sambungan post bertajuk 'Ku Serah Cinta'
Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.
Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga
Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu
Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih
*********************
Mujahid meraup wajahnya perlahan. Ada linangan air yang mengalir keluar dari tubir matanya. Hatinya pedih. Jiwanya merana. Namun cuba diubat melalui pertemuan denganNYA di hening pagi. Tetapi, dia hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan. Yang punya hati dan perasaan.
Terasa gelap dunianya saat mendapat perkhabaran tentang pernikahan Asiah Maisarah. Dengan siapa? Dia sendiri kurang pasti. Tiada sebarang kad yang diberikan. Hanya disampaikan melaui perantaraan sahabat Asiah, Mardhiyah.
" Akhi Mujahid, ada sesuatu yang ana perlu sampaikan. Sangat penting dan ana harap akhi akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Asiah akan menikah dengan seorang pemuda pilihan keluarganya. Dia berhasrat untuk menunggumu tetapi dia kecewa kerana dia tidak melihat kesungguhanmu untuk menyuntingnya sebagai suri hidupmu. Maka, dia sudah menyerahkan urusan jodohnya kepada orang tuanya. Dan mereka sudah meilih seorang lelaki sebagai suaminya. Ana juga kurang pasti siapa tetapi mereka telah bertunang selama sebulan dan akan melangsungkan pernikahan pada minggu hadapan. Ana sendiri agak terkejut dengan berita ini namun inilah hakikatnya"
Setitis lagi air mata jatuh saat dia mengenang kembali kata-kata Mardhiyah. Dia benar-benar tidak menyangka inilah kesudahannya. Dua minggu yang lepas, dia menerima sepucuk surat dari Asiah. Surat yang sangat ringkas.
" Assalamu'alaikum akhi Mujahid yang dirahmati ALLAH. Ana mohon maaf atas kehadiran surat ini. Namun ini sahaja cara terbaik yang ana mampu fikirkan. Akhi, ana sudah bersedia untuk disunting. Bersegeralah. Ana ingin menjaga hati ana dan hati akhi juga. Ana bimbang kita terlalai. Mohon akhi mengerti. Yang mengemis cintaNYA..Asiah Maisarah"
Mungkin saat surat itu ditulis, Asiah sudah disunting oleh seseorang. Maka, dia menghantar surat tersebut kepadanya agar dia juga segera datang ke rumahnya. Tetapi, dia tidak dapat menangkap maksud di sebalik ayat-ayat di dalam surat tersebut. 'Bersegeralah'. Sama sekali dia tidak menyangka ianya sesegera ini.
" YA ALLAH, seandainya dia bukan jodohku KAU tenangkanlah hatiku dan lapangkanlah dadaku agar aku mampu menerima dugaanMU ini dengan tenang. Sesungguhnya aku sangat lemah. Bantulah aku.."
Mujahid berbaring di atas sejadah. Dia berharap sebaik sahaja dia terjaga pada saat subuh menjelma nanti, dia akan mampu menerima segalanya dengan tabah.
*********************
" Asiah, kau tekad dengan keputusan kau? Macam mana dengan Mujahid. Dan, kau juga. Kau mengimpikan Mujahid menjadi imammu kan?"
Asiah menundukkan wajahnya mendengar kata-kata Mardhiyah. Memang benar Mujahidlah pemuda yang diimpikan untuk menjadi imamnya. Namun, dia hanya wanita yang lemah dan sedang berusaha untuk menjadi anak yang taat. Dia juga kecewa dengan sikap Mujahid yang tidak bersungguh dalam hal tersebut. Dia menunggu-nunggu kedatangan Mujahid ke rumahnya. Namun pemuda itu tidak kunjung tiba. Sangkaannya jika Mujahid datang ke rumahnya membawa risikan, ibu bapanya akan mepertimbangkan antara dua risikan yang diterima dan pendapatnya juga boleh diperdengarkan. Pasti dia akan memilih Mujahid. Ttapi pemuda itu hanya menyepi. Justeru bagaimana harus dia memilih seandainya dia memang tidak mempunyai pilihan?
" Aku sudah memberikannya peluang dan ternyata dia tidaklah seperti yang aku sangkakan. Aku tidak ingin mengecewakan kedua orang tuaku. Dhiya, kau sahabatku. Aku memerlukan sokonganmu"
Mardhiyah menarik sahabatnya itu ke dalam pelukannya. Dia tahu sahabatnya sedang bersedih. Tetapi sebagai seorang yang hidup dalam suasana tarbiyah, sahabatnya itu akur dengan perintah kedua orang tuanya. Dia tidak akan membantah sama sekali walau hatinya menanggung sengsara kerana redha ALLAH itu terletak pada redha ibu bapa.
" Sabarlah sahabatku. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini. InsyaALLAH bakal suamimu ini lebih hebat dari Umar. Ikhlaslah keranaNYA.."
Bersambung..
Friday, July 30, 2010
Impian Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment