantas menaiki tangga. Nafsunya bergelojak deras lebih-lebih lagi apabila sebahagian betis adiknya kelihatan di sebalik kain sekolahnya yang terselak apabila dia berlari menaiki tangga. Dia bangkit.

Duan duduk sambil memandang botol arak di tangannya. Bayang adiknya dalam keadaan tidak bertudung menerjah mindanya. Dia meraup wajahnya. Pantas diteguknya najis syaitan itu dengan harapan bayangan adiknya itu hilang dari mindanya. Dia mendengus kasar.

********************
Nur Iman Zawani mengunci pintu biliknya. Nafasnya laju. Ada rasa takut yang menerpa di hatinya apabila teringat pandangan mata Duan terhadapnya tadi. Tudung labuhnya ditanggalkan. Panas. Badannya terasa rimas. Pantas dia mencapai tuala lalu melangkah ke kamar mandi.

Tiba-tiba..

“ Gang..gang..gang..!!!”

bersambung..

1 comment:

Anonymous said...

smbungannya kak iman..