Saturday, January 1, 2011

Daurah Penghayatan Remaja Islam 3




Bismillahirrahmanirrahim..


Tak sangka, pejam celik..pejam celik..dah tahun 2011 rupanya. Selamat tahun baru buat sahabat-sahabat semua. Semoga tahun baru 2011 ini lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya. Lakukanlah sesuatu yang bermakna dalam hidup kita pada kali ini. Contohnya, nikah ke..haha.

Alhamdulillah, tamat sudah Daurah Penghayatan Remaja Islam. Selama 3 minggu kami semua berkampung, berganding bahu, bersengkang mata dan macam-macam ber lagi di Shah Alam dan apa yang kami harapkan ada ilmu dan sedikit bekalan yang tersemat di hati adik-adik daurah kami.

Bilik Gerakan daurah

Seperti yang dijanjikan, ini dia kisah kami di minggu terakhir..

Minggu ketiga

Jam 3 petang kami semua bertolak ke Shah Alam. Kami bertolak awal minggu ni gara-gara pelajar lelaki yang tengah kemaruk bola. Kata mereka, kita buat mesyuarat petang then malam tu bolehlah rehat-rehatkan badan. Padahal diorang nak lepak tengok bola sebenarnya. So..lepas asar tu kami semua pun bermesyuarat untuk menyediakan aktiviti terbaik buat adik-adik pada minggu terakhir ini.

Malam Ahad..yeay~ Malaysia menang..haha.

Pagi Isnin kami dimulakan seperti biasa. Solat Dhuha diikuti dengan bacaan zikir dan qasidah burdah. Saat qasidah burdah dilagukan, ada rasa sayu di hati saya. Lepas ni, saya mungkin takkan dapat peluang dengar qasidah macam ni lagi.

Kemudian, kami masuk ke kelas. Haish~ yang tu bawah meja..yang tu tengah main pondok-pondok..yang tu tengah main soldier-soldier bawah kerusi..yang tu tengah menangis. Dasyat-dasyat..so,saya pun..DALAM KIRAAN 1,2,3..SEMUA DUDUK TEMPAT MASING-MASING,1..2..3..! Hihi..(^_^). Saya teringat trademark seorang sahabat daurah, Ustaz Zulhisyam..(nada tegas)dlm kiraan 1,2,3! Hai adik2~,mesra alam sngguh..haha

Pagi tu, kami mulakan kelas kami dengan mengaji dan kemudian kami terus laksanakan modul yang kami rancangkan iaitu Modul Solat. Kami ajarkan mereka rukun solat, sunat-sunat dalam solat, niat solat dan syarat sah solat. Kebanyakan telah diajar oleh fasi sebelum ini dan di sekolah tetapi perlu dan harus selalu diingatkan agar mereka tidak lupa. Kemudian kami makan tengahari. Adik-adik tanya, kenapa hari-hari makan ayam? Err..saya pun tak tahu nak jawab apa. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Ada orang lain tak makan apa-apa tau. Ada adik-adik yang tak nak makan. Saya paksa jugak makan. Saya suapkan dia sekali lepas tu barulah dia makan. Huhu..

Waktu solat saya paling tension dengan adik-adik ni. Apa taknya, semua berebut nak solat dengan ustazah. 'Ustazah, ustazah solatla dengan saya', ' Solatlah dengan saya, ustazah', ' Saya nak solat dengan ustazah'. Haish~ adik-adik ni..amiklah badan ustazah sikit sorang. Awak amik kaki, awak amik tangan, awak pulak amik kepala. Susah betul..bila saya solat dengan yang tu, yang ni terasa. Bila solat dengan yang ni, yang tu terasa. Haish~

Benarlah kata orang, melentur biarlah dari rebungnya. Saat adik-adik ni masih kecillah saat yang paling mudah untuk dibentuk hati dan peribadinya. Kalau diorang semua dah besar nanti, masih boleh dibentuk. Tapi agak sukar. Kalau tak hati-hati, mungkin patah dan rosak. Menangani anak kecil mengajar saya satu sifat yakni SABAR. Kalau tak ada sifat sabar dalam penjagaan adik-adik ni, memang saya dah lama surrender. Syukran adik-adik kerana menjadi perantara tarbiyyah ALLAH pada ummi. Haha..minggu terakhir ni, adik-adik panggil saya 'Ummi'. I like~^_^

Hari Selasa pagi, kami adakan sedikit ulangkaji sebab petang tu adik-adik akan menghadapi ujian yang kedua. Selepas ulangkaji, kami melatih adik-adik ni untuk persembahan pada majlis penutup besok. Kelas kami dipertanggungjawabkan untuk membuat persembahan berbentuk 'energizer'. Kami pilih lagu kanak-kanak 'Hoki-choki'. Lagu tu comel sangat! Saya pun suka buat.Hihi..adik-adik ni memang nampak sangat comel masa menari lagu tu.^_^

Petang tu kami adakan ujian. Err..sahabat-sahabat, soalan agak susah ye. Kesian jugak tengok adik-adik ni ramai yang tak boleh jawab. Huhu..tu la, sape suruh tak study betul-betul. Saya menjaga seorang adik saya, Syima namanya. Saya risau sangat tengok dia. Umurnya 8 tahun. Tapi dia tak boleh membaca samada jawi atau rumi. Masa ujian, saya duduk dengan dia. Terpaksa, sebab kalau dibiarkan mungkin ujian ni, dia dapat telur buaya. Huhu..

Rabu pagi, kami adakan majlis penutup kecil-kecilan untuk rendah bawah. Masa persembahan, adik-adik memang tak terkawal. Masing-masing berebut nak ke depan. VIP hari tu boss kami sendiri. Mujur boss dah paham perangai adik-adik. Masa persembahan kumpulan saya, saya yang rasa malu. Haha..comel adik-adik ummi ni^_^ paling kelakar persembahan lakonan dari kelas Ustaz Shahir dan Kak Qis. Nakal betul adik-adik ni. Berlakon jadi Ustaz Hisyam dan Kak Kome. Haha,nice~Ada persembahan nasyid dari adik-adik ni dan diorang nyanyikan lagu Maher Zain, InsyaALLAH. Kelas gitu~Siap hafal lagi,ustazah pun tak hafal tau.Haha

Hari Rabu petang, kami adakan sukaneka. Ada permainan cari gula dalam tepung, baling belon dalam air, isi air dalam botol dan main straw getah. Apa entah nama mainan tu, tak ingat. Huhu..suasana memang agak tak terkawal. Hajat nak main sekali tapi cancel ah. Tak main pun nafas dah tercungap-cungap sebab melayan kerenah adik-adik ni.

Sukaneka..


Hari Khamis ada majlis penutup besar-besaran.

Bila tengok gambar adik-adik, rasa nak menangis pun ada. Bila dengar burdah, saya teringat sahabat-sahabat daurah. Ukhuwah tu memang manis. Saya takkan lupakan kenangan ni sampai bila-bila.





2 comments:

Anonymous said...

mmng bezt,akk iman nye bhase mmng sdap,aman je ddengar..^_^
dari cerpen ke diari ayat mmng power..teruskan ye akk iman.
(dileme seorang muallaf jgn lupe smbung yer,sory..)

Si Pengemis Iman said...

ehee~
nme akak bkn iman dik..
nme akak ain..hihi
insyaALLAH,cerpen 2 tgh dsambung skg ni..
tguu~^_^