Monday, January 31, 2011

Pergolakan Mesir..lindungi saudara kami

Bismillahirrahmanirrahim..


Berita TV3 jam 8 malam, haish..dunia, dunia. Apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni? Tak habis-habis dengan kes bunuh, rompak, rogol, buang bayi. Dah jadi perkara biasa je semua tu sekarang ni.

Berita luar negara, TV3, YA ALLAH..lindungi saudara-saudara kami di Mesir. Apa yang terjadi??

Lupakan dulu tentang pilihan raya kecil di Tenang yang baru berakhir semalam. Lupakan dulu masalah banjir yang sedang melanda sekarang dan lupakan dulu masalah-masalah BIASA yang sedang melanda rakyat Malaysia sekarang. Ada sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh kita pada masa ini.

Menonton berita tentang rusuhan yang terjadi di Mesir kerana menentang pimpinan Hosni Mubarak menjadikan saya kaget sebentar. Segalanya kacau-bilau, huru-hara dan menakutkan. Pergaduhan, jeritan, bunyi tembakan dan kemusnahan dapat dilihat melanda penduduk-penduduk Mesir. Hati saya berdetik..sahabat-sahabatku ada di sana. Bagaimana nasib mereka? Bagaimana dengan saudara-saudara seislamku di sana? Adakah mereka selamat?

Pantas saya bergegas ke kamar untuk bertemu dengan Mr. Google. Berita di TV terlalu ringkas. Saya ingin tahu cerita yang sebenar. Ternyata dugaan saya tepat. Masih banyak lagi informasi yang tidak disampaikan atau sengaja disembunyikan.

Rusuhan berlaku di merata tempat di Mesir. Orang biasa yang tidak bersalah juga boleh menjadi mangsa akibat peluru sesat dan sifat tidak perikemanusiaan insan lain. Orang awam bertempur dengan pihak polis dan tentera. Mesir berpestakan darah manusia. Tiada lagi yang berani berjalan-jalan di luar. Semuanya berkurung di dalam rumah meniti hari yang tidak pasti.

Bukan itu sahaja bahkan kerajaan Mesir turut menyekat penggunaan internet dan komunikasi melalui telefon bimbit. Ibu bapa di Malaysia terputus hubungan dengan anak-anak mereka di Mesir. Bahkan sahabat-sahabat kita di Mesir kini menghadapi masalah kekurangan makanan. Tiada lagi peniaga yang berani membuka gerai di tengan rusuhan. Bimbang peluru sesat singgah di kepala. Bahkan ada yang mengalami nasib yang lebih teruk seperti kehilangan tempat tinggal. Balai polis dan lapangan terbang diserang. Kereta dibakar dan dimusnahkan. Dikatakan, ada pelajar Malaysia yang menjadi mangsa rogol dan rompak.

Lebih menakutkan, dianggarkan lebih kurang 5000 orang banduan terlepas daripada penjara. 5000 bukan 5..angka yang agak besar ye. Apa agaknya banduan-banduan ini akan lakukan? Semoga 5000 banduan ini adalah banduan yang telah insaf. ALLAH~

Masalah ini perlu diambil serius. Pihak kerajaan Malaysia juga perlu mengambil serius tentang nasib rakyat Malaysia di Mesir. Melihat pada penyampaian berita di TV seolah-olah masalah ini adalah masalah biasa. Hmm..

Lindungi sahabat dan saudara kami, YA ALLAH.

2 comments:

f.huSna said...

ya ALLAH..lindungi mereka ya ALLAH..

WHO am I ?? said...

masyaALLAH,besarnye dugaan mereka di sana..smoga sahabat2 kita dilindungi ALLAH..smoga saudar2 seislam kita masih di bwh perlindungan ALLAH..
syukran atas info yg dberikan..=)