Saturday, June 19, 2010

Sutera Kasih

Sambungan dari post bertajuk 'Permata Yang Dicari'

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan padaMU ada kedamaian
DiribaanMU kebahagaiaan
Tiada lagi rasa kesangsian dihati
CintaMU cinta tulus suci murni
KasihMU nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada Yang Maha Esa
Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan dihadapan
Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

********************
Lirik lagu 'Sutera Kasih' itu dihayati sepenuh jiwa. Bukan suara penyanyi yang lunak yang dinikmati tetapi bait-bait lagu tersebut yang seakan mengundang tenang dihati yang sedang gundah dilanda resah.

Titis air mata yang mengalir menandakan betapa hatinya sarat dengan penderitaan yang tidak mampu diungkapkan. Demi seorang sahabat yang dicintai, dia rela mengorbankan perasaannya sendiri. Biarpun derita, dia pasrah. Dia yakin pada takdir yang ditentukan. Dia rela demi untuk kebahagiaan sahabatnya. Dia yakin kasih ALLAH lebih bernilai berbanding kasih insan yang tidak kekal selamanya.

Saifullah bangkit dari perbaringannya. Hari ini dia pulang ke rumah atas permintaan ibunya. Katanya ada perkara yang sangat mustahak yang perlu dibincangkan segera. Dia juga tidak tahu apakah perkara mustahak tersebut.

Tuala kuning dicapai lalu kakinya pantas melangkah ke kamar mandi.

********************
" Along, mak ada benda sikit nak bincang dengan kau ni. Sebab mak suruh kau balik''

Saifullah mengangkat wajahnya dari muka surat khabar yang sedang ditatapnya. Dia memandang lembut wajah ibunya. Ayah sedang duduk tenang disebelah ibunya. Dia menutup surat khabar yang sedang dibaca lalu bangun dan melangkah ke arah mereka. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa berhadapan dengan kedua orang tuanya itu.

" Apa benda yang mak nak bincang dengan Angah tu?? Sampai tak sempat tunggu Angah balik minggu depan"

Saifullah tersengih mengingatkan suara ibunya semalam di dalam telefon yang begitu bersungguh menyuruhnya pulang ke rumah.

Rasidah memandang suaminya yang masih tenang disebelahnya. Lidahnya seakan kelu. Tiada kata yang bisa diungkapkan untuk melahirkan hasrat dihati.

" Kami nak nikahkan kamu"

Seakan halilintar kata-kata yang keluar dari mulut bapanya itu. Ringkas dan padat. Tidak perlu bunga-bunga kiasan. Saifullah menelan air liur yang seakan tersekat di kerongkong. Matanya memandang tepat kedua orang tuanya.

" Nikah? Dengan siapa??"

" Dengan perempuanlah, takkan nak nikahkan kamu dengan lelaki kot"

Saifullah tergelak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut bapanya itu. Wajahnya serius tidak berkocak walaupun bibir menuturkan kata-kata lucu. Debaran di dada kian surut namun masih belum padam.

" Mak dengan ayah dah ada calon ke untuk Angah?"

" Pasal tu, kamu tak payah risau. Mak dengan ayah dah uruskan. Sekarang ni, kami cuma perlukan persetujuan kamu je"

Saifullah diam.

" Kenapa tiba-tiba??"

Pertanyaan anak sulung mereka itu tidak dijawab dengan segera. Rosidah dan Jamal diam dan saling memandang. Tiada kata-kata yang terluah. Rosidah bangun dari duduknya lalu duduk disebelah Saifullah. Tangan anaknya diambil lalu dipegang erat.

" Mak dengan ayah ni dah tua. Dah tak lama hidup kat dunia ni. Sebelum mak mati, mak nak tengok anak mak ni nikah. Ayah kamu tu, dulu kepingin sangat nak tengok Along kamu nikah tapi tak ada rezeki nak buat macam mana. Along kamu pergi dulu sebelum kami. Perempuan yang mak dengan ayah nak jodohkan dengan kamu ni pun sebenarnya nak dijodohkan dengan Along kamulah dulu tu. Budaknya baik, solehah, hormat orang tua. Mak dah lama kenal keluarga dia. Keluarga baik-baik. Sebab tu mak nak jodohkan kamu dengan anak diorang"

Panjang lebar kata-kata yang keluar dari bibir ibunya. Hatinya berbolak-balik. Tiba-tiba dia teringatkan Asiyah. Gadis yang sangat dicintainya itu.

'Mungkin ini hikmahnya yang ALLAH tentukan untuk aku. Mungkin inilah pengganti Asiyah. Mungkin ini jodohku'

" Mak, ayah..bagi Angah masa. Angah nak solat istikharah dulu. InsyaALLAH..sebelum Angah balik hostel, Angah akan bagi jawapan"

Rosidah dan Jamal tersenyum. Terselit sejuta harapan agar Saifullah akan memberi kata persetujuan.

*********************
' YA ALLAH..andai dia adalah jodohku, aku terima. Berikanlah aku petunjukMU. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui apa yang berada di dalam hatiku. Andai ini hikmahnya, aku redha. KAU ikhlaskanlah hatiku. Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala ketentuanMU'

Dan malam itu, Saifullah tidur dengan tenang ditemani mimpi kehadiran seorang gadis berpurdah yang menghulurkan tangan padanya.

********************
" Mak, ayah..Angah tak nak tengok siapa bakal isteri Angah tu. Jadi, mak dengan ayah uruskanlah semuanya. Angah nak akad nikah je,hihi"

Rosidah dan Jamal tersenyum mendengar celoteh Saifullah. Pagi itu, Saifullah memberi khabar yang mereka harap-harapkan. Tidak sia-sia doa mereka sepanjang malam. Namun, apabila mereka mahu menunjukkan gambar bakal isterinya, dia enggan melihat. Dia bertegas untuk melihat bakal isterinya itu hanya pada malam pengantin. Alasannya untuk menjaga hati. Dan mereka akur.

Saifullah mengemaskan baki-baki barang yang perlu dibawa ke hostel . Hatinya berbunga riang. Dia juga tidak tahu mengapa. Tetapi, kehadiran wanita berpurdah di dalam mimpinya itu membuatnya tekad untuk menerima permintaan kedua orang tuanya. Walau pun hatinya belum dapat melupakan Asiyah, namun dia yakin dia akan melupakannya juga setelah menikah nanti.

" Mak, ayah..Angah pergi dulu ye..."


bersambung..lagi^_^

No comments: