Pagi itu, seperti biasa Nur Iman Zawani sedang bersiap-siap di dalam biliknya untuk ke sekolah. Dia baru sahaja selesai mandi. Dia masih berkemban dengan sehelai tuala. Rambutnya yang basah dilap dengan sehelai tuala lain. Sedang dia leka, tiba-tiba pintu terbuka dari luar. Dia terjerit kecil. Baru dia teringat bahawa dia lupa untuk mengunci pintunya sebelum dia ke kamar mandi tadi. Pantas dia masuk semula ke kamar mandi.
Duan berdiri tegak di hadapan pintu bilik adiknya yang sudah terbuka luas. Sempat matanya menangkap kelibat tubuh adiknya berlari masuk ke kamar mandi. Dia tertawa kecil. Dadanya sedikit berkocak apabila melihat tubuh adiknya yang terdedah.
" Sis, what you want for breakfast?"
" Whatever. I don't mind"
Nur Iman Zawani menjawab sambil menjengulkan kepalanya ke luar. Dia memandang Duan yang sedang tercegat di dalam biliknya. Dia terlupa bahawa kini dia seorang Islam di mana aurat seorang Muslimah itu tidak boleh diperlihatkan pada orang bukan Islam.
Duan memandang tajam ke arah Nur Iman Zawani. Sudah terlalu lama dia tidak menatap wajah adiknya itu tanpa tudung di kepala. Dan hari ini, dia mendapat semula peluang itu. Tetapi, kali ini dirasakan perasaannya berbeza apabila melihat adiknya itu lebih-lebih lagi dengan bahunya yang sedikit terdedah kelihatan di sebalik pintu.
Nur Iman Zawani hairan melihat Duan masih tercegat sambil memandang tajam ke arahnya. Segera dia tersedar bahawa dia tidak lengkap berpakaian. Segera dia menyembunyikan wajahnya dari pandangan Duan. Kali ini, pintu kamar mandi terus ditutup.
" Duan, please get out. You're not supposed to be in my room"
Duan tersedar mendengar suara Nur Iman Zawani yang sedikit kuat dari dalam kamar mandi. Dia mengusap wajahnya yang mula berkeringat.
" Sorry, I'll tell mummy to cook your favourite chicken porridge"
" Thanks.."
Nur Iman Zawani membuka pintu kamar mandi perlahan-lahan setelah mendengar bunyi pintu biliknya ditutup. Dia mengintai. Khuatir kalau-kalau Duan masih berada di dalam biliknya dan hanya berpura-pura menutup pintu.
Dia menarik nafas lega apabila didapati dia sudah sendirian di kamarnya. Keluhan berat dilepaskan. Tadi, dia benar-benar terlupa dan tidak menyedari perbuatannya sehingga menampakkan tubuhnya pada Duan.
'YA ALLAH..maafkan aku. Aku tidak sengaja..aku benar-benar terlupa. Ampunkan aku..'
****************
Nur Iman Zawani berlegar-legar di hadapan bilik guru perempuan. Mindanya berkira-kira samada mahu meneruskan langkahnya ke dalam ataupun tidak. Sesekali dia menjengukkan kepalanya ke dalam. Matanya melilau mencari insan yang ingin ditemui. Langkahnya teragak-agak. Dia keliru dan khuatir seandainya dia menerima layanan yang buruk sepertimana layanan yang diterima dari Qurratul Ain.
Monday, June 14, 2010
Dilema Seorang Mualaf ( Bahagian 2 )
" Iman, apa awak buat kat sini??"
Nur Iman Zawani terkejut apabila disapa secara tiba-tiba. Pantas dia menoleh ke belakang. Ustaz Hafizul sedang berdiri di belakangnya dengan pandangan penuh tanda tanya.
" Kenapa kamu terhendap-hendap macam pencuri ni?? Kenapa tak masuk je??"
Nur Iman Zawani menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu apa yang harus dijawab. Dia langsung tidak memandang wajah guru barunya itu. Perasaan malu dan takut bercampur baur. Otaknya ligat mencari jawapan terbaik yang harus diberikan.
" Saya..err,tunggu kawan"
Ahmad Hafizul menjengukkan kepalanya ke dalam bilik guru perempuan itu. Matanya pantas mencari-cari kelibat pelajar yang mungkin dikatakan kawan oleh Nur Iman Zawani tadi. Tetapi, ternyata tiada seorang pelajar pun di dalamnya. Yang ada hanyalah beberapa orang guru dan kakitangan sekolah. Dia kembali menatap wajah gadis dihadapannya itu. Wajahnya tidak beriak menagih jawapan yang jujur dari si gadis.
Nur Iman Zawani mula gelisah. Tahu pembohongannya sudah terbongkar.
" Tak ada pelajar pun dalam tu. Kawan kamu siapa?"
" Err..dia dah keluar kot. Saya yang tak perasan. Tak apalah cikgu, saya minta diri dulu"
Belum sempat salamnya dijawab, Nur Iman Zawani sudah terlebih dahulu melangkah pergi meninggalkan Ahmad Hafizul terpinga-pinga sendirian. Guru muda itu tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran anak muridnya itu. Di dalam kelas, dia sering melihat Nur Iman Zawani termenung dan kadangkala matanya bengkak, mungkin kesan tangisan. Dia juga tidak tahu hal sebenarnya. Setiap kali disoal masalahnya, gadis itu akan segera mengelak. Mungkin juga Nur Iman Zawani malu kerana dia seorang lelaki.
' Tak apalah, nanti aku minta bantuan guru perempuan untuk bercakap dengan dia'
Ahmad Hafizul meneruskan langkahnya ke dalam bilik guru perempuan. Hajatnya untuk bertemu dengan Cikgu Maisarah.
" Assalamu'alaikum"
Maisarah menoleh pada suara yang memberi salam. Sedikit terkedu dirinya apabila mendapati Ahmad Hafizul sedang berdiri di hadapannya.
" Ehemm,wa'alaikumussalam, ya..err,ada apa yang boleh saya bantu?"
Ahmad Hafizul tersenyum melihat kegugupan Maisarah. Guru perempuan itu 2 tahun lebih tua darinya namun dia melarang untuk memanggilnya dengan panggilan kakak.
" Saya mengganggu ke? Ada perkara sikit saya nak cakap dengan akak ni"
" Awak ni, kan saya dah kata jangan panggil saya akak. Awak panggil macam tu, rasa macam saya ni tua sangatla pulak"
" Aii, Kak Sarah..tiba-tiba kat Hafiz je tak boleh panggil akak ye? Nak panggil 'sayang' pulak ke??"
Maisarah menjeling pada temannya, Rodziah yang sedang tersengih memandangnya. Malu diusik di hadapan Ahmad Hafizul.
" Ozie ni..merepeklah. Hah..Hafiz,apa yang awak nak cakap tadi? Jangan pedulikan si Ozie tu, dia memang macam tu"
" Yelah, siapalah kita kan?"
Maisarah dan Hafizul tergelak kecil melihat wajah Ozie yang mencuka.
" Ozie, buruklah muka awak merajuk"
" Suka hati I lah.."
" Hihi..jangan marah-marah,nanti kena jual. Macam ni kak..kat kelas saya tu ada seorang pelajar. Zawani tak silap nama dia. Saya tengok dia macam ada masalah. Saya pernah tanya tapi dia kata tak ada apa-apa. Mungkin dia malu nak cerita pada saya. Jadinya, saya ingat nak mintak tolong akaklah. Lagipun akak mengajar dia jugak kan? Mungkin dia lebih selesa untuk bercakap dengan guru perempuan"
" Hmm..Zawani?? Maksud awak Winnie ke?? Budak kacukan tu??"
" Winnie??"
" Budak kacukan pakai tudung labuh tu. Budak tu yang awak maksudkan kan??"
Ahmad Hafizul mengangguk.
" Hmm..kalau budak tu, saya tak mampu nak tolong. Dengar-dengar dia baru masuk Islam. Tapi, saya tak percayalah. Keluarganya orang kuat gereja. Mustahil dia akan masuk Islam. Keluarganaya mesti takkan benarkan. Sebelum ni pn keluarga dia bergiat aktif untuk sebarkan agama Kristian kat kawasan sini. Saya rasa, mesti ada agenda lain tu"
" Dia..baru masuk Islam??"
" Ha'ah..saya sendiri dengar dia mengucap. Tapi saya tak percaya. Dia pura-pura je tu"
Ahmad Hafizul mendiamkan diri. Berita yang baru diterimanya itu agak memeranjatkan. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa gadis itu seorang mualaf. Patutlah dia tidak bergaul dengan rakan-rakannya yang lain. Sering sahaja kelihatan dia berjalan sendirian. Pasti gadis itu memerlukan seseorang untuk membantunya mendalami Islam. Wajahnya sentiasa murung. Mungkin kerana semua orang bersangka buruk padanya.
" Betul ke dia pura-pura? Saya rasa, kita patut bantu dia. Itu dah jadi tanggungjawab kita. Dia saudara baru kita dan sebagai seorang Muslim kita perlulah membimbing dia. Berdosa kita biarkan dia macam tu. Dan sebagai guru, kita patut menyokong dia dan bukannya bersangka buruk terhadap dia. Mungkin dia bakal jadi seorang Muslim yang lebih baik dari kita"
Maisarah sekadar mendiamkan diri. Malu.
" Tak apalah, saya minta diri dulu. Assalamu'alaikum"
Maisarah menjawab salam pemuda itu di dalam hati. Hatinya sedikit panas. Kecil hati dengan kata-kata Ahmad Hafizul. Dia sangat membenci gadis bernama Nur Iman Zawani itu. Bukan sahaja kerana dia memeluk Islam tetapi dia dan keluarganyalah dirinya hampir kehilangan kakak yang amat disayanginya.
***************
" Saya cintakan dia,ayah!"
'Pangg!!!'
Mashitah menjerit apabila menerima tamparan daripada bapanya. Bibirnya berdarah. Dia terduduk sambil teresak-esak. Ibu dan adiknya hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.
" Anak tak kenang budi! Dah tak ada lelaki Islam ke yang kau nak pilih jadi suami kau?? Kenapa budak Kristian tu jugak yang kau nak?!"
" Kami dah terlanjur, ayah"
***************
Maisarah menarik nafas panjang mengingat semula kenangan lama itu. Mujurlah kakaknya berjaya diselamatkan. Selepas bertengkar dengan ayahnya, kakaknya melarikan diri dari rumah. Namun, keluarga lelaki Kristian tersebut menghantarnya pulang kerana kakaknya tidak mahu memeluk Kristian tetapi mahu lelaki itu memeluk Islam jika ingin berkahwin dengannya. Mujurlah kakaknya tidak mengandung. Walaupun segalanya telah pulih dan kakaknya juga sudah berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga, dia masih menyimpan sedikit dendam terhadap keluarga Kristian itu. Baginya, kehadiran mereka di kawasan itu hanya untuk menyesatkan orang ramai. Kerana itulah dia sama sekali tidak pernah percaya anak muridnya itu ikhlas memeluk Islam.
' Ah, mesti dia pura-pura je tu. Macam abang dia! Pura-pura cintakan kakak aku padahal dia sebenarnya berniat nak mengkristiankan kakak aku. Huh!'
Ahmad Hafizul baru sahaja ingin menyarungkan kasutnya apabila dia tiba-tiba berpaling semula dan memandang Maisarah. Ada sesuatu yang ingin dia sampaikan lagi.
" Kak Sarah, lagi satu saya nak cakap. Jangan bersangka buruk pada orang bukan Islam. Apa-apa pun, mereka tetap manusia iaitu hamba ALLAH. Tunjukkanlah keindahan Islam pada mereka. Assalamu'alaikum"
Maisarah diam seribu bahasa.
***************
" Cikgu Maisarah!"
Maisarah segera menoleh apabila mendengar namanya dipanggil seseorang. Langkahnya menuju ke tempat parkir kereta terhenti. Dari jauh kelihatan seorang gadis bertudung labuh sedang berlari ke arahnya. Dia kenal gadis itu. Dia mendengus. Kasar.
" Maaf, cikgu. Cikgu dah nak balik ke??"
Nur Iman Zawani tercungap-cungap. Nafasnya terasa pendek. Jelas dirinya kepenatan kerana berlari dari tingkat 3 untuk turun berjumpa dengan gurunya itu. Keringat di wajahnya disapu dengan sehelai sapu tangan. Dia mengukir senyuman manis namun dibalas dengan renungan tajam oleh Maisarah.
" Kamu nak apa?? Cikgu dah nak balik ni"
Nur Iman Zawani terkedu mendengar suara kasar Maisarah. Tidak pernah dia melihat gurunya itu bersikap kasar seperti itu. Selama ini, gurunya itu bersikap lemah-lembut dan sangat mesra tetapi hari ini sikapnya sangat berbeza. Dia mula berasa ragu-ragu untuk menyuarakan hasratnya. Namun kakinya tetap mengekori Maisarah yang meneruskan langkah menuju ke tempat parkir kereta.
" Maafkan saya kalau saya dah mengganggu. Tapi, saya ada sedikit masalah dan saya harap cikgu boleh tolong saya"
Suara lembut Nur Iman Zawani langsung tidak berjaya mencairkan hati Maisarah yang sedang diamuk amarah itu. Dia akur bahawa gadis itu tidak bersalah tetapi melihat wajah polos Nur Iman Zawani membuatkan hatinya sakit. Dia teringatkan kakaknya yang menjadi mangsa cinta abang kepada anak muridnya itu.
" Kamu nak saya tolong apa?? Cepat sikit!"
" Err..cikgu tahu kan saya dah masuk Islam? Sebenarnya, saya nak mintak tolong cikgu untuk ajarkan saya tentang Islam. Banyak lagi perkara yang saya tak tahu. Solat pun saya masih belum pandai lagi. Jadi, saya harap cikgu boleh ajar saya"
Maisarah ketawa sinis.
" Ajar awak?? Kenapa saya perlu ajar awak? Supaya awak boleh kaji Islam dan musnahkan Islam kan?! Itu sebenarnya tujuan awak kan?!"
Nur Iman Zawani terkejut ditengking oleh Maisarah. Wajahnya menunduk. Matanya bergenang.
" Winnie, awak dengar sini. Saya tahu apa tujuan sebenarnya awak masuk Islam. Awak sengaja nak buruk-burukkan Islam kan? Lepas tu tarik semua orang masuk agama awak kan?? Awak jangan harap saya akan biarkan! Awak dengan abang awak tu sama je!"
Tanpa menoleh lagi Maisarah menuju ke keretanya. Dia membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin. Dia memandang sekilas pada Nur Iman Zawani yang masih tercegat sambil kepalanya ditundukkan. Perasaan bersalah mengisi ruang hatinya namun tidak dihiraukan. Keretanya menderum laju meninggalkan kawasan sekolah.
Nur Iman Zawani mula teresak-esak. Dia kesal. Dia kesal atas penerimaan mereka terhadap pengislamannya. Beginikah caranya mereka menyambut saudara baru? Mengapa dirinya diperlekehkan?? Mengapa tiada yang sudi membantu?? Mengapa semuanya bersangka buruk terhadapnya??
Air matanya dikesat lalu kakinya melangkah lesu menuju ke sebuah tempat rehat. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Nafas ditarik dalam dan dilepaskan dengan harapan segala kekusutan juga turut terlerai bersama satu hembusan.
Ini kali kedua dia meminta pertolongan seseorang untuk mendalami Islam dan kedua-duanya ditolak. Dengan kasar. Dia tidak mengerti mengapa mereka semua harus bersikap seperti itu terhadapnya. Dia ikhlas untuk menjadi seorang Muslimah. Dia tiada tujuan lain. Dia hanya ingin mencari sejalur sinar dalam hidupnya tetapi tiada yang sudi menghulurkan. Dirinya kini dalam dilema? Apakah benar Islam itu indah? Jika benar, mengapa kekusutan itu yang dirasakan kini?? Dimanakah keindahan Islam itu sebenarnya?
Dia sama sekali tidak pernah menyalahkan mereka. Memang wajar mereka bersangka buruk terhadapnya kerana keluarganya merupakan orang kuat gereja Katolik di situ. Bapanya merupakan ketua pada semua paderi dan abangnya pula bakal menggantikan bapanya itu.
Tetapi, tidakkah dia berhak untuk diberi peluang membuktikan keikhlasannya memeluk Islam? Pada siapa lagi harus dia meminta pertolongan? Dia buntu.
" Bantulah hambaMU..."
BERSAMBUNG......................
Labels:
Karya Cinta-Cerpen,
Muhasabah Diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment