Thursday, November 14, 2013

Sehelai Kain Putih

"Anak itu ibarat kain putih,
Dan ibu bapa lah yang akan mencorakkannya "

Ungkapan ini selalu kita dengar, kan? Maksudnya anak-anak kecil ni tak tahu apa-apa. Fitrah mereka lahir dalam keadaan suci, bersih dan tiada dosa. Maka, tugas para ibu bapalah yang mencorakkan peribadi si anak samada menjadi Muslim yang baik ataupun tidak.


Saya bekerja di sebuah sekolah antarabangsa di Kajang. Saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana saban hari hidup saya dikelilingi anak kecil yang comel-comel belaka. Betul..mereka memang tak tahu apa-apa. Mereka tidak mampu membezakan antara baik dan buruk. Mereka tidak tahu samada apa yang mereka lakukan itu bercanggahan dengan Islam ataupun tidak. 

Jika kita lihat pada hari ini, jenayah dan masalah sosial dalam kalangan remaja sangat berleluasa. Bila saya tengok muka adik-adik yang saya ajar ni, risau pun ada, sedih pun ada. Pelajar Melayu di tempat saya bekerja ni sikit je. Alhamdulillah..bagusla tu. Tak payah hantar anak-anak ke sekolah antarabangsa ni. Hihi..bukan apa. Pelajar lelaki berseluar pendek dan pelajar perempuan pakai skirt. Bukan budaya orang Islam tu tapi kalau dah hantar anak belajar kat situ, perlulah ikut peraturannya. Iye dok? Tapi kalau pemakaiannya patuh syariat, tak ada masalah. Sekolah antarabangsa ni sangat bagus cara pembelajarannya. Menarik dan sangat kreatif terutamanya untuk tadika. 

Saya mengajar secara part-time kat situ. Selebihnya saya buat kerja pejabat. Walaupun sekejap, saya boleh tengok betapa budak-budak kecil zaman sekarang sangat terdedah pada bahaya teknologi. For your information, each student have their own iPad. Jadi, bayangkanlah..kalau tak dikawal, apa yang akan terjadi? Saya pernah terjumpa iPad seorang budak lelaki berlatar belakangkan gambar kartun perempuan yang sangat seksi! Budak lagi, sebab tu guna gambar kartun. Kalau dah besar sikit, agak-agak gambar apa pulak ye?

Salah siapa, ya? Saya nak salahkan ibu bapa boleh tak? Sebab mereka hantar anak mereka ke sekolah yang macam ni? Memang ada matapelajaran agama Islam tapi apalah sangat kalau setakat satu jam seminggu? Apa yang saya mampu buat adalah perkukuhkan asas mereka. Sekurang-kurangnya bila mereka dah besar, mereka boleh buat keputusan sendiri berlandaskan ajaran Islam. Tapi sebenarnya, adik-adik ni tahu pakai seluar pendek tu salah, pakai skirt tu salah. Tapi apa yang mereka boleh buat kalau dah ibu bapa mereka sendiri suruh? 

" Teacher..mana boleh orang lelaki pakai seluar pendek, kan?"
" Teacher..ajarlah saya sembahyang. "
" Teacher..ALLAH tu selalu tengok kita, kan? Tapi kita tak boleh tengok DIA. "
" Teacher..kenapa teacher pakai tudung? Mak saya tak pakai pun. "

Sedih tau bila tengok ada yang masih belum tahu solat. Ada yang bila hari Jumaat pakai seluar panjang dan ada yang pakai tudung. Alhamdulillah..sekurang-kurangnya mereka tahu keberkatan dan kemuliaan Hari Jumaat. 

Ibu bapalah yang sebenarnya mempunyai peranan yang paling besar dalam hal ni. Kalau ibu bapa jalannya senget, macam mana anak nak jalan lurus? 


p/s: sekolah agama swasta perlu jadikan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa utama barulah ibu bapa yang suka hantar anak ke sekolah omputih ni berminat nak hantar anak belajar agama. Agaknyalah kot~ Takpelah..nanti saya bukakla sebuah. (^_^)

Read more...

Thursday, October 24, 2013

International Dakwah??

Assalamu'alaikum buat sahabat-sahabat semua. Semoga ALLAH merahmati dan melimpahkan kasih sayangnya pada kita semua.

Lama tak berblogging. Rasa macam dah hilang sengat dan hilang idea apa yang nak ditulis. Banyak perkara yang berlaku pada saya dalam beberapa bulan kebelakangan ni. Sedih, gembira, takut, semua ada. 

Alhamdulillah..setelah 4 tahun! I'm unofficially graduated!!! Yang officialnya bulan 11 ni. Jemputlah datang ye ke majlis konvo kami semua. Macam tak percaya dah habis belajar. Macam tak percaya dah kena kerja dan paling penting, macam tak percaya saya dah terlalu dewasa. Gembira tapi sedih pun ya. Yelah..memang susahlah kan lepas ni nak jumpa sahabat-sahabat. Nun kat pantai timur, selatan barat, tenggara, semua ada.





Saya seorang hamba ALLAH. Saya seorang anak. Saya seorang kakak dan saya seorang pekerja. Ada amanah dan tanggungjawab yang harus saya pikul. Tamat belajar bukanlah bererti merdeka dan tamat segala-galanya tetapi ia adalah permulaan kepada kehidupan yang baru.

Selama ni, sejak saya kecil sehinggalah saya dewasa. Saya hidup dalam lingkungan orang Melayu dan orang Islam. Boleh saya katakan biah yang baik dan selesa. Tapi sekarang tak lagi. Memang terbalik dan berpusing 180 darjah!

Saya satu-satunya orang Melayu dan orang Islam di tempat saya bekerja ni. Erk! Ain..boleh survive ke ni??????



Alhamdulillah..dah 2 bulan saya kerja kat sini. Ada sebulan lagi untuk tempoh percubaan saya. Kalau prestasi saya bagus, insyaALLAH saya akan diterima sebagai pekerja tetap. 

Well..what happen??

Nothing happened. I am the same as usual. Saya masih pakai tudung, saya masih solat dan saya masih menjaga batas saya sebagai seorang Muslimah. 

Jadi..kenapa insan-insan yang bergelar wanita di luar sana. Jangan sengaja mencari alasan untuk tidak bertudung. Tudung itu wajib!!! Mat dan minah saleh pun tau. Dan mereka selalu bertanya. Why there are some of you didn't wear the scarf? Apa saya nak jawab????? Sebab korang tak dapat hidayah lagi? Sebab korang memang tak tau malu? Ataupun korang memang sengaja nak mencabar hukum ALLAH?

Well..senang je saya jawab. Not everybody can understand Islam very well. It's the same like the other religion. Not everybody follows what the religion said, right? 

Sekurang-kurangnya saya membela Islam kerana bukan Islam yang bersalah dalam hal ni tapi kita, penganutnya yang bersalah!

Hmm..cakap pasal tudung ni, ada satu perbualan antara saya dengan guru-guru mat saleh di sini yang memang bila saya ingat, saya akan ketawa.

Adam: Ain, did you also wear your hair dress on weekend?
Me: Sorry? A dress?
Peter: He mean the scarf.
Me: Scarf? Oh, do you mean this? (tunjuk tudung)
Adam: (Angguk2)
Me: Hair dress?? puhahaha 
Adam: Why? Why?
Me: Nothing (tahan ketawa). I only wear this hair dress when I need to go out. It's compulsary for us as Muslim.
Adam: Home?
Me: No. It's only for outsiders or someone you don't have a blood relationships. So, when I am among my family, I don't wear the hair dress.
Adam & Peter: (Angguk2)
Me: Do you understand me? Sorry about my english.
Adam: Yeah, we can understand you. Well, Peter..that's a new thing we learn today.
Me: (senyum)

Heh..hair dress~~~

p/s: saya cakap English ikut suka hati saya je kat sana. Ah..janji diorang faham. :P

Read more...

Sunday, October 13, 2013

Kembali Mengemis Iman di Alam Maya

ALLAHURABBI~~

Berbulan-bulan rasanya saya tak ber'blogging'. Nasib..sebabnya saya terlupa password. Cuba punya cuba akhirnya kena block. Baru seminggu lepas saya dapat buka semula blog saya ni. Huish..bersawang~ Terima kasih pada sahabat-sahabat yang ada menghantar mesej ke blog. ^_^

Banyak yang ingin saya ceritakan
Banyak juga yang ingin saya kongsikan
Ada suka
Ada juga yang duka
Namun..setiap apa yang terjadi
Ada hikmah yang perlu kita kaji
ALLAH tidak mentakdirkan sesuatu secara suka-suka
Pasti ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya
Kerna kita ini hambaNYA
Maka DIA uji kita sebagai tanda cinta


Sepanjang tempoh masa saya tidak berblogging ni, banyak perkara di luar jangkaan yang berlaku pada saya. Bahkan perkara-perkara yang saya tak pernah terfikir, tak pernah terlintas akan saya alami. Perkara-perkara yang selama ini saya cuma lihat dan hanya berlaku di hadapan mata saya. Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar..laailahaillah~

Saya yakin, apa jua yang berlaku, apa jua takdir yang telah ALLAH tetapkan, semuanya ada hikmah yang tersembunyi. Paling penting, bila ALLAH uji kita..itu petanda DIA masih memberi perhatian pada kita. Masih mahu kita sedar akan kasih sayangNYA. Bersyukurlah bila diuji..sekurang-kurangnya kita masih ada di mata ALLAH. 


                                              

InsyaALLAH,akan ada post terbaru dari saya dalam masa yang terdekat.



Read more...