Sunday, December 1, 2013

Memori USIM

Bismillahirrahmanirrahim..


Saya akan mulakan post kali ni dengan satu pengumuman penting. 

"I'm officially graduated!!! Alhamdulillah..yeah~"


Setelah 4 tahun bertungkus-lumus,berpenat-lelah dan berhempas-pulas, akhirnya segulung ijazah berada dalam genggaman. Terima kasih pada mak ayah dan keluarga yang tak pernah putus memberi sokongan dan dorongan. Terima kasih buat guru-guru dan para pensyarah yang sudi berkongsi ilmu dengan kami. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang sentiasa di sisi, bersama mencipta memori. Cheewah..~

4 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Itulah yang saya rasa sepanjang tempoh saya belajar di USIM. Tapi..bila 4 tahun tu dah berlalu, bila dah mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, baru terasa, eh..dah habis belajar dah? Dah kena kerja dah? Dah 4 tahun???

Masa berlalu sepantas kilat, tak mampu kita kejar kalau hidup masih lagi bermalas-malasan. Tak mampu kita kejar kalau hidup masih tiada arah tujuan. Masa tak akan pernah sesekali menunggu kita tapi kita lah yang perlu pantas mengejar dan bersaing agar kita bisa berjalan seiring dengannya.

Banyak memori yang kami cipta bersama di USIM ini. Sedih,gembira,stress,gila..semua ada secukup rasa. Haha..mana tak gilanya. Saya masih ingat masa kami semua masih di tahun 1, disebabkan kami ni budak STAM, agak kurang familiar dengan assignment2 ni, so..tahun 1 tu kami agak struggle untuk menyesuaikan diri. Selalu je kami tak tidur gara-gara nak siapkan assignment. Kadang-kadang tu semua tidur bergelimpangan kat ruang tamu macam mayat . Kih2..

Kalau pergi kelas pulak, macam-macam pe'el manusia boleh tengok. Lagi-lagi kalau kuliah dalam dewan yang sejuk lagi nyaman dan melenakan. Ada yang tersengguk ke kanan, ada yang tersengguk ke kiri, ada yang tersengguk ke belakang terus. Yang duduk tegak mata tertutup pun ada. Kelakar..kelakar. 

Kalau jadi pelajar universiti, pasti sinonim dengan assignment dan presentation. Ada kawan yang time present tu, berpeluh-peluh satu badan. Kalau lap dengan kain, boleh perah! Punyalah nervous. Ada pulak yang present suara terketar-ketar, macam nak menangis je (sayalah tu), ada pulak yang sebelum present dah siap hafal skrip, sampai je kat depan semua hilang. Skrip entah ke mana, akhirnya cakap ikut suka(sayalah tu). 

Salah satu kenangan yang saya masih ingat masa tahun 1 bila kami diarahkan untuk membuat sebuah lakonan dalam bahasa arab kalau saya tak silap, ataupun bahasa inggeris. Tajuk lakonannya seingat saya adalah Cinderella dan Snow White. Saya berada dalam group Cinderella, jadi kakak tiri. Haha..kami sekelas ketawa terbahak-bahak bila dah pukul 12, Si Cinderella mesti tinggalkan dewan tapi dia asyik terkial-kial kat tangga, susah nak cabut kasut. Si Putera puas berlari slow motion punya style sebab tunggu Cinderella tinggalkan kasut. Tak boleh jadi ni..salah seorang pelajar lelaki terus cabut kasut dia, then baling ke arah tangga dewan tempat Cinderella berdiri. Bam!!! Ok, fine..kasut kaca Cinderella kaler hitam dan sangatlah besar. Yang tengah berlakon pon ketawa sampai sakit perut. Tuan punya kasut slumber je. Hihi..so,terus je la sambung berlakon dengan kasut besar tu.


Tu tahun 1, tahun kami blur-blur je. Tiap-tiap tahun pun blur rasanya. Tahun 2, subjek makin tough. Ada sekali saya menangis sebab terlampau stress. Huhu~~ Masa tahun 2 ni lah result saya jatuh 'bedebuk'!!! Effect dia tu, pngk saya rendah sampailah saya habis belajar. Susah nak naikkan pngk bila dia dah jatuh. Huhu..jatuh senang, bangun malas. Masa tahun 2 jugaklah saya mula menjinakkan diri dengan aktiviti persatuan. Masa ni jugaklah saya mula melibatkan diri dalam program bersama masyarakat Orang Asli. It's a very valuable and meaningful memory for me.

EPOS

Tahun 3, tahun preparation untuk kami punya projek besar ICEPS8. Kami tak ada tesis, tapi kami perlu handle program yang sangat besar ni bersama-sama. Tahun ni, saya dan kawan-kawan berjinak-jinak, mencuba nasib berniaga masa ICEPS7, ICEPS yang dikendali para senior kami. Perghh..cabaran dia, penat dia tu, memang superb~ Patutla orang yang rajin meniaga ni boleh kaya.Patutlah Rasulullah S.A.W. kata 9/10 punca reeki datang daripada meniaga. Tapi sayangnya, kami tidak berjaya mendapat pulangan yang lumayan. Hihi..tak apa, saya dapat masuk TV Al-Hijrah tau.

ICEPS7

Saya memang minat meniaga, macam-macam saya pernah cuba jual kat USIM tu. Baju, keropok, keychain, brooch dan yang paling untung, jual roti. Slumber je pas dalam kelas masa kuliah. Hihi..pastu saya sangkut beg brisi roti dekat pintu hostel. Kadang-kadang ada jugak yang ambil tak bayar tapi jarangla. Budak-budak USIM ni ramai yang jujur-jujur. 

Tak apa, tahun 4 kami cuba lagi. Disebabkan saya dalam Unit Publisiti untuk Iceps8 kami, kerja saya adalah sebelum ICEPS8 berlangsung. So, masa ICEPS8 berlangsung, apa lagi..saya berniagalah! Seronok tapi penat. Silap..penat tapi seronok. Hihi..

ICEPS8 

4 tahun di USIM, terlalu banyak memori yang kami cipta. Tak termampu nak coretkan semua di sini. Yang termampu saya ucapkan berbanyak terima kasih buat semua yang bersama saya mencipta memori indah yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Time konvo tadi pun tak sempat nak jumpa semua kawan-kawan. Al-maklumlah, semua dengan family masing-masing. Ramai juga yang dah berpasangan. I jeles tau. Hihi..insyaALLAH, ada jodoh dan umur panjang kita jumpa lagi.

All the best buat semua graduan USIM yang telah berjaya menggenggam segulung ijazah. Ingat..habis belajar bukan bererti habis segala-galanya tapi ini adalah permulaan kepada tanggungjawab yang lebih besar. Selamat berbakti pada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Yeah~~~

4 comments:

Anonymous said...

untungla jumpa kak ipaq hihih

Si Pengemis Iman said...

Sape ni????

Azza Rynna said...

http://azzarynna.blogspot.com/ jemput singgah ke blog saya. Mana tahu ada sesuatu yg awak boleh dapatkan. terima kasihh

Mari kita share ilmu dan beramal Insya Allah. saya pun tinggal di Kajang...

Dhia Zahirah said...

assalamu'alaikum.mabrouk for d convocation. well done. moga dprmudhkn nex phase alam pekerjaan amin.doakan utk saya jugak eh yg msih struggle study. -.-

saya tau blog ukhti sjk dri komuniti iluvislam =)