Wednesday, October 27, 2010

Lebih banyak kelab malam??

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.''


Kata-kata di atas merupakan kata-kata perdana menteri negara kita yang saya petik dari Berita Malaysia Kini.

2014..sekarang kita sudah menghampiri penghujung 2010. Itu bermakna kita mempunyai 3 tahun saja lagi untuk sampai kepada matlamat yang diucapkan oleh PM kita itu. Mungkin sahaja kita tidak memerlukan sehingga 3 tahun untuk membuka 10 pusat hiburan di negara kita. Melihat pada situasi dan budaya negara kita sekarang, saya menjangka kita mampu membuka lebih banyak pusat hiburan dalam masa setahun.

Apa sebenarnya yang terjadi? Tidak cukupkah dengan bilangan pusat-pusat hiburan yang sedia ada di negara kita ini? Bukankah kita sepatutnya bertindak menutup pusat-pusat hiburan tersebut?? Mengapa bersikap menongkah arus?? Atau adakah saya yang sebenarnya dianggap bersikap menongkah arus kehidupan manusia masa kini??

Zina bermaharajalela seolah-olah ianya budaya hidup negara kita. Membuang anak seperti mencampak sampah ke dalam tong. Berpakaian dengan busana Barat yang kononnya dianggap islamik. Dan sekarang, cadangan untuk membuka pusat hiburan bagi menjana ekonomi negara. Miskin sangatkah negara kita sehingga timbul cadangan ini??

'' Dan tinggallah manusia-manusia yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka, pada zaman mereka inilah kiamat akan datang''(sahih Muslim)

Berlakunya perzinaan secara berleluasa. Ia merupakan tanda-tanda kiamat. Dan dengan tertubuhnya lebih banyak pusat hiburan, implikasinya maka bertambah-tambah jugalah manusia-manusia yang akan melakukan perzinaan. Dan perzinaan yang berleluasa itu merupakan petanda kita semakin menghampiri hari kiamat.

''Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.''

Malaysia merupakan sebuah negara islam yang majoritinya penduduknya adalah muslim. Masih banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk meningkatkan ekonomi negara. Pemimpin tertinggi negara kita adalah seorang yang mengucap kalimah syahadat. Tidakkah anda wahai PM belajar hukum hakam dalam islam. Tidak tahukah anda bahawa pusat-pusat hiburan dan aktiviti di dalamnya adalam haram? Jika anda ingin membantah dengan mengatakan ianya dibina untuk pelancong asing, bolehkah anda menjamin tidak ada orang islam yang akan mengunjunginya????

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

Fikirkan dan renung-renungkan..apa yang perlu kita lakukan??