Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..
Credits to: Halaqah.net
P/s: hmm..sy pun dok terfikir,ada lagi ke lelaki yang macam saya fikir ni??^_^
8 comments:
kan dah jumpe...^_^
hmm..da jmpe>_<
tp blom tau samada dia jodoh sy atau bkn..
hrp sgt ada jodoh ngn die..lalala~^_^
gatai....=p
ish..aminkn laa..
bkn gatai..btol2 ni>_<
sy prlukn lelaki yg bleh jdkn sy isteri solehah^_^
Amin Ya Rabb...
itulah dia yang paling bagus untuk orang yang benar-benar mahukannya...
ermm, rasa dh jumpa..tapi..biar Allah sahaja yang tentukan, sy hya bdoa sahaja semoga beroleh bakal suami yg soleh nanti..amin.. ~~ :)
insyaALLAH..
^_^lelaki yg baek utk pmpuan yg baek..
amin~
smg ada jodoh antara kalian~
soleh dapat solehah.
weee~ \(^_^)/
Post a Comment