Sunday, January 20, 2013

Coretan kenangan

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamu'alaikum..apa khabar sahabt-sahabat semua? Semoga kita semua terus berada dalam kasih sayang ALLAH, dilimpahi hidayah dan taufiqNYA. Itu doa saya setiap hari untuk kita semua. Semoga ALLAH terus kurniakan nikmat iman dan islam pada kita.

Hari ni..20 Jan 2013
Maksudnya dah lebih kurang 4 hari saya dan sahabat-sahabat sekuliah menyelesaikan tanggungjawab kami sebagai pelajar di USIM untuk semester ke 7, semester terakhir kami berkuliah di USIM. Dan untuk semester 8, kami akan memulakan latihan praktikal.

Macam tak percaya. Dah hampir 4 tahun rupanya kami mencipta kenangan di USIM. Macam-macam pengalaman pahit manis yang kami lalui dan pengalaman ini jualah yang akhirnya menjadikan kami pada hari ini. Pengalaman inilah yang mematangkan kami dan mengajar kami untuk terus berjuang dan berusaha dalam menghadapi segala cabaran hidup. Ayat nak cliche je..hihi

Senang cakap..saya rindu sebenarnya~huhu..



Semua dah balik kampung masing-masing. Ada kedah, ada kelantan, ada johor..lepas ni, susah dah nak jumpa. Bila terfikir semua yang kami penah lalui di USIM, sebak sangat rasa. Masing-masing ada sikap dan tabiat tersendiri. Semua tak sama. Tapi perbezaan itulah yang menemukan kami dan menjadikan kami sahabat. Biasalah..kita semua memang tak sama. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebab tu lah kita disuruh untuk berkenal-kenalan supaya kita boleh saling melengkapi.

Apa agaknya yang korang tengah buat ye?huhu..tak lama lagi dah nak praktikal. Good luck ye~

Saya masih ingat lagi semasa kami semua masih berada di Tahun 1. Waktu tu, kami masih lagi menumpang sebuah fakulti lain kerana Fakulti Ekonomi dan Muamalat pada masa tu masih belum siap. Setiap hari kami berulang-alik dari satu fakulti ke fakulti yang lain. Sehinggakan akhirnya pihak universiti menjadikan laluan singkat yang sering kami gunakan setiap hari sebagai laluan khusus untuk pejalan kaki. Kalau dulu, kami redah je jalan atas tanah merah tu, kadang-kadang tergelincir bila hujan, tapi sekarang adik-adik dah lebih selamat sebab dah dibuat jalan batu yang lebih baik.


Di USIM ni jugalah saya kenal dengan macam-macam aktiviti yang sebelum ni saya cuma mampu tengok di televisyen je. Eksplorasi di perkampungan orang asli, gerakan subuh, menjelajah gua dan macam-macam lagi. Dah bekerja nanti mungkin saya tak ada peluang untuk join aktiviti-aktiviti macam ni lagi. 

Macam-macam lagi yang nak diceritakan tapi biarlah rahsia. Hihi..biarlah ianya menjadi kenangan yang akan saya ingat, simpan dan hargai sampai bila-bila.

Time to look for the future..

Saya akan memulakan latihan praktikal saya pada 23 Jan di sebuah firma audit di Kuala Lumpur bersama seorang sahabat yang saya kenal daripada saya Tahun 1 di USIM, Kak Syida. Kami sama-sama menyewa sebuah bilik di sebuah flat yang dihuni oleh seorang sahabat yang baru dan bakal kami kenali namanya Kak Husna. Semoga ukhuwah kami terjalin dengan baik.

Dalam proses mencari bilik sewa, macam-macam yang kami lalui. Housemate seksi, duduk campur dengan lelaki, duduk dengan family orang dan macam-macam lagi. Hmm..masa tu barulah saya sedar yang saya perlu lebih bersedia untuk hidup sebagai seorang yang sudah mula melangkah ke alam kerjaya. Saya sedar bahawa selama ini hidup saya sentiasa berada dalam zon yang selamat di mana saya sentiasa dikelilingi oleh persekitaran yang islamik. Saya sedar bahawa saya akan berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat lagi bila saya memulakan praktikal nanti. Semoga ALLAH beri kekuatan pada saya. 

More look to futureeeeeeeeeee...

Saya dah berusia 23 tahun. Urgh..rasa dah tua sangat(>_<) Kawan-kawan saya ramai dah kahwin, dah ada anak dah pun. Hmm..bila giliran saya ni. Haha..gatai~ Tak apa..saya yakin dengan janji ALLAH dan ALLAH tu lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. 

ALL THE BEST UNTUK SAHABAT-SAHABAT SEMUA!!!

2 comments:

Insan Biasa said...

awk duk rumah campur ngan laki ke? r u serious?

Si Pengemis Iman said...

insan biasa: haha..xdela, tu yg sy jumpe mse dok cari2 tu tp xdok situ pon, housemate sy pompuan (^_^)