Wednesday, March 23, 2011

Kalamullah Panduan Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim..

Saban hari dalam meniti usia remajaku, aku terasa kosong. Bagaikan ada sesuatu yang telah lama aku tinggalkan dan mungkin juga telah hampir ku lupakan. Dia yang sewaktu kecilku menjadi teman setiaku. Setiap hari, selepas solat maghrib..aku dan teman-teman akan berlumba-lumba ke rumah ustazah untuk bersama dengan dia.


Tetapi..kini, dia telah lama aku tinggalkan. Kesibukanku sebagai pelajar membataskan pertemuanku dengan si dia. Dia aku letakkan di atas rak sendirian tanpa teman.
Siapakah aku? Siapakah dia?

Aku adalah aku dan kamu dan dia adalah dia yakni Al-Quran. Renung-renungkan dan muhasabah diri. ALLAH..





Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam bahasa arab secara berperingkat-peringkat. Ianya adalah mukjizat. Dimulakan dengan surah al-fatihah dan diakhiri dengan surah an-nas. Membacanya adalah ibadah.

Itulah definisi Al-Quran yang diajarkan semenjak kaki ini berada di bangku sekolah. Tetapi..adakah cukup sekadar menghafaz defininisinya sahaja? Adakah cukup sekadar kitab suci ini diletakkan cantik dan tersusun dalam almari yang terhias dan terukir indah? Adakah cukup ayat-yat suci ini menjadi benteng penghalau jin dan syaitan? Adakah cukup sekadar kita membacanya tanpa cuba untuk memahaminya?

Saya tidak berhajat untuk berbicara panjang tentang definisi, keistimewaan atau kandungan dalam kitab suci umat islam ini. Apa yang ingin saya sampaikan adalah bagaimana kita memuliakan dan memelihara kitab suci ini. Suka untuk saya kongsikan pengalaman ketika mengadakan satu lawatan ilmiah di Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Al-Quran di Hulu Langat.

Kami bertolak dari Kolej Sutera Indah lebih kurang jam 7.30 pagi dan tiba di Hulu Langat pada jam 10.00 pagi mungkin. Kurang pasti..hihi. Err..tak tau lah pulak tempat ni dekat dengan sekolah saya. Sempatlah tengok sekolah kesayangan saya tu dari luar sebab kami terlajak jalan. Huhu..



Setibanya di sana, kami disambut oleh pemilik tempat ini sendiri iaitu Encik Rahmat. Kami mengambil masa yang agak lama sebelum di benarkan masuk ke dalam kilang tersebut. Sebelum masuk, kami diingatkan supaya menjaga adab dan akhlak sepanjang lawatan kerana tempat ini merupakan sebuat tempat yang mulia di mana ianya mengumpulkan segala jenis dan bentuk tulisan Al-Quran dari sekecil-kecil ibu jari sehinggalah sebesar-besar manusia.

Tazkirah pendek daripada saudari Aisyah mengingatkan diri saya dan ingin saya ingatkan pada semua betapa kita telah banyak mensia-siakan kitab suci ini. Mari kita muhasabah diri sebentar.

Lihat sekeliling anda..adakah sesiapa dalam kalangan kita yang tidak memiliki handphone? Rasanya tiada. Lihat lagi di sekeliling anda..adakah kita semua sering memgang dan melihat handphone? Adakah kita sering membalas dan membaca mesej di handphone? Lihat semula di sekeliling anda..adakah dalam kalangan kita yang memegang dan membaca Al-Quran sebagaimana handphone? Kita renungkan sejenak. Bukanlah maksud saya untuk meminta sahabat-sahabat semua sentiasa memegang dan membaca Al-Quran. Terpulang kepada sahabat-sahabat sendiri. Cuma, fikirkan..berapa kali, berapa patah, berapa ayat Al-Quran yang kita baca, fahami dan teladani setiap hari?

Sebelum memulakan lawatan, kami diberi sedikit taklimat oleh Encik Rahmat sendiri. Beliau memngingatkan kami bahawa berada di kawasan pelupusan ini adalah sama seperti kita berada di kawasan perkuburan. Mengapa? Kerana Al-quran yang mulia ini akan dilupuskan dan akan hilang jejaknya dimakan bumi sebagaimana jenazah yang telah ditanam.


Encik Rahmat

Kami diajar cara yang betul untuk melupuskan Al-Quran dengan sebaik-baiknya. Terdapat 2 bahagian dalam proses pelupusan ini iaitu bahagian kanan dan bahagian kiri. Bahagian kanan adalah proses pelupusan ayat-ayat suci al-quran secara total yakni Al-Quran itu sendiri manakala bahagian kiri adalah proses melupuskan ayat-ayat suci Al-quran di dalam buku-buku sekolah, kad kahwin, poster dan sebagainya.

Al-Quran yang ingin dilupuskan perlulah dibersihkan terlebih dahulu yakni memperelokkan keadaan Al-Quran tersebut sebagai tanda memuliakannya. Contohnya, jika ada bahagian yang terlipat, ia perlulah dibetulkan terlebih dahulu. Jika ada bahagian yang buruk dan terkoyak, ia perlulah di asing daripada bahagian yang elok. Manakala bagi buku-buku sekolah dan yang lain, bahagian yang mengandungi tulisan ayat Al-Quran perlulah diasingkan daripada bahagian tulisan biasa. Ia agak rumit kerana kdangkala kita terlepas pandang tulisan-tulisan ayat-ayat ini di dalam buku tulis dan kad kahwin. Kami semua diberi peluang untuk mencuba dan membantu proses pengasingan dan pembersihan ini.



Proses pelupusan al-quran di sini adalah sangat teliti. Berbeza dengan cara yang sering digunakan oleh orang ramai, hasil kertas ayat-yat suci yang telah dibakar ini berwarna putih dan sama sekali tidak boleh dibaca. Manakalan hasil pelupusan biasa berwarna hitam dan masih ada tulisan yang boleh dibaca.


kertas ayat suci yang dibakar secara biasa


tulisan masih boleh dibaca


dibakar dengan proses yang betul

Setelah diasingkan, kertas-kertas ayat suci ini akan dicerakinkan sebelum dibakar. Buat pengetahuan, Encik Rahmat mengambil masa selama 14 tahun untuk mendapatkan lesen menjalankan perniagaan ini dan tiada dana sama sekali yang diberikan oleh pihak kerajaan atau swasta dalam membantu usaha mulia ini. Hmm..kalau buat konsert ke, buka kelab malam ke, nak pulak bagi dana. Dunia..dunia..

kertas yang telah dicerakinkan



Selepas dicerakinkan, akan dibakar abu daripada pembakaran tersebut akan dilarutkan di dalam air lalu ditanam di dalam sebuah telaga khas. Mesin pembakaran ini diimport khas dari Jerman.


mesin khas dari Jerman

memasukkan kertas ke dalam mesin dengan tangan kanan

proses pembakaran dengan sebatang mancis


telaga khas

memasukkan larutan ke dalam telaga

Sepanjang lawatan ini, saya dapat melihat begitu banyak Al-Quran lama yang dikumpulkan di sini. Bahkan masih ada Al-Quran yang cantik tetapi isinya tersalah cetak. Ada juga bingkai-bingkai ayat-ayat suci, poster-poster, dan sebagainya. Tanggungjawab kita untuk memuliakannya dengan cara pelupusan yang betul. Jika sebelum ini, memandang pada cebisan-cebisan ayat-ayat suci ini tidak memberi kesan kepada kami,tetapi..selepas lawatan ini kami akan cuba sedayanya untuk membantu melaksanakan fardhu kifayah ini.

bingkai ayat-ayat al-quran

dipecahkan sebelum ditanam





lebihan pembakaran yang diberikan orang ramai

kaset ayat-ayat al-quran akan turut dibakar


Inilah sedikit-sebanyak perkongsian dan gambar yang dapat saya sampaikan. Semoga memberi ibrah kepada kita semua. Wallahua'alam..

p/s: lepas ni, kalau nampak ada cebisan ayat-ayat suci ni, kutiplah ye..jangan tengok sebelah mata je(^_^)


No comments: