Wednesday, April 21, 2010

Apakah ertinya ISLAM dalam diri anda?? (bahagian 1)


Dalam menyusur arus kehidupan..sering aku terfikir,apa ertinya ISLAM dalam diriku? Adakah ISLAM itu sekadar terucap di bibir? Atau sekadar penghias kad pengenalan? Cukupkah aku dikatakan MUSLIM atau MUSLIMAH hanya dengan bertudung atau berjubah atau berkopiah? Apakah sebenarnya yang kita perlu ada agar dikatakan ISLAM dalam erti kata yang sebenarnya? Nikmat IMAN dan ISLAM itu bukanlah sesuatu yang kita boleh warisi dari sesiapa. Teringat lagu nyanyian Raihan..


Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual beli

Ia tiada di tepian pantai


IMAN dan ISLAM juga bukanlah sesuatu yang dijual di pasar atau kedai dan ia juga bukanlah sesuatu yang kita boleh lihat di merata-rata tempat. Andai IMAN dan ISLAM adalah seperti itu, jatuhlah martabat ia.

Bagi yang ingin memastikan dirinya MUSLIM dalam erti kata sebenarnya serta ingin menjadikan ISLAM itu sebagai cara hidupnya, perlulah berpegang pada akidah yang satu selari dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Seorang MUSLIM itu perlulah beriman bahawa pencipta alam ini adalah DIA yang MAHA BIJAKSANA lagi MAHA MENGETAHUI dan MAHA PENGASIH SERTA PENYAYANG. ALLAH mencipta alam ini tanpa bantuan sesiapa lengkap dan penuh dengan hikmah serta rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalamnya yang menunggu kita untuk meneroka dan mengkajinya.

Sekiranya ada di langit dan bumi tuhan-tuhan selain ALLAH tentulah kedua-duanya itu akan rosak binasa. Maka, MAHA SUCI ALLAH yang mempunyai 'Ar asy daripada apa yang mereka sifatkan..Al-'anbiya:22

Seorang MUSLIM itu juga perlu beriman bahawa ALLAH tidak mencipta segala sesuatu itu dengan sia-sia. Adalah mustahil bagi ALLAH yang memiliki segala sifat kesempurnaan untuk mencipta sesuatu secara sia-sia dan tidak bermanfaat. Kita sebagai hambanya yang perlu mengkaji dan meneliti segala sesuatu ciptaan ALLAH itu.

Maka, apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu s ecara main-main sahaja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?..Al-Mu'minun:113

Untuk menjadi seorang MUSLIM yang sebenar, jalan yang bakal dilalui bukanlah mudah. Jalan penuh liku-liku cabaran dan dugaan. Adakalanya ia manis dan adakalanya ia sangat pahit. Namun, itulah yang harus ditempuh untuk membina peribadi seorang MUSLIM dan yakinlah segala sesuatu yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya.

Untuk menjadi seorang MUSLIM, perlulah beriman ALLAH telah mengutus Rasul-rasul dan kitab-kitab pada mereka dengan tujuan untuk mengajar manusia supaya mengenali siapa itu ALLAH dan memahami matlamat penciptaan manusia, mengetahui asal-usul mereka dan tempat mereka bakal kembali. Beriman bahawa rasul terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W. yang dikurniakan AL-Quran sebagai petunjuk dan mukjizat yang kekal selamanya.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul pada tiap-tiap umat bagi menyeru 'sembahlah ALLAH dan jauhilah Taghut', dan antara umat-umat itu ada yang diberi petunjuk oleh ALLAH dan ada diantaranya yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di atas muka bumi dan perhatikanlah kesudahan orang-orang yang mendustakan rasul..Al-Nahl:36

Sebagai seorang MUSLIM, perlulah beriman bahawa matlamat penciptaan kita adalah untuk mengenali ALLAH AZZA WAJALLA, memberi sepenuh ketaatan dan pengabdian kepadanya.

Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembahku..Al-Zariyat:56

Seorang MUSLIM juga beriman bahawa ganjaran bagi orang Mukmin adalah syurga dan balasan ke atas orang-orang yang ingkar adalah neraka.

..satu golongan memasuki syurga manakala satu golongan lagi memasuki neraka Sa'ir..Al-Syura:7

TO BE CONTINUED..^_^

No comments: