Friday, May 6, 2011

Mahar Cinta Seutas Tasbih ( bahagian 3 )


Dulang yang dipegang kejap terlepas saat telinganya menangkap seungkap nama yang sudah hampir dilupakan. Amir Hazwan atau …… Mujahid.

Kaki Nur Iman terpaku di lantai. Tangannya terketar-ketar.

“ YA ALLAH..Iman, kenapa ni?”

Encik Zaki, bapa Nur Iman segera bangkit menghampiri anaknya. Fauzan dan Amir ataupun Mujahid kaku di tempat duduk mereka. Fauzan berasa aneh melihat reaksi Nur Iman apabila dia menyebut nama sahabatnya itu. Amir pula sekadar tunduk memandang lantai. Diam seribu bahasa.

Pantas Nur Iman menunduk untuk mengutip kaca-kaca yang bersepah di lantai. Sebak di dada cuba ditahan. Wajahnya memerah. Perasaannya bercampur- baur. Pandangannya kabur diselubingi mutiara jernih yang berasak ingin keluar.

“ Maafkan Iman, abi. Iman tak sengaja. Terlepas. Aduh!”

Jemari runcingnya berdarah ditusuk serpihan kaca. Pedih, ngilu. Sepedih dan sengilu hatinya saat itu.

“ Tengok tu. Dah..dah, pergi masuk bilik berehat. Biar nanti adik kamu yang bersihkan. Iman tak sihat ke? Pucat je muka tu abi tengok. Sudahlah, pergi berehat. Sapu ubat pada jari Iman tu.”

Nur Iman sekadar menurut. Dia benar-benar terasa kosong saat itu. Fikirannya entah ke mana. Kakinya terasa berada di awang-awangan. Darah yang menitis dibiarkan kering sendiri. Dia masuk ke dalam biliknya. Tudung yang dipakai ditanggalkan lalu dia menghempaskan tubuhnya ke katil. Sebak yang meronta ingin dilepaskan sedari tadi terluah juga akhirnya.

“ Kenapa? Kenapa? Kenapa sekarang?? YA ALLAH..”

* * *

“ Macam mana? Pandai tak aku pilih? Hihi..”

Amir tersenyum hambar. Wajah ceria sahabatnya itu ditatap sekilas.

“ Pandai kau pilih. Manis dan solehah orangnya. Kau kenal dia kat mana?”

“ Dia junior Kak Long aku. Pertama kali aku tengok dia, aku dah jatuh hati. Walaupun aku tak pernah bercakap dengan dia sebelum kami bertunang, aku tahu banyak tentang diri dia. Kakak aku la suka cerita. Masa tu aku tengah cuti. Dia selalu datang rumah aku, belajar tarannum dengan kakak aku tu. Dari situlah aku selalu perhatikan dia. Sebelum aku balik ke Mesir, aku sampaikan hasrat aku pada kakak aku sebagai orang tengah.”

Fauzi menarik nafas sebelum dia meneruskan ceritanya. Mereka melabuhkan punggung di atas bangku di sebuah taman permainan.

“ Sampai aku balik dari Mesir pun, dia masih belum bagi keputusan pada aku. Mungkin dia ragu-ragu jadi aku nekad nak masuk meminang. Lepas aku dapat kerja kat sebuah sekolah, aku terus bagitahu keluarga aku yang aku nak masuk meminang Nur Iman. Dia ambil masa sebulan sebelum bagi keputusan pada aku. Tu pun lepas aku hantar surat, buat ayat jiwang karat, baru dia nak terima.”

“ Kau hantar surat? Lapuklah kau ni. Haha..dia tak marah kau buat macam tu?”

“ Emm..aku tahu dia akan marah, jadi aku mintak izin mak ayah kitorang sebelum aku hantar surat tu. Aku buat macam tu pun lepas adik dia, Zulaikha tu ceritakan pada aku tentang seorang lelaki. Namanya Mujahid.”

“ Mu..Mujahid?”

“ Ya..Mujahid. Lelaki tu lelaki pilihan Nur Iman tapi masa tu dia dah pergi tanpa khabar berita. Dari cerita-cerita adik dia, aku tahu lelaki tu seorang pejuang ALLAH yang hebat. Aku memang rasa rendah diri. Tapi, bila Zulaikha kata yang Nur Iman selalu menangis disebabkan lelaki tu, aku nekad untuk pikat hati dia. Aku nak ubati kekecewaan dia. Aku nak jadi suami yang soleh untuk dia.”

Amir menelan air liur. Dadanya terasa sebu. Gadis yang dicintainya menangis kerananya. Ah!

“ Dah 2 tahun kami bertunang. Kalau ikutkan aku, aku tak nak bertunang lama-lama ni. Bahaya! Tapi dia berkeras tak nak menikah masa dia belajar. Dia nak tamatkan pengajian dulu. Aku terima je. Mungkin ni masanya untuk kami mengenali hati budi masing-masing. Tapi, sepanjang 2 tahun ni, kami jarang bertegur sapa atau berkenal-kenalan. Dia jarang nak bersuara bila aku datang ke rumah. Bila dia ke rumah aku, dia berborak dengan family aku je. Aku ni dia buat tak nampak je. Aku rasa hati dia belum sepenuhnya terima aku. Tapi tak apa. Aku tak akan putus asa. Aku akan terus cuba sedaya-upaya untuk pikat hati dia. Dia gadis yang solehah dan aku perlukan seorang gadis macam dia dalam hidup aku.”

Kisah Fauzi mengingatkan Amir kepada kehidupannya sewaktu di kampus. Amir merenung jauh ke hadapan. Kenangan-kenangan lalu kembali ditayangkan di dalam mindanya.

“ Kenapa perlu bersikap hipokrit? Datang kampus pakai baju kurung, pakai t-shirt muslimah tapi bila keluar berjalan hujung minggu pakai baju ketat, seluar ketat. Kenapa macam tu? Bila ditanya, macam-macam alasan yang diberikan. Katanya, kat kampus lain. Kat luar lain. Kalau pakai ketat-ketat kat kampus, orang pandang serong, nanti kena denda dengan pak guard. Kalau kat luar tak apa, hak masing-masing. Oh..takut kena denda dengan pak guard, malu dengan pandangan orang. Habis..denda dari ALLAH tak takut? Pandangan dari ALLAH tak malu? ALLAH ada kata ke kat kampus pakai macam ni, kat luar pakai macam tu?! Ada?! Ada?! Sedarlah sahabat-sahabatku, kalian adalah muslimah yang sangat indah. Tutuplah aurat walau di mana pun. Bukan sekadar di kampus. Buat apa dapat result yang gempak dan dipandang hormat oleh orang lain kalau hakikatnya pada pandangan ALLAH kita ni adalah insan yang hina dan menyedihkan?? Bukan susah pun apa yang ALLAH suruh ni. Tutup aurat je. As simple as that.”

Suara itu, ketegasan itu, kelembutan itu, keberanian itu. Semua itulah yang memikat hati Amir untuk mengenali tuan empunya suara, Nur Iman. Dirisik-risik tentang Nur Iman dari sahabat-sahabatnya. Ternyata gadis itu seorang yang solehah dan aktif dalam persatuan dakwah. Melalui seorang kenalan, Sumayyah, dia mengirimkan hasratnya untuk mengenali gadis itu. Bukan perkenalan yang biasa. Dia ingin memperisterikan Nur Iman. Takdir ALLAH menyebelahinya apabila hasratnya disambut baik. Secara syaraknya, mereka dianggap telah bertunang. Ikatan tunangan secara syarak itu menghalang Nur Iman dari menerima pinangan lelaki lain.

Setahun mereka menyimpul kasih tanpa suara, tanpa berjumpa, tanpa berhubung, tanpa apa-apa. Hanya seutas tasbih biru menjadi pengikat mereka. Dia ingin hubungan itu bersih dari maksiat dan dosa kerana dia ingin ikatan sah yang diredhai ALLAH. Namun, mendung mula melanda hubungan mereka. Dia harus pergi membawa diri. Melalui sahabat baik Nur Iman sendiri, dia mengirim berita mengatakan dirinya harus pergi dan dia melepaskan Nur Iman dari sebarang ikatan yang sebelum ini menghalang Nur Iman dari menerima pinangan lelaki lain. Walaupun sebenarnya dia masih berharap agar Nur Iman terus menunggunya pulang. Namun, dia redha seandainya Nur Iman bukanlah jodohnya.

“ Assalamu’alaikum!”

Tersentak Amir dijerkah oleh Fauzi. Dadanya diurut perlahan.

“ Kuss semangat. Nasib aku tak melatah. Kalau tak, buat malu je. Kenapa kau ni, Zi?”

“ Aku pulak..kaulah. Aku cerita punya sedap, kau boleh termenung. Tak best ke cerita aku tadi?”

“ Eh, best. Macam cerita KCB. Alah..macam siapa tu nama dalam cerita tu? Hah.. Furqan dengan Ayatul Husna.”

“ Apa pulak Furqan? Aku Ustaz Ilyaslah..”

“ Haha..yelah. Tak kisahlah siapa-siapa pun. Aku harap, suatu hari nanti Nur Iman akan terbuka hati untuk kau.”

“ Amin..tapi kan, aku hairanlah.”

“ Kenapa?”

“ Dia macam terkejut bila aku sebut nama kau. Korang pernah kenal ke??”

“Dia tak sihat tu. Eh, dahlah. Jom hantar aku balik. Aku ada banyak kerja nak kena settle kat rumah tu. Almaklumlah, baru pindah masuk. Kau bila nak pindah masuk?”

“ InsyaALLAH, minggu depan.”

“ Alhamdulillah..baguslah macam tu. Nanti dekatlah sikit tempat kerja kita tu dengan rumah. Penat jugak aku nak berulang-alik dari rumah lama aku tu. Jomlah..”

Amir mengangkat punggungnya dari bangku lalu melangkah ke jalan besar.

“ Hari tu kau ada kata tunang kau tu ada adik perempuan kan? Mesti solehah macam tunang kau kan? Bolehlah kau kenalkan dia dengan aku. Manalah tau kalau ada jodoh, bolehlah kita beripar-duai. Hihi..”

Amir berbicara penuh perasaan lalu menoleh ke belakang sambil tertawa.

“Lah..aku cakap sorang-sorang rupanya.”

Rupanya Fauzi masih lagi duduk di bangku tadi sambil matanya merenung kanak-kanak yang sedang bermain.

“ Hoi..cepatlah! Tadi kata aku termenung. Aku tengok kau pun dah macam pungguk rindu kat Iman, eh..bulan. Haha..”

Suara Amir yang melaung dari jauh mengejutkan Fauzi yang masih memikirkan insiden di rumah Nur Iman tadi. Pantas dia bangkit lalu berlari ke arah Amir.

Bersambung..lagi~

2 comments:

DauZ(T_T)$haRif said...

best...amir..ggrr!! hehe..

Si Pengemis Iman said...

huk2..pasai pa ngn amir??:P