Kau..yang bernama wanita
Terciptanya engkau dengan begitu indah
Bermulanya di jannah
Membawa rahmah dan mawaddah
Terciptanya engkau kerana sunyi dan resah
Seorang makhluk ALLAH bernama Adam
Kau tercipta dari rusuk kirinya yang bengkok
Kerana itulah..
Kau memerlukan insan bergelar Adam
Untuk meluruskanmu
Untuk melindungimu
Untuk menyayangimu
Untuk membimbingmu
Dan untuk mencintaimu
Kau..yang bernama wanita
Cantikmu bukanlah kerana parasmu
Cantikmu bukanlah kerana hartamu
Cantikmu bukanlah kerana perhiasan tubuhmu
Tetapi..indahnya dirimu itu
Kerana akhlak dan pekertimu
Kerana iman dan taqwamu
Kerana kasih dan malumu
Kau wujud kerana Adam
Tetapi..kau jualah yang bisa memusnahkan Adam
Kelembutanmu bisa menggoyahkan iman
Kemanjaanmu bisa menggegar jiwa
Tangismu bisa merobohkan ego nan perkasa
Kau..yang bernama wanita
Jadilah kau seperti Khadijah
Yang menjadi kekuatan perjuangan Rasulullah
Yang menjadi penguat jiwa Nabi yang gundah
Jadilah kau seperti Aisyah
Yang bisa membuat Nabi tersenyum dan tertawa
Kerana kasih dan manjanya
Kerana rasa cemburunya
Jadilah kau seperti Asiah
Yang bisa meranapkan keangkuhan seorang lelaki
Yang bisa menundukkan ebo dengan kelembutannya
Jadilah kau seperti Sumaiyah
Yang rela berkorban demi agama
Yang rela mati demi iman
Dan jadilah kau seperti Rabiatul Adawiyah
Yang kasih dan cintanya hanya pada ALLAH
Rukuk dan sujud hanya padaNYA
Jiwa dan raga hanya untukNYA
Kau..yang bernama wanita
Perhiasan terindah dunia
Penyeri hidup bahagia
Betapa dirimu berada di tempat yang mulia
Kerana dari rahimmu lahirlah
Para pencinta dan pembela agama
Jadikanlah..
Malu sebagai pakaianmu
Taqwa sebagai perhiasanmu
Ilmu sebagai penerang hidupmu
Jadilah kau wanita solehah
Yang dicemburui para bidadari syurga
Kerana sejatinya imanmu
Jadikanlah kelembutan itu penguat peribadi
Jadikanlah ketenangan itu penyeri hati
Jadikanlah kasih dan cintamu itu pendinding nurani
Kerana kau adalah..
Yang bernama wanita..
No comments:
Post a Comment