sambungan post bertajuk 'Insan Bernama Kekasih'
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini
********************
Nur Asiah Maisarah termenung panjang memikirkan peristiwa yang baru sahaja terjadi dalam hidupnya itu. Peristiwa yang sama berulang kembali, cuma pemegang wataknya yang berbeza. Dia sama sekali tidak menyangka perlu melalui perkara itu lagi dalam tempoh secepat ini.
Jika sebelum ini, dia sendiri yang menolak kerana dirasakan tidak bersedia. Selepas peristiwa yang pertama, dia bertekad akan menyerahkan segala urusan berkenaan hal tersebut kepada kedua orang tuanya.
Dia berserah kepadaNYA. Jodoh itu milikNYA.
********************
'Banyaknya kereta kat depan rumah. Siapa yang datang??'
Asiah membuka pintu kereta teksi yang dinaikinya. Setelah membayar tambang, dia beralih ke bonet kereta untuk mengambil beg pakaiannya. Namun, matanya tidak lepas daripada memerhatikan perkarangan rumahnya. Dihadapan rumahnya terdapat 2 buah kereta yang tidak dikenali. Benaknya turut sama berjalan seiring dengan langkahnya menuju ke rumahnya sambil cuba meneka-neka siapakah gerangan tamu yang datang bertandang.
" Assalamu'alaikum"
Lebih sepuluh pasang mata memandang tepat ke arah Nur Asiah yang sedang berdiri tegak di muka pintu. Matanya tidak berkelip memandang insan-insan di dalam rumahnya itu. Dan lebih memeranjatkannya lagi apabila ternampak sebentuk cincin di dalam dulang, sirih junjung dan sepasang pakaian, juga di dalam dulang yang dihias cantik.
' Siapa yang kene pinang ni??'
Beg di tangan yang hampir terlepas dipegang kejap semula. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk. Dadanya mula berirama kencang.
" Wa'alaikumussalam. Hah, Siah dah sampai dah"
Asiah menghampiri tetamu-tetamunya itu lalu bersalaman dengan mereka. . Bibirnya menguntum senyuman semanisnya walhal kakinya sudah tidak mampu untuk melangkah. Firasatnya kuat mengatakan tetamu-tetamunya ini membawa hajat besar datang ke rumahnya. Dia kenal dengan mereka.
Tangan Nur Asiah Maisarah dipegang erat. Puan Hamidah merenung anak gadis di hadapannya itu. Manis berbaju kurung dan bertudung labuh. Sopan dan sejuk mata memandang. Gadis inilah dahulu yang hampir menjadi menantunya. Anak sulungnya berkenan sungguh dengannya. Namun, belum sempat hajatnya disampaikan takdir menentukan sebaliknya. Anak sulungnya itu terlebih dahulu pergi menghadap Illahi. Dan hari ini,dia membawa hajat yang sama bagi anak keduanya pula.
" Asiah sihat? "
" Alhamdulillah, sihat makcik. Makcik apa khabar?"
" Alhamdulillah, makcik sihat nak. Kamu balik cuti ke ni?"
" Ha'ah, sekarang cuti pertengahan semester. Dapatlah cuti seminggu"
Puan Hamidah tersenyum. Tutur kata si gadis memikat hatinya. Tidak hairanlah kalau dahulu anak sulungnya itu beria-ia benar meminta dia meminangnya. Dia pasti, anak keduanya akan menyukai bakal isterinya itu.
Nur Asiah mengambil tempat duduk di sebelah ibunya.
" Umi, kenapa kawan umi datang bawak benda-benda ni? Nak pinang siapa??"
" Pinang kamulah"
" Hah??"
Air liur kelat ditelan. Terasa seakan tersekat di kerongkong. Penat yangmasih bersisa hilang sekelip mata dimamah berita tergempar itu. Dia dipinang dan ini adalah untuk kali kedua. Kali pertama ketika usianya 20 tahun, dia dipinang seorang pemuda iaitu sepupu kepada sahabatnya. Dan dia menolak kerana dirasakan dirinya belum bersedia. Dan kini, adakah dia sudah bersedia??
" Siah?"
Asiah tersentak dari lamunannya yang panjang. Kelihatan ibunya sudah pun mengambil tempat di sebelahnya. Tangannya diambil. Cincin belah rotan pada jarinya diusap.
" Siah yakin dengan keputusan Siah ni??"
Asiah tersenyum mendengar soalan ibunya itu. Dadanya bergetar hebat. Mindanya membayangkan seorang pemuda yang selama ini diimpikan untuk dijadikan pembimbing hidupnya. Dia sendiri berasa keliru. Tetapi, ini bukan keputusannya. Ini keputusan kedua orang tuanya kerana dia sudah menyerahkan urusan mencari jodohnya kepada mereka. Dan kedatangan keluarga Encik Yusuf dan Puan Hamidah itu nampaknya disambut baik oleh kedua orang tuanya. Mereka membawa risikan daripada anak kedua mereka dan sekaligus ingin meminang. Kata persetujuan dicapai dan kini statusnya adalah tunangan orang. Sekelip mata dalam masa 3 hari.
Hakikatnya ada sedikit perasaan kesal di dalam hatinya. Dia teringatkan Mujahid. Pemuda itu yang diimpikan sebagai imamnya. Namun, Mujahid mungkin masih belum bersedia. Mungkin Mujahid bukan jodohnya. Pemuda itu memiliki peribadi yang hebat tetapi dia tidak dapat melihat kesungguhan tentang pernikahan dalam diri Mujahid.
" Astaghfirullahal'azim.."
" Kenapa dengan anak umi ni?? Siah tak suka dengan pilihan umi ke? Kalai Siah tak suka, kita boleh tolak pinangan ni"
" Eh, taklah umi. Mana yang baik bagi umi, maka baiklah bagi Siah"
Dia pasrah. Dia redha dengan segala ketentuanNYA. Diserahkan seluruh jiwa dan raga hanya padaNYA. Dia yakin dengan segala ketentuaanNYA.
Asiah tidak mengetahui siapakah bakal suaminya dan dia juga tidak berhasrat untuk mengetahuinya sehinggalah dia sudah bergelar isteri kepada pemuda itu nanti. Dia ingin menjaga hatinya. Dan dia juga belum berhasrat untuk mengkhabarkan tentang status dirinya itu pada sesiapa. Dia belum bersedia. Dirasakan dirinya agak kejam. Memberi harapan pada Mujahid dan akhirnya dia sendiri yang memusnahkan harapan tersebut.
' Maafkan ana, akhi Mujahid. Ana memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbing ana dan yakin untuk hidup bersama ana bukan lelaki yang masih ragu-ragu dan tidak bersungguh untuk menjadi imam ana'
bersambung................
Friday, July 9, 2010
Ku Serah Cinta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment